Diari Haji 2019 Part 8 - Hotel Masat Al Badaya Mekah

Salam Khamis .....

Diari Haji 2019 - Part 7 - Sahabat Hati
Diari Haji 2019 - Part 6 - Pergi Yang Telah Kembali
Diari Haji 2019 - Part 5 - Kursus Perdana Haji
Diari Haji 2019 - Part 4 - Teruja Beli Kelengkapan Haji
Diari Haji 2019 - Part 3 - Alhamdulilah dah lega
Diari Haji 2019 - Part 2 - Saringan Kesihatan
Diari Haji 2019 - Part 1 - Panggilan Istimewa dari Allah

Hari ni teringin pulak nak throwback cerita Haji, tapi tulah..... tak tau mana nak mula! Bila lama tak menulis ni, tau tau ajelah skill pun jadi lintang pukang wei....

Sorilah kalau cerita jadi tunggang langgang ek.... 
Sampai kat airport Jeddah masa tu, betul betul waktu maghrib, kalau waktu Malaysia masa tu dah tengah malamlah. Turun turun je kapal, dah ada beberapa buah bas macam bas rapid KL tu tunggu. Penuhlah sesak dengan kitaorang dalam bas tu, dah macam sardin ropenya hihihi..... Bas tu bawak kitaorang kat satu bangunan. Nak kata bangunan airport macam bukan, sebab bangunan tu tak nampak sebok macam airport pun. Kitaorang keluar je dari bangunan tu, ada beberapa buah  bas ekspress pulak tunggu. 

Suasana masa tu memang sedikit kelam kabutlah, nak buang air pun macam tak de masa hokey, semuanya nak cepat! Solat maghrib pun mak solat atas bas! Sejam dua jugaklah nak sampai ke hotel.  Sebelum sampai ke Mekah tu seingat mak, ada beberapa check point bas kena berhenti, tak tau pulak kenapa! Tapi yang pasti lepas bas berhenti tu kitaorang dapat free biskut dengan air mineral. 

Kat Mekah, mak dan jemaah KT34B stay kat Hotel Masat Al Badaya..... Kalau tak silap, hotel ni  ada 11 tingkat. Tapi penempatan jemaah haji cuma sampai tingkat 9 je. Tingkat selebihnya mak rasa Bilik Berkatlah kot hahahaha..... Berjarak lebih kurang 1 km juga ke Masjidil Haram. Maksudnya jauh jugaklah dengan Safwa Tower, Zam Zam Tower, Abraj Hypermarket dan seangkatannya.  Masa kat Malaysia berharap jugaklah nak hotel dekat dengan Masjidil Haram tapi Allah tak makbulkan. Allah nak hapuskan dosa dosa mak melalui setiap langkah kaki mak ke masjid kot ek....

Jemaah yang stay kat hotel ni pun tak seramai hotel lain, hotel lain mungkin beribu ribu jemaah tapi hotel mak tak sampai pun seribu orang. Sebab 2 KT je. Yang bagusnya bila tak ramai orang ni, lif kuranglah jem....

Alhamdulillah ...... boleh buat penghilang dahaga jemaah bila balik dari masjid! Air panas, kopi, teh, gula dan creamer dah tersedia kat lobi hotel.  

Namanya pun hotel kat tanah Arab kan.... buah kurma dah tentulah menjadi bahan kudapan utama untuk para jemaah mengalas perut sebelum ke masjid


Katil mak selama 34 hari kat Mekah..... Kiranya tidur dalam keadaan kepala bertemu kepala, kaki bertemu kaki. Tengok ajelah luggage kitaorang memang bersepah sepah je kat depan katil tu ha Walaupun macam tu keadaannya, tapi selesa je.... pantang letak kepala, terus nyenyak sampai esok hahahaha... Tambah nyaman sebab ekon on sepanjang masa. Di bilik inilah mak berkongsi suka duka dengan Sahabat Hati yang 5 orang tu...... Bijen, beg hijau tote yang awak bagi tu saya bawak untuk letak losyen dan seangkatan dengannya tau hihi

Hotel mak ni memang berhadapan betul betul dengan Perkuburan Ma'la..... Kalau nak ke masjid, selain lalu kubur ni, lalu jugak kedai baju, kedai makanan, kedai buah buahan.... Best jugaklah sebab boleh cuci mata selain boleh beli air penghilang tekak yang sentiasa kering bila berjalan ke masjid. Tak berani nak beli masa pergi, takut asyik nak terbuang air. Dahlah toilet boleh tahan jauh!  Paling tak boleh lupa, jus mangga yang super duper pekat dan sedap kat sini dan kedai jual air tebu.  Peliknya mesin tebu kat sana, masuk batang tebu, keluar keluar air tebu tu terus sejuk!

Belakang kitaorang tu Perkuburan Maala
Untuk sarapan, tak susah pun kat sini, selain kafe hotel, kat luar depan hotel ramai je orang meniaga. Kebanyakkannya orang Pattani yang dah lama duduk kat Mekah. Kalau dah orang Pattani yang meniaga haruslah sarapannya,dari jenis makanan pantai timurkan hahahaha.... Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Pulut dengan Ikan Masin, Nasi Lemak, kuih muih..... Kalau Nasi lemak dia tu sambal tu kurang sedap, terlebih masam, tapi mak cakap dalam hati ajelah hahahahaa..... takut nak komplen, wei..... kang sampai balik lidah mak masam kang sapa yang susah hahhahaha.....

Satu lagi kemudahan hotel Masat Al Badaya ni, mesin basuh disediakan. Bukan setakat mesin basuh je tau, sabun basuh pun disediakan. Sabun kat sini warna biru, wangi pulak tu. Jadinya sepanjang kat Mekah, memang mesin basuhlah yang tolong basuhkan baju mak hihi.... Mesin basuh ni diorang letak kat Aras Parking 1,2 dan 3.  Pakej sekali dengan tali ampaian. Walaupun jemur kain baju kat dalam bangunan, tapi cepat je kering......

Walaupun cuma mesin basuh Semi Auto tapi power ni tau! Kain Ihram, rilex je dia hayun hihi.... Memang syukur sangat sangat sebab ada mesin basuh wei! Kalau tidak balik Malaysia, mak dah jadi sado hahahaha....




Alhamdulillah sampai jugak mak ke sini .....

First time nak buat umrahh ni. Pakai telekung yang dihadiahkan oleh sahabat blogger Yati Cahaya Hidupku. Terima kasih Ti, moga Allah membalasnya dengan kebaikan !

 
Botak ! Tahallul umrah menandakan selesai Umrah Pertama, alhamdulillah..... Esoknya satu badan sakit sakit huhuhu.....


Comments

  1. Seronok baca pengalaman org ke tanah suci.. Smoga ada rezeki di jemput ke tanah suci nanti

    ReplyDelete
  2. seronoknya mak dah pergi haji. moga ada rezeki saya pulak ke sana nanti. memang seronok kalau dpat hotel dekat. senang nak ulang alik ke masjid. tapi hotel mak tu not bad sebab ada mesin basuh.

    ReplyDelete
  3. mak nanti buat list diari haji mak boleh tak. nak baca satu satu. cari tak jumpa la.

    ReplyDelete
  4. naper lambat sangt kak Nom buat entry nih, rindu nk baca cerita haji akak tau...
    seronoknya baca pendalaman kat sana, kiranya takdelah rindu nk makan makanan sini sebab ada yg berjualan...

    ReplyDelete
  5. Hishh asal baca je kisah mak kat tanah suci, mesti bergenang genang air mata.. venci tau! bukan venci tak suka.. ai is sebak sebab baca dgn hati yang terasa dah sampai sana.. tisu mana tisu?????

    ReplyDelete
  6. baca sharing pasal haji pun kami dah seronok, harap ada rezeki lps ni. duit dh cukup, xdpt panggilan dr tabung haji lg.. nk g yg swasta xcukup duit lagi la..

    ReplyDelete
  7. salam hajjah hainom ...
    wae suwi orak melebu blog...
    tau2 riko wes hajjah ...
    alhamdulilah . bungah paman mu iki ..
    apapun tahniah atas menyempurnakan ibadat rukun islam yg ke 5 iku

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Hajah..bertuah sangat dapat jejak kaki ke tanah suci ni mengerjakan haji.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Cikbunga pon berdoa Supaya dpt sampai kat sini satu hari nnti๐ŸŒน๐ŸŒน

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. seronok baca pengalaman akak nie.. moga ada juga rezeki Sha nak ke sini..

    ReplyDelete
  11. Saya baca sampai habis tau kak.
    Seronok baca pengalaman orang ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  12. sentiasa menunggu sambungan pengalaman haji hjh comel ni...

    ReplyDelete
  13. Nom... lama aida x jejak sini :)
    cerita haji. aduhai...
    aida dtg baca-baca ye. nak komen, x reti lah plak.
    belum rezeki lagi nak jejaki tanah haram.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah nom.. rindu pulak nak gi Haji lagi bila baca blog hang ni.๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  15. punya la lama x masuk sini... tau2 dah jadi Hajah... Tahniah OKje...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Wr Wb

    Nama saya Henry Gunawan, saya memiliki kemunduran yang sangat besar dalam bisnis saya beberapa waktu yang lalu dan saya tidak memiliki apa-apa, dalam proses ini mulai meminjam dari beberapa teman untuk bertahan hidup dan keluarga saya menderita krisis keuangan saya, pada bulan Desember 2018 saya mendengar tentang sebuah perusahaan pinjaman online melalui seseorang yang datang ke sebuah kafe untuk mencetak beberapa dokumen yang terdokumentasi dan saya terpaksa bertanya tentang perusahaan itu dan dia hanya menjelaskan beberapa hal kepada saya dan memberi saya alamat email perusahaan, ketika saya kembali ke rumah saya dengan cepat buka internet dan hubungi perusahaan dan saya mendapat tanggapan dari mereka segera dan itulah bagaimana saya memulai proses, saya meminta pinjaman 800jt dan saya diminta untuk menyelesaikan beberapa langkah lain dan menyerahkan KTP saya dan dalam dua hari kemudian setelah saya telah sepenuhnya menyelesaikan proses saya menerima pinjaman dan perusahaan segera mengirim beberapa dokumen kepada saya, untuk mengisi, menandatangani dan menyerahkan kepada mereka. hari ini saya orang yang sangat bahagia dan saya telah membangun bisnis lagi. Allah akan terus memberkati Femi Otedola Loan Firm

    Ada dua hal yang membantu saya.Saya berada di tempat yang tepat pada waktu yang tepat, Allah mengirim wanita-wanita itu ke kafe itu untuk mencetak dokumen-dokumen itu ketika saya masih di sana.Kedua, saya tidak membiarkan apa yang dikatakan orang lain berkecil hati, teman-teman saya menertawakan saya dan mengatakan ada begitu banyak penipuan online, saya berkata pada diri sendiri bahwa saya akan mengambil kesempatan itu. hari ini saya yang memiliki senyum terakhir, jadi saya berjanji untuk membagikan kabar baik ini.jika Anda memiliki masalah keuangan dan Anda mencari perusahaan Pinjaman 100% yang sah untuk mendapatkan pinjaman, ini adalah kesempatan Anda. Saya ingin memperkenalkan Anda kepada Femi Otedola Loan Firm, mereka dapat dipercaya dan dapat diandalkan. mereka telah membantu saya dan saya dapat dengan berani menyarankan Anda menghubungi mereka dan meningkatkan keuangan Anda.

    Hubungi Mereka Dengan.

    Perusahaan: Femi Otedola Loan Firm
    Email: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    WA: +1(469)464-5833
    Panggil mereka dengan: +1(469)464-5833


    Detail pribadi saya adalah:

    Nama: Henry Gunawan
    E-mail: henrygunawan583@gmail.com
    Negara: Indonesia

    ReplyDelete
  17. Sayu je baca kisah ni HOkje.
    Semoga Mrs. A pun dijemput olehNYA untuk menunaikan rukun islam ke 5 nanti.

    ReplyDelete
  18. baru buka blog,jadi gigih baca start part 1 hingga part ni,suka baca pengalaman haji orang,semoga ada rezeki jgk ke sana suatu hr nanti.

    ReplyDelete
  19. AVG antivirus is the highest point of the line antivirus for the confirmation of your automated contraptions. It is expected to keep you ensured and secure. It verifies your critical data and archives, out of the compass of software www.avg.com/retail
    . It analyzes the data set away in your PC paying little respect to whether you are away from your PC.

    ReplyDelete
  20. Bestnyaaa. In sha Allah lepas kahwin nak kesana plak.
    skor A
    pasti skor
    score A

    ReplyDelete
  21. You Have Nice Contents
    "Come to my website to view the contents of my website"
    SUMOBOLA - SITUS MAIN GAME ONLINE TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME. Join US ! klik link di bawah ini ?
    --> BERITA PREDIKSI BOLA
    --> ALTERNATIF DEPOSIT
    --> BONUS DEPOSIT
    --> WEBSITE TERPERCAYA


    Untuk Info Dan Bonus Menariknya Bisa Hubungi Kami Di Bawah Ini :
    WA : +62 813-8631-5299

    DAFTAR DISINI : BANDAR JUDI ONLINE

    Ayo buruann , mana tau kamu menjadi jutawan setelah bergabung dengan kami ..
    --> Group FB PREDIKSI BOLA JITU SUMOBOLA https://www.facebook.com/groups/sumbola/
    --> Instagram https://www.instagram.com/sumobolacs/

    #SUMOBOLA #SUMOBOLALOUNGE #BONUSDEPOSIT #DEPOSITPULSA #EVENTPARLAY

    ReplyDelete

Post a comment

Popular Posts