Marilah kita cari jalan pulang
Salam Isnin ...
Kemana korang semalam? Mereput kat rumah ke mereput kat mall? Hihi.....
Kita sambunglah kisah Padang Besar tu ek. Selagi tak habis, selagi tulah mak rasa macam sendawa tak lepas tau. Terasa rasa sesak dada nak keluarkan angin. Gitulah kekdahnya.
Malam yang hanya semalam kat homestay Felda Ayaq Mata tu mak makan kat Kuala Perlis. Jauh jugaklah. Kurang lebih 45 minit perjalanan. Felda Ayaq Mata ni sumber utamanya getah. Abang Van tu cakap sekarang ni getah tengah tanam semula. Makanya sekarang ni depa tak banyak aktiviti tapi elaun masyuk. Seronoklah cenggitu noh!
Cantik Felda ni tau. Kemas dan tersusun..... Rumah pun banglo banglo belaka. Besaq bak hang!
Berbalik kisah makan malam mak kat Kuala Perlis tu, makanan memang mabeles. Senang cakap jilat lima jarilah. Ikan jenahak bakar, tomyam, udang, sotong goreng tepung, baby kailan ikan masin. Sekelip mata hangus Rm420 henggit malam tu. Sama sama sedap, sama sama kenyang, duit pun dah tentulah sama sama bagi jugak ye dak!!!
Tapi lain pulak dengan Kerabu Belangkas ni, walaupun sama sama merasa tapi sorang aje yang belanja haha......Terima kasih Nazi. Nazi yang kanan sekali tu. Moga murah rezeki ko mak! Seekor RM 30 henggit, dia ambik 2 ekor.
Belangkas ni rupanya beracun ye. Mak baru tau. Tukang masak taulah mana bahagian yang beracun mana yang tidak. Tapi sebahagian besar yang kita makan adalah telur dia sebenarnya. Isi dia tak banyak pun. Adalah sikit kat bahagian kepala kot. Kalau tanya mak apa rasa dia? Telur dia tu rasa macam telur ikan je. Rasa isi dia tu pulak macam ikan pari.
Kerabu Telur Belangkas |
Balik dari Kuala Perlis malam tu kami bersembang sampai pagi pulak kat homestay sambil makan Mieng Kham. Wawa beli. Dah macam bidan kampung menyentel sireh pulak makcik makcik malam tu haha..... Seronok sangat bila sesekali dapat peluang bersembang dengan kengkawan. Terimbau pulak zaman kat hostel dulu dulu weyh.
Kalau sekali lalu tengok Mieng Kham ni memang korang tak akan teringin. Tapi bila korang dah cuba makan, korang akan suka punyalah. Sedap ko! Kata nak awet muda sangatkan. Ha cepat makan Mieng Kham! haha.....
Tak susah pun nak buat Mieng Kham ni. Punjutkan daun kaduk macam dalam gambar tu, letak sedikit halia, bawang, cili padi, kelapa yang disangai, limau purut dan sos Mieng Kham. Lipat dan masuk mulut.
Sarapan mak kat sana Pulut Ayam dan Peknga! Aduhhhh...... susah jugak nak tune lidah orang selatan makan pulut pepagi ni. Selalunya mak makan pulut dengan kari, tak pun makan dengan rendang tapi kat Perlis ni rupanya femes makan pulut dengan ayam goreng noh!
Peknga |
Tengahari tu, Sher dengan Wawa belanja Kerabu Maggi makan reramai dekat homestay. Sedap weyh Kerabu Maggi dia! Mungkinkah memang sedap Kerabu maggi tu atau sebab makan berebut atau mungkin sebab orang belanja tak taulah, tapi memang sedap. Maggi dia tak kembang......
Kerabu Maggi |
Perut sudah kenyang, beg pun dah beranak, marilah kita cari jalan pulang. Suami dan anak anak dah menunggu tu! Jom balik KL beb....
Terima kasih sahabat sahabatku sekalian. Walaupun mungkin kita tak selalu bersama tapi korang tetap dihatiku. Kenangan bersama korang tak mungkin akan kulupakan sampai bila bila.
Tu diaaaa... anak beg lagi besaq dari mak beg... :)
ReplyDeleteSemalam kakcik dapat jumpa kawan lama bila En Suami baik hati nak bawa isterinya. Maklumlah minggu ini siisteri kena tinggal 5 hari sebab En Suami keluar daerah... huhuhu
tudia..bnyak nau shopping..:)
ReplyDeleteWow! kalau dah mak-mak yg ke sana memang balik mengalahkan org pergi haji begnya. Org pergi haji sebulan ini dua hari dah macam dua bulan:)
ReplyDeletebanyaknya depa shopping nooo..syoknya makan ramai2, bila makan berebut2 macam tu semua terasa sedapkan..kita pulak weekend bershellout dengan family, nanti kita cerita hahah..citer kundasang x abis2 lagi, bak kata mak selagi tak abis cerita macam sendawa tak lepaslah
ReplyDeleteadatlah tu Mak, kalau pegi pdg besar mesti beg beranak2. Itu tak ke seberang langkawi lagi, sure beranak kuasa dua! Beg Mak yg mana satu, tak posing pun dgn begnya?
ReplyDeleteAnyway makan2 kat situ best ye, especially seafood dia.
salam isnin...wah...jalan2 ngan geng2 yer...gelak sakan la kan...beg besar2 semuanya...shopping sakan nampaknya tu
ReplyDeleteHahaha.. tak tertahan hati ini bila baca bab beg beranak tuh.. Adoilah..
ReplyDeleteBab makan tu pula memang sha jeles.. lama dah teringin nak makan belangkas tapi tak berjaya lagi.. nengok gambar akak nie, terimbas kenangan yang tak kesampaian..
Seronok ye nom..
ReplyDeleteDpt berjimba2 dgn kawan kolej..
Sedap ye kerabu belangkas..
Tak pernah mkn sbb tak tahu nak masak hihihi..
ko sengaja sorok beg yg dah beranak 3 ye nom hahaha..
kecur bila dengar kerabu...kita tak pernah makan...jangan sesat sudah..hahaha
ReplyDeletebestnya kak nom.... mmg happening ngn kwn2 yg spotng moting nih..
ReplyDeletekerabu megi tuh mmg tak kembang kak, sbb dia pakai megi siam...
Felda ayaq mata mcm sedih bunyinya, ke "mata ayaq" tu klau belah2 utara maksudnya boyfren ..hihi, errr...yg hujung tak bertuan tu beg tukang cerita kot?..yg pasti jeleesssnya, bukan senang nk dpt gader2 geng lama gini kn.
ReplyDelete1St time juga tu tengok kerabu belangkas...
ReplyDeleteai penah mkn belangkas tu tp tak suka ... bab di jadikan kerabu tak pernah tau ..menarik juga org johor buat asam pedas belangkas
ReplyDeleteNasib ingat jalan pulang ye nom he he
ReplyDeleteAssalamualaikum mak nom,
ReplyDeleteKecur ayaq liur tengok makanan tersusun dalam post mak.. Dalam banyak2 belangkas paling extreme.. Saya ngeri sikit bab2 makanan exotic ni.. Kira tabik spring mak nom boleh telan belangkas tu.. cayalah! :-)
Mieng kham,
ReplyDeleteSaya baru tau ni.
Pokok kadok dulu belakang rumah saya banyak. Habis saya racunkan, bimbang ular tinggal.
DeleteSemua makanan tu sedap2 rasanya. Moga persahabatan kita berterusan hingga ke Jannah. Tq Anom 💋
ReplyDeletesedap semua tu, lagipun gi tempat orang elok kita cuba makanan depa. part shopping tu biasalah kan mak, nama pun mak2 yang shopping :)
ReplyDeletekerabu maggi !!!
ReplyDeletekebetulan kan Nom. aida few weeks ago memang galak la google pasal ets. pdg besar. kuala perlis. langkawi. feri...
ada gak ler simpan details tempat makan best.
then bc ni plak. hmmm pucuk dicita ulam mendtg ler...
Mula2 PH ingatkan belangkas tu serangga. Rupa2nya itu crab hah..hah..hah... Omputih panggil tu Horseshoe Crab. Tak sangka boleh makan dan boleh buat kerabu plak. Mieng Kham tu PH belum ada kesempatan nak rasa. Boleh angan2 macam makan sireh.
ReplyDeletemana gambar hasil tangkapan Mak jilap? uish, macam-macam makan na..kerabu maggi tu dua kali saya baca, ingatkan kerabu mangga. dapnya..
ReplyDeleteX pernah makan belangkas ..hehe..
ReplyDeleteTp mmg nmpk meriah n seronok sgt semua
best jalan ramai2 macam ni. nak pulak sekali sekala terlepas berjalan takde 'beg tangan' hihihi. baru tau belangkas ada isi. ingatkan cuma sekadar telur dia tu je. ohh lupa pulak. pulut ayam memang salah satu favret kira. itu siam style mak. pulut mkn dgn ayam goreng tu style siam. tp sedapp nak pulak kalau panas2 tu. perghhhh klu pergi wang kelian wajib mkn pulut ayam dorg disulam dengan teh ais dorang. memang terangkat lah!!
ReplyDeleteSyoknya bercuti bersama kawan-kawan... belangkas tu nampak sedap... tapi rasanya saya tak makan la kot.. sebab saya bukan jenis yang suka mencuba benda baru... huhuhu
ReplyDeleteAssalam, tumpang tanya, pergerakan kat sana tu guna apa ye? Sewa van ke?
ReplyDeleteRasanya kereta sewa pun ada kot. Tapi sebab kami ramai masa tu, kami ambik van siap dengan driver.
DeleteWaalaikumsalam....lupa lak nak jawab.
Delete