Bisik Pada Langit

Salam Isnin...

Selamat berpuasalah ye kepada kengkawan yang berpuasa sunat Asyura sejak hari Sabtu lagi. Mak ni entah bilalah nak puasanya. Tengok Yati puasa, jeles ko.....Tapi mak ni harap jeles jerlah, puasanya tak jugak hihi...

Sabtu hari tu mak tengok cite Bisik Pada Langit. Naik geram pulak bila trailers dia asyik keluar kat  TV! Yati TV LCD melengkung 100 inci hang dah sampai ke belum hihi? 

Pelakon dia pun best best semuanya. Jalil Hamid, Fadhilah Mansor, Beto Kusyairi, Ummi Nazeera, semuanya pun pelakon yang berpengalaman dan tak payah dipertikaikan lagi  mutu lakonannya. Kiranya tak delah macam tengok batang kayu berlakon, lainlah mak.... kalau diuji bakat dengan Kabir Bhatia  memang sebijik macam batang kayu ! Haha....

Bisik Pada Langit ni berkisahkan kasih sayang seorang ayah, Wak Rosli ( Jalil Hamid ) kepada anak perempuan tunggalnya yang belajar di Australia, Siti Hajar ( Ummi Nazeera). Sayang berlebihan yang ditunjukkan oleh Wak Rosli kepada Siti Hajar ni menimbulkan perasaan cemburu adik bongsunya Ikram ( Naim Daniel ) seorang mekanik kampung. Tambah dendam dia dengan kakaknya bila selalu dibanding bandingkan oleh ayahnya sejak kecil. Manakala sebagai abang sulung Zaidi ( Beto Kusyairi ) yang hanya cuma kerani biasa, nampak lebih matang menangani sikap ayahnya yang ada kalanya ego, garang, kurang menghargai tu. Biasalah....   nama pun ayah, King Kong of the house kan haha ......  

Konflik keluarga bermula bila Siti Hajar eksiden dan koma. Sebagai anak emas dan harapan keluarga dah tentulah tragedi yang menimpa Siti Hajar ni meruntun perasaan setiap yang bernama ibu dan ayah, cuma kekangan kewangan buat hasrat mereka nak menjenguk anak perempuan kesayangan tak kesampaian . 

Nak tau penyudahnya, mohon tengok sendiri haha...... Bagi mak, Bisik Pada Langit memang best

Jalan cerita yang ringan tapi penuh emosi, plot plot cerita yang lancar, skrip yang bagus sangat sesuai ditonton oleh manusia manusia yang berhati rapuh macam mak.  Baru awal awal cerita dah banjir. Tambah pulak bila part scene sedih tu keluar pulak lagu Lygophobia nyanyian Akim dan the Mijestrate. Pergh!!!....memang menusuk sampai ke kalbu ai hokey!


Kenyataan : Ini bukan dalam panggung wayang hokey! haha....
Ini Wak Rosli dalam rumah ni hihi....  Kalau  ajak dia tengok cerita jiwang macam tu dia masih boleh layan, tapi jangan ajak tengok cerita hantu sudah! hihi....

Comments

  1. Amboi, PakJilap! Bukan main khusyuk nampaknya. Menahan emosi ke?

    Tengok tajuk naik menyampah! Nak berbisik-bisik pada langit kononnya. Ingatkan nak tazkirah juga rupa-rupanya nak buat review drama separuh jalan aje rupa-rupanya.

    Kita tak tengoklah cerita ni, Mak. Kat Astrokan? Mesti ada ulang tayang duplohlapankali lepas ni.

    Berapa kotak tisu yang terkorban hari tu, Mak? Kehkehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata rata org komen kata cite ni kat Astro. Kat Wayanglah Kak Ton...nampak sangatlah mak sorang yg suka tgk wayang huhu...malu ah...

      Lap kat tudung je hihi...keluar panggungata bengkak sambil selseme hihi

      Delete
  2. Ira pun sama la kak.. Asik jeles, tapi puasanya tak juga.. Hihi..
    Wah menarik.. Pelakon hebat2..
    Harap time blk kg mertua, ada la ulangannya.. Haha.. Sbb umah ira xde astro.. Hihi..

    ReplyDelete
  3. haha, baru nak tanya, g tengok wayang pakai kopiah ke tu..

    ReplyDelete
  4. TV dah ado nom..
    Tapi decoder nya tak ada..
    Sila lah gelak berjemaah ye 😆😆😅😅

    Den mmg suka dgn cerita khabir bathia ni..
    Mcm cerita Nur Kasih dulu..

    Tak dpt nak tengok nom..
    Kalau ceritanya kat Astro..
    Rumah den mano ado Astro tu..😕😕

    Den puasa bilo mampu nom..
    Tak payah hang nak jeles pun..
    Mcm ustaz den ckp masa Pondok Sabtu.
    Kalau tak puasa pun tak apa..
    Islam ini mudah..😊

    ReplyDelete
  5. Haha...akak pun ingat tazkirah tdi.Akak ni mana layan cerita astro ni...langgan pun xpernah.Cukup lah yang ada ditambah beberapa channel Spore yang boleh dpt siaran.

    ReplyDelete
  6. HAHAH! gambar yang last tuh memang win kak oi!!! rata2 yang tengok ceta ni semua kata best. Nak tengok jugak la gituuu

    ReplyDelete
  7. Kita pun teringin nak tengok cita nih. Macam best je baca review orang. Tapi memang tak dapat le klu harap wayang n astro

    ReplyDelete
  8. En Suami kakcik kalau diajak tengok wayang, jawapannya memang jangan haraplah. Rela dia hantar dan ambil daripada ajak dia masuk panggung... (-_-)

    ReplyDelete
  9. Ala.. i jeles.. i pun nak tengok juga.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  10. Ruginya kita tak tgok.. apa boleh buat, masa tu kita hadiri kursus..

    ReplyDelete
  11. memang ramai yang review kata cerita ni BEST :D

    ReplyDelete
  12. Oh, Hainom dan Pak Jilap pergi tengok wayang, ya? hee..hee... Seronok sekali-sekala layan panggung wayang. LL dah ketagih tengok movie kat MBO Starling hee..hee....

    ReplyDelete
  13. Banyak review ckp citer nih best, tp rumah xde astro dah jadi mmg harapan tggl harapan la nak tengok citer ni,kita tggu raya la kot ada tayangan hehehe

    Pak jilap tu dah kenapa macam tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..... Macam serabai ek! Itu namanya style Wak Wak pakai kopiah haha....

      Delete
  14. Dh tak sempat nak tenguk drama2 ni.
    Banyak sibuk ke lain.

    ReplyDelete
  15. takkan pak jilap tkt cite antu kak nom? aduhla dana cite sedih2 ni mmg ssh la... rapuh sgt jiwa nih... compom nngis sampai bengkak mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..entahlah Dana, takutlah agaknya, tp dia mmg tak suka.

      Delete
  16. Wah wah wah .. ada peningkatan ni, dah review cite tv pulak. Mesti best citenya sampai kopiah pak jilap pun jd senget. Menghayati sangat 😅

    ReplyDelete
  17. Alahai... HOkj nape tau bagi tau ending nyampah! tau huhuhuhu...
    Tengok trailer jer yang setengah jam tu macam best

    ReplyDelete
  18. Saya teringin nak pi tengok.. tapi encik hubby saya bukan peminat filem melayu... ni pun filem Tombiruo nak keluar tak tau la encik hubby nak teman ke tak... huhuhuhu nak nangis rasa...

    Anak-anak saya demam campak... gamaknya dengan saya-saya kena kuarantin. huaaaaaa....


    ReplyDelete
  19. sgt nak tgk, Nom...
    tapi lom berpeluang :(

    ReplyDelete
  20. nak g tgk tp nk tggu kuar tygn sblm kol 12 nk dpt tix murah... bleh gitu haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts