Kak Ton's story

Salam Khamis.....

Ni bukan cerita kartun 'Toy Story' tu  hokey, ni kisah jiran mak yang bernama Kak Ton. Perasanlah tu dia ingat dia tokey Beauty Humaira ke hape!!!  

Mula mula sekali mak nak ucap Happy Anniversary pada Kak Ton dan Bang Ton. Yang ke berapa? Silalah tanya Kak Ton. Mak mana tau. Dia tu kan suka berahsia je kerjanya. 

Tak kiralah Anniversary ke berapa pun, bila Anniversarynya pun, hari tu kata hari ni, tadi, dia kata esok..... suka hati Kak Tonlah nak bila pun! Maafkan ajelah.... maklumlah sejak banyak megeram ni hormon dia memang tak stabil haha.....Yang penting mak dah ucap. Jangan pulak kata mak tak payung kawan hokey! Mak doakan moga jodoh Kak Ton kekal bahagia hingga ke syurga. Bahagia tu kena tebal sikit idhgomnya..... Yelah, kalau jodoh aje yang kekal tapi tak bahagia tak guna jugakkan....

Lagi pun mak kan dah janji nak buat entri khas untuk Kak Ton sempena kemenangan Kak Ton merangkul Anugerah Khas Juri masa Giveaways Gegar Vaganza Anniversary mak hari tu. So dah langsailah ye hutang mak. cuma kesianlah kat Unni Anje yang bagi feedback katanya masih belum terima hadiah saguhati tu. Mungkin jugak Sue Bee dengan Atie Yusof pun tak terima jugakkan. Meh le bagi account no korang, mak transfer duit dan korang beli sendiri kat sana huhu....

Marilah kita pergi pada soalan yang pertama. Mak tanya mak jawab ajelah sendiri haha... 

1) Siapakah Kak Ton?

Kepada yang belum mengenali Kak Ton, meh mak nak habaq, Kak Ton ni adalah pemilik blog My Little Amazing World ye korang. Mama kepada hero hero yang comel, Bubbly Abang dan Adik Cute dan dah tentulah isteri mithali lagi taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang Amat Mulia Abang Ton Sado. Tak dilupakan jugak, Kak Ton merupakan anak bongsu perempuan kepada mak dan ayahnya yang berketurunan Jawa Batu Pahat ye. Dan pastinya menantu kesayangan orang Uzbek. Kalau dah jodoh katanya, tak mustahil tau Jawa dan Uzbek  bertemu di kuali haha.... 

Huiii.... mintak maaf yo, tak mahu kalah do dia ni, seleronya bukan dengan lelaki Melesia! Harap maklum yo! Haha....



2) Macamana mak boleh kenal Kak Ton?

Alah biasalah dah namanya sesama blogger newbie masa tu. Haruslah memasing sawan blogwalking, apa lagi! Agaknya masa blogwalking tulah mak kenal Kak Ton. Kalau tak, kat mana lagi? Takkan kat Studio Jalam Ampas kot, takkanlah purba sangat kot haha..... Kalau ye tak ye..... memang berpeluhlah nak membaca entri Kak Ton ni ko. Yelah.....orang suka meroyan tak tentu hala katakan, semua parit dia nak cerita sebelum cerita pasal anak kesayangan ! Redho ajelah mak.... nak buat macam mana, dah namanya orang Batu Pahatkan. Batu Pahat kan banyak parit haha..... Blog dia cerita lain tak de, tak cerita pasal anak anak, mesti cerita pasal makan, kalau cerita pasal masak, harapkan lauk kentang ajelah. Mohon hadam ajelah korang hihi......

Meh kita tengok entri pertama Kak Ton. Ececeh..... tajuk tak mau kalah nak bahasa omputih saje!
 
Ada hati jugak nak review blog orang tu hihi..... 




3) Apa yang lainnya Kak Ton di mata mak.....

Lainnya Kak Ton di mata mak dah tentulah komennya. Banyak betul idea dia ni tau. Pantang sentuh, keyboard, laju je merapunya. Mak rasa sepanjang mak berblogging ni tak pernah mak jumpa rakan blogger yang komen panjang macam ni kecuali komen daripada Kak Ton. Dahlah komen panjang berjela tak menghingat, 95 peratus kerjanya asyik nak mengenakan mak aje. Memang mintak dihempuk ke hape Kak Ton ni!! 

