Jaga diri ye Dik


Salam Selasa korang….

Bersemangat ni tau….hakak nak menulis hari ni,  🥰 Aahhh kasi chancelah perasan femes 5 minit ala ala macam @che nom sekejap hahahhaa… Elehhhh…..tak percayalah tu kannnn kalau tak de bukti….🙄….

Terima kasih banyak banyak tau @makcikkantin sebab tanpa jemu tertunggu tunggu entry hakak yang tah hape hape tu…. Terharuuu aiiii 🥰🥰 ….. Hokey, cukuplah tu perasan untuk hari ni. Marilah kita berpijak ke dunia nyata semula…

Al kisah ya, 2 minggu lepas, hakak hantar si bongsu masuk Kolej Matrikulasi. Akhirnyalahhh….Setelah 2 bulan belajar online dari rumah. Eloklah jugak duduk hostel, biar dia berdikari. Dia berangan nak kolej yang jauh, tapi dapatnya dekat. Kalau dapat kolej jauh, maknya lah yang paling seronok sebab dapat jalan jalan hahahha….. 

Tak kiralah jauh ke dekat, yang pasti barang budak pompuan confirm  satu lori 🙄😤… Terfikir fikir macam mana bonet kereta boleh muat pulak masa hantar si kakak ke Matrikulasi Perlis dulu 🤔. Dengan barang kitaorang lagi, menyinggah Kedah lagi…. Nasib dah lepas … ah lega!


Ketat jugaklah procedure nak masuk kolej sekarang, satu kereta kena check covid you depan crew. Berdebar jugak weyh…. Hakak kan tak habis habis berdebar hahahaha

Nak di jadikan cerita, baru 3 hari kat sana, ada pulak budak  kena histeria….. Dahlah anak ni sejenis yang pengecut, sudahnya nak ke bilik air pun tak berani. Aduhai lah anak….Pandai pandailah dik bawak diri. 


Sebelum balik wajib lah posingkannn… Hujan ribut itu perkara biasa hahahhaa…


Ibu sentiasa doakan yang baik baik untuk adik. Pandai pandailah bergaul, buat baik dengan kawan, semoga adik berjaya dunia dan akhirat. Jaga diri ye…. 

     




Comments

  1. Wah..dah lama tak ziarah blog Mak Okje tau-tau anak dah masuk matrik. Tapi mak nya tetap vogue. Alhamdulillah dipermudahkan urusan pendaftaran.dan kemasukan di asrama

    ReplyDelete
  2. Asrama anak ammi sebelah taman je. Tapi sebab dia aliran agama maka wajib duduk asrama. Tp tetap barang penuh sebonet

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah, anak sis masuk matriks. Masih sweet mamanya..

    ReplyDelete
  4. Akk ni tenggelam timbul tenggelam timbul haha...
    Tahniah Adik! Moga beroleh kejayaan aamin.

    ReplyDelete
  5. Tahniah adik su dapat sambung belajar kat metrik.s
    Jangan pulak entri lepas ni cerita adik su dah tamat belajar kat matriks tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahahaha …. Harap harap taklah WP ….

      Delete
  6. sebab tu la kak nom jangan benti menulis blog lelama, ramai yang menanti tulisan akak tau...
    moga adik dipermudahkan di sana, awal pulak dah ada kes histeria ya

    ReplyDelete
  7. Puan Hainom muncul balik. Nasib baik singgah.
    Wah banyak betul barang. Saya rasa masa mula masuk induksi tidak banyak sangat. Hehe.
    Alhamdulillah. Di mana itu matrikulasi?

    ReplyDelete
  8. Beza ya dengan lelaki banyak barang tu hehehehe...
    Ialah time Mrs. A hantar anak tak boleh keluar kereta pun

    ReplyDelete
  9. A lhamdulillah... Selamat belajar yer 'adik'

    ReplyDelete
  10. rindunya dgn awak. kita dah tak aktif di blog. skrg br bt grp jalan2 je kat fb melepaskan gian menulis. Kalau sudi jempuit join Group Pengalaman melancong ke luar negara secara DIY

    ReplyDelete
  11. salam hainom .
    khabare .
    kebetulan tengok blog .
    nmpak entri baru riko

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan. Jalan2 singah tambah kawan.
    Hallah2, mesti sedih masa nak tinggalkan kan. Adik Syu hari tu masuk kolej, hanya seorang jer yang boleh temankan. Lepas tu kena tinggal. Ketat jugak prosedur nak masuk kolej sekarang ni sebab Covid punya pasal.

    ReplyDelete
  13. Salam kak, lamanya saya tak jenguk blog akak, blog sendiri pun lama dah tak tulis apa2, banyak cerita tapi tak sempat nak menulis

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah syukur.. dah masuk kolej anak hainom..
    Dekat ada juga kelebihannya.. boleh tengok kerap.. hendaknya Ada yg diperlukan..

    Nasib den pun tak kena swap test masa hantar nabilah masuk kolej.. cukup nabilah seorang.. itu pun kena kuarantin 10 Hari juga dlm bilik asrama dia.. minggu ni baru belajar bersemuka..

    Semoga Allah SWT melindungi anak2 Kita semua. Aamiin YRA 🤲🏻💚

    ReplyDelete
  15. blogger hebat n glemer nih., ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts