Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 11 January 2019

Sup Seaweed

Salam Jumaat korang.....

Mak muncul lagi hari ni hihi...... 
Terima kasih korang kerana masih lagi sudi berkomen di sini. Masih ingat lagi rupanya korang kat mak ek! Entri ni sebenarnya dah lama dalam draf..... cuma biasalah kan, bila sawan ketum mak dah mai, apa pun jadi huru hara hahahaa....

Ada Malware ? Virus kah itu? Dah 2 orang report benda sama. Alamak apa nak buat ni??Terima kasih Yaya Azura ngan Mrs A.

Korang pernah tak makan sup seaweed ?
Pelik kot seaweed dibuat sup! Kalau seaweed yang dah dikeropokkan tu pernahlah makan. Kisahnya ada satu hari ni, si bongsu sebok mengajak mak cari Dried Seaweed, nak buat sup katanya. Apalah ko ni dik pelik bebeno permintaan. Macam tak de benda lain nak disupkan. Ni mesti adalah Joong Fuk ke Jo Oon ke geng BTS ke makan sup Seaweed dalam drama Koya ni kan...

Jadi mak mak ni, memang tak sampai hati kalau tak tunaikan permintaan anak kan..... Maka, pusinglah mak dua beranak mencari Dried Seaweed kat Tesco.Cenggini je rupanya Dried Seaweed.....
Dried Seaweed
Selalu je mak nampak benda ni, cuma sebelum ni tak pernahlah ambik tau apa ke bendanya kan. 

Kalau korang rasa nak cari Seaweed ni, ada je kat area rempah rempah cedok tu. Seaweed dah siap pack pack macam ni harga dia Rm7 ringgit dalam 500 g gitu.

Balik Tesco, tak menyabo nyabo anak dara sorang tu masuk dapur.  Mentang mentanglah dia yang teringin. Cuba mak yang teringin? Sah sahlah mak pulak yang tak menyabo nyabo masuk dapur hahaha... Kalau tengok Youtube memang macam macam versilah kan.... ada yang buh mushroom, ada yang buh daun bawang.... tapi mak punya sup ni togel je hihi....




Jadinya mak ikut resepi yang paling mudah ajelah hihi........

Bahan bahannya :
1) Dried Seaweed -
2) Daging
3) Bawang Putih
4) Minyak Bijan
5) Kicap - mak guna kicap manis
6) Garam , gula secukup rasa

Rendamkan seaweed, basuh dan toskan.... Kalau tengok kat Youtube, seaweed yang diaorang guna, warna hijau, nampak macam fresh. Seaweed kita hitam. Huh.... hitam pun hitam lah hihi



Lepas tu potongkan  daging mengikut cita rasa kita, nak cepat masak, potong saiz kecik kecik...



Panaskan minyak bijan tumiskan bawang putih yang telah di racik halus... tunggu bawang putih kekuningan, masukkan daging, kacau daging sampai daging bertukar warna. Masukkan sedikit lada hitam, masukkan kicap. Masukkan air dan rebus daging sehingga empuk. Last sekali masukkan seaweed. Seimbangkan rasa sup dengan garam  dan gula. Siap!

Sup Seaweed

Nak sangatkan makan Sup Seaweed....... habiskan dik hahaha......
Rasa dia sedap ke? Kalau orang suka Seaweed sedaplah kan.... Kalau orang tak suka, tak sedaplah jadinnya. Tekak mak OK aje..... maklumlah tekak bullldozer hahahaa....


15 comments:

  1. Boleh jadi makanan feveret tak? 😁😁😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaca jer kena tumis dengan minyak bijan,

      "sila menjamu selera.. erkkk maaf ya, baru lepas makan, terima kasih..... ☺"

      Delete
    2. Bukan faveret awak kan hihi... ni makanan style cina lah geng

      Delete
    3. Saya suka sup tapi bila tercampur dengan minyak bijan, ampunnnnnn, tekak kampung tak boleh nak terima...

      Maklumlah masa kecik2 dulu, arwah mak guna minyak sawit paket jer @ minyak kelapa home made.. 😇

      Delete
  2. sup seaweed tk pernh la mkn..seaweed mkn yg sushi...hehe....hah ada virus ke...arini nk buka ada inform psl xsecure

    ReplyDelete
  3. MUdah resepi akak nie.. Teringin juga nak masak cuma tak berapa nak berani.. Risau rasa jadi pelik.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. Ha a lah kak.. Ada malware.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Tak penah makan sup seaweed. Yg keropok tu ada la try dulu. Tu pun rasa sikit je. Hehe.. Tekak xreti makan makanan mcm ni. Sushi pun x penh try.. Hihi.. Kesian kan..
    Hr tu kwn bg rasa green peas wasabi, adui.. Rasa pelik je. Jenuh nk abiskan 2,3 ketul green peas tu. Hehe..

    ReplyDelete
  6. Nampak macam sup herba pulak... :)

    ReplyDelete
  7. Wow, kuat betul pengaruh korea... 😅 nampak sedap pula tu...

    ReplyDelete
  8. pernah cuba dried seaweed..mmg tak kena selera la.
    kalau masak sup ni confirm tak leh telan.

    ReplyDelete
  9. Pernah makan kepok perisa seaweed je. Yang ni mmg tak pernah.

    Kelass okje tahun ni .. dah pandai up entri resepi .. hehe

    ReplyDelete
  10. Suka makan sup seeweed campur telur dan isi ketam.

    ReplyDelete
  11. Ye la mak ada virus2 cinta bila buka dkt pc...

    Tak penah mkn sup seeweed nih

    ReplyDelete
  12. Tak pernah mkn sup seeweed ni nom..
    Selalu rasa kat anak2 ni yg Kering..
    Mcm jajan Tu..

    Sup mmg kegemaran CH ni..
    Tapi sup seeweed ni tak tahulah boleh masuk tekak ke tidak 😊

    ReplyDelete