Makhluk yang Allah muliakan...

Salam Isnin....

Tetiba hujan lebat wei....
Terima kasih Ustazah Asni



Andai kita bina istana pun untuk mak kita,
Andai kita hadiahkan 2 kilo emas, 5 kilo emas untuk ibu kita
Andai kita gendong untuk tawaf umrah dan haji, 
Andai kita minum bilasan terakhir air kakinya.....
Belum tentu dapat balas jasanya yg mengeluarkan kita dari gelap rahim hingga terang dunia ini

Ibu tu makhluk yg Allah muliakan,
Kasih ibu tiada bertalak,
Kasih ibu tiada edahnya.....

Atas sebab itu kita tiada hak untuk merajuk pada mereka, kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka   

Pohonlah rahmat  kerana pada dua tangannya ada tangan keramat yang boleh mendoakan kita, 
Doanya tiada hijab terus sampai kepada Allah 

Kita tak tau ketika kita sedang lena tidur, ibu kita bangun
Ya Allah, kasihanilah anakku Ya Allah, rahmati hidupnya Ya Allha, bahagiakan dia Ya Allah

Beruntunglah orang yang masih punya ibu, yang dapat doa ibunya
Sebab itu, kalau anda masih ada ibu, junjunglah dia, letakkan dia ditempat yg mulia


Makhluk yang Allah muliakan..... ibu





Comments

  1. Selalu lupa jasa emak sebab kadang-kadang ada merajuk pada emak.

    ReplyDelete
  2. ermmm... touching pulak baca entry ni OKje sebab tetiba teringat kat mak Mrs. A. Dia selalu-selalu aje tepon anak cucu dia huwaaa...waaa..waaa... anak-cucu dia ni yang selalu hilang ingatan

    ReplyDelete
  3. Pernah juga merajuk masa zaman sekolah2 dulu la.. tapi sejak dah jadi mak, baru rasa susahnya jadi ibu, Nak merajuk pun tak terlintas kat hati ni.

    ReplyDelete
  4. Bila dh jd mak.. Br kita fhm mcm mn mak nk kita jd yg terbaik

    ReplyDelete
  5. Jasa dan pengorbanan seorang ibu tiada tandingannya.
    Sebab itu ada kata2 "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu"

    ReplyDelete
  6. kita tak kerja sekarang ni so boleh la jaga ibu yang sekarang ni tak sihat sangat..hhuuhu

    ReplyDelete
  7. sob..sob..kita dah takde mak, tapi masih ada mak mertua.

    ReplyDelete
  8. betul tu kak nom, bila kita dah jadi emak baru kita tahu apa yang mak kita rasa... tak sangka kita pun makhluk yang Allah muliakan juga kan kak nom

    ReplyDelete
  9. Betul kak, anak tiada hak nak merajuk atau berdendam dengan mak. Apapun yang jadi pada masa lalu, anak tetap perlu berbuat baik.

    ReplyDelete
  10. Saya selalu berpikir, yang sangat ni selamat sekarang sebab ada ibubapa & ada kedua mentua yang doakan sy. semoga Allah memelihara mereka. Amin...

    ReplyDelete
  11. sekarang kita pulak jadi mak..tiba2 teringat arwah mak bonda.

    ReplyDelete
  12. Sedih laa, teringat orang tua kat kg.

    ReplyDelete
  13. memang beruntung buat yang masih ada mak..

    Sha mula mengerti dan memahami perasaan seorang mak bila mengandung dan melahirkan.. Memang luar jangkaan.. Terus rasa insaf..

    ReplyDelete
  14. semoga ibu2 sihat walafiat.. tanpa doa mereka kita tak berjaya

    ReplyDelete
  15. moga yang terbaik untuk makhluk paling mulia, kalau tgh cari botol plastik cari sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts