Ikan Stim Sos Plum
Salam Jumaat....
Dua hari sudah gambar ni sebenarnya. Masak benda simple simple jer. Yang mudah dan cepat. Macam tak biasa....... mak kan alergik kalau berlama lamaan di dapur hahaha.....
Mak postlah gambar ni kat WA. Boleh pulak orang tu berkenan dengan masakan ikan yang kat hujung tu. Yang kelam jugak hang minat ye CH haha.....
Mak masak tumis kobis, telur dadar, ikan bilis goreng dengan cili dan bawang potong ( ni mak yang teringin hokey) dengan ikan masak stim. Nama jer stim, tapi stim kat kuali aje haha....
Jadi 4 lauk ni bukan apa, sebab ikan tu seekor aje, macam sikit pulak. Tu yang tambah telur dadar dengan ikan bilis tu. Sudahnya pagi esok, mak jugak yang tukang melicinkan telur dadar dengan sayur tu. Hish.... sekarang ni DBKL dah tak beroperasi waktu malam, DBKL diet haha......
Tu dia....... Ikan Stim Sos Plum mak! Masa ni mak masak cincai aje weyh. Tak kuasa nak keluarkan pengukus, tak kuasa nak menggoreng bawang hiris asing. Mak tumiskan bawang blend yang dah siap dalam esbok tu aje haha..... Daun ketumbar pun yilek. Mak gantikan aje dengan daun bawang.
Mak kalau masak pesen ni, memang akan bubuh Sos Plum. Dah kebetulan CH pun tanya.....inilah ghoper Sos Plumnya. Brand Life pun ada jugak. Nama pun plum kan rasanya dah tentulah masam masam dan agak manis sikit.
Dah terlanjur ni mehlah mak tulis resepinya sekali. Walaupun CH tak tanya haha...... Tulis syok sendiri, sudahlah......
Ikan Stim Sos Plum
Bahan bahan
1) 1 ekor ikan bawal emas / siakap
2) 2 biji bawang putih - ketuk
3) Halia
4) 2 batang serai potong nipis
5) Cili padi ikut suka
6) Sos Plum
7) Sos Tiram
8) Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
1) 1 labu bawang merah besar dan 3 biji bawang putih hiris dan goreng garing asing
2) Daun ketumbar
* Sukatan bahan cuma anggaran, kena sesuaikan dengan kuantiti dan saiz ikan jugak
Caranya :
Tumiskan bawang putih, halia, sampai naik bau. Masukkan cili padi, serai. Buh sedikit sos tiram dan sos plum. Masukkan air. Perasakan dengan garam. Masukkan ikan. Tutup dan tunggu sampai masak. Dah siap!!!Nak masukkan tomato atau sayur sayuran pun boleh. Ikut suka tukang masaklah kan haha.....
Masa nak hidang tu taburkanlah bawang goreng dan daun ketumbar.....
Haruslah berstim stim selarang kan memandangkan minyak dah up harga dia...hahaha....mentang mentang la laku...hahaha
ReplyDeleteNi cerita steam ke atau cerita minyak?
DeleteMasak ni nak tau anggarannya. Terlebih garam nanti masin terlebih lada nanti pedas. Tapi kslau dah selalu masak, okje.
ReplyDeleteKau buat aku lapar lagi walaupun dah makan..
ReplyDeletesedapnya lauk2 kak nom... rajin betul kak nom nih
ReplyDeletepaling menggoda selain ikan stim adalah bilis bawang goreng tuh
Berkenan dgn ikan bilis goreng dengan cili dan bawang potong tu kak.. selalu lah jgk masak tu sbb reti.. hahaha..yg ikan masak tu tak lulus lg..nmpknya klu nk cuba kena tgk resepi sini..
ReplyDelete** dah start diet malam erk kak?? hihi
Saya suka sungguh ikan bilis goreng tu.
DeleteHari hari makan pun tak apa.
Biasanya bila sahur saya makan tu. Tiap2 hari.
Rengkas.
Kat dalam peti ais ada bawal seekor mati beragan...nak ke dapurlah, masak ikut resepi (derhaka pada resipi tu biasalah, kan?) Anom ni... :)
ReplyDeleteBahannya sikit ya kak hainom.. Cara masak pun mudah! Boleh Reen cuba nanti. :D
ReplyDeletesedapnye menu dia, thnaks gak share resepi. Boleh la try nnti :)
ReplyDeleteadoi sedap ni mak oi...siakap stim plum..aduh2...terbanyang2
ReplyDeleteSedap pulak tgk ikan steam tu. Tapi lagi tertarik dengan ikan bilis goreng bawang cili padi tu ☺☺
ReplyDeleteSEDAP NYERRRRRR ikan masin dan ikan bilis goreng bawang cili padi tu kak...aaa makan dgn nasi panas..aaaa sedap nyerrr!!
ReplyDeleteYour cooking walaupun simple, I am confident sure sedap punyer. Ada variety, tu yang best. PH punya just satu protein, satu sayur. Habis cerita, just eat don't complain hah..hah..
ReplyDeleteTengahari tadi dah pergi Tesco Nom..
ReplyDeleteKonon nak mencari sos plum tu lah..
Boleh pulak terlupa..
Aduhai..
Balik nanti kena singgah semula nampaknya..
Nak masak resepi hang tu lah Nom..
Terima kasih share resepi ye nom..
Mak! Terkejut pulak tau tengok Mak kongsi resepi di sini. Dah ala-ala pakar masak aje. Hahaha!
ReplyDeleteSos plum yerk. Nantilah Kak Ton cari. Sekarang ni memang kena cari kelainan sikit supaya tak banyak guna minyak. Nak gaya hidup sihatkan sambil-sambil tu jimat minyak masak yang mahal. Ni kalau HD tak diet vege, nak juga Kak Ton stimkan ikan dengan sos plum gaya gini!
sy suka ratah ikan stim mcm ni ..sedap tp mesti ada sambal belacan la mmg sedap gile kak oi
ReplyDeleteawww tq chef.. mak nina mesti suka mkn ni.. hahahah
ReplyDeletelepas ni pyh guna minyak hahah. semua nk naik harga
Sedapnya ikan bilis tu, nnt le kita goreng sebijik kt dlm gmbr tu
ReplyDeleteYang nampak mengiurkan ialah sambal ikan bili goreng tu, sebab ia di depan sekali.
ReplyDeleteApa2 pun semuanya nampak sedap.
Aku on berkenan kt bilis goreng tu jugak, kt umh aku ni semua suka kalo buat goreng vilis cam tu, ha ko amik ko vilis, haha..
ReplyDeleteAku pun kalo nak masak setim2 ni ku bantai dlm koli je, almaklum aku mmg hadkan sejam je masa tiap kali masak, haruslah cari resepi mudah2 je kan, asal dpt isi perut dan takdo komen buruk dr toklaki dah cukup bagus.
salam hjung minggu nom..
ReplyDeleteterlanjur harini dino minggu blh cuba resipi riko ni ..
selalu makan stim limau kt kedai tomyam ..
iki dino jajal mangan stim plum plak
Waaa.. Nampak sedap walau cara nampak simple...huhuu
ReplyDeleteIkan masak stim mak oiii! Sedap!
ReplyDeleteselalunya masakan cam ginie yang bertambah-tambah nasi ;)
ReplyDeletekalaulah sy dok sblh umah akak.. confirm sy jadi majlis bandaraya tu..haha
ReplyDeleteamboi kak....
ReplyDeletesedapnya menu masakan ni...
terus terasa nk cuba jugak.
Ikan stim my feberet tp x pernah plak letak sos plum sbb x tahu pun ada sos plum ni..boleh try masak yg ni plak
ReplyDeletesaya suka ikan bilis goreng tu..terliur wehhh
ReplyDeleteikan bilis goreng dengan cili dan bawang potong lauk feveret sha time sahur.. Tambah kacang sekali kak.. memang best..
ReplyDeleteMaaflah kak ye.. daku berkenan sangat lauk nie.. hehehe