Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 1 November 2018

Indahnya bersilaturahim

Salam Khamis....

Sorrylah....... mak belum sempat blogwalking betul betul. Entah sawan apa yang menyerang, lepas hp software update, tetiba pulak blog problem. Mak tak boleh nak komen kalau bukak blog pakai hp. Profile dalam kotak komen tu kosong. So kalau komen pun, komen tu akan hilang. Macam akaun G+ tu tak link dengan akaun blog. Jenuh le godeh godeh. Faham faham ajelah kalau orang yang kurang bijak gadjet menggodeh haha...... Sudahnya, mak buang terus apps Easyblog dengan Touch up Pro tu, barulah mau muncul profile blog mak dalam kotak komen tu..... Uh lega wei! 

Sebenarnya lama dah mak teringin nak pergi Terengganu. Asal sebut negeri Terengganu, terbayang bayang celup tepung, terbayang bayang keropok leko, terbayang bayang keropok keping yang banyak ikan, terbayang bayang sata yang sedap. Nasiblah bukan terbayang bayang songket dan batik Terengganu yang cantik lagi boleh tahan harganya tu....... huh.... selamat Pak King tau bini tak mintak yang bukan bukan hahaha!

Terbayang bayang jugak geng alamaya sebenarnya ( yelah sejak jadi blogger tak blogger ni kan hahhaa ). Best jugak kan kalau dapat jumpa dan bertentang mata. Sorry ye Cik Nor, hakak memang tak ingat mu hahaha....

Betullah kata orang bijak pandai, nak jadi orang berjaya, kena ada impian.......

Samalah jugak dengan kes mak ni, nak berjumpa dengan seseorang kena bayang bayangkan dulu....... hahaha....Ha tengok! Kan dah muncul depan mata hahaha.....  

Inilah dia orangnya....  Ada siapa yang kenal? Pertama kali bertentang dengan mek Kelate Nur Bijen dari blog Cerita Danish dan Umi. Orangnya putih melepak, kecik molek, slim melim, aduhaiiiii jeles wei!!!

Nasiblah dia pun dari spesis peramah dan suka gelak jugak hihi.....Faham faham ajelah ye kalau dah dua dua pun suka gelak. Memang kafe tu kami yang punyalah! Tapi Pak King mak suruh dia balik bilik dulu hihihi....


Oleh sebab mak stay kat Hotel Regency Waterfront Terengganu, maka mak dating kat situ ajelah! Breakfast sama sama!


Terima kasih mek sudi datang jumpa ambo! Siap bawak ole ole satu beg lagi tau..... Macam macam ado! Inilah indahnya bersilaturahim kan.....






21 comments:

  1. seronok bila kita p jln2 negeri lain jmpa plak kwn alam maya..dpt plak ole2 kn...syok

    ReplyDelete
  2. kak..klu dtg klate roger2 yer..nnt leh nyembang panjang2..hihi

    ReplyDelete
  3. suker tengganu, cantik tempatnya secantik orang-orangnya..

    ReplyDelete
  4. hai mak .. lama tak singgah sini ;)

    ReplyDelete
  5. kalau datang Melaka Negeri Hang Tuah , roger roger cikbunga yer ;)

    ReplyDelete
  6. Thanks juga sudi luang masa jumpa kita.
    Siap kena sawan selpie lagi.
    Mujur Pak Jilap dah naik atas.. hahaha

    Mak, keropok tu dah goreng belum? Bukan untuk buat hiasan tu.. enak dimakan dgn nasi goreng musim hujan ni... kikiki

    ReplyDelete
  7. Wah rupa nya jumpa geng alamaya rupanya Nom ni
    Bila nak datang ke Brunei pulak? Roger kaknoor tau kalau nak terbang kesini ok

    ReplyDelete
  8. Mak pergi Ganu bila ni? Kita pun stay hotel ni gak mak, time cuti keputeraan YDP Agong hari tu.

    Seronoknya mak dapat macam-macam ole-ole.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya.... itu lah Hainom, Terengganu kite is the best. Kenalah gi sokmo hee..hee...

    ReplyDelete
  10. Cariklah telo penyu kat pasar payang.

    ReplyDelete
  11. Glemer lah okje .. pegi mana2 pun mesti ada kawan yg menunggu .. untung jadi blogger ni kan 😅

    ReplyDelete
  12. Katanya ada keropok lekor, awat xmo kongsi dgn kita.? 😀

    ReplyDelete
  13. wahh..seronoknya!
    masalahnya saya ni penyegan, kot jumpa depan mata senyap pulak. :D

    ReplyDelete
  14. sama la kite mak, lama tak blogwalking. setahun lebih tinggal rasanya. ni baru nak mula balik. hihihi. rezeki kan dapat kenal blogger yang baik2. semoga silaturrahim mak dan geng blogger berkekalan sehingga akhirat aaamiiinnn

    ReplyDelete
  15. Best bila jumpa kawan blogger ni bila masuk lain negeri (pergi bercuti)
    Time tu la nak eratkan lagi silaturrahim persahabatan kan.
    Alang alang dah berjalan, berjumpa la sekali.

    ReplyDelete
  16. wah...bestnye jenjalan tengganu...dah lama xkesana...

    ReplyDelete
  17. jalan2 Tengganu😍...Dan Dan teringat mkn jeruk anggur kecik2 tu dicampurnya sos kepok lekor agaknya,pedas2 manis gitu😋,bertambah2 manislah percutian dapat jumpa kawan👌

    ReplyDelete
  18. Wah.. seronoknya jumpa rakan blogger.. memang indah silaturrahim..

    ReplyDelete
  19. Wah dah bertentang Mata dgn blogger nurbijen ye nom..

    Penuh beg ye..
    Untung weyyy..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. Seronok dpt jmpa blogger lps tu dpt ole2 pulak tu.
    Hahaha.. Kalau jmpa ira, mesti senyap je.. Ira tak pandai borak.. Hihi.. Ketawa boleh la..

    ReplyDelete