Selar Kuning masak Sos Kicap
Salam Selasa......
Ini bukan lauk semalam ye, bukan jugak lauk kelmarin. Lauk minggu lepas kot haha.....
Korang tau tak ikan apa ni? Meh mak nak bagi tau, nama dia ikan Selar Kuning. Kecik kecik, comel comel je ghupernya. Ada line kuning kat badan dia. Tulah pasal panggil Selar Kuning kot. Baru perasan rupanya ada taik lalat seketul kat sebelah kepala dia. Emmmm.....
Sebelum sebelum ni, mak memang tak pernah beli ikan ni. Yang biasa mak beli, kalau ikan kecik ni, ikan kembung Pelaling tu, tak pun, ikan bawal putih yang kecik kecik tu. Itu pun sebab anak anak suka. Mak kurang suka anak anak ikan ni. Mak suka yang bapak bapak ikan jer haha.....
Bukan apa, ikan kecik ni tak puas makanlah weyh! Sekali masuk mulut, dah hilang.... Haih!.... macam tak biasa, selera Jilapah mak ni hihi...
Tapi hari tu entah mimpi apa, tetiba terbeli ikan ni. Berminggu jugaklah peram dalam freezer tu sebab pening tak tau nak masak apa. Takkan nak masak Asam Pedas! Macam tak sesuai jer. Sampailah satu hari tu, Kak Tab, Herba Tihara kata, dia masak Ikan Sos Kicap untuk menu tengahari.
Masak Sos Kicap? Camne tu? Masak sambal, masak kicap, sweet sour, kari tu biasalah! Emmm....menarik jugak tu! Macam senang dan cepat jer masaknya. Petang tu jugak mak try masak!! Memang tidak mengecewakan weyh!! Terus jatuh cinta! Bukan dengan menu dia aje, dengan ikan Selar Kuning sekali....
Sedap rupanya ikan Selar Kuning ni, goreng garing garing, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, masuk sos cili ye AN, bukan sos tiram hihi....... pastu masuk kicap manis, last sekali barulah masuk ikan.
Pergh!!! Licin! Tak de sisa langsung ikan dalam pinggan, dengan kepala kepala ikan mak belasah!!! Krup krap, krup krap macam meow ! Haha....
hehehe.....menu yg cukup-cukup menyelerakan
ReplyDeleteOkje.. yg masuk sos tu? Sos tiram ke?
ReplyDeleteawal pagi resipi menu sedap ni Hainom...
ReplyDeletesedapnya makan nasi panas2
ReplyDeleteDalam peti ais masih ada ikan. Nanti boleh cuba resepi ni... :)
ReplyDeletekak... dana jarang sgt beli ikan selar kuning nih hehehe...
ReplyDelete1 sbb nye mls nk msk sbb kecik sgt hehehe tp kalu grg garing2 sdp nih kan
syok jgk menu akak nih.... blh try lah
kak nak resepi ...hehehe
ReplyDeletekak ni ikan fav kite jugak ni selain ikan kembung..ikan kite tak suka besar2....
sedap, tp kalo saya, kalo goreng kunyit garing sedap jugak ni, makan panas2 dgn nasi,,hehe
ReplyDeleteSejak bilalah Jilapah makan ikan ya, Mak? Ingatkan Jilapah ni vegetarian. Kah3x...
ReplyDeleteMak biasalah tu, nak bapak ikan aje, anak-anak ikan ni tak main. Tak best katanya ^_^
Tapi serius tau Mak, ikan selar kuning ni sedap kalau goreng garing. Silalah jangan persendakan Kak Ton kata kita tak kenal ikan selar kuning tau. Tahi lalat nan satu tu pun kita dah lama tau. Itulah 'pemanis'nya ^_^
Tak pernah pulak kita masak ikan selar kuning gaya simple gini. Selalunya goreng garing jer pun. Dan selalunya kita aje yang makan anak-anak ikan ni ...
Mak pernah makan ikan masak pais tak? Uh, terliur tetiba air liur kita bila teringat zaman dulu-dulu ketika emak masakkan favorite lauk ni buat anak perempuan tersayang @_@
alahai cik kak... sedap sangat dah tu sy tgk.. nak jugak lah buat mcm ni..selalu dok peti sejuk lama2 goreng mcm tu ja makan cecah sambal tomato... hihi...
ReplyDeletenak kena ikut resepi akak ni... :)
Wahhh.. nampak sedap menu nih. boleh cuba nanti.
ReplyDeleteOKjer.. Zura lagi suka ikan kecik2 camnih.
mmg sedap goreng garing2 makan dgn nasi panas n kicap pon dh sedap.
*meleleh ailio tetiba.
balik nanti nak beli ikan kecik lah~
Amboi nom suka bapak2'ikan aje ke...!
ReplyDeleteTak perasan pulak kakak kat kepala ikan ni ada taik lalat...
Kak pun jarang beli ikan2 kecik ni,suami kakak ni begitu takut anak2 dgn mk ank tercekik tulang.
Sebenarnya ikan selar ni memang sedap ,lemak2 gitu.,kakak kalau goreng ikan ni sambil2 ratah jadi kucing.
Kanda pulak jenis suka ikan yg kecik-kecik. Lagi ikan bilis tu lagi lemak pulak di tekak kanda ni.
ReplyDeleteSenang nak masuk periuk dan kuali pun ye jugak.
Saya memang selalu confuse bila nak beli ikan selar kuning dgn pelaling.
ReplyDeleteJadinya, bagi mengelakkan kekeliruan, adalah lebih afdal wife saya yang gi beli.
Huh! dasar bangsawan! Hihi.....
Deletemak kite tak makan ikan selar kuning ni tapi ada gak ar beli untuk orang2 yg makan dalam rumah ni...selalu kite goreng garing2 je mak...sedap je tengok diorang makan tapi tatau la nape tekak ni tak bole nak telan...dulu kite ni lagi sadis banyak gile ikan yg tak makan...ikan bawal pon kite tak makan mak...tongkol,tengiri ...ikan2 airtawar satu pon tak makan....kecuali ikan masin la cam sepat tu...ikan kembong cencaru sume lepas kawen baru berani nak makan...ntah ape pesen perangai pon tak tau la...kadang2 geram gak rase nak je tampo2 muka sendiri T_T
ReplyDeleteIkan selar kuning ni letak garam kunyit lepas tu goreng garing2 pun dah sedap benar dah mak... Pada tekak saya yg suka makan anak2 ikan ni... Memang makan lima ekor pun tak sedar :)
ReplyDeleteMasa mula2 balik ke M'sia, ikan ni la yg kami belasah makan hari2.. Anak2 pun suka especially Aisyah... Siap kata, "Why this fish is so deliciuos?"... hahaha, maklumlah dah tiga tahun tak makan anak ikan masak garing mcm tu... Ikan selar ni jugak yg sedap berbanding salmon :p
We all satu family mmg suka this type of ikan..goreng garing2 makan dgn nasi putih even nasi sejuk..laju je
ReplyDeleteKalau nak tgk Fahad Ali, boleh tgk n3 HILANGNYA SEORANG SAHABAT, FAHAD ALI.
Ikan kecik2 ni manis isinya, rugi ko baru kenal, aku dh lama kenal sbb aku tak berapa n kaya, jadi mampu beli anak-anak ikan je
ReplyDeleteHaha..samalah kita panggil ikan ni selar kuning.
ReplyDeleteSedapnya, dah buang ker telur lalat tu sebelum ambik gambar?
Memang sedap ikan selar kuning masak garing macam ni. Terbaik nampak. ;-)
ReplyDeleteKena buat sekali masak ikan selar kuning macam ni. Nampak sedap.
ReplyDeletesaya suka beli ikan ni. mmg sedap pun. goring garing garing pastu ratah camtu je. masak kicap ni x pernah try lagi. klw goring cili pernah la buat.
ReplyDeletepergh lapar wei. x lunch lagi ni. kalau nak buat harus tunggu sabtu ahad sbb balik keje pun dah melepet.
Resepi orang lepeh memang sedap hahah
ReplyDeletemasak kicap letak taucu pon sedap rasanya mak okeje tuuuu., ;p
ReplyDeleteSedap...apa lagi kalau ikan tu gigoreng garing2
ReplyDeleteIkan selar kuning memang lauk kegemaran kita tau.. masak apapun sedap..
ReplyDeleteikan kecik-kecik pun sedap gak mak hainom wei..ce share resepi kat sini lain kali
ReplyDeletebelle suka ikan selar,sbb jrg mkn ikan lain.ikan yg dimkn pun xbyk.slalu suka kembung, ikan merah, ikan selar, kdg2 beli jugak bawal, siakap tp x lalu mkn ikan lain.ntah..susah sikit.pastu bila beli xtahu nak masak ape.asyik2 goreng je..xada idea biarpun berlambak2 resepi online
ReplyDeletemana resipinya kak hainom...amboi main tayang makanan ni...baru lepas baca kat blog umi alya
ReplyDeletepeberet ayah rania ikann kecik kecik ni.
ReplyDeletekrup krap krup krap kalau diratah.
ikan bawal kecik suka buat celup tepung.
sy pulak jns x gheti nk meratah ikan mcm tu..
nampak simple tapi sedap...hai kak hainom sihat?
ReplyDeleteHaishhhh...makanan lagi. Kecur ailio dibuatnya. Resepi baru ni. Bley cuba ☺
ReplyDeletesaya guna aje ikan selar ni buat asam pedas
ReplyDeleteselar masak apa pun sedap pada tekak saya =)
Fav LM ni selar kuning. Goreng je pun dah sedap
ReplyDeleteTp aritu teringin nk mkn kari ikan. Masak la guna selar ni. Malang betul la sbb dia ada sisik2 tu kan.. Jd tak sedap la pulak x sama cam kembung. Silap betul laaa
laju je hbs kalau ikan goreng masak kicapp.. klau goreng kunyit tu susah nau nak hbsnya..
ReplyDeleteikan ni kalau baru naik dari laut lagiiii sedap kak. manis je rasa dia
ReplyDeleteMia kurang pengetahuan dalam bab ikan ni. Klu beli ikan pun selalu ikan putih jak .. hehe
ReplyDelete