Ayam Golek 5 Bintang
Salam Isnin.....
Semalam hantar anak bujang ke KL Sentral. Kebetulan dah tengahari, terus terfikir nak ajak Pak Jilap makan Ayam Golek 5 Bintang kat Pantai Dalam..
Lama sangatlah tak makan kat sini. Zaman kerja dulu, kerap jugaklah makannya. Kalau ada makan makan kat ofis mesti order Ayam Golek kat sini. Lepas tu makan berebut rebut dengan geng ofis! Memang pergh lah! haha.....
Lama sangatlah tak makan kat sini. Zaman kerja dulu, kerap jugaklah makannya. Kalau ada makan makan kat ofis mesti order Ayam Golek kat sini. Lepas tu makan berebut rebut dengan geng ofis! Memang pergh lah! haha.....
Masa tu rasanya seekor ayam baru Rm15 henggit. Sekarang, dah naik Rm25 henggit you! Punyalah lama tak datang sini!
Jalan nak ke sini pun mak rasa macam dah lain, tapi masih lagi sempit macam dulu. Sepanjang jalan, kiri kanan masih wujud lagi gerai gerai makan. Nasiblah sekarang ni ada waze dan google maps. Kalau tidak, bukan ayam je yang tergolek, mak anak beranak pulak yang tergolek sekali tak jumpa kedai hihi....
Rasanya masih lagi sedap macam dulu. Terasalah lagi segala rempah ratus perapan ayam tu.
Cumanya sebelum sampai, mak dah makan jejemput pisang lebihan breakfast pagi tadi dalam kereta. Bila sampai sana dah tak berapa nak lapar. Maka kuranglah rasa 'pergh' Ayam Golek' tu....
Ke tekak mak yang dah semakin tua??.....
tgk pun dh tau sedap... ingat td kak nom yg bt ayam golek... itu mmg compem 5 bintang nya
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteTak tahu pun ada restoran ayam golek 5 bintang. Bolehlah cuba kalau teringin nak bawa anak-anak makan ayam ^_^
ReplyDeleteMemang betul tu, Mak. Bukan makanan tu tak sedap tapi tekak orang tua yang dah berubah sebenarnya. Hahaha!
nampak menarik tu..
ReplyDeletegaring diluar, lembut diluar.
Tengok gambar, nampak kesedapannya tu... :)
ReplyDeleteIyalah, kadangkala makin meningkat usia, makin banyak yang tak kena dengan selera...
looks yummy to me...klu dekat bleh juga rietta cuba....
ReplyDeletebila akak nk blanja saya. Nak jgk rasa ayam golek 5 bintang ni..haha
ReplyDeleteamboi2 berayam golek pulak mak ye..nampak sedap tu haaa, dulu2 area pantai dalam tu selalu jugak saya jengah tapi taktau pulak ada restoren ayam golek 5 bintang nih. kat belah mana duduknya ni
ReplyDeleteMemang kurang lapo lah tu,kalau tak pastinya sedap.Akak ni dah tua juga nom tapi selera tetap maintain je ...kalau lah ada ayam golek rupa tu pasti berselera lagi nafsu makan.
ReplyDeleteKalau kat sini, bulan puasa aje lah boleh makan ayam golek..
ReplyDeleteTak pasti kenapa bulan puasa jer ayam golek muncul.. huhuhu
Tapi nampak sedap ayam golek tu...
Nasib baik bukan lagi musim mengidam.. kikiki
Kalau tak, ada yg cari ayam golek lima bintang hujung minggu ni...
Memang nampak kesedapannya.
ReplyDeletekalau WP cari kulit dia dulu. Garing
mungkin tukang masaknya orang lain kot Mak.lagipun kalau nak test rasa makanan time kenyang.time lapar semua pun sedap.haha
ReplyDeleteAyam golek...
ReplyDeletePerghhhh..
Mmg nmpk sedap tu nom..
Tapi mcm hang ckp lah..
Bila dah berusia ni..
Mula tekak nak mkn ikan bilis goreng berlada je huhuhu😆
Nampak mereciks! jer.. tu berjuicy gitu.
ReplyDeleteBestnya ayam golek tu.. Harga masih lagi affordable.. Kat sini pun rm20..
ReplyDeletePetang2...hujan2 ni tengok..lapar la pulak.
ReplyDeleteNasib baik tak mengandung...kalau tak, harus mengidam...haha :D
ok. hjg bln nnt sy g serang hahahaha
ReplyDeleteHallamak....gambar ayam tu...buat saya lapar....huaaaa
ReplyDeleteWhen looking for your skillet you may likewise wish to think about buying false bottoms for them, which are intended to keep sustenances isolate from juices or dampness that may destroy the surface. chinese food clearfield pa
ReplyDelete