#stayhome

Salam Selasa....

Harap korang semua sihat sihat hendaknya.

Setelah berbulan bulan tak menulis, akhirnya..... keluar gak satu entri hari ni! Terima kasih Mrs A, terima kasih Nayfatimah....komen koranglah yang buat mak terus bersemangat nak tulis entri tau! 

Entahlah sawan apa yang menghinggap mak 4 bulan lepas, sampai melampau betul kemalasannya....
Banyak cerita yang dah basi!  

Tahun ini, memang betul betul dalam sejarah, pertama kali dalam hidup  rasanya, berdepan dengan sesuatu wabak macam wabak Covid 19 ni, mengalami pengalaman PKP dengan pergerakan yang terbatas hampir 2 bulan, ( mak sebenarnya ok jerrr duk rumah, sebab tak payah bangun pagi pagi siapkan sarapan hihi..). Bulan Ramadhan yang tak beberapa hari ni jugak akan disambut dengan suasana yang jauh berbeza daripada tahun tahun sebelum ni. Bazar Ramadan tu dah tentulah tak de kan eh! Bazar pulak yang difikirkan hahaha......

Apa aje aktiviti korang masa PKP ni? Jadi frontliner dalam rumahlah kan hihi..... Dana dia tak payah cakaplah.....  hari hari asyik up menu dalam FB je kerjanya! Mak? Tengok menu orang hahhaha.....Lepas tu teringin....Seriouslah, sejak PKP ni memang takut nak timbang berat. Takut bai! Sebab confirm semakin memberat.

Bukan main suka bila dapat beli roti Gardenia.....


Tak suka pakai mask sebenarnya...... nak nafas tak puas wei!

Hikmah disebalik Covid 19..... sekarang ni kat luar rumah pun mak dah standbykan sabun tau......


Oklah.... sehingga ketemu lagi.

#Staysafe  #stayhome  #pakaimask #basuhtangan #keepsocialdistancing
Mau semua mak hashtagkan ni hihi.....






Comments

  1. Stay home, stay safe.
    Laku keras roti Gardenia musim pkp ni, hehehe

    ReplyDelete
  2. hah lama btul tk muncul di arean blogging..ingtkn sama berkurung juga blog mcm arahan PKP hehe...musim PKP ni dh mcm pre ramadhan sbb mcm2 masakan kwn2 update tp xlama lg ramadhan mmg tk sama mcm thn2 sudah..smoga wabak covid19 cpt la pulih dan smoga kita smua dilindungi

    ReplyDelete
  3. Sabar ya, tak apa..kita jaga kita Allah pasti beri rahmat kepada hambaNya yang menjaga kebersihan demi kesihatan

    ReplyDelete
  4. benda rare roti tu...biasa la okje... akan ada musim malas ..

    ReplyDelete
  5. muncul jua akhirnya...akak PKP awal ya? terus tak blogging.. :D

    ReplyDelete
  6. Lama mak tak buat coretan kat sini... Alhamdulillah.. You back 👍👍

    ReplyDelete
  7. betul u. mood hilang nak update. sebab asyik2 food je yang nak di up. dah macam blog masakan lah pulak. hehehe.. semoga wabak ni cepat2 lah berakhir. semoga ALLAH lindungi kita semua.

    ReplyDelete
  8. Duduk diam2 dirumah nom..
    Hang dpt roti gardenia free ke🤭😁

    ReplyDelete
  9. lama x singgah sini. hopefully everything will be okay soon. rindu nak keluar jenjalan and balik jumpa family.

    ReplyDelete
  10. Dah sebulan lebih tak keluar rumah. masih stayhome diam diam :)

    ReplyDelete
  11. salam kak okjer....seronokla tu dapat roti gardenia ya...hihi

    salam ramadhan selamat menyambut ramadhan al mubarak.

    maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang berblogging

    ReplyDelete
  12. Amboi mak, rajin nampak, dah berhias baru rumah ko ye mak, semalam aku datamg lain, hari ni dah lain ni..semlm aku dtg aku tinjau senyap2 je, tak sempat nak kasi buah rangan, sohari ni aku datang lagi.

    Eiii ko betulla mak, aku takut nak timbabg berat berapa dah ni, aku puasa2 punbila time tak puasa tu asyik lapo je, asyik cari benda nak dikudap2, adoii, harap2 pkp ni cepatlah berakhir kan..rindu dah nak gi merayap2 nih.

    ReplyDelete
  13. Lama sungguh tak singgah sini.. Mujurlah akak buat comeback.. hehehe..
    Memang rare roti Gardenia tu.. Tapi bulan puasa nie, okay kot.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Sayapun baru jumpa sehari sebelum Ramadhan Gardenia, Sayang sekali tak terusik..

    Petang kang kena cari idea menggunakan roti gardenia sebelum tarikh luput..

    ReplyDelete
  15. ahaha..samalah kita kak Nom..malas betul nak update blog..nk blg walking pun malas ni..berbulan dah blog tu sunyi..patut time PKP ni byk masa kat umah..tapi asyik layan TV je..malas nk on PC

    ReplyDelete
  16. ahaha..muism PKP ni roti GArdenia cepat abis...laku keras

    ReplyDelete
  17. blog ni klau dh tinggal mmg jadi malas nak menulis balik .. nak amek smgt tu fuh pnya la ssh .. ^_^ ni pun kira hikmat di sebalik covid 19 gak. dpt luang masa byk sikit kt blog hihi

    ReplyDelete
  18. Hehehee... samalah di musim PKP ni kalau dapat bawa balik roti Gardenia tu memang satu kejayaan ferfeelingnya.

    Di musim PKP ni semua menu pun boleh jadi pandai nak masak OKjer...

    ReplyDelete
  19. Tulah rindu nak baca. Harap aktif selepas ni.
    Salam Ramadan. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  20. Memang tak sangka tahun 2020 ni kita akan duduk terkurung dalam rumah. Sedangkan dulu masa zaman remaja dok canang slogan Wawasan 2020 yang begitu begini. Sekali masuk 2020, kena kurung semuanya.... bertabahlah...

    ReplyDelete
  21. aida gi soping kat mydin ada sekali tu.
    pakai mask. lepas 30 minit, Nom, terasa nak muntah! terasa mcm batuk-batuk!
    Allahu Akbar. karang org report plak kita ni covid kan, batuk-batuk.
    sebenarnya sebab pakai mask tu lah.
    apa lagi. tinggalkan troli jap, gi jauh dari org, buka mask. releks jap 2-3 minit hirup udara segar :)
    ha ha ha ha kelakar naw.
    frontliners tu hah kan, lagi la seksa. 6-8 jam pakai PPE tu. aduhai!

    ReplyDelete
  22. Thats Awesome Article !

    JOKERDANA - Bandar Judi Online terbesar dan terpercaya se-Asia.


    dengan bonus menarik yang ada di dalam nya, ayo segera daftarkan dan dapatkan bonus beserta event yang ada di kami.




    SLOT

    SPORTBOOK

    BONUS

    JOKERDANA

    ReplyDelete
  23. Thats Awesome Article !

    JOKERDANA - Bandar Judi Online terbesar dan terpercaya se-Asia.


    dengan bonus menarik yang ada di dalam nya, ayo segera daftarkan dan dapatkan bonus beserta event yang ada di kami.




    SLOT

    SPORTBOOK

    BONUS

    JOKERDANA

    ReplyDelete
  24. I love your posts and everything looks wonderful. I love your idea thanks for sharing.
    City Of Dreams Casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts