Diari Haji 2019 - Part 9 - Aku di bumi Arafah

Salam Rabu....

Diari Haji 2019 - Part 8 - Hotel Masat Al Badaya
Diari Haji 2019 - Part 7 - Sahabat Hati
Diari Haji 2019 - Part 6 - Pergi Yang Telah Kembali
Diari Haji 2019 - Part 5 - Kursus Perdana Haji
Diari Haji 2019 - Part 4 - Teruja Beli Kelengkapan Haji
Diari Haji 2019 - Part 3 - Alhamdulilah dah lega
Diari Haji 2019 - Part 2 - Saringan Kesihatan
Diari Haji 2019 - Part 1 - Panggilan Istimewa dari Allah

Kursus Haji dah startkan! Kawasan tempat mak ni, start Sabtu lepas. Tak lama lagi keluarlah surat panggilan Haji tu. Moga ada rezeki korang menjadi tetamu Allah untuk tahun ni, insyaallah....

Untuk penerbangan pertengahan macam mak,  kurang lebih 19 hari kat Mekah, hari Wukuf pun tiba. Berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah bermakna bermulalah ibadah haji untuk mak dan seluruh jemaah untuk tahun 1440H. Terlepas ibadah Wukuf kalu, nak datang balik lagi tak tahu tahun bila pulak boleh sampai huhu......

Bagi KT34B, bas ke Arafah, dijadualkan bergerak pagi. Jadi kitaorang dinasihatkan oleh TH untuk tunggu di lobi hotel usai subuh. Last last, dekat nak zohor baru bertolak hehehe.....Beg baju yang nak dibawak ke Arafah awal awal mak dah siapkan. Bawak baju sekadarnya. Cukuplah untuk 2-3 kali salin. Bukan tak nak bawak banyak, faham ajelah beg tarik TH tu besar mana ajelah kan..... Itu pun dah sendat mendat!

*Tips Mak Hajjah
1) Jangan lupa bawak sabun mandi ke Arafah ( sabun buku potong kecik kecik ) potong kecik tu untuk senang bawak je. Lagi pun kalau kecik kecik kan tak makan ruang bila masuk dalam beg. Mak suruh bawak sabun ni bukan apa sebab, masa Masyaair (1 malam di Arafah, 1 malam di Mudzalifah, 3 malam di Mina) akan ada satu masa korang akan rasa '' alangkah bestnya kalau dapat mandi dengan sabun'' hahahaha.... nampak macam kalakar kan tapi itulah hakikatnya. 

Mak dulu tak bawak sabun, tapi rasa badan berlengas lengas sebab bila mandi, main jirus air je, jadi tak puas, sudahnya beli sabun kat Mina dengan harga 5 Rial.   

2) Mak rasa lebih senang pakai Jubah masa nak ke Arafah tu ( mudah nak ke bilik air )

Macam macam perasaan oi masa ni !


Kalau ikutkan jarak dari Mekah ke Arafah tak delah jauh sangat lebih kurang 25 km je. Tapi kenapa awal sehari kita kena bertolak ke Arafah? Yang berwukuf bukannya kita sorang je, jemaah dari seluruh dunia bertumpu ke situ. Menurut kata TH, selain dikhuatiri jem kalau bertolak lambat, driver bas yang membawa jemaah ke Arafah ni bukan orang tempatan, kebarangkalian sesat tu memang besar. Yelah awak tetiba kena bawak bas kat negara orang, mau tak panik kan......hihi !!!Apa pun semua ketentuan Allah....kita ni hambaNya.

Bermulalah perjalanan sebenar mak sebagai Tetamu Allah.
























Akhirnya aku di bumi Arafah!. Mak bayangkan Arafah ni dekat dengan Jabal Rahmah. Rupanya jauh. Yang ada pokok pokok sederhana besar. Kanan, kiri, depan belakang semuanya khemah putih. Berhadapan dengan khemah Malaysia, seberang jalan, penempatan khemah jemaah Indonesia. Dalam lambakkan khemah khemah yang padat, tersedia satu kawasan yang sederhana luas yang menempatkan 20 buah binaan tandas dan beberapa baris paip untuk kegunaan wudhuk sahaja. Nak masuk tandas mohon beratur panjang ye hahaha....

*Tips Mak Hajjah 
Walaupun mandi bukan perkara utama masa Masyair ni, tapi kalau rasa nak mandi, mandilah pukul 12 malam, kurang sikit orang yang beratur nak ke toilet dan kuranglah sikit rasa bersalah sebab sedikit berlamaan dalam toilet tu. Kalau pergi satu jam sebelum subuh alamatnya subuh dalam toiletlah hahahhaa!. Jangan lupa bawak penyangkut S sebab senang nak gantung apa apa yang patut dalam toilet tu. 


Suasana dalam khemah. Aircond memanglah ada, tapi ikut nasiblah, dapat dekat dengan aircond atau pun tak. Kalau dapat tempat jauh dengan aircond, berpeluh jugaklah hihi.....





Dan alhamdulillah masih ada tempat untuk meluruskan badan, merehatkan pinggang dan melelapkan mata. Pada pendapat mak, selepas apa yang mak lalui, masa Masyair ni macam tak sesuai bawak Quran. Sebabnya baring dalam khemah ni pun, kepala kita bertemu kepala dan kaki bertemu kaki. Nak keluar daripada khemah pun kena melangkah langkah beg. Nak baca Quran pun rasa tak berapa selesa...... Tapi orang lain, lain caranyalah.... ikutlah keselesaan memasing.



Jangan ambik wudhuk pulak kat sini hihi..... Paip air panas tu!....



Alhamdulillah...... tahun 1440H tak ada perkara yang pelik pelik berlaku kat Arafah. Cuma ada jugak angin kuat, petir dengan hujan sekejap, betul betul lepas solat zohor. Sangat sekejap! Lepas tu cuaca redup sampai ke petang. Selesa sangat untuk bermunajat kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Agong








Dan langit pun seolah olah membuka pintunya untuk memberi laluan kepada mereka yang berdoa memohon keampunan dan keredhoanNya.....  
 

Bersangka baiklah dan yakin dengan Allah yang Dia akan memakbulkan setiap permohonan hamba hambanya pada hari ini...

 
Tak lepaskan peluang jugaklah untuk berwefie dengan roomate seumur hidup dan roomate haji buat kenang kenangan.....Nak sampai ke bumi Arafah tak taulah bila lagi kan....































Syukur Ya Allah kau telah memberi peluang kepada aku dan suamiku untuk menyempurnakan rukun Islam. Merasai sendiri pengalaman indahnya bermunajat di bumi Arafah pada waktu wukuf yang sangat sangat istimewa ini....





Comments

  1. bestnya baca kak NOm, bukan semua orang dapat peluang sampai ke sana di waktu muda kan...
    best betul lah... bagus kak nom buat satu-satu tajuk gini....

    ReplyDelete
  2. bestnya kak nom.... bergenang air mata baca,..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Seronoknya menjadi tetamu Allah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...seronok saya membacanya, moga ada rezeki juga untuk saya ke sana nanti

    ReplyDelete
  5. Oh tu paip Air panas.. Ada sign tk.. Kot2 xde.. Mau panas kalo basuh tgn

    ReplyDelete
  6. Mudah2an kakcik suami isteri sempat juga untuk menunaikan ibadah haji...

    ReplyDelete
  7. Terasa sesuatu dalam diri sendiri, walaupun cuma baca pengalaman akak.

    ReplyDelete
  8. seronoknya baca pengalaman mak hajjah ni..terasa nak ke sana jgak ni..:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ...bertuah jadi tetamu Nya ...semoga cikbunga akan dapat jejak kaki ke bumi anbiya ... InsyaAllah

    ReplyDelete
  10. Aduhai.. meronta-ronta Hati hendak kesana lagi menunaikan ibadah Haji.. ye lah Dan 12 Tahun berlalu..
    Semoga diizinkan Allah SWT utk menjadi tetamunya sekeluarga..

    Kat Sana mmg romantic Kita dgn pasangan Kan nom 😍

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dengar dan baca cerita orang pergi menunaikan haji ni. Moga ada rezeki juga menjadi tetamu Allah. Aaminn...

    ReplyDelete
  12. sedikit sayu aida baca ni, Nom.
    bila la sampai turn aida hadir di bumi yg indah ni.
    now, sunyi di sana, kan. dek covid19 durjana ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts