Kotak Pemulangan Ubat
Salam Selasa korang....
Rasanya semua hospital pun ada sediakan kotak pemulangan ubat. Mak ni, dekat Hospital Serdang. Masukkan aje ubat mengikut kotak yang telah disediakan. Kalau confuse, masukkan aje ubat kat mana mana kotak, biar pihak hospital yang asingkan hahaha.....
Tu Pak King tengah confuselah tu! hihi...... Nasiblah pakai T-shirt baru Petronas yang ohsem..... kurang sikit confuse ...
Seminggu lepas arwah abah meninggal, adik beradik Pak King berkumpul. Selain berkumpul untuk buat tahlil dan yasinan, tujuan berkumpul jugak untuk mengemas semua barangan tinggalan arwah. Masih banyak jugak baju arwah mak yang belum dikemas. So, kali ni kita sekali harungkan ajelah. Mana mana baju bajan abah dan emak yang masih elok dan boleh disedekahkan, adik beradik bersetuju untuk sedekahkan ajelah.... Boleh jadi jariah jugak buat arwahkan. Pak King, mak ambikkan jugak jubah sehelai dua. Boleh jugak pakai untuk ke surau, kasilah chance Pak King nampak macam imam masjid negara sikit sekali sekala hihi.....
Ubat abah yang berplastik plastik ni pun nak kasi clear jugak. Kebetulan... ubat memang baru ambik dan sampai sebelum abah meninggal.
Daripada dibuang, eloklah dipulangkan untuk kegunaan orang lain pulak. Masih ramai yang memerlukan. Tak gitu? Lagi pun hospital tak delah jauh mana..... sekali jalan nak balik rumah mak je...
Rasanya semua hospital pun ada sediakan kotak pemulangan ubat. Mak ni, dekat Hospital Serdang. Masukkan aje ubat mengikut kotak yang telah disediakan. Kalau confuse, masukkan aje ubat kat mana mana kotak, biar pihak hospital yang asingkan hahaha.....
Tu Pak King tengah confuselah tu! hihi...... Nasiblah pakai T-shirt baru Petronas yang ohsem..... kurang sikit confuse ...
banyak tu ubat, bagus juga dipulangkan boleh digunakan lagi untuk orang lain yang memerlukan. eh kalau kita pun konpius tu nak masukkan kat kotak mana.
ReplyDeletebetul tu..apa yang boleh disedekahkan kita sedekahkan agar jadi jariah yang berpanjangan untuk merekakan
tktau pn ada kotak pemulangan ubat tu..tq for sharing..byk juga ubat2 yg dipulangkan tu
ReplyDeletetakziah kak.. bagus jgk tu pulang semula ubat yang tak digunakan. Semoga bermanfaat kepada org lain..
ReplyDeleteboleh tahan banyak ubat tinggalan arwah..Allah, seram memikir hari-hari tua nanti *mode orang penakut ubat :D
ReplyDeleteTakziah utk Mak sekeluarga. Maaf baru je tahu ayah mertua akak dah takde. Moga arwah ditempatkan dikalangan para solihin.
ReplyDeleteMoga sedekah tu jadi pemudah utk arwah di sana. Aamiin.
Bagus inisiatif ni kan Kak, ubat yg tak guna tu boleh org lain guna or dilupuskan ikut procedure yg betul.
2 hari lepas akak baru pulang kan ubat abang yg tak di makan kat farmasi hospital.Pergi kali ni kotaknya xde pulak...akak bagi je kat kuanter.
ReplyDeleteBetul kan ramai yang lebih memerlukan,tak kan kita nk buang gitu je.Kadang kat pelekat ubat tu ada tertera harga,bayangkan lh kalau kita membeli ,berapa banyak membazir.
dr di buang tak diguna baik di pulangkan ye kak, boleh la digunakan utk org yg memerlukan
ReplyDeleteslm takziah bt pak king, dana terlps ntry akak yg psl pak mertua akak meninggal...
Ubat yg boleh dipulangkan ni, ubat yg kita dpt dr hospital ke? Kalau yg dpd klinik boleh jugak ke? Hihi..
ReplyDeleteBnyk jgk ubat yg pak king nk pulangkan tu..
banyaknye ubat.
ReplyDeleteBagus juga dipulangkan.
Sekarang mana2 sepital ada kaunter pulang ubat ni.
LL tak tahu pun ada kotak pemulangan ubat. Bagus kan, Hainom. At least ubat yang masih ok boleh bagi kat pesakit lain..
ReplyDeleteBanyak weyh ubat tu, betplastik2.. Kalo buang kira satu pembaziran besar jugak kan, eloklah dipulangkan.
ReplyDeleteTapi aku pun tak tau ada kotak pemulangan ubat camni, sejak bila ek?
Aku dulu baku bajan arwah mak, telekung kemain banyak. Baju mmg aku takleh amik bamyak sbb aku mgan mak tak sama saiz, mak aku rendah, adalah aku amik dua pasang, selebihnya bagi kat anak2 murid pengajian dia, tapi nyesal plak aku tak amik banyak2 telekung, tak terpikir anak dara aku ada dua org boleh je guna, yelah masa tu dorg kecik2 lagi.
Takziah untuk Mak sekeluarga.
ReplyDeleteBaru tau ada kotak pemulangan ubat macam tu.
Maaf mak baru tahu mil mak dah takde. Takziah dab didoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang soleh.
ReplyDeleteSaya pun baru keluar "gua" jugak ni.
Kotak ubat tu sya baru tahu jugak rupanya ada.
pernah nampak juga kotak pemulangan ni kt hospital...banyaknye ubat....
ReplyDeletesalam takziah....rasa baru lg arwah mak nye xde....sekarang arwah abah plak menyusul....
Salam takziah
ReplyDeleteBaru tau lebihan ubat bole dipulangkn...mungkin ada insan2 lain yg memerlukan
Banyaknya ubat... tapi elok la pulangkan
ReplyDeleteBetul nom..
ReplyDeleteDulu hospital pun minta bawa ubat jika masukan semula ke hospital..
Bila pesakit dah meninggal mereka suruh pulangkan balik..
Banyaknya ubat yg pak king bawa tu..
Mahu tak konfius 🙏
TAkziah buat HOKjer dan seluruh ahli keluarga. Al-Fatihah arwah parents in-law HOKjer. Eh! ada rupanya kotak pemulangan ubat-ubatan ya Mrs. A tak perasan pula selama ini. Pernah dengar ubat yang dah tak guna lagi lebih baik dipulangkan ingatkan susah prosesnya kekdahnya sonang banget seh! campak je ke dalam kotak pemulangan hehehe...
ReplyDeleteRasanya baru aje lagi HOKjer... buat entry Mil meninggal sekarang fil pula touchingnya depa tu memang sehidup semati gitu.
Innalillahiwainnailaihirojiun... salam takziah okje dan family. Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan para solihin... amin.
ReplyDeleteTak perasan pula ada kotak pemulangan ubat ni di hospital swasta. Bagus juga dipulangkan... agar dapat diselenggara dengan baik oleh pihak hospital.
Banyaknya ubat kak.. Kesih pak king confuse depan kotak.. Kikiki..
ReplyDeleteAlamak.. tertypo pula.. #kesian
Deleteabah aida pun ubat nyer byk, nom.
ReplyDeletetime abah buka beg ubat nyer, beratur cucu-cucu dok menengok :) ha ha ha
banyknya stok ubat tp ubat gomen mmg byk betul. kadang2 smpai tarikh luput ubat darah tinggi mak
ReplyDelete