Izinkan aku pergi

Salam Jumaat...

Kawan mak Whatsapp hari Isnin lagi ajak pergi farewell lunch x-officemate. Haruslah teruja. Lama dah tinggalkan office sejak 2012 lagi katanya kan.

Gader gadernya hari Rabu ( semalam ). Jenuhlah kepala hotak memikir macamanalah nak mintak izin dengan Pak Jilap ni. Dahlah Pak Jilap demam masa tu. Kalau mintak izin dan dan tu jugak nampak gayanya memang mak sengaja nak cari pasallah hihi..... Orang tengah demam sebok nak mintak izin berjimba pulak. 

~ We are family. Thanks daddy boss belanja farewell lunch hari ni. Makanan di Chili Manggo Nexus South Bangsar memang mabeles ~



Isnin berganti Selasa, Selasa berganti Rabu. Hari Selasa tu mak pulak dah start batuk batuk. Macam yang mak cakap dalam entri sebelum ini, nak kata demam tak demam, cuma bila batuk tu terasa otak bergegar.  Tapi dari segi selera, dan berjalan jalan ni, bisa di atur dong !!! Haha....

Pak Jilap ni pulak sejenis orangnya. Walau tak berapa nak sihat lagi, nak jugak pergi kerja. Tak mau pulak ambik MC tambahan hari Selasa tu! Geram mak tau! Hari Selasa tu, balik kerja dia mengadu kalau tak baik jugak demam abang esok ( Rabu ) dia nak pergi hospital check darah. 

Dalam hati mak, ah!! sudah....memang tak boleh pergi bergader gaderlah nampaknya mak ni...

Macam tak sakit je orang tepi sekali tu!

Alhamdulilah, demam Pak Jilap kebah jugak akhirnya di pagi Rabu. Sebelum Pak Jilap pergi kerja pagi tu, dengan lafaz bismilah, slow slow mak mintak izin kooo..... 

'Terpulanglah.... kata tak sihat?' Adoiii ..... suka tau cakap macam tu, cakap macam tarik tali, bagi tak bagi, bagi , tak bagi...... Hish !! Abang ni..... Macam tak biasa, kalau nak berjumpa kawan, demam pun orang sanggup gagahkan jugak tau ! 

 ~ Moga penghijrahan Kak Ju menjadi penghijrahan yang diberkati. Bak kata pepatah, benih yang baik kalau jatuh je laut pasti akan membentuk pulau gitu! Lepas ni dah tak delah otai otai yang tinggal ~


Dapat greenlight je, mak laju laju terus telan panadol 2 biji. Laju laju masak untuk anak yang ditinggalkan. Dah! Mak laju laju nak bergader gader pulak ni! Haha.....



Comments

  1. demi nak gader2 pantas2 buat sihat2 kak ye...buat2 kuat kak ye...tapi ye laa bukan selalupun kan...kalo telepas yg ni kang sayang laaa..bile lagi nak gader2nye...lagi2 farewell sahabat.....kate kan kite ni superwoman....bile sakit, tetap jalan kerja umah ...ape tah lagi bab gader2....lautan api sanggup ku renangi hahahaahahah

    ReplyDelete
  2. Seronok mak berjumpa kawan-kawan lama. Mesti banyak cerita yang dikongsikan.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik kebah demam pakjilap ye, adalah rezeki ko bergader2 ngn member2 lama ofis ye. Bagus la ofis ko mak, walaupun ko dh pencen lama dorang ingat lagi nk jemput ko mkn2 kan, sbbnya aku tau, dorang tau ko suka bab2 makan ni, hihi..

    Sape tak suka makan kan? Aku pun kalo org ajak makan harus gak menyihatkan diri seberapa segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...pandai ko teka ek. Mereka mmg tau aku suka makan terutamanya kepala ikan hihi

      Sebabnya yg berhenti tu geng lama kitaorang mak, kiranya geng dari zaman muda sampai le ke tua, mmg satu dept dari dulu.
      Bukan aku sorang je yg dijemput mak, ada beberapa orang yg dah berhenti jugak tu, termasuklah daddy boss yg belanja tu.

      Delete
  4. hah..hah...semangat, Hainom! Nasib baik Pak Jilap kasi pergi. Seronok nampak. Demam pun hilang, kan?

    ReplyDelete
  5. kalau cikna la dpt ayat camtu mmg sentap tarik muka la jawabnye... Cikna kaki jalan so jgn halang ke mana kaki ku akan melangkah ye, jnji xbuat dosa&tanggungjawab settle....;-)

    ReplyDelete
  6. Mango Chilli tu mmg mabelas kak oii...Sally pun suka makan kat situ..hihihi...hamboiii...sakan dia bergambor bawah pokok merah jambuu haa.. LOL

    ReplyDelete
  7. amboi Mak! tajuk suspen sangat tau...saya ingatkan Mak pun nak berundur diri macam jiran sebelah tu.

    rajin Mak pergi gader2 tengah2 tak sihat gitu. Memang nampaklah friendship tu sangat ukhwah walaupun dah lama pencen, hihi

    ReplyDelete
  8. Seronoknya bergeder-geder...pasti banyak cerita... :)

    ReplyDelete
  9. Patut le menyepi jer dlm group sana, ahakkk...

    ReplyDelete
  10. Laaaa ......, baca tajuk tadi ingatkan u nak merajuk. Nak lari. Rupaya bergader gader. Oklah, saya nak bergader2 jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Reen pun igtkan kak hainom xnk berblogging lg ke.. Ish.. Suspen je akak ni :D

      Gigit kang heheheee

      Delete
  11. tahniah hainom...masih kekal persahabatan dengan x-ofismate. saya dgn kawan2 di sekolah2 lama tak berkesempatan nak bergader gader lagu ni

    ReplyDelete
  12. Sepantas kilat ye..
    ilang sakit.

    ReplyDelete
  13. Sronoknya kak..

    Jrg jumpa yg masih baik dgn rakan sekerja walaupun dh tggl lama 2..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Hainom. Inilah yang dikatakan ukhwah yang hidup dan bugar

    ReplyDelete
  15. Jumpa kawan-kawan confirm demam hilang..kekekeke..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum hainom,

    Seronok baca blog mak Nom.. Pandai mak Nom memancing Pak Jilap.. berjaya juga akhirnya bergeder2 dgn kengkwn.. :-)

    ReplyDelete
  17. Baca tajuk macam cerita orang merajuk aje.
    Rupanya nak mengada2 ehh bergader2.

    ReplyDelete
  18. amboi mak...dah dapt green light baru nak makan ubat yea...

    ReplyDelete
  19. menci tau tajuk Mak macamlah nak citer sedih, padahal rayuan pada Tuan Ihsan nak pergi geder-geder je..haha

    ReplyDelete
  20. haha...kelakar plak entri ni
    nak bergeder-geder punya pasal. sihat terus jadinya ye

    ReplyDelete
  21. Agaknya kalau pak jilap tak kasi pegi... tak delah nak telan penadol tu kot...

    ReplyDelete
  22. Dah hampir 5 tahun ko berhenti keje ye Nom..
    Memang lah rindu nak gader2 dgn kekawan ofis lama tu..
    Tambahan ada pulak yg nak berhijrah ye nom..
    Elok lah diraikan bersama..

    Bab main tarik tali tu yg kita serba salah nak pergi kan Nom..
    "Terpulanglah... kata demam" ayat makan dalam ni nom..

    Macam mana sekarang dah elok demam nom..
    Syafakillah..

    ReplyDelete
  23. hehe..mmg lah seronok kelaur ramai2 camni..bkn sng nk bkumpul kan.. tgh x sihat pon sgup gagahkan diri.. hehe

    ReplyDelete
  24. Bila sesekali dapat bersama kawan-kawan, memang best..
    sakit pun jadi sihat.. hehehe

    ReplyDelete
  25. jumpa kawan2 lama mesti lah teruja nak pergi kan...walaupun demam... nasib baik Pak Jilap sihat yer...kalau tak kempunan la nak pergi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts