Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 12 April 2019

Diari Haji 2019 - Part 4 - Teruja beli kelengkapan Haji

Salam Jumaat....

Diari Haji 2019 - Part 3 - Alhamdulilah dah lega
Diari Haji 2019 - Part 2 - Saringan Kesihatan
Diari Haji 2019 - Part 1 - Panggilan Istimewa dari Allah

Diam tak diam dah sampai bulan Syaaban dah kita kan...... ( moga Allah panjangkan umur kita semua dengan umur yang berkat supaya berkesempatan untuk menambah amalan yang masih sedikit ini....) lepas ni dah Ramadhan, pas tu dah Syawal pulak, sedo sedo Pak King dah pakai ihram kat KLIA hihi..... 

Nah..... mak copy pastekan, kot kotnya ada yang nak tau Raya Puasa tahun ni bila....

Sejak kursus Asas Haji dah habis ni, rasa macam lapang sangat pulak. Rasa macam tak de benda nak buat. Selalunya pagi Sabtu tu mak dah siap siap nak gi kursus dah. Sebenarnya boleh je nak isi masa terluang tu kan, cuma rajin dengan malas je, pokok pangkalnya diri sendiri, boleh je buat ulangkaji ke, hafal doa doa ke, ini tidak, goyang kaki je banyak hahahahaha.... 

Untuk kawasan mak, mak tengah tunggu tarikh untuk kursus Intensif Haji sebenarnya. Tarikhnya dah tau, cuma belum tau nama kita letaknya kat tarikh yang mana. Kalau ikut itinery dia, peserta kena lengkap berpakaian ihram masa tu. Kita pompuan ni tak delah kisah sangat, asal tutup aurat sudah, lelakilah, kena ada kain ihram jugak... Nak jugak belajo cara cara pakainya... kang cara tak betul, jadi seksi pulak...

Mak, bab bab soping ni memang sukalah hihi..... Tak kiralah soping apa, janji boleh tengok tengok barang. Sebahagian barang mak beli kat Warta Bangi, sebahagian barang beli kat Kenanga Wholesale. Kat Kenanga rasanya harga dia sedikit murahlah banding kedai kat Bangi tu. Tapi tu harga botol wudhuk lah hihi..... 

 
Konon beli awal botol wudhuk tu nak try prktislah, sampai ke sudah wei hahahahaa.... 

Jangan main soping je, kenalah jugak dengar pengalaman orang yang dah pernah pergi, ye tak....benda patut dan tak patut beli. Kadang benda remeh kat sini tapi jadi sangat perlu bila kat sana. Kalau korang ada tips tips mohon kongsi eh. Nak jugaklah tempek blog yang berkaitan, mudah sikit mak nak refer nanti Blog Fitrah al Hajj.


I beli baju putih you, nak ambik pahala sunat katanya. Tapi tulah..... baju putih ni leceh sikit ek, sebab ada sedikit jarangkan jadinya kenalah pulak cari anak baju, anak seluar dan macam macam anak lagilah hihi..... Kat situ je dah dah macam banyak je barang mak nak kena beli hahahaha. Yelah..... takkan nak pakai tshirt dalam kaler kaler pulak. Dah baju tu putih, tshirt dalam kenalah putih jugak.... Banyak cekadak betul pompuan ni hahaha !!! Baju putih dua dua tu mak beli kat Kenanga, sampai terserempak sekali lagilah dengan blogger Ana Suhana Suhaimi. Asal pergi Kenanga je jumpa si Ana ni..... hadoiiiilah .... hahhaha

Semuanya dah siap mak alter. Maklumlah orangnya tak berapa nak lampaikan hahahhaa.... jadinya kenalah alter sana sini sikit!  



Dah ada baju kenalah ada tudungkan. Katanya nak naik haji hihi..... Tudung mak ambik yang saiz  2XL hokey! Mak bab tudung ni kadang kadang ada cerewet sikit, yelah kadang kadang kat part muka tu tak cantik...... Yang tudung putih mak beli ni pun muka dia tak berapa best, tapi beli ajelah, takut kang ada pulak yang kena marah kang hahahaa.... Dahlah tunggu punyalah lama nak pilih tudung je pun, lepas tu tak beli......berani ka??

Dalam gambar bawah ni, banyaknya barang mak je...... nampak sangat !!! hihi.... barang Pak King cuma kain Ihram, sehelai jubah putih dengan seluar putih nipis untuk pakai dengan jubah je.... Best betul tau ketuk ketuk duit laki hihi..... Pahala bang hihi.....


Mengalahkan budak budak nak naik sekolah atau pun nak sambut Raya...... benda baru, wajiblah try banyak kali wei..... Laki bini sama naik hahahaha




Ya Allah panjangkanlah umur kami, berikanlah kami kesihatan yang baik, sihatkanlah tubuh badan kami supaya kami dapat menyahut panggilan menjadi tetamuMu untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun ini Ya Allah.... aminnn

22 comments:

  1. Aamiin..tahniah nom..terharu acik..nom dah dipanggil untuk mengerjakan haji.doakan kami jugak ye nom

    ReplyDelete
  2. Amin..Amin...aminnn, in shaa Allah semoga dipermudahkan segala urusan kakNom&pakKing. Tumpang gembira baca persediaan persiapan akakšŸ‘...boleh buat rujukan Satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Allahu..dah nampak aura kak Hajah di wajah akak tu..in shaa Allah moga dipanjangkan usia oleh Allah, yag memabacanya ni pun dah terasa seronoknya apatah lagi akak yang mengalaminya. Ya Allah moga kami juga dijemput sebagai tetamu Allah ke sana nanti

    ReplyDelete
  4. Best tu. .Dh tak lama dah. Makin berdebar2 tgu nak jadi tetamu Allah..

    ReplyDelete
  5. Awat pak king pakai ihram lagu tu, bukan kena nampak bahu kanan ka? Hihi..
    Bestnya mak ko dah dapat pamggilan haji, teruja aku tau dak,tumpang hepi..moga2 nnt ko balik dgn mbawa haji yg mabrur yea

    ReplyDelete
  6. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik Dan dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  7. tu dia..tudung 2XL! hehe
    seronok tengok akak soping g haji lah.

    ReplyDelete
  8. Mmg teruja nom masa shopping ni nom..
    Mcm den dulu lah..
    Semua nak dibelinya..
    Penyudahnya Ada yg tak dipakai..
    Elok senaraikan APA yg PERLU dan KEHENDAK..
    sebenarnya PERLU itu yg wajib bagi lengkap rukun dan wajib serta sah Haji Tu..
    Yg KEHENDAK Tu nafsu her yg lebih..

    Aamin šŸ¤²šŸ˜semoga Allah permudahkan urusan hainom suami isteri disini Dan juga disana. Memperolehi Haji yg mabrur, tabah Dan sabar menghadapi segala ujian disana.

    #lamalaginamanaknaik150tahun,katalambazarkhdenketikaitušŸ˜™šŸ˜‚

    ReplyDelete
  9. Semoga dapat haji yang mabrur. Saya pun teringin nak dapat haji mabrur kalau berpeluang.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tumpang gembira.. Seronok tgok org buat persiapan nak kesana..tu belum smp sana dh seronok sgt dah. Moga dipermudahkan buat mak suami isteri

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.
    Semoga dipermudahkan urusan persiapan untuk menjadi tetamu Allah

    ReplyDelete
  12. amin ya rabbala'lamin. semoga dipermudahkn segalanya kak. doakan semoga ada rezeki ana sekeluarga dpt ke sana juga.

    ReplyDelete
  13. seronoknya tgk kak nom ngn pak king bt persiapan utk menunaikan ibadah haji... doakan ye kak nom kami dpt jugak ke sana nti...

    ReplyDelete
  14. Selamat mengerjakan haji untuk hainom suami isteri...moga diberi kesihatan dan dipermudahkan segalanya ...amin

    ReplyDelete
  15. tumpang seronok tengok persiapan tu..semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik nanti..dan mendapat haji yg mabrur..tak sabar nak panggil Hajjah!

    ReplyDelete
  16. gitu gini gitu gini, tak lama lagi tu kan.. i doakan semoga semuanya lancar. doa2kan i pulak nnt ye.

    ReplyDelete
  17. tumpang happy.. moga dipermudahkan segalanya. ameen :D Ada masa jemputlah singgah ke blog saya ya

    ReplyDelete
  18. sronoknya sis. semoga sy pun diberikan rezeki untuk ke sana

    ReplyDelete
  19. Aaminn... YaRabbal Alamin...
    Pakai tudung putih nampak macam budak remaja sekolah menengah.

    ReplyDelete
  20. Aminnn Semoga kak Nom dipermudahkan segala urusan.. Banyak kena buat persediaan dari segi fizikal & mental.. Seronok tengok Kak Nom buat preparation ke tanah suci..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..
    Semoga Allah permudahkan urusan akak dan suami disini dan juga disana. Memperolehi Haji yg mabrur, tabah dan sabar menghadapi segala ujian disana.

    ReplyDelete
  22. AlhamdulillĆ h...seronok dengaq org nak naok hajišŸŒ¹šŸŒ¹

    ReplyDelete