Berbuka dengan anak dara di Melaka
Salam Isnin, salam 8 Ramdhan .....
Sejak Google+ dah terhapus ni, susah betul nak blowalking guna phone. Kalau guna phone setakat dapat baca entri korang ajelah, nak komen tak boleh. Nak komen kena tunggu balik rumah bukak laptop. Tu yang leceh tu.... Dah try juga log out, log in balik, pun tak jalan. Nak buat macam mana ek?
Minggu baru ni pergi Melaka, berbuka dengan anak dara.... Plan last minit. Sejak puasa dah masuk 8 hari ni belum lagi berbuka dengan dia. Kesian pulak..... dia hari hari post gambar nasi bungkus dalam whatapps family. Dia tak tau, maknya pun hari hari bungkus kuih dari Param hahahha.....
Alang alang baru ambik duit sewa rumah pagi tu, kita paulah Pak King makan besar hihi.... Rumah flat tak delah mahal mana sewanya, tapi penyewa ni suka bayar 3 bulan sekali, jadi nampak banyaklah kan.....
Laju laju mak google Buffet Ramadhan Melaka 2019 hihi.... Cari punya cari akhirnya Pak King booking kat Mudzaffar Hotel area Ayer Keroh. Selalunya kalau singgah Mydin Air Keroh, nampaklah hotel ni. Tapi selalu dapat tengok ajelah ....
Yang penting ada kambing!
Mohon maaf ek.... kalau gambar mengganggu emosi.
Sate pun ada.....
Ini pinggan mak, pinggan orang lain mak tak hirau dah hahahaha....
Main course dia, rendang tok daging, telur itik masak lemak dengan pegaga, sotong kicap, asam pedas ikan pari, masak lemak jantung pisang, asam rebus sayur bende dan acar lobak timun rempah, Selebihnya berbelas jugaklah stall dengan pelbagai menu. Kambing golek, ayam berempah, ikan goreng tepung, pelbagai jenis bubur, laicikang, air batu campur, banyak lagilah wei..... Mak segan nak ambik gambo hihi..
Pelbagai dessert yang cantik, tapi tak mampu nak makan semua huhu....
wow..berbuka puasa kat hotel ..kerluss hakak kita ni..selamat berpuasa kak..hehe
ReplyDeleteMenarik hidangan yang disediakan.. kambing tu paling ohsem..
ReplyDeleteSalam Ramadhan mak...
ReplyDeleteUntung la ada orang belanja berbuka kat hotel...
Sayu kan tiap kali teringatkan anak yg xde depan mata..
Entah makan apa la dia hari ni...
seronok oiii dapat berbuka dekat hotel, meriah makanan tu
ReplyDeleteKenapa muka bini tu nampak mcm muka umur 13 tahun?
ReplyDeletemak sure sedih bila ank whatsapp gmbr nasi bungkus je kn hehe...trus ke melaka sambil jln2 syok juga tu...menu kambing tu kira wajib ado skarang kt mn2 buffet ramadhan
ReplyDeletewah2 mmg mengambik kesempatan betul kak nom ni tau....
ReplyDeleteitulah mak2 kan... tak sampai hati tgk anak mkn nasi bungkus je...
Adoiii!! la sedapnya nampak kambing bakar yang dalam pinggan bercampur pulak dengan kentang lenyek tu huhuhu... mereciks!
ReplyDeleteSekali paw. Paw besar-besaran ya
Mencungap kakcik baca menunya 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah.. nikmat terbesar bila boleh berbuka bersama-sama anak.. Nampak sedap menu ni. Kita ni hantu dessert, memang mencari gamabr dessert je la sambil baca.. hehe
ReplyDeleteHoho lapo.. lapo.. kambing dia alahaii
ReplyDeleteperghh..telan ailios tengok gambar kamben. dulu2 masa student hari2 update kat mak makanan berbuka, cuma zaman tu pakai sms...tak nampaklah gambarnya...
ReplyDeletemeriah ler bebuka kat hotel..macam2 ada...gbr last tu..anak n pak ke?? hihi
ReplyDeleteHaiz... teringin pulak LL nak makan satay. Tapi Sate Kajang yang dekat ofis tutup pulak untuk buat renovation.
ReplyDeletesedapnyaaaa. betol okje memang susah nk komen pakai fon bila google+ dh hapus. ish geram
ReplyDeletesejak lama tak ke sini baru perasan mak dia makin cunler....
ReplyDeleteokler tu kira tak malu sangat, banyak jugak gambar..
syiok gak sekali2 buka puasa kat hotel janji tidurpn kat hotel..
kalau pi makanjer tak best
Alhamdulillah dapat makan bersama dengan anakanda akhirnya ya.. Hilang lagi satu kerisauan di hati mak.. Td risau xbalas makanan org ye.. Jd mak mak ni kan.. Banyak pulak kerisauan kita.
ReplyDeleteItu lah mak2 tentu teringat anak yg jauh dimatakan..
ReplyDeleteSebolehnya nak juga berbuka bersama..
Bagus Pak king
Sedap semua menu2nya.. Dessert tu tgok tak tahan. Tp tu la kan perut kita ni byk mana lasgt boleh isi. Balik rumah mesti rasa rugi tak makan yg tu.. Tak makan yg ni tadi hahaha
ReplyDeleteSweet couple ☺️
ReplyDelete