Ikan bilis Hitam

Salam Rabu korang…

Mendung eh kat luar tu. Dalam rumah hakak ni pun samar samar je suasananya. Kalau bawak landing atas sofa ni, confirm Asar baru hakak sedo balik hihi… pas tu malam dah susah nak tido, terkebil kebil mata 😀… 

Pernah makan ikan bilis hitam?
Kalau tak pernah makan , sila cuba…. Sedap oiii…. Tekak hakak lah! Maklumlah tekak makcik makcik hihi…
Ikan bilis ni bukanlah asing bagi hakak ye, sebab selalu jadi lauk zaman hakak kecik. Pengganti ikanlah kot. Mungkin jugak sebab harga dia jauh lebih murah daripada harga ikan bilis biasa.


Biasalah….. abah hakak dulu, selagi boleh berjimat, memang mereka berjimat. Makan seadanya gitu, jangan anak dia…. kalau boleh, yang tak ada pun nak dimakan…. Hahahhaha


So apa lagi korang? Jemu dengan lauk Ayam, kita layan pulak sambal cili padi Ikan bilis Hitam… goreng telur mata pas tu curah kicap manis …. Pergh memang bertambah lah nasi! 

Comments

  1. lamanya tak makan ikan bilis tamban ni
    Jaman kecik2 dulu suka ratah mentah aje bilis tamban ni

    ReplyDelete
  2. Dapp nyer... Dulu tak pandai makan... Laa nie makan jugak laaaπŸ‘†πŸ‘†

    ReplyDelete
  3. orang panggil ikan bilis tamban kak, bukan ikan bilis hitam hahahhaha... ku ingatkan ikan bilis macamne lah rupanya
    dana suka ikan bilis tamban ni, memang sentiasa simpan stok kat rumah kadang masak nasi lemak pun pakai bilis ini

    ReplyDelete
  4. Sekarang tengah musim hujan. Pagi pagi layu je mata bantal memanggil manggil je. Kang tertido memang tak sedo diri. Hehe..
    Pernah makan ikan bilis ni tapi tak panggil ikan bilis hitam. Lupa dah panggil ikan bilis apa ni. Last makan zaman sekolah dulu mak masak. Memang sedap macam macam ni campur cili dan bawang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum okje... Lamanya tidak berblog walking ni.... 😁 Lauk macam gini lah yg buat bertambah2 nasi.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Actually ikan bilis dan makanan simple2 lah yang paling sedap. Kalau LL, ikan bilis, telor goreng and kicap manis dengan nasi, boleh makan bertambah-tambah!

    ReplyDelete
  7. Sedap ikan bilis dimasak macam ni, makan dengan nasi panas pulak tu..memang thumbs up

    ReplyDelete
  8. Tamban bilis kan kakjah? Kadang tu salah goreng, kemain liat dia haha...
    Tapi, inilah lauk biasa disajikan semasa zaman kecik2 dulu. Sedap!

    ReplyDelete
  9. ammi panggil ikan tamban. sedap gak goreng belado

    ReplyDelete
  10. Oh tidak pernah cuba ikan bilis hitam.
    Rasa tidak pernah jumpa di pasaraya. Agaknya ada di kedai tertentu ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts