Erti Hari Raya

Salam 26 Syawal....

Salam Syawal sahabat alamaya!!! Maaf zahir batin ek....
Belum terlambat lagi kan nak buat entri Raya.... Rayakan sebulan kan....kan..... hihi..... Macamana Raya korang? Best ke idok? Mak biasa biasa ajelah.... best pun tidak, tak best pun tidak.... so so jew! Cuma .... sedih sikitlah, tak dapat balik kampung beraya dengan bonda huhu...

Apa apa pun.... tempek dulu gambau Raya PKP 2020 yang bakal menjadi sejarah seumur hidup!


Pertama kali solat Raya kat rumah! Pertama kali Pak King jadi imam Solat Raya, pertama kali baca khutbah, pertama kali dapat duit Raya daripada anak ( ini paling bestlah kan hihi.... ) 

Kelip kelip mata,cuba cari ketupat hahahha..... Aduhailah.... ketupat pun nak beraya jugak rupanya.


 
Atok atok sangat pulak tengok Pak King ni kan..... hihi


Apalah ertinya raya tanpa Ketupatkan! Selalunya, rebus nasi himpit je, sebab malas nak menganyam,  tapi kali ni teringin pulak nak makan ketupat. Nak membangkitkan suasana Raya katanya. Siapa reti menganyam ketupat kat sini? Kita geng! Ketupat ni kalau terlebih isi beras, boleh jadi keras tau! Tak feel lah kan.... makan ketupat keras, Raya Raya ! Mak suka ketupat yang sedang sedang, lembik tidak, keras pun tidak...  

Ketupat
Katanya orang Johor kan, mana boleh tinggal Lodeh dengan Kuah Kacang ( mak campur sotong kering ) dipagi Raya. Tapi Rendang dilupa jangan..... Tukang masak teringin nak makan rendang limpa dengan paru, maka terhasillah Rendang 3 Jenis hihi.... Daging, limpa dan paru. Bukan SOP PKP je ada 3 S tau!  Anak anak dah tentulah tak makan, organ dalaman ni.... mohon pilih ek!

Rendang 3 Jenis
Kenal lagi tak kat tuan punya blog tu? Al mklumlah.... orang lain puasa sebulan, nipislah sikit badan tu, tapi tuan blog, huh.... puasa udah sodakollahul azim semakin menembun pulak  kejadiannya hahaha....



Dah abah kau kata boleh beraya tapi bersyarat kan...... 
Maka ambik peluanglah memenuhi jemputan adik Pak King bergader gader pada first Raya. Apalah ertinya Raya kalau tak berziarah dan bermaaf maafan kan..... Tapi kali ini berziarah dengan new norma, datang ikut time giliran yang dah ditetapkan oleh tuan rumah, no salam, salam, sentiasa cuci tangan, bermask dan jaga jarak bila bersembang....yang pasti bergader tu jangan lebih daripada 20 orang tau!

Cuma dapat berkumpul 3 keluarga daripada 5 keluarga dalam satu masa.... Kasi chanclelah Pak King bersuka ria dengan adik beradik dia kan hihi....



Dah tua tua ni..... Raya dah kurang bermakna sangatlah, lagi lagi Raya dalam suasana PKPB.  Janji dapat meyempurnakan ibadah puasa, dapat keampunan dan kemaafaan, dah cukup kot. Ehhhh.... nenek, nenek sangatlah pulak kan hahahha.......Ohhhh tidakkkkk!!! Lainlah zaman budak budak dan zaman anak dara dulu dulu kan... best betul bila ingat balik! hihi....

Akhirnya dapat juga berhari Raya bersama ibunda tercinta. Barulah sempurna erti Hari Raya.....





Comments

  1. Apapun masa dah boleh rentas negeri baru rasa meriah beraya. Hehe baru mula minggu lepas rasa salam beraya. Syukur puasa 6 dah habis buat masa tu.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak nom sekeluarga... sedapnya rendang ada paru dengan limpa tuh... dana tak daya nk buat sebab big boss tak makan...

    ReplyDelete
  3. Kategori meriah raya akak ni..hehe
    Raya saya? Solat berdua, makan berdua....udah ler. Haha
    Lauk pun 2 jenis.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya kak nom, raya pkpb pun meriah juga. Saya ni takde kesempatan lagi nak balik beraya dikampung walaupun dah boleh rentas negeri

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya maaf zahir batin kak..00 yer kak..:)

    ReplyDelete
  6. apa2pun tetap seronok dapat raya lebih daripada seorang
    hehehee

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat beraya bersama keluarga

    ReplyDelete
  8. Meriah juga raya Okje tu...
    Selamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin ya.
    Samalah kita 1st time sembahyang raya kat rumah.

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat hainom sekeluarga..

    Raya Kan sebulan walaupun Raya new normal..

    CH pun buat rendang limpa paru Dan daging.. anak2 kena Cari daging je.. rendang nasib namanya ni..

    Alhamdulillah syukur bila dpt rentas negeri Kan nom.. dpt jumpa ibubapa dikampung walaupun dah lambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau namanya Rendang Nasib... main suka hati je ckp Rendang 3 Jenis hahhaha

      Delete
  10. selamat hari raya maaf zahir batin
    sedapnya rendang tu..

    ReplyDelete
  11. selamat hariraya makcik okje., maaf zahir batin., ;p

    ReplyDelete
  12. Mak oii mak, raya dah nak sodakallah ko baru up entri raya ek, rare sungguh penangan pkp nih, haha..apa2pun minta mahap zahir batin yo salah silap den selalu nyakat ko selama ni. Muga2 tahun depan kita dapat beraya dgn lebih meriah yek.

    ReplyDelete
  13. Raya kali ni kita tak masak beria, jiran depan hulur ketupat pulut, lemang sebatang dan rendang.

    Jiran kanan hulung lemang dan rendang

    Jiran kiri hulur nasi arab.

    Buat kek simple2 sebiji dua, dikongsi sesama jiran sebagai balasan..itu jer.. (PKPP katakan.. πŸ˜€)

    ReplyDelete
  14. Wah meriah jugak raya cik Nom ni.. alhamdulilah dapat jumpa sebahagian anak beranak ya.. dah besar semua anak Okje tu, mesti pagi raya urusannya senang je, semasa tolong siapkan semuanya..

    ReplyDelete
  15. Nice article. I like the part where you mentioned that a good comment is one where I have to pay attention to the article. However, I am not sure where you were going with that concept. Can you explain it to me further? The part that I did not like was in order to have a good comment on the blog post, I have to point out what I liked about your post. What if I did not like the blogpost. Can you explain it to me as well?

    μ•Όν•œλ™μ˜μƒ
    μ˜€ν”Όν—Œν„°
    μŠ€ν¬μΈ λ§ˆμ‚¬μ§€
    좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€
    카지노

    ReplyDelete
  16. I think this is one of the most significant information for me.
    And i’m glad reading your article.
    wordpress
    blogspot
    youtube
    ហ្αž‚េមស្αž›αž់

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts