Jiran punya celita

Salam Isnin.....

Masa menjemur baju baru sat ni, tetiba jiran sebelah mak yang Cina tu cakap....

"Semalam sudah jatuh, habis semua"

Adoiiiii ....apalah pulak yang jatuh ni. Jenuh le otak mak memproses maklumat nak tangkap apa dia cakap. Dalam hati mak " semalam ribut ke sampai barang barang dia semua jatuh ...." Semalamkan, mak balik kampung, manalah tau kotnya ribut ke semalam kat sini!

Jiran mak ni memang rajin jugaklah berbual. Kadang cerita pasal anak dia.  Kadang cerita pasal kawan bisnes dia yang tak jujur. Cuma mak je yang tak berapa nak paham sangat apa dia cakap. Jadinya kadang kadang tu mak hanggukkan ajelah hihi...

Kadang kadang best jugak berjiran dengan dua dua belah jiran yang macam tak wujud ni. Bukan apa nak memekik melolong pun tak de orang dengar weyh! Maklumlah kadang kadang sawan tak waras mak tu datang jugak tanpa sedar hihi....

Jiran sebelah kiri rumah mak ni Cina,  duda pulak tu, jadi bini memang tak delah. Batang hidung anak dia pun mak tak pernah nampak lagi sejak dah besar panjang ni. Takut jugak mak, kang sedar sedar dah mereput sorang sorang pulak jiran cina mak tu.....

Yang sebelah pulak, Melayu, janda, anak pun dah besar besar jugak. Sayangnya rumah dia macam tak terbela je gamaknya. Rumput dah panjang. Apa taknya tuan rumahnya pun datang sesekali aje.....

Jadinya memang sunyilah rumah mak ni. Tapi mak sukalah suasana cenggini..... tenang jiwa mak weyh! Hihi....

Berbalik pada cerita Jiran Cina mak yang katanya " sudah jatuh tu" ,  rupanya wallet dia yang hilang. Ho alah....

Buat jiran alamaya mak Dana yang sweet miwit tu,  mak nak mintak maaf tau, tak dapat nak menyahut cabaran ko dalam 'Love Spouse Challange' kat FB tu. Bukan apa, malu mak weyh. Kat FB tu frennya ramai kaum kerabat mak.  Kang ipar duai mak tengok  gambo mak laki bini mentik mentik dalam tu, takut diaorang menyampah pulak. Dahlah mak jarang post apa apa kat FB tu.....skodeng orang banyaklah hihi... Lainlah kat blog, memang nak suruh korang menyampah pun kehkehkeh .....

Comments

  1. haha..post kat blog jelah Mak. tak larat dah nak nyampah

    ReplyDelete
  2. Bila dah tua-tua ni memang kita malu kan dinda nak post yg buat anak-buah semua boleh tengok walaupun hakikatnya tak ada salah pun.

    ReplyDelete
  3. hamboi..lomantiknya..gambar bawah skali tu..hihi

    ReplyDelete
  4. Jiran nom ni pun satu tak bagitau cerita penuh....memang lah tertanya2 kalau gitu.
    ....hihii geli hati pulak akak hainom kata boleh memekik melolong tu,sebabnya anak akak Iqa ni suka dia nyanyi kuat2 padahal berjiran dgn kedai makan.
    Betul lah nom,memang berfikir 2 kali nk post kat FB tu sebab ramai kawan kerabat tengok ,cucu sedara pun ada ...
    Sory nom akak ada menyinggah juga kat FB hainom...

    ReplyDelete
  5. hihihihi..
    Iye ke malu Nom..
    Posing jer lah yg mentik mentik gedik gedik tu.. :D
    Tak ada yg menyampah pun..

    La apek tu dompet dia yg jatuh..
    Hang tak jumpa ke Nom..
    Kalau tidak kayo lah hang nom :D

    ReplyDelete
  6. amboiii, memang mentik-mentik laki bini ni lah. saya tekdelah menyampah tengok. tapi rasa geli geleman pulak hahaha.

    jiran mak sama pulak dgn jiran sama, sebelah duda, sebelah janda. tp baru-baru ni duda tu dah kawin pulak, jadi laki org lah dia sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. alah ko nih kak nom, tak semestinya gambo ber2 kene mentik2... ngegada tau...
    ngajuk lah aku gini... kih2

    ReplyDelete
  8. Citer kt ats tu ok dh..,duda,jnda semua..yg bwh tu pninglh mak..haha..

    ReplyDelete
  9. hehehee..swett nyer mak!!! kiter suka la!!

    ReplyDelete
  10. Jap! Nak komen pasal gambar tu!

    Alahai! Tak kuasa tau nak tengok gambar super lovey dovey kilauan emas permata macam ni tapi nak buat macamana, dah namanya jiran alamaya, kenalah juga hadap walaupun dah rasa loya-loya dah ni, nak terkeluar semua bekpes yang dah masuk dalam perut tau!

    Bab jiran tu, untunglah Mak. Kiri-kanan bawa diri masing-masing. Bolehlah Mak enjoy sakan, nak test pitching kelaut dalam ke, nak selpie bawah pokok tapak dara depan rumah jiran kiri-kanan ke, semua pun boleh!

    Kotnya Mak semalam tu dia jatuh, itu yan habis hilang dompet tercicirlah tu! Mehlah sini belajar dengan Bubbly Abang cakap Cina, senang sikit Mak nak berkomunikasi dengan jiran 'bujang' Mak tu!

    ReplyDelete
  11. Waduhhhh...kok ramantis sekali ibu sama bapak dalam foto itu... :)

    ReplyDelete
  12. Kalau tutup lampu tu jadi apa ek

    ReplyDelete
  13. post je banyak2 gambar mentik2 tu, sonok tengok takde nyampah pun, barulah orang kata makin kilauan, makin bersinar cintanya tu, takdelah makin kilauan, makin suram..tengok tu gambar pun dekat lampu bersinar-sinar haa

    ReplyDelete
  14. Hamboi, hamboi..manyak lomantik lo itu aa saya punya jilan, manyak makan ati wo, wa tada isteli..hihi

    ReplyDelete
  15. Hamboi, hamboi..manyak lomantik lo itu aa saya punya jilan, manyak makan ati wo, wa tada isteli..hihi

    ReplyDelete
  16. Aduh...dompet hilang rupanya hihi
    Nk kuar balik gmbr masa muda mudi segan gak...
    Alahai romantiknyaaaa

    ReplyDelete
  17. Hahahahha.. ingat apa laa yg jatuh nya tu. Haih. tp mak, kita pun tenang duduk dengan masyarakat 1 malaysia floor tu. Tenang dan tenteram... jiran smua jenis ambik berat klu sebelah menyebelah takde. =)

    Alahai maaak suwwit bebenoo. Takpe mak dkt blog ni mak tepek je kasik smua nyampah. =P

    ReplyDelete
  18. macam2 la...sabar je la... sweet nya pic lastu

    ReplyDelete
  19. Aduhai gambar last..menyampahnya.hahaha..sy pun jarang sgt la nk up pic laki bini kt fb..ke tak pernah lngsung..biasa pic famili n anak2 je.blog ni hak kita la nk letak apa pun.hihi

    Molek dh tu sorg duda sorang janda..jiran mak tu la.hehe

    ReplyDelete
  20. Gamba tu memang wow sgt...dgn keadaan lampu yg malap2 camtu...hahaha...bagos ek hang somi isteri spoting je...kalau cik boss kite jgn harap la nak.amik gamba lomantik2 camni...ape kes jiran2 hang ni mak...awat hang x kenen2 kan je si duda dan janda tu...mana tau mak ada jodoh diorng beso pahala tau dpt tarik saudara islam baru...kuikuikui

    ReplyDelete
  21. Gamba tu memang wow sgt...dgn keadaan lampu yg malap2 camtu...hahaha...bagos ek hang somi isteri spoting je...kalau cik boss kite jgn harap la nak.amik gamba lomantik2 camni...ape kes jiran2 hang ni mak...awat hang x kenen2 kan je si duda dan janda tu...mana tau mak ada jodoh diorng beso pahala tau dpt tarik saudara islam baru...kuikuikui

    ReplyDelete
  22. ingatkan buah pelam yg jatuh hihihihi. atototototo suka tgk mak dgn pak jilap ni. sporting je nk mentik2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts