Welcome 2022


Huh….. dah masuk 4 bulan baru nak welcome 2022 hihi…. Ramadhan pun dah nak sampai. Tak mengapalah yee…. Sekurang kurangnya adalah jugak welcomenya daripada tak welcome langsung!! 🤪

Apa khabar korang…. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sihat walafiat ye. Sebab hakak dah lama sangat dah tenggelam, terasa tak de skill memblog langsunglah pulak…. walaupun macam banyak aje cerita sebenarnya. 

Tulah tu….. nak tunjuk gambo lembu, hakak tak bela lembu…. Lainlah orang tu, ada Napi, Bedah Karim, Leman 😜… Yang mampu, dapat tunjuk…. 2 ketul makcik ngan pakcik tengah selpie kalah remaja haih hahahhaa…..  


Kejadian ni berlaku betul betul pada hari pertama Tahun Baru 22. Sebelum sampai kampung meronda  dulu kat Tanjong Emas. Makan asam pedas, makan rojak petis …. 


Masa ni, gegurl jelah yang masih mahu ngikut balik kampung, yang boboi dah ada kehidupan dia sendiri sekarang, dah berbini. Gitulah…. Bila kita dah semakin tua, sorang sorang anak akan meninggalkan kita, lepas tu, kita pulak akan meninggalkan dunia huhu….sedih oii…




Comments

  1. dh nk puasa xlama lg...nasibaik kita bertemu di instagram hehe..amboi2 sweet gtu tgh bz selfie tu hehe

    ReplyDelete
  2. Awal sikit den , hainom.. bulan february baru jengok blog.. hang bulan Mac..

    Betul tu byk je cerita tapi tu lah nak menulis blog tu mcm dah tepu pulak hahaha.. mana yg hendak ditulis dulu..

    Aduhai teringat² asam pedas tg emas yg sedap tu..

    Den wish awal lah ye nom
    RAMADHAN KAREEM..
    Semoga Allah sampaikan usia kita ke bulan ramadhan dan dikurniakan kesihatan yg baik utk beribadah..

    ReplyDelete
  3. Welcome back Kak!
    Amboi, lama benor bertapa ye :)
    Moga semuanya baik2 saja utk kita semua aamin

    ReplyDelete
  4. entah kak nom lama bebeno menyepikan diri...

    ReplyDelete
  5. Welcome back. He2. Janji bukan hujung tahun welcome nya.

    ReplyDelete
  6. Welcome back kak Nom. Mesti busy sejak jadi mak mentua ni ek..hehe

    ReplyDelete
  7. Welcome back Hainom! Lama bertapa hee..hee... Muda lagi tapi dah jadi mother-in-law :)

    ReplyDelete
  8. Entri lepas ni bolehlah cerita pasal sambutan raya puasa atau raya haji pulok

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this information. I have shared this link with others to keep posting. Here I have found the luxury interior designers in delhi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts