Inilah hadiah diHari Jadiku

Salam Isnin yang bizi.......

Baru balik dari Tesco ni, soping ikan. Dah jadi padang jarak padang terkukur esbok mak tu tau. Adalah ayam segera A1 sebungkus. Naik jemulah pulak nak menggorengnya. Semalam tak sempat nak menyoping, maklumlah, semalamkan mak jadi bezday gegurl,  haruslah memanjakan diri sepanjang hari katanya hihi.....

Nak di jadikan cerita, pagi Sabtu iaitu sehari sebelum menjelangnya bezday mak, mami telefon Pak Jilap bagi tahu yang abah mertua mak demam. Dalam hati mak, huh sudah! Nampaknya musnahlah harapan mak nak celebrate bezday mak besar besaran kalau cenggini punya gaya ( tak de maknanya besar besaran, propa jer lebih ni hihi....)

Abah tak boleh nak bangun. Kalau dah abah yang demam memang tak de sapalah yang nak diharap mengurus mami. Nak memandikan, nak menyuapkan. Mami mak kan Parkinson, so memang tak mampu nak uruskan diri sendiri.

Jadinya, sebagai menantu hantu yang ada sikitlah saki baki solehah katanya, dengan rela paksa terpaksalah menurut perintah suami soleh menguruskan syurganya.

Bukan mudah mempunyai ibu bapa atau mertua yang sakit yang memerlukan kita sebagai anak menguruskannya. Yang sesekali pun berat apa tah lagi kalau selalu. Allahu akbar..... itulah dugaan yang Allah beri kepada kita sebagai anak dan menantu sebenarnya....

Bergenang juga air mata mak ni, ketika memandikan mami, melihat tubuh uzurnya, yang ada ketikanya bergoyang tanpa henti, rasa bersalah pada diri sendiri pun ada jugak.... maafkan saya mak, saya tak mampu untuk duduk sebumbung dan mengurus mak sepenuh masa....

Terasa derhaka sangat diriku ini huhu..... 

Inilah hadiah dihari jadiku. Gigi bondaku sendiri pun tak pernah ku gosokkan sebegini. Moga benda yang sekecil ini mampu meraih rahmatmu nanti Ya Allah huhu.....

Comments

  1. alhamdulillah..menantu yang mithali..:)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..pasti rahmat Allah itu sentiasa bersamamu, berbakti kepada mertua itu sama besar pahalanya dengan berbakti pada ibu sendiri, inshaAllah besar ganjaran yang hainom dapat tu.

    semalam bezday ya...yang ke berapa tu? hehehe

    selamat hari lahir, moga panjang umur, murah rezeki, bahagia dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. sedih melihat keadaan ibu mertua yang sakit dan kita tak boleh tinggal bersama sebab ada komitmen lain. alhamdullilah mak, walaupun pertolongan yang kecil, pasti mampu memberi kesenangan kepada ibu mentua :)

    ReplyDelete
  4. :'( Sedih CH Nom..
    Teringat dulu memberus gigi, memandikan dan mencebok punggung arwah mak CH ..
    InshaAllah dengan pengorbanan hang Nom sbgi menantu yg menguruskan mami tu akan Allah berikan ganjaran.
    Arwah MIL CH dulu pun ada tinggal dgn CH lebih kurang sebulan.. tapi adik ipar CH yg jaga sebab CH kerja..
    Lepas 2 minggu balik kg..
    Masuk hospital semula..
    Sehingga arwah MIL meninggal . AL FATIHAH..

    Selamat hari lahir Nom..
    Semoga usia dirahmati Ilahi..
    Dikurniakan kesihatan yg baik..
    Dimurahkam rezeki..
    Dan bahagia hingga ku syurga bersama keluarga..

    Tentu jiran hang tu Nom dah WA ucapkan happy birthday buat hang kan Nom..
    Hari ni adalah entri kontot .. hahaha

    ReplyDelete
  5. Tak apa akak. Mungkin Allah nak mulaikan akak dapat berkhidmat kepada mertua. Bukan semua orang boleh buat dan berpeluang buat semua ni.

    ReplyDelete
  6. Menantu yang baik. Berkhidmat untuk mertua ;-)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Kawan~ Anda memang menantu yang hebat!
    moga mendapat balasan yang terbaik DariNYA.

    Selamat hari lahir sekali lagi Kawan~

    ReplyDelete
  8. Happy birthday nom. Semoga Anom diberikan ganjaran dimasa akan datang in syaa Allah.

    ReplyDelete
  9. huhuhu sebak lak kak.... anggap lah itu hadiah terindah akak bila berkorban utk jaga mil.... moga akak akan dpt hadiah yg lagi indah dari Dia...

    ReplyDelete
  10. Besar hadiah harijadi kali ni..sebak la pulak.huhu..

    mak mertua pun macam mak kita sendiri jugak kan..selagi mampu kenalah jaga dengan ikhlas..

    happy belated birthday sekali lagi ye mak jilap.huhu

    ReplyDelete
  11. syorga menanti mu menantu :)
    in shaa Allah...
    kipidap!

    ReplyDelete
  12. Alamak! Birthday Mak rupanya semalam. Habislah terlupa nak ucap selamat berkilau-kilau megah ^_^ Oh, padanlah pepagi dah suruh orang update entri, ni mesti nak minta ucapan juga ni.

    Mak, Pak Yemnya mana... lain hadiah Pak Yem tak bagi ke sebab besar bangat tu pahala tolong jagakan emaknya walaupun sejam dua aje ^_^

    Moga Mak bergembira sekeluarga ya menyambut belated birthday. Alah, setakat kena uruskan mak mertua, mesti Mak tak marahkan. Mesti besar hadiah Pak Yem bagi nanti ^_^

    ReplyDelete
  13. Tu jap lagi adalah hadiah yg lagi spesel tu, tak caye tunggulah..
    Ko smlm ye mak..3/4, aku arini..4/4..tapi biasalah aku wat2 lupa, sbb takmo ingat angka yg makin menaik tu, heh heh..

    ReplyDelete
  14. Tu jap lagi adalah hadiah yg lagi spesel tu, tak caye tunggulah..
    Ko smlm ye mak..3/4, aku arini..4/4..tapi biasalah aku wat2 lupa, sbb takmo ingat angka yg makin menaik tu, heh heh..

    ReplyDelete
  15. Hepi bezday nom,semoga Allah beri ganjaran atas keikhlasan hainom menjaga mertua.
    Akak dh lalui wlpun mencabar tapi puashati dpt berbakti wlpun tak seberapa.

    ReplyDelete
  16. hey belated besday okje
    alhamdlillah smoga dipermudahkan semuanya. aamiin

    ReplyDelete
  17. Happy birthday.. semoga panjang umur, murah rezeki dan dalam rahmat Allah selalu..
    Alhamdulillah ada orang yang boleh bantu mak.... bila bantu mak selalu terbayang time kita nanti.. semoga ada yg sudi bantu kita bila kita x berdaya macam tu..

    ReplyDelete
  18. Happi birthday...seronok dapat berbakti pd MIL walaupun sekejap.insyaAllah ada rahmatnya

    ReplyDelete
  19. Hepi birthday mak jilap! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. lupa nak wish, birthday kita kan sama.memang sesuai mak mertua ngan menantu sama birthday..hehe (ayat mintak kena kecam)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah..solehah betul menantu ni...takpelah mak jilap, hari tua esok kita tak tahu lagi..

    ReplyDelete
  21. InsyaAllah banyak pahala mak dapat hari tu. Moga dipermudah semuanya kak nom

    ReplyDelete
  22. Happu birthday makkk..! moga panjang umo murah rezeki & bahagia hingga syurga dgn kesayangan mak... (^^,) Mak ni contoh menantu mithali tau. insyaallah, bakal mennatu mak n anak anak mak akan jaga mak dgn baik masa hari tu nnti. =)

    ReplyDelete
  23. Beruntung ada mak bapak lagi seblh kita sblh sana..doa ibu tu mustajab tau..bila dh tak ada maka putuslah doa..mcm knor ni..tak de dah doa dri org tua..hrp anak2 jerlah doa utk kita..redha dan ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  24. terinspirasi,...nanti balik kampung "mak, bak gigi palsu meh cheq gosokkan" :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts