Diari Haji 2019 Part 5 ~ Kursus Perdana Haji

Salam Jumaat korang

Dan Syawal pun melabuhkan tirainya gitu........

Itulah tu, walaupun Syawal dah habis tapi jiran mak ada je buat open house esok! Tapi malangnya mak tak dapat pergi sebab balik kampung, sebab ada kenduri aqiqah, sambil sambil kenduri aqiqah tu, mak sedara Pak King meraikan lah sekali abang dia iaitu pakcik Pak King dan kami yang nak gi Haji ni. Ha gituuuu.......kita yang nak gi haji, mak sedara Pak King pulak yang buat kenduri doa selamatnya hahahha.... .. 

Diam tak diam, lagi beberapa minggu je mak nak pergi meninggalkan bumi Malaysia. Macam macam perasaan dah mak ni wei. Suka ada, sebak ada.... Yang pasti sekarang ni kita kena luruskan niat apa tujuan kita nak pi haji ni, untuk menghambakan diri dan mencari keredhoaan Allah, sepatah kata pembimbing Bakal Haji, Tuan Haji Shapawi dalam Youtube tu. 

Kursus Perdana Haji untuk seluruh Malaysia dah pun berlangsung pada 22 dan 23 Jun 2019. Macam mak yang menetap kat kawasan Selangor ni, Kursus Perdana Haji buat kat Masjid Shah Alam. Untuk negeri Selangor, bakal jemaah yang datang kursus hampir 6000 orang. Jadi korang bayangkan ajelah situasinya macamana tu.... Kalau kena negeri yang jemaaahnya tak ramai, tak delah bersesak sesak kot.  Tapi mak OK jer, redho ajelah wei. Memang dah set kat kepala ni, pergi Haji ni tak de yang mudah. Kalau dapat mudah, senang tu memang bonus dari Allah. 
 
Bukan main semangat oii, beg dah siap awal awal, maklumlah nak kena tido kat masjid ala ala kat Arafah, kat Mina kan...... tapi tido ke? hahahaha... Paling tak sabo  nak rasmikan beg Tabung Haji sponsor ni hihihi....




Sampai masjid awal lagi dalam pukul 10 lebih. Pergi awal tu bukan apa, niatnya nak cop parking. Orang cakap parking penuh selalunya. Kalau ikut agenda, kursus start pukul 2.30 petang, sempat lagilah jalan kaki meronda ronda Plaza Alam Central, 20 minit je pun kalau ikut taman belakang masjid tu.... exerciseeee



Kalau tudung pun dah bertukar labuh, Pak King baju pun dah bertukar putih, kursus dah nak startlah tu namanya....... Apasal mak macam makcik sado je kat gambo ni ek??  Penat wei, exercise kaki dah 6 bulan pun, tetap sado jugak hihihihi..... 



Padanlah muka mak, sapa suruh pakai baju hitam!!! Kan dah kena sound dengan ustaz..... hihihi.... Taunya sunat pakai baju putih, tapi malas nak tuko tuko....... Kalau dah malas memang tak boleh nak cakap apa lagilah kan huh....

Namanya pun Kursus Perdana kan, memang kena buat Rukun dengan Wajib Haji sampai habislah. Masa ni terasa sayu pulak..... Ni baru kat sini kan, kalau dapat tengok Kaabah yang real tak taulah macamana perasaan mak agaknya huhuhu...

Boleh tahan penat jugaklah. Yang sekangkang kera ni pun dah rasa boleh tahan, apatah lagi kat sana kan..... Moga Allah mudahkan segala urusan kami di sana nanti! Doakan mak ye korang ... 

Juadah makan malam mak hari Sabtu tu..... Kari ayam, ikan goreng, sayur kobis. Sedap wei! Memang berselera sangat mak makan petang tu. Sampai kepala ikan pun licin mak kerjakan hahaha.... 


Kalau tak de Kursus Perdana, tak delah merasa makan berdua sambil duduk kat tepi jalan menjelang maghrib macam ni kan....... Itulah hikmahnya ber Kursus Perdana.


Balik dari Kursus Perdana ni mak ada pergi jumpa seorang blogger tau..... Nak tau sapakah orangnya, tungguuuu .......





Comments

  1. Alhamdulillah, sudah selesai kursus Haji perdana ye nom..
    Mmg bermacam perasaan ada ye nom,
    Gembira,sedih, teruja..😍😢🤩

    Waktu praktikal tawaf Tu mmg terasa sgt mcm dah Ada kat mekah dgn kaabah yg Ada Tu, terasa penat sgt tawaf ramai2 hampir 6 ribu org Tu Kan.. tapi seronok aje hihihi...🕋😍😘

    Akhirnya CH doakan semoga dipermudahkan perjalanan Haji hainom Dan Ibrahim, mendapat rahmat Dari Allah SWT Dan dikurniakan Haji yg mabrur.. 🕋

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan Anom dan suami di sana nanti akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah kak nom.... kita doa je semoga di permudahkan semua urusan di sini sampai ke sana nnti ye kak nom...

    ReplyDelete
  4. selamat berangkat kak hainom&suami, semoga dipermudahkan segala urusan di sana,selamat pergi dan selamat balik ke Malaysia nanti.

    ReplyDelete
  5. selamat berangkat mak. semoga urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. Kalau 6000 dah terasa ramai, kat sana lg ramai kan..
    Kawan sekolah ira 2 org pegi haji tahun ni. Seronoknya..

    Semoga dipermudahkan urusan akak dan pak king di sana. Semoga mendapat haji yg mabrur.

    ReplyDelete
  7. Tahniah jadi tetamu Allah
    Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah hajinya.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..dah selesai kursus..semoga selamat pergi dan balik dan sihat tubuh badan untuk menjalani ibadah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Moga dipermudahkan segala urusan mak & bapak haha...

    Makanan tu kira mewah mak nak banding dgn dekat Mina nanti. Apapun kita kena redha dan bersyukur.

    ReplyDelete
  10. Wah tak lama dah. Semoga selamat pergi dan balik & semoga dpt haji mabrur.. Sy doakan moga diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan ibadah disana

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan segala urusan mak🌹🌹diberikan kesihatan yang baik Dan selamat pergi Dan balik.... Aminnnn

    ReplyDelete
  12. semoga dipermudahkan urusan hainom dan suami serta diberi kesihatan yg baik sepanjang di sana nanti .
    Doakan lh akak juga dapat menjejaki tanah suci satu hari nanti.

    ReplyDelete
  13. Tak tahu kenapa Mrs. A pun terasa sebak pulak baca entry HOKje nih!

    Semoga mendapat haji yang mabrur.

    ReplyDelete
  14. Aku tak ingat dah bila tarikh ko nak berangkat ke sana mak, apa2 pun aku doakan ko dan pak king membawa pulang haji yg mabrur ek.
    Aku pun dah merasa pengalaman praktikal haji masa bawak budak2 tadika buat praktikal haji cilik dulu.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan segalanya ya

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan segalanya ya

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah okje ... semoga segala urusan di sana dipermudahkan olehNya. Dan moga mendapat haji yg mabrur. Moga mia pun akan dapat menjejakkan kaki ke sana nanti. Aamiin ...

    ReplyDelete
  18. selamat menyambut lebaran idul adha 2019 / 1440 H

    ReplyDelete
  19. Eh, LL ter-miss post ni. Nampaknya seronok juga pergi kursus haji ya, Hainom. Dah ready lah ni. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat menunaikan ibadah haji bersama-sama Pak King.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah,,semoga dipermudahkan urusan akak ^_^

    ReplyDelete
  21. Assalam kak nom! Selsai sudah kursusnya..alhamdulillah rezeki pegi buat haji..bila tarikh berangkat tu? Semoga kak n dan suami mendapat haji mabrur aminn

    ReplyDelete
  22. Cantik Kak Nom, berseri-seri bakal Hajjah ni.. Suka LZ tengok Kak Nom..
    Semoga urusan Kak Nom dipermudahkan dan selamat pergi dan balik..

    ReplyDelete
  23. aduh! lama nyer x jejak sini, Nom.
    nak gi ke tanah suci dah...
    tahniah Nom & asben. moga perjalanan gi dan balik selamat.
    moga memperolehi haji yg mabrur! in shaa Allah...

    ReplyDelete
  24. Tahniah Nom n husban, muda lagi dah dpt pangilan haji, moga mudah urusan perjalanan haji mu dn dapat haji yg mabrur..aamiin

    ReplyDelete
  25. Allahu lama dah tak singgah sini.
    Moga dimudahkan segala urusan di sana dan mendapat haji yg mabrur.. Ameen.

    ReplyDelete
  26. Kak Nom... rindu... moga Kak Nom baik-baik saja di sana. Moga Allah mudahkan segala urusan kak Nom di sana. Amin...

    ReplyDelete
  27. semoga baik2 je...salam dari KN..

    ReplyDelete
  28. semoga dipermudahkan semuanya. aamiin

    ReplyDelete
  29. semoga dipermudahkan urusan
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah...mak dah balik belum tu? dekat sangat dah tu dengan opis kita mak oiii nape tak roger2 hehehe kalau jalan kaki ke plaza alam sentral memang lalu opis kita la mak, kita pun hari2 parking dekat masjid tau, betul2 dekat kafe masjid tu ha.

    apapun didoakan mak dan pak king mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah kak.. semoga di permudahkan segalanya..mendapat haji yg mabrur.. selamat pergi & kembali...

    ReplyDelete
  32. sangat beruntung dan bertuah kalau dapat pergi haji

    ReplyDelete
  33. tahniah dan selamat menjalani ibadah hj dan selamat kembali ke tanah air....

    ReplyDelete
  34. seronok ramai-ramai mcm ni.. practice macam ada kat saja sok (wpun masa ni dah balik malaysia).

    ReplyDelete
  35. tahniah mak. nanti tulislah pengalaman haji ya

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah.. Dipermudahkan urusan akak.. Cuaca pun cantik je masa kursus tu ye kak.. Beg merah tu lawa..

    ReplyDelete
  37. cantik org dalam gambar tu... ramai juga tu

    ReplyDelete
  38. Teringat hantar ummi dan ayah di sana. mmg sgt seronok. cuma tak dipanggil lagi. kene kumpul duit ni. in sha Allah
    scada system
    gprs
    digitalization

    ReplyDelete
  39. Private Toto is an online company that provides Internet sports betting. Various betting items will be provided to Toto users and the winner will be refunded according to the set dividend rate. And among Toto sites, private Toto sites with excellent capital are called safety playgrounds. 토토사이트 Learn more 안전놀이터

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts