Menyesal kalau tak cuba Ayam Panggang ala ala Domino

Salam Jumaat....

Diam tak diam dah masuk hari yang ke 15 Ramadhan kan..... Kalau tahun lepas, masa masa gini dah sebok turun naik mall survey baju Raya.... Tapi tahun ni nampaknya kita belek belek almari ajelah cari baju lama yang boleh dipakai dipagi Syawal, gituuuu.....hihi.... 

Semalam korang buka apa wei?
Mak semalam masak Ayam Panggang hokey! Ini semua gara gara pergi baca blog Danalah ni! Kan mak dah teringin nak masak jugak. Ni nak tanya ..... tengah viral ke Ayam Panggang ala ala Domino ni? Mak ayam Domino pun tak pernah try hihi...

Gigihlah suruh Pak King beli ayam . Siap cakap tak payah potong! Orang nak panggang ayam petang ni! Sekali sampai tu diaaa....... besaq bukan main ! Harus tak solat teraweh kitaorang malam tadi kalau panggang sekoq ayam!

Belum masak pun dah nampak sedapkan! hahahhaa

Ayam panggang ala ala Domino 

5 ulas bawang putih (tumbuk), Sos tomato, Cili Sos, Oyster Sos, Madu, Black Papper Sos, 2 sudu Lada Hitam (tumbuk), 2 sudu Serbuk Cili, sesudu garam, 2 sudu gula , 2 sudu margerin.

Campurkan bahan dan panaskan atas api sampai margerin cair. Tunggu sejuk baru lumurkan dekat ayam. Lagi lama perap, lagi sedap. Lepas tu bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah - 200 darjah selamat 45 minit - 1 jam.  Kalau nak garing luar tu, mak rasa kena naikkan suhu kot kalau dah bakar 45 minit tu.

Bila kita perap ayam, air ayam yang keluar tu akan bercampur dengan bahan perapan. Bahan perapan tu akan jadi sedikit cair so apa yang mak buat, sebelum bakar tu, mak keluarkan air tu dan lumurkan dengan bahan perapan yang baru. Air yang kita keluarkan tu jangan buang tau! Sayang wei! Kita didihkan dan boleh dibuat pencicah ayam nanti. 

Memang sedap hokey! Memang tak menyesal mencuba!

Inilah hasilnya Ayam Panggang ala ala Domino ai! Credit untuk Dana dan  kepada sesiapa yang mencipta resepi ini....Cuma spoilnya kentang tu tak masak sangat. Rasanya kena bakar lama sikit lagi kot. Ini pun semalam keluar masuk ovenlah jugak. Sebab dah nak buka kan, kita belasah ajelah walaupun kentang masih keras hihi  

Ayam Panggang ala ala Domino
Oklah.... sehingga ketemu lagi!!



Comments

  1. Mantop kejadiannya.. Xpernh lg bakar sekor ayam gtu.. Kt umh mertua xde oven.. So kalo bakar2 ni guna air fryer je

    ReplyDelete
  2. Menarik rupa sebelum bakar. Ada baca resipi Dana beri.

    ReplyDelete
  3. Akh sedap nian ayam domino ini .... Terimakasih resepnya, ya.

    ReplyDelete
  4. Wah! LL pun nak cuba ayam ni. Next time Hainom, rebus dulu kentang tu biar separuh masak, baru masuk dalam oven. Macom tu, kentang akan masak sempurna sekali dengan ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh gitu ye LL... next time boleh try your tips

      Delete
  5. Apa kejam nau nau ni mak oiiii.. orang datang sini nak ucap selamat bepuasa.. tiba2 terus baca ayam dominos. terus kruk kruk perut ai tau! tunggu lah nanti turn ai buat pulak :p

    ReplyDelete
  6. wow...mengancam kejadiannya tu kak!
    biasanya saya belah 4 sebiji kentang tu bila panggang sekali dengan ayam.

    ReplyDelete
  7. amboi..dah la makan ayam panggang tak hajak..blog dah tukar baju pun xbgthu kita..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha.... mmg sengaja tak bagi tau nak tgk org tu ingat kita ke tak....hihi

      Delete
  8. Aku nak buat jugalah nnt. Jadilah kan sbb tak dpt ayam panggang bazar ramadhan,aku rasa yg ni mesti lagi sedap.

    ReplyDelete
  9. Cantik kejadiannya
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  10. Nak buatlah untuk berbuka petang nanti..

    Psttt: Tak rosak ke oven dek percikan air ayam?? 😃😃😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah mmg confirm sedap geng.... entahlah tak perasan pulak hihi.... nampak sanagt mmg tak lap lepas guna hihi

      Delete
    2. Bukan, sbb sblm ni pernah bakar seekor ayam dlm oven masa mula2 beli dulu tapi percikannya teruk sgt, kesan percikan tak mo hilang, puas cuci, sejak hari tu x guna daa untuk bakar ayam..

      Delete
  11. Semalam saya berbuka dengan agar2 cokelat yang dibuat sendiri... yang lain adik ipar yang masak... punya la buntu menu sebab bahan tak semua ada

    ReplyDelete
  12. sepertinya enak, tapia da yg merusak pemandangan, itu yg bagian paling belakang nongol dan seperti gimana gitu liatnya,, hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sedap pak.... lemak hihi

      Delete
  13. perghhhh
    nampak sedapnya
    pos ke sini sebelah ayam tu sis
    hehehe

    ReplyDelete
  14. Peeghhh mmg mengancam nom.. nak Cuba jugak lah..

    ReplyDelete
  15. ya Allah. sedap nyer!!! nampak juicy sgt.
    aida pun kalu la buat ayam bakar, tak pernah buat air ayam nyer tu.
    mesti dijadikan sos semula.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Waahhh.. sexy betul kejadian ayam tu ... memang mengoda jiwa raga... betoi2 rasa teringin nak buat. banyak dah terpampang kat blog2 , lalu lalang kat fb. lepas tengok ni.. tk leh jadi ni.. kena buat jugak ni... Tq resepi. simple je rupanya.

    ReplyDelete
  17. My favorite, terus petang ni nak pangang ayam macam ni..

    ReplyDelete
  18. kejadiannya sungguh mengancam! nampak sedap gilaaa

    ReplyDelete

Post a comment

Popular Posts