Jemput Jemput ikan bilis air mendidih

Salam Khamis....

Sekejap lagi berakhirlah keseraman hang ye Ti.....  Cuti sekolah ni dah bolehlah pergi Legoland. Kalau tak confident nak ke sana bolehlah tanya Eima , Legoland tu dah macam tempat hi tea dia je tu......

Ni ha nak cerita, antara makanan faveret mak. Jemput jemput ikan bilis! Ni pun spesis KFC jugak ni, kalau dah lama tak makan, mesti teringin ingin kat tekak. Ni kalau letak udang lagi sedapkan. Seketul seketul udang lalu kat tekak. Tapi selalunya mak letak ikan bilis je. Yang penting bubuh bawang dengan ikan bilis banyak banyak! Buh kiub Knor ikan bilis seketul! Sudah, boleh bancuh. Memang perghlah! Nikmat seyh.... Makan sorang sorang haha......

Jemput jemput ni nampak je simple, tapi kalau tak kena gaya, hasilnya boleh jadi keras tau!   


Kali ni mak guna air mendidih betul betul baru masak hokey! Yelah dah orang tak habis habis cakap kalau guna air mendidih, hasilnya akan lembut di dalam, rangup di luar makanya mak nak cuba jugak sekali lagi. Sebenarnya dulu mak dah pernah test, tapi tak menjadi. Jadi hancur macam dalam entri ni

So seperti dalam gambarlah hasilnya. Memang lembut sampai esok pagi kot haha.....Tapi kena pastikan adunan tu dah sejuk betul baru goreng ek.  





Comments

  1. kak mtk skit..hjan kat sni..lapor..:)

    akak..cik nor join GA akak..:)

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak rentung. Dah lama rasanya Mak takda adegan rentung merentung nikan.

    Oh, kalau nak lembut di dalam, rangup di luar kenalah guna air mendidih ya! Nantilah Kak Ton cuba buat. Tapi macam Mak juga, jemput-jemput ikan bilis di rumah ni, cuma Kak Ton aje yang melahap. Kak Ton bubuh ikan bilis dan bawang banyak-banyak lepas tu Kak Ton doklah tepi meja sendirian, mengasingkan bawang masa nak makan ^_^

    ReplyDelete
  3. masa bancuh nak kena cepat kan?

    ReplyDelete
  4. oo..baru tau tips guna air mendidih ni..
    biasanya saya letak telur je nak kasi lembut.

    ReplyDelete
  5. mmg suke buat style gini ...lembur gileeee jemput2nye...siap boleh bentukan bulat2 comel ...goreng pun lawooooo....

    ReplyDelete
  6. nak :P kalau kami kat sini pangil perkedel !! nyummy :P

    ReplyDelete
  7. Sedap kalau cicah dengan cili sos. Satu bekas boleh perabis hee..hee...

    ReplyDelete
  8. Duduk di wad ni, semua makanan nampak sedappppp je....huhuhu

    ReplyDelete
  9. sy suka klu cicah sos ..sedap hoi ..minum plak teh o panas time hujan2 ni ... sedap ... tapi teh sy teh pantang skrg ni sampai tahun depan gamaknye ......


    kak tmpt hi tea ek kak ... amboi .... hahaha

    ReplyDelete
  10. Salah satu petua buat cucur mak saya pun ialah guna air yang mendidih. Insya-allah lembut.

    p/s: Sis, kubur yang saya pergi tu kubur arwah suami saya yang meninggal 5 bulan lepas.

    ReplyDelete
  11. peberet abg Pae ni kak... sllu buat tak letak kiub Knor ikan bilis tu.. tambah sedap erk klu letak kiub?? nak cuba nti... ala-ala resepi jemput-jemput bilis terbaik lah ni... hihi

    ReplyDelete
  12. Selalu juga layan jemput2 stail ni.
    Memang sedap.

    ReplyDelete
  13. Owh.. Nak kena guna air yang mendidih ye..
    Nanti Sha nak cuba buat.. Terima kasih share tips..

    ReplyDelete
  14. Ooo pernah juga buat jemput2 buh air panas mendidih tapi yg 3bhn je tu tepung, susumanis&airpanas, boleh cuba buh rencah2 bilis plak nanti, kna kurangkan air boleh bentuk bulat2 comel msa nk goreng

    ReplyDelete
  15. Yang penting rasanya kak hainom :D

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap tu... ooo pakai kuib ikan bilis knorr je eh.... main tipu...... hehehee nanti boleh try... tak pernah buat pakai kuib tu....

    ReplyDelete
  17. lama xbuat akak.. sedap pula nengok

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts