Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 17 May 2018

Pertama kali ke UUM dan tengok real Pokok Padi

Salam Khamis, salam 1 Ramadhan...

Sebelum Ramadhan lagi Pak King dah pasang azam, Ramadhan ni nak kurang kurangkan makan katanya. Mak ye kan ajelah hihi...  Sebabnya mak dah tau, azam Pak King tu biasanya lebih kurang azam mak je lah, mampu bertahan 3 hari je paling lama. 

Tak ingat azam mak dulu dulu? Memanjang berazam nak pakai baju Raya saiz S, tapi tak dapat dapat sampai sekarang hahahaha.....

Throwback masa pi Perlis hari tu..... 
Nak jugaklah mak paknnya merakam kenangan di UUM sementara menunggu anak habis exam. Manalah tau Angry Bird dapat masuk sini kan. Masa riki riki hari tu, boleh tahan jauh jugak daripada pusat bandar. Kiranya kalau keluaq bandar sesekali tu, memang soping betui betui lah, dah masuk U memang tak daklah nak keluaq keluaq lagi..... Ke mak yang salah telekkan?   

Maknya ngan paknya
                  

Sapa belajaq sini dulu angkat kaki ? Mentang mentang PM sekarang oghang Kedah, dan dan tukaq loghat hihihi.....

Paknya ngan anaknya..... Anak beranak tak reti bergaya. Sarung selipar ja sempoi...
Jakun weyh...... Pertama kali bergambaq dengan oghang oghang, pertama kali jugaklah tengok real pokok padi dari dekat kot! Selalunnya dapat tengok dalam buku teks ja...... Lainlah Puan Hazel dengan Aiezza Sue tak bergaduh nak tengok pokok padi, bendang berelung relung duk belakang rumah noh!  

Kebetulan pulak sebelah Anjung Tamu ni ada bendang sepasu haha....                    

Pokok Padi                      

Ni kuku kambing ek? Pun baru tengok jugak......hahaha.....

                      

Mak stay kat Kangaq satu hari, sebab nak singgah Padang Besaq esoknya. Sebab, ada orang tu tak sampai lagi....tak pa kita kasi chance!.......

Pak King dah booking hotel ni melalui Agoda. Tapi ada something yang berlaku. Esok pulak mak sambung noh! Cerita semua karang, esok tak de modal pulak hahaa.... 


Ramadhan Kareem korang..... moga Allah mengampunkan dosa dosa kita semua!


15 comments:

  1. Saya dulu study kat UUM.. Grad tahun 2001.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Kak Nom..
    Tak sabar tunggu cerita Hotel Q..

    ReplyDelete
  3. jln2 kuala selangor ke sekinchan sana pun senang jumpa padi kak nom.... tgk pokok padi pun dh rasa seronok sgt dh

    ReplyDelete
  4. Kecik2 dulu memang kerja tanam padi.
    Sekarang sawah padi dah tukar tanaman kelapa sawit.

    Salam Ramadan Kareem

    ReplyDelete
  5. Ramadhan kareem mak. Dah la tu, maleh nak komen panjang2.

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan 😘😘
    Kecik kecik dulu pon kite tanam padi

    ReplyDelete
  7. Redho je la Mak...kita biaq kat oghang len la pakai baju size S, kita ambik size hat ehem ehem tu. Tak payah berebut hikhik

    Tau takpa Mak! Depan belakang atas bawah rumah kita semua pokok padi :p

    ReplyDelete
  8. Ramadan Kareem kak. Lama tak singgah sini. Semoga sihat dan ceria selalu.

    ReplyDelete
  9. Lepas ni try ke Muzium Padi pulak. Lagi teruja hihi.

    ReplyDelete
  10. tengok ke tajuk..laju-laju masuk mai sini,xpa kak tengok sepasu pun pokokpadi la jugak tu hihi, terbaek siap ada buah padinya..la ni tengah musim depa si panjang2 menjalar berkeliaran tau, bawa beringat kalau singgah ke sawah bendang noo.

    ReplyDelete
  11. Pokok padipun baru kenal??

    Sat, sat... Asal bandar @ kampung awak geng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami anak kampung ...... Tp kg kita pokok getah geng tak de padi

      Delete
  12. Akak fikir hainom gambar kat bendang ,rupanya kat pasu padi...hmm ok lah tu,kita org Johor ni memang lh jakun bab sawah padi kan..

    ReplyDelete