Satay
Salam Isnin....
On the way balik daripada tengok mil semalam, singgah makan Satay Willy kat area Country Home tu. Country Home ke Country Heights entahlah ek..... kawasan yang berhadapan dengan Sg Ramal tu ! Hilang pulak ingatan mak tetiba hihihi....
Lama dah teringin nak makan Satay Willy sejak orang sebok kata Satay Willy, Satay Willy.... Walaupun boleh kata Country Home tu memang laluan mak setiap 2 minggu sekali, tapi macam biasalah, tak tersinggah singgah sampailah semalam.
Mak order 10 cucuk Satay Ayam, 10 cucuk Satay Daging dan 5 cucuk Satay Perut dan Nasi Himpit. Air mak minum fresh oren, Pak Jilap minum air kelapa. Air kelapa tu rupanya datang dengan gelas besar. Kalau tau, share je air!
Kalau tanya Pak Jilap dia kata kuah kacang Satay Haji Samuri lagi sedap. Kalau tanya Tuan Puteri Bongsu yang tak makan kuah tu, dia lagi suka Satay Muo. Kalau tanya mak! Entahlah ..... dan dan pulak tak tau nak bagi pendapat haha.......
Kalau dari segi rasa, rasanya mak lagi suka Satay Muo. Tapi Satay Muo saiz dia kecik. Kalau beli rugi ah, lambat nak puas makan haha..... Kalau banding dengan Satay Hj Samuri, rasanya mak lagi suka Satay Willylah kot. Satay Willy nampak macam basah basah berkilat gitu hihi..... Tengok pun dah nampak macam sedap je weyh.....
Bagi mak kesedapan satay ni terletak pada bumbu perapannya. Semakin terasa bumbunya maka semakin sedaplah satay tu. Tak kisahlah Satay Hj Samuri ke, Satay Willy ke, Satay Muo ke, yang pasti mana mana Satay pun, memasing ada resepi rahsianya yang tersendiri.
Tanya ajalah sama tekak yah ? Mana satu Satay yang kamu mau! Hihi...
wah..lamanya xmkn satey. sejak satey makin naik harganya..haha. akak blanja cik nor blh?hihi
ReplyDeletesedapnya makanan kegemaran anum
ReplyDeletesedapnya makan satay, eh satay pasar malam pun sedapkan kalau kena dengan selera kita. saya suka kalau satay yang dicampur dengan lemak2 sikit tu hehehe...sajalah boleh menambahkan lemak, tapi memang sedaplah
ReplyDeleteAduh mak, saya ni dah lama tak jalan2 ke blog orang. Tetiba Mak sudi juga jengah blog saya yg dah hidup segan mati tak tu. Terima kasih ya Mak.
ReplyDeleteDtg2 terus hidang satay lak tu. Saya dah lama tak makan satay. Kalau pada saya sate buat sendiri lah yg paling sedap....hehehe
Selalu juga lalu depan Satay Willy ni tapi tak pernah nak singgah. Anak-anak saya ni kalau nampak nama Satay Willy, terus tak mahu singgah tau!
ReplyDeleteSaya lagi suka Satay Station, tak tunggu lama nak kenyang. Hahaha!
Kalau datang Teganu, jangan lupa rasa Satay Lanang..
ReplyDeleteBagi saya, Satay Lanang lagi sedap dari satay Samuri...
Betul tu Mak, satay ni depends pada bahan perapan...
Kalau perapan tu secukup rasa, mmg tak puas makan :)
Dulu kakcik suka makan satay di Satay Station. Tapi setelah harganya naik melampau-lampau, kesukaan itu tidak lagi ada... (^_-)
ReplyDeleteWah.. Rasanya da lama x makan satay..
ReplyDeleteHehe.. Ira tak tau satay mana yg sedap. Ira bedal je.. Hihi.. Tapi kalau jamuan raya selalu ada satay, ira akan ambik sikit je.. Mcm x interested plak nk makan satay.mungkin sbb jamuan raya, menu satay selalu ada.
Sesekali makan satay ni, best jugak..
tak penah try la satay willy kak nom, tp kan dlm banyak2 satay... satay kt psr mlm kt pekan dana jgk terbaik... rm0.60 sen je tp bsr mcm satay hj samuri.... moist secukup rasa... kuah dia pun aduhai mmg termimpi2...
ReplyDeleteCH suka satay Samuri..
ReplyDeleteSebab selalu beli yg itu hahaha😆
Jadi susah nak bandingkan...
Nanti nak cuba pulak satay willy ni..
Kat tmpt CH ni ada jer cawangannya tu..
Mentang2 org Muo,satay Muo juga lah kata sedap ya....hihii.
ReplyDeleteBetul lah nom,perapan nya penting yang menjadikan sedap atau tidak.Tpt akak nk mkn satay tiap2 mlm ada jual depan rumah tapi takde lah se glamour Satay Willy.
Nanti mak kalau datang ampang Jaya, try Satay Zaini kat Naan Corner ye
ReplyDeleteCZpun tak penah lagiler rasa satay willyni.. walaupun dah lama orang memperkatakannyer... mun jauh di sana.. orang dekatpun baru mencuba inikan orang jauhkan... nampak memang sedap ini lagi dari satay samuri.. sebab nampak tak kering... tapi kuah samuri sedap...
ReplyDeleteBagi WP, yang membezakan satey ni kuah dia.
ReplyDeletekalau sedap kuah dia kat tekak, jadi pebretlah satey tu.
saya pernah try sate willy di kajang.. sama ke ? memang dorang banyak branch eh ? kalau sama, saya dapat bayangkan betapa sedap nya daging lembut tu.. hee~ lapar plak !!
ReplyDeleteSedapnya satay! LL dah lama tak pekena satay Kajang dekat ofis.
ReplyDeleteMama suka semua satay sebab mama hantu satay
ReplyDeletePernah juga makan satay ni..sedap jugak.
ReplyDeletepernah merasa homemade sate kat umah member.
ReplyDeletemak dia buat sendiri.
tapi tu la, dia tak nak share resepi tau, Nom.
takpe la. kita makan aje kat kedai :) ha ha ha
lama xmkn satay sbb area sini xde yg jual satay sedap... penah dgr satay willy tu.. ada msk tv rs nyer
ReplyDeleteSetuju dengan akak.. Perapan satay tu main peranan.. Tapi Sha kurang suka makan satay.. hehehe
ReplyDeleteduduk muar hari-hari boleh sarapan satay,hihi..siapa datang muar meh nak rekemen satay yang best dan sedap
ReplyDelete