Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 18 May 2017

Pagi semalam yang bizi

Salam Khamis....

Semalam mak sangatlah bizi sampai tak sempat masak hihi..... Alasan sangat ke idok tu?

Si Angry Bird dah decide nak ke Matrikulasi. Okay......mak follow aje! Ko yang nak belajar dik! So semalam pagi, pergi Bank Rakyat nak buat akaun bank. Nasiblah senang nak dapat parking! Ini masalah utama sebenarnya sebab tu kena pergi pagi pagi hihi..... 

Orang bank tu tanya bawak surat beranak tak? Memang taklah.... so memang tak boleh buatlah. Sudahnya balik free free je. Kira macam berjalan jalan ke Kajang di pagi hari jerlah kekdahnya. 
Balik tu singgah pulak BSN buat pembayaran pendaftaran. Yang ni nasib settle. Lepas tu ke Imkeda pulak nak booking test ulangan JPJ. Tarikh terdekat dah penuh, so ambik tarikh masa cuti Matrikulasi bulan 8 tu ha. Hari tu parking tak lepas! Nasib jalan raya lepas. Mahal jugak Test Ulangan JPJ ni, Rm212 henggit hokey. Lain negeri lain jumlah rupanya tau. Macam kat Batu Pahat baru Rm90 henggit. Cenggitu pulak ek.

Harap harap luluslah lepas ni dik oiii....

Balik rumah laju laju mengejarkan si TLBD nak ke sekolah. Nak senang, kita beli ajelah lunch.
Mak makan pecal ni aje dengan ayam golek lebih petang semalamnya. Kenyang juga makan sayur ni rupanya weyh. 


Betullah geng....2, 3 hari ni, duit mengalir memang macam air terjun nampaknya! haha....

Wednesday, 17 May 2017

Cendol di Seri Iskandar

Salam Rabu...

Kalau Jiran Sebelah mak makan Lobster di Hari Ibu, Pak Jilap bagi mak Cendol je weyh di Hari Ibu.... Bang, nak Lobster jugakkkkk.....haha....


Asal datang Seri Iskandar ni, mak memang tak akan lepaskan peluang minum cendol kat Mr Cendol ni. Nak kata sedap sangat tu tak delah.... biasa biasa aje sama je macam cendol yang lain, tapi yang istimewanya cendol kat sini,  gula merah dia buh asing. Ikut suka kita nak letak banyak mana. Nak buh satu botol pun boleh....

Amboih bang.... makan cendol special sorang sorang nampak! Siap ada ice cream lagi! Ni hari Bapa ke Hari Ibu ni???


Mana mana yang datang Seri Iskandar ni bolehlah try ye. Kedai ni dekat Billion Seri Iskandar sebelah D Hotel!


Teruk betul memek muka gadis gadis Cendol ni, bikin spoil makcik Cendol haih!....


Den punyo! Cendol Kacang Merah! 


Tuesday, 16 May 2017

Dilema 4 tahun lepas berulang kembali

Salam Selasa.....

Sabtu baru ni mak hantar abang balik U. Si abang ni dari bulan Januari lagi cutinya..... Mengeram lelama kat rumah bukannya ada hasil pun, elok sangatlah mak hantar balik hihi...... 

Ya Allah ku serahkan anakku dalam jagaanMu......  Peliharalah dia sebaik baiknya, moga kau berkatilah setiap langkahnya. Aminnn.... 


Lepas ni giliran Angry Bird pulak. 
Tawaran UPU, Matriks dah dapat. UPU dapat Diploma - Sistem Maklumat Perakaunan, Matriks pun Perakaunan jugak.  

Cuba cakap dengan mak, kalau korang jadi mak, mana satu nak pilih???? 
Nampaknya dilema 4 tahun lepas berulang kembali! Sekejap rasa nak ambik Matriks sekejap nak ambik UITM. Hish.... pening ah! Malas weyh nak fikir, berserabut kepala mak. Kang mak stress kang, tak boleh nak masak kang..... ha macam mana?? haha..... Alang alang kepala Pak Jilap dah terlanjur berserabut tu, kita serahkan ajelah pada Pak Jilap untuk menganalisa semua ni hihi..... . Tugas mak menyokong dari belakang, cukupppp! Boleh tak gitu?  

Nampaknya mak berbuka puasa bertiga ajelah tahun ni. Jangan sangka mak tak ada selera pulak hokey!!! Bab bab makan ni, makan sorang sorang pun jadik! hihi......