Tapi I know you fren...... you pun know me kan, walaupun kita sesama standby plastik sampah, anggap ajelah semuanya sekadar hiburan, jangan di simpan di dalam hati yo! Maklumlah sebangsa, kecik kecik dulu selalu makan mee siput dengan sambal kicap hihi.... Apa barang serious je weyh! Tak gitu fren?




4) Peristiwa antara mak dan Kak Ton yang tak dapat dilupakan 

Bila dapat bertentang mata dengan Kak Ton di suatu hari di bulan Ramadhan! Suka tengok muka blur Kak Ton masa tu haha......Tulah nak rahsia sangat!!! Kan Allah dah makbulkan doa mak..... Nak tau muka Kak Ton macam mana? Pakaikan ajelah Bubbly Abang tudung, nescaya seiras....  

            

Untuk menjaga hati Kak Ton yang sangat penyayang dan adil saksama dengan 2 buah hati pengarang jantung katanya, kenalah jugak copy paste gambar Adik Cute.  Katanya entri khas untuk dia kan.... Kasi chancelah entri ni penuh dengan gambar yang berkaitan dengan dia!   


                     

Semoga persahabatan kita akan kekal bahagia hingga ke syurga jugak ye Kak Ton. Seronok dapat mengenali Kak Ton walaupun perahsia orangnya. Esok kalau kawenkan Bubbly Abang jangan pulak buat buat lupa jemput kengkawan ek!  

Ha .... satu lagi pesanan mak, dah dapat entri ni jangan pulak asyik nak mengeram aje kerjanya. Rajin rajinkan buat exercise jari tu. Nanti mak rindu macamana? 

Comments

  1. Mak anniversary KakTon memang esoklah Mak! Cer check balik WA hihi...

    Apa2 review Mak tentang KakTon tu semuanya benar belaka, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. haha

    Memang Mak 'intan terpilih' dapat bersemuka dengan KakTon yek! Opps, insan terpilih...[sengaja silap taip] ^_^

    ReplyDelete
  2. hah..hah...PH suka entri hari ni pasal Mummy Dearie@Kak Ton. PH pun suka komen MD tu, that's why PH terjah blog dia. Hainom and MD ni, dua2 pun kelakar lah. Buat PH selalu gelak bila baca entri/komen masing2. So...PH tenung lama2 wajah kedua2 jejaka muda hensem tu. They both have the same look, so PH buat projection boleh jugak imagine wajah MD. She must be cute lah sebab both her boys are cute, kan?

    ReplyDelete
  3. Anniversary MD, mg bahgia hg keakhirnya.

    Jap2 akak nak bygkn rupa MD cmner?? Sudah semestinya comel, manis & agak2 tembam gitu, larikkkkk...

    ReplyDelete
  4. happy aniversary kak ton...jap kita terjah sana...

    ReplyDelete
  5. Habis sudah hutang ko ye nom ..
    Buat khas entri untuk kak ton tu..
    Tahun sama juga berblog dgn CH ni tapi CH bulan Mac 2013..

    Kenapa tak ko pakaikan jer tudung bubly abang tu..
    Sure sebijik muka kak ton tu..
    Nampak cubby2 macam tu.. so sweet tu yg org uzbek tergoda..
    walaupun taste kak ton sebenarnya orang obersi je hahahha..

    Cuba di kopiahkan pula adik cute tu nom..
    Tentu macam Bang Ton Uzbek tu..
    Hahhh dah boleh bayangkan muka laki bini tu.. hihihi..

    Bila sebenar anniversary kak ton ni Nom..
    Nikah kat uzbek juga kot..
    Ikut kalender uzbek lah tu kah kah kah..

    ReplyDelete
  6. hamboi kak nomm... bab ngenekan jiran no 1...
    sepisis sama lah yek

    eppy anniversary bt kak ton yek...

    ReplyDelete
  7. Dah buat compliment utk blognya tapi...
    Tuan yg empunya tak baca lagi ni dinda
    Nanti bila dah jumpa mahu berjela komennya.

    Kanda nak wish juga buatnya - Happy anniversay Rynn..

    ReplyDelete
  8. Sementara nnggu asar, sampaikan mt wish kt MD tu, samelah den pun doakan moga rmhtngga dia kekal bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  9. Happy anniversary jugalah buat Kak Ton yang pemalu ittew... :)

    ReplyDelete
  10. Anniversary MD ya...Alhamdullilah semoga jodoh mereka berkekalan till jannah.
    Seronok kan baca cerita2 MD ,tercungap2 dibuatnya nak perabiskan ke penghujung .

    ReplyDelete
  11. Anniversary MD ya...Alhamdullilah semoga jodoh mereka berkekalan till jannah.
    Seronok kan baca cerita2 MD ,tercungap2 dibuatnya nak perabiskan ke penghujung .

    ReplyDelete
  12. cute baca entri ni.. haha.. persahabatan alam maya kan.. seronok!
    paling win tu sebangsa makan mee siput dengan sambal kicap.. haha.. kita sama jugak.. give me 5!

    ReplyDelete
  13. Ahah, hari nilah yang betulnya! Sebab itulah Kak Ton nak tinggalkan komen pagi ni walaupun dah seratuslapanbelas kali sepuluh Kak Ton baca entri ni semalam. Kak Ton tahan aje keterujaan nak mengomen tu tau!

    Mak, ni Kak Ton nak minta izin tinggalkan komen panjang berjela ya ~_^

    Tak sangka betullah Mak ni ada bakat terpendam mengarang entri panjang berjela. Kak Ton rasa selama kenal Mak sebagai darling selpie ni, tak pernah lagi Kak Ton terbaca karangan SPM Mak sepanjang ni tau. Kiranya Kak Ton berterimakasih tidak terhingga sampai infinitilah sebab Mak memuja muji persahabatan alam maya kita dan mengaku juga diri Kak Ton ni ala selebriti gitu. Mak janganlah muntah kaler-kaler yerk, untuk tahun ni bukan ke ini kali pertama Kak Ton perasan!

    Betullah, Mak. Pejam celik pejam celik lama juga kita dah bergather-gather mengekeh bersama walaupun jumpanya sekali aje dalam keadaan penuh blur. Dah, tak payah nak ngumpat Kak Ton sangatlah, Mak tu pun apa kurangnya. Terkujat jugakan jumpa kali pertama. Lain kali kalau kita jumpa, kita bertepuk bertampar sampai terpelanting ya Mak ya ^_^

    Terima kasih atas entri panjang ni. Semput gak ek rupanya baca entri panjang-panjang ni. Tak cukup stamina dibuatnya.

    Mak nak apa sebagai balasan? Nak Kak Ton balas umpatan dalam entri ke atau Mak nak Kak Ton hantar sobenir kat Mak? Atau dua-dua? Kak Ton no hal bab balas membalas ni ^_^

    Semoga ukhuwah terjalin antara kaki selpie dan perempuan melayu terakhir akan berkekalan hendaknya walaupun baru kena di Studio Jalan Ampas, walaupun yang sebenarnya kita rakan senegeri, sejiran district sejak lahir lagi ^_^

    Sayang kat Mak. Meh sini nak muah cikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah MD, selamat ulangtahun. Saya baru balik blog MD tadi, takde update lagi kan pasal anniversary? selamat berbahagia

      Delete
  14. happy anniversary kakton.. hihi

    ReplyDelete
  15. happy anniversary kakton ;)
    kite doakan kakton & mak jadi kawan selamanya

    ReplyDelete
  16. tu dia..panjang lebar entry tentang kak ton. untuglah...untunglah..haha. kak ton hilang mana lama tak update blog? Hihi..tapi memang kak ton ni sempoi orangnya.cayalah kak ton dapat entry khas!

    ReplyDelete
  17. Saya yang baca entri ni pun berbunga-bunga rasa hati... apatah lagi bila MD baca... 😄 selamat hari ulangtahun perkahwinan MD. Moga jodoh berpanjangan sampai ke syurga. Ooo dah pernah ketemu ya... syoknya! 😃

    ReplyDelete
  18. Uwaa rindu kakton jugak..mak pun sy rindu..tp apakan daya byk betul benda menghalang update blog.huhu

    ReplyDelete
  19. Comel giler entry nie.. Salam ulang tahun Kak Tom.. Semoga bahagia hingga ke Jannah..
    Semoga persahabatan akak dan kak Tom juga sampai ke Jannah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts