Red Wok

Salam Isnin...

Lambat pulak bersiaran hari ni. Geng ofis mak telefon. Lama tak berjumpa katanya, yelah sejak berhenti 4 tahun lepas, dia pun dah berhenti kerja sekarang ni, macam macamlah yang disembangkan. Habis sembang dah pukul 10.30. Sambung pulak ke dapur, memasak, jemur baju, hantar si TLBD ke sekolah. Baru nilah dapat tengok telefon weyh.

Sabtu baru baru ni, senyap senyap Pak Jilapah bawak kitaorang makan kat Red Wok Restoren Bangi. Restoren ni rasanya pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan beberapa tahun lepas. Ya, beberapa tahun lepas......tapi dapat perginya baru Sabtu lepas hihi.... Nampak tak betapa lamanya tekak mak memendam perasaan haha.....

Pak Jilapah ni kan satu tau, nak pergi sini bukannya nak cakap! Kalau cakap tu sekurang kurangnya mak bolehlah puasa nasi tengahari tu. Dahlah mak makan sampai senak perut tengahari tu penangan ikan talapia cili hijau, petang tu dibawaknya pulak makan buffet steamboat. Mak bukanlah tak suka, sukanya....... tapi masalahnya tulah, perut tak berapa nak kosong. Rugi tau.... 

Nak ambik gambo, macam malulah pulak, sudahnya ambik gambo apa yang ada depan mata jerlah hihi... 


Makanan mentah kat sini memang banyak pilihan. Udang dengan ketam dia pun besar besar. Fishball, fishcake, dimsum semuanya standby jer nak kena rebus weyh hihi....Cuma yang tak bestnya kat sini, daging dengan ayam tak diperap macam kat Seoul Garden. So jenuhlah mak mengunyah daging malam tu. Belum lembut dah ku telanlah gamaknya.

Tak sangka pulak boleh pulak terjumpa kawan satu sekolah kat sini. 

Comments

  1. wah..bestnya kak..lama xmkn steamboat..:)

    ReplyDelete
  2. Amboi mak ..
    gi gader2 makan tengahari kat Red Wok pulak..
    Sahaja lah hainom nak bagi CH jeles tu..
    Tu hari cite beriani gam..
    Belum habis CH telan air liur..
    Ni kena telan lagi perlahahan2 tau..

    Kesian perut ko tu Nom..
    Nak menghadam makanan yg belum habis dikunyah dah ditelan hahahah..

    ReplyDelete
  3. Ha duk gayut ye hehe.. maklumla dah bungkus steamboat dalamn perut hehe..nampak bestkan tempat ni tengok ikut screen ja :))

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makan. Awat x ajak sama

    ReplyDelete
  5. bestnya.... kwn 1 sekolah pak jilap pun nmpak awet muda lah...

    ReplyDelete
  6. rugilah mak tak dapat makan banyak ye..

    ReplyDelete
  7. Anak dara awak yg pakai sepek tu memang mirip sangat macam maknya ya.. cumil je..

    ReplyDelete
  8. Ermm mak, aku tau ko takkan tolak punyalah kalo gi makan2 ni, tapi aku jelezla ko maintain je, tak gemuk pun, apa rahasianya cobalah ko cerita.

    ReplyDelete
  9. alahai Anom tertelan air lior kaknoor "mengimaginekan" apa yg Anom tulis tu
    tkpe lah rezeki Anom kan sabo je lah hehe

    ReplyDelete
  10. kite dah lama tak makan bako2 rebus2 camni...betol kata hang tu kalau nak makan tempat2 camni kantung perut kene longar baru la berbaloi...cantik anak2 dara hang...yg pakai tudung kaler coklat tu sebiji ikut mak dia...kikiki

    ReplyDelete
  11. rajin Pak Jilapah bawak Anom gi makan2..selang tak beberapa hari jer. dapat suami baik satu anugerah..

    ReplyDelete
  12. Takpe lah nom,tengahhari yang senak makan,malam kan dah kosong balik.
    Yalah nom comel2 anak dara macam mak dara nya juga...

    ReplyDelete
  13. yang gambo atas kaler kuning tu ape kak? nampak sekali imbas mcm jering. ehh ehh ahahahaha

    ReplyDelete
  14. Bangi sekarangni memang best pasal tempat makan.. mcm2 der .. nak yang kelas, nak yang retro , nak yang muslimah, nak yang hipster semua adalah sediakan duitjer... tapi akak kalau gi bangitu sampai tak tahu nak gi makan kat mana.. lastnyer sup urat keting juga..

    ReplyDelete
  15. wow steamboat..sy lebih suka makan yong tau foo pasar malam la.benda2 gini rugi klu makan sikit dh kenyang..sekali sekala ok la...kemut katanya.hahaha

    ReplyDelete
  16. Bila ek kita baca pasal Red Wok ni... Yang penting siapa ek yang cerita pasal Red Wok ni....

    Eleh, tak kisahlah siapa punya cerita janji kita tak berapa berkenan dengan restoran ni. Makanya, janganlah Mak menaruh harapan yang tinggi untuk kita bertemu empat mata di sini ya ^_^

    Kawan sekolah PakJilap ke tu?

    Macam serupa pulak... Kembar ke apa ni? Hahaha!

    ReplyDelete
  17. yummy!!!
    kat bangi byk kedai makan best best ekk.
    kat melaka ni, hmmmmm :(

    ReplyDelete
  18. Tempat tu tak de lah jauh sangat dari rumah..tapi kita tak pernah singgah.
    Boleh juga bawak family makan2 kat situ nanti

    ReplyDelete
  19. xlist bertahun pon merase juga okje.
    ceq ni entah thn bile plak le kan nk ke sana nun hiks

    ReplyDelete
  20. Sedapnya hainom!! Tp bab kunyah daging tu LM lemah sikit. Gigi dah la tak lawa ke depan ke blakang. Payah klu ada terselit

    ReplyDelete
  21. betul tu mak, nak makan stimbot ni kena lapar..kalau kenyang rugi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts