Perjuangan yg belum berakhir!

Sambil melayan Masterchef - Selebrity di dalam ujian penyingkiran sempat juga OKje baca balik post-post yg telah OKje tulis........  diam tak diam dah banyak jugak OKje mencurahkan idea....... timbul pulak rasa seronak (walaupun syok sendiri!.........) . Rasa tak sia-sia OKje buat blog.

Macam biasalah Arjuna masih lagi kat jalan raya walaupun dah pukul 9.30 pm.......... Cari makan...... nak buek camno!  Itulah salah satu sebab mengapa OKje mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya OKje setahun yg lepas. Kalau difikirkan gaji ......memang tak sanggup rasanya nak berhenti. Tapi bila mengenangkan anak...... Si Abang yg nak ambik PMR pada ketika itu, dengan keadaannya yang begitu taksub dengan Sudden Attacknya dan Angry bird pulak dengan UPSR dan tuisyennya. Itu belum lagi dengan tugasan-tugasan OKje di ofis yang semakin hari semakin bertambah. Memang cukup memeritkan! Terasa begitu mencabar sekali tugas sebagai isteri yg berkerjaya.

Walaubagaimanapun OKje redho dengan pilihan OKje dengan permission Arjuna ( Terima kasih Arjuna!) ... Bila kita diberi pilihan antara kerjaya dan keluarga, maka pilihlah keluarga...... kerana jatuh bangunnya sesebuah keluarga adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Sebagai ibu , OKje kena ada rasa tanggungjawab untuk membawa keluarga OKje menjadi yg terbaik! 


Bukan mudah untuk MENDIDIK anak! Tambah-tambah lagi menerapkan dalam jiwa mereka kesedaran untuk menjadi manusia yg berjaya, menunaikan tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta tanpa dipaksa, membentuk anak-anak kita menjadi anak yg soleh dan solehah, yang dapat memberikan pencen akhirat untuk kita ( sepatah kata Prof. Dr Muhaya ).  Memang cukup SUSAH! Lagi-lagi di zaman moden yang begitu mencabar laa ni......


Semoga perjuangan OKje yg belum berakhir ini mendapat keberkatan dariNya. 



Comments

Popular Posts