Singgah Melaka ...

Salam Selasa yaaaa sohabat......

Mak tak bercutilah ....... Mana ada mak bercuti. Mak ambik mood orang lain bercuti jer hihi....... 
Kalau nak meronda, sebelum sampai rumah mak kena meronda dulu, takut nanti orang yang pakai spek bulat hitam tu tak dapat keluar ke mana mana hihi...... 
Kita singgah Melaka dulu, pusing pusing naik bot. Mak pak Jilap yang terlebih nak naik, anak anak dah pernah naik masa lawatan sekolah.

Nama pun pusing pusing sungaikan, Iguanalah jadi santapan mata, sepatah kata pelancong Korea yang naik bot sekali tu hihi..... Kecoh diaorang nampak Iguana. Padahalnya anak biawak jer......

Lepas naik bot, pusing pusing kawasan situ pulak. Nak naik beca, tak sampai hati pulak kat Tukang Kayuh. Kuruih kuruih semuanya weyh. Takut beca terjongkit ke tepi bahagian penumpang je, maklumlah mak dugong dengan bapak dugong yang naik hihi.....


Alang alang dah petang, alang alang dah sampai Melaka, wajib singgah Umbai dulu isi perut.....

Comments

  1. Waw... sweetla cik yang pakai jubah hitam tu.. SA tak ikut ke ni? Oo ni kira g bercuti la juga..best apa g melaka. Kat umbai tu tak tunjuk mesti makan banyak2 la tu..Syokla naik bot sungai melaka..cruise naik siang2 panas tak? Saya pernah naik masa malam je.

    Haha.. macam2 ya depa.. jakun tak pernah tengok biawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm jubah ek AN.... tu bukan jubahlah AN, blause ngan palazo....tahap jubah mak belum sampai lagi .....
      SA kan dah start studynya.....
      Panaslah jugak dahlah mak pakai baju hitam .... tp demi nak match tudung ngan baju pak jilap mak sanggup tau haha....

      Delete
  2. Amboi, Mak! Bukan main lagi kalau bab bergambar ni. Ni kena tolong ajar AcikErna macamana nak gambar lentok dengan suami. Mak kan champion *_*

    Masa Mak naik cruise ni tak tutup hidung ke? Bau air sungai bukan main menusuk segala bulu dalam hidung rasanya! Masa pi Melaka pun Kak Ton tak sampai hati nak penuhkan beca dengan Kak Ton 3 beranak. Takut pulak pakcik beca tu mengeluh pastu bagi komen negatif, nanti Kak Ton sentap, susah pulak Kak Ton tak nak bayar duit beca! Hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan susah sangat pun nak lentok.....karate sikit kat leher terus terlentok kat bahu laki haha .....

      Baulah jugak.....tp mak kan org kg.....setakat bau bau sikit gitu mak hidu jerlah.

      Haha.....alahhhhh kalau naik beca pun mesti mak tak boleh naik ngan Pak Jilap tau tu yg malas tu, tak boleh nak selpie lentok.....gedik ek....

      Delete
    2. ooo kat sini rupanya MD tulis soh ajar acik ye okje he he..nak karate pun tak mau dah okje..dah keras kematu..dah tua..he he

      Delete
  3. amboi kak banyak syokk tu..:)

    ReplyDelete
  4. lamanya tak balik melaka, ha ha ha, nak raya ni nanti baliklah ni... ok nanti nak singgah umbai jugakkk...

    ReplyDelete
  5. mule2 ingat akak yg terlentok manja td heheheh.... jln2 cuci2 mata yek... akak mmg tak cuti sbb tiap2 hari blh cuti

    ReplyDelete
  6. mak oooo mak..kenapa cantik sgt ni mak..

    ReplyDelete
  7. anak biawak dikata iguana..kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. Bercutilah tu,jln2 satu family walaupun tk cukup korum, amoiiii.....seronoknya naik cruise pusing bandar Melaka tu,fefeling round bandar prancis gitew kan, hi hi

    ReplyDelete
  9. iyelah tu..mak tak pergi bercuti ye..

    ReplyDelete
  10. kite pun baru balik dari melaka ari tu

    ReplyDelete
  11. bestnya... makang anging :)... tak pekena asam pedas ker? sedap tau

    ReplyDelete
  12. hahahha..biawak di sangka iguana...jadi la biawak oi..dapat jugak perhatian..ekekke

    ReplyDelete
  13. Ya sohabatttttt..:P

    Dah lama betul nak try sifud kat Umbai tu..

    Ada yg bagi bad review
    Ada good review

    Kedai mana yg di sugget ikut tekak mu wahai sohabattttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat tunggu masa lama sangat sohabat.... gilah cepat cepat....
      Ikut tekak ku.....Parameswara hak hujung sekali, boleh tengok ayor sambil sambil selpie hihi

      Delete
  14. tak bercuti ke tu namanya? bercuti dari memasak, mengemas...
    merehatkan minda tu hainom

    ReplyDelete
  15. saya baru pegi sekali jer umbai....nak kena repeat kali ke-2

    ReplyDelete
  16. singgah pantai kelebang tak? ;-)

    ReplyDelete
  17. Hainom jalan2 melaka mkn kat umbai ya. Tengok dr Swiss Garden hotel ni nampak orang naik cruise. Esok kak zai pun nak pergi umbai pekena seafood. Tp kak zai bukan cuti2 cuma ikut hubby ada meeting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zai ni kan best betul tau.....memanjang ikut boypren meeting...
      Nak ikutttt....

      Delete
  18. tu naik cruise Bukan nak ajak..sy pun tak pernah naik lagi.huhu..

    nak naik beca camtulah kan..tak smp hati biaq pakcik2 tu bawak kita yg bapak mak gajah ni..pada hal tu la sumber pendapatan depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak mo ajak, hangkan tengah bizi tengok muzium padi...hihi....
      Yelahkan.....dia mesti suka bawak kita sebenaqnya walaupun berat hihi....

      Delete
  19. pegi melaka time baruuuuuu je lekat si Fateh Uwais dalam perot. tapi tatau lagi ada dia dalam rahim tu hihihihihhi. ehhh ter throwback pulak ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmmm .....memanjang throwback hihi....
      Kiranya si kecik pun dah pernah makan Umbailah ek....

      Delete
    2. umbai tak makan pun ritu sobssss

      Delete
  20. syoknya kak oi..tapi river cruise ni lagi syok kalau malam-malam..

    ReplyDelete
  21. Dah lama teringin nak bawak anak2 gi sini...(sebenarnya, mak dia orang yang lebih)
    Semoga tercapai cita2...hihi

    ReplyDelete
  22. Bukan main lagi mak jilap dan pak jilap serta anak2nya ni. Keluarga bahagia gitu. :D

    ReplyDelete
  23. Kalau nak ronda-ronda naik cruise tu hainom..
    Malam hari paling cantik..
    Sebab warna-warna lampu tu yg menarik..
    Tidak dapat tengok air sungai yg keroh macam teh susu tu je :)
    CH ronda2 kat sungai tu pun masa Nabil umur 3 tahun..
    Punya lah lama tak meronda kat bandar Melaka tu..
    Macam wajib jer makan di Umbai tu kan..
    Sedap ikan bakar sambalnya tu :)

    ReplyDelete
  24. ni balik dr majlis kawin lah ni . alang2 dah satu jln , musim sekolah lak tu , singgah je la kan ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts