Assalammualaikum korang....
Ha gitu......panjang salam mak di hari Jumaat yang mulia ini kan. Maklumlah lama tak bersiaran hihi..... Haruslah rindu dengan korang? Apa ? Korang tak rindu?.....Tak perlah, biar mak sorang yang syok sendiri merindu!
Mak ada jer kat rumah ....... Tapi mood jer yang tak de. Pssst......mak sawan ngeri sebenarnya weyh! Apa taknya, Geng Taman nak beraya. Mau tak ngeri! Mengalahkan nak buat kenduri kawen hokey!!! Selagi tak selesai selagi tulah kepala duk memikir.
Sebenarnya memang setiap kali Raya, kitaorang akan buat cenggini. Seronok ! Terasalah sikit suasana kerayaan disitu. Dah kilauan kilauan emas ni, eloklah bercampur gaul sikit sekurang kurangnya, sakit pening kita ada jiran yang ambik tahu.
Menu mak malam tu, mee hoon sup chicken ball, nasi himpit kuah kacang daging dengan roti jala. Roti Jala tu mak order. Tak kuasa mak nak menjala! Gambar menu pun tak sempat ambik tau. Punyalah bizi.
Terima kasih kepada Geng Lipis, blogger Umialya yang bagi Jug Besar sebelah bunga nun..... Tahun lepas lagi dia bagi sebenarnya. Kita isi air kopi Muo tau geng!
Nak dijadikan cerita hari Rabu tu, dari tengahari sampai ke malam hujan pulak weyh. Jadinya jiran jiran mak semuanya berkumpul dalam rumah mak yang sekangkang kera tu. Bayangkan ajelah, macamana padatnya !! Nak sewa kanopy kang macam Open House sangat lah pulak, padahal kecil kecilan aje.
Kalau dah sewa kanopy, terpaksa pulak jemput geng bloggers haha.....
Tak disangka sangka pulak kakak dari kampung datang malam tu. Dia tak delah dari kampung, dia datang dari rumah anak dia kat Putrajaya. Dah sampai depan rumah mak, tengok ramai manusia, terpaksalah masuk jugak hihi....Cuma mak tak dapat nak layan....
Itu ajelah kisah kebizian mak minggu ni....
Teringin jugak nak jumpa korang. Bilalah dapat jumpa korang ek agaknya? Ha.... bercerita pasal jumpa geng blogger ni mak ada terjumpa 2 orang geng blogger masa bulan puasa hari tu.
Siapa? Tungguuuuu.......
meriahnya
ReplyDeletePatut lama menyepi...rupanya byk fikir ya
ReplyDeleteFikir nk masak apa...
Wow...ramai juga yg dtg beraya
Sedap2 juga menu hari tu
Selamat hari raya...
nom...
ReplyDeleteaida tag nom!!!
http://www.adianiez.com/2016/07/daehan-minguk-giveaway-by-siti-yang.html
kalu sempat join ekk :)
Memang nampak kebizian ko tu Nom..
ReplyDeleteRamai jiran tetangga yg datang tu..
Kira rajin sangat Nom..
Banyak yg ko masak sendiri tu..
Nak sangat rasamee hoon sup chiken ball kau tu..
Tentu sedapkan ..
Alaaaa kita dah tahu..
siapa yg ko jumpa tu Nom..
Salah seorang nya KAK TON kan..
Jiran yg selalu hang bergusti tu hahahhaa..
Cis! Baru puji dia dah beri hint pulak!
ReplyDeleteYang seorang lagi tu siapa pulak, Mak?
Ahah, apa yang Mak nak ngeri sangat! Bukan ke setiap tahun pun Mak melayan jiran setaman? Tahun lepas lagi gempak yang Mak selpie-selpie dengan jiran taman tu. Tahun ni takda sesi selpie menyampah ke?
Opppsss...itulah malas berkunjung ke sini! Asyik tak sayang mulut aje.
Lain kalilah ek kita sambung baca kisah Mak. Kita 'sibuk' ni ~_^
Bestnya, dapat berkumpul ramai-ramai ni ;)
ReplyDeleteptt lah senyap tak abis penat lah tu heheheh...
ReplyDeleteingta nk dtg umah kak nom lah ujung minggu nih boleh ke hehehe...
kak nom nnti bg no tepon buleh...
Sob, sob, sob.. terharu kita beb bila nama disebut2..
ReplyDeletepstttt: kitapn baru buka kotak jug ntuk raya tahun ni..
Kita salute le kt awak geng, rajin sgt3, rajin masak, rajin lak layan tetamu + rajin bergosip gak, erkkkkk.. tak betul k??
Sob, sob, sob.. terharu kita beb bila nama disebut2..
ReplyDeletepstttt: kitapn baru buka kotak jug ntuk raya tahun ni..
Kita salute le kt awak geng, rajin sgt3, rajin masak, rajin lak layan tetamu + rajin bergosip gak, erkkkkk.. tak betul k??
amboi mak..meriah betul raya!tetamu tu kan rezeki, pas ni boleh buat untuk blogger pulak.eh..
ReplyDeleteBagi kak Zai dah ramai tu. Bukan senang nak masak dan nak melayan sorang2.
ReplyDeleteamboii mak..senyap senyap wat open house..takkkan untuk blog setaman jer hew..he
ReplyDeletenekcik pun baru miula baca blog sebab tenet semput amat memboringkan..dahtu teratak 66 ni pulak meragam ..tu dok dendiam..rindu pulak kat geng blogger..kena lah on balik
Amboi makkkk..meriah gituw!~
ReplyDeleteAkak rindu gak nk baca celoteh hainom ni .Bagai kurang sesuatu kalau baca blog2 takde hainomokje berceloteh.
ReplyDeleteNi dah lepas ngeri nya lah nom ya.Best juga menu ringkas gitu kalau tidak mahu berpeluh ketiak masak sorang.
Kiranya rezeki kakak hainom ya datang haritu...dapat lah rasa juadah yang dimasak adeknya.
hahaha mau tak ngeri kalau kena serbu mak!
ReplyDeleteturn aina kena serbu ahad ni... ready! tapi xpela setahun sekali kan.. terasa meriah nya! baru betul betul raya gitu... =D
Bestnye mak kawan2 hang sudi berkumpul ramai2 gini...dedulu time kite aktif berpesatuan bagai selalu gak buat makan2 gini...sejak pencen 5-6 taun lepas memang dah lama la tak buatkan...hatapkan angin rajin dtg jelah baru buat ppen house yg tak berapa nak open sangat benonye...
ReplyDeleteKite pon teringin sgt nak jumpe hang mak...kalau bleh nak jumpe semua kawan2 blogger yg selalu betego sape di alam maya ni
mujur rumah besar, so orang serbu ada aje tempat
ReplyDeletecer kalau singgah rumah saya
duduk luarlah korang jawabnya...haha
dah tahu dah sape yang dimaksudkan tu
jiran sebelah tu pun dah bercerita dah
tapi nak baca dari sisi okje plak =)
Wah.. kemain beraya beropen house dia ye. Kalau macam ni bagus la, org terjah pun masih lagi berjalan lancar dan puas hati semuanya.. murah rezeki Okje, jamu orang makan dari tengah hari ke malam..
ReplyDeletepatutlah lama menyepi. siang malam dok memikir nak masak apa ye mak. sekarang, segala batu jembala atas kepala dah lepas dah....lepas ni bolehlah kembali berceloteh panjang lebar kat blog pulak.
ReplyDeletelekas2 cerita pasal terserempak tu...tak sabar nak baca ni.
fuhhhh meriahh sangat ni kak hihi
ReplyDeletepatutla senyap..dah abis rumah terbuka terlepas segala beban berat pikir menu apa nak di masak ye, OKje..hehehee!!..
ReplyDeleteSeronok jiran tetangga buat aktiviti beraya secara berjemaah camni..murah rezeki tau menjamu tetamu makan..hehe..
ReplyDeleteSibuk benar melayan tetamu patut dh lama tak up entry..kita ni je tak sibuk..dh tak boleh beraya kan sibuk bertukun kat rumah ajelah.haha
Seronok jiran tetangga buat aktiviti beraya secara berjemaah camni..murah rezeki tau menjamu tetamu makan..hehe..
ReplyDeleteSibuk benar melayan tetamu patut dh lama tak up entry..kita ni je tak sibuk..dh tak boleh beraya kan sibuk bertukun kat rumah ajelah.haha
Budaya yang harus dikekalkan.
ReplyDeleteSatu cara untuk mengeratkah ukhuwah.
Wah best meriahnya raya.
ReplyDeleteSiapa geng Blogger tu Kak hainom
salam hainom ..
ReplyDeletekok orak mjemput nyong teko ngomah ..
hihi ..
tulah, bile ramai datang bertandang mesti kesibukan dalam menyiapkan juadah seblm kedatangan dayoh dayoh tu lebih lagikan ..
mesti rasa seronok bila majlis selesai kan ..
terasa satu kepuasan dalam melayan tetemu
Aku sibuk nak sukan lak minggu ni, rayaneka kat tadika dah selesai, tggu selesai satu bab tu lagi.
ReplyDeleteSori ar, singgah jap je nih.
Aku sibuk nak sukan lak minggu ni, rayaneka kat tadika dah selesai, tggu selesai satu bab tu lagi.
ReplyDeleteSori ar, singgah jap je nih.
ngalahkan menteri lah hainom ni busy
ReplyDeletekaknoor pun kalau dkt confem nak jumpa hainom
bestnya ramai2 gitu jamu selera
Bizi yg bukan selalu dinda.. patutlah sunyi sepi kanda jenguk bagi salam tak berjawab-jawab. Kisahnya sibuk masak ada ramai tetamu nak berkunjung. Eloklah tu dinda sesekali kita buka luas-luas bagi tetamu dtg. Setiap yg dtg tu membawa rezeki jgn bimbang. Apa lagi sampai tak balik-balik dek kerana hujan ye:)
ReplyDeletesyiokknya
ReplyDeleteaktiviti mcm ni kan
ala skali skala mmvizikan diri. kikiki
meriah !!!
ReplyDelete