Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 21 November 2017

Tanda ingatan

Salam Selasa...

Pari pari yang sorang lagi dah balik malam tadi. Nanti 10 Disember naik balik untuk semester 2 insyaallah. Yang para para pulak tengah sebok menyiapkan projek. Memang tak de cuti panjanglah kot. Tahun depan dah start praktikal 8 bulan pulak. Tengah mencari tempat praktikal jugak tu.    

Buat  Geng Lipis yang dari semalam menunggu nunggu ucapan my lovely dovey King Kong, silalah rujuk balik entri Anniversary ni . Wah... mengalahkan nak sit final year exam pulak dah kena rujuk rujuk bagai ek hihi.....  

Terima kasih atas ucapan semalam weyh, mak doakan semoga jodoh korang jugak bahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Mana yang belum bertemu jodoh tu moga Allah pertemukan jodoh yang baik hendaknya ye.  

                                    

Memangla orang selalu cakap.....'cukuplah ucapan dan doa sebagai tanda ingatan' ..... tapi sebenarnya jauh disudut hati kalau dapat hadiah di hari istimewa daripada orang yang istimewa, walaupun cuma sekuntum bunga ros, best jugaklah kan perasaan tu. Terasa meriahlah sikit hari Anniversary tu jadinya hihi..... Barulah rasa macam pengantin baru gitu. Pengantin baru kan banyak dapat hadiah! Hantaran tu hadiahlah kan...

Nak bagi cincin bertatahkan batu akik tak mampu, batu biasa sudahlah, asalkan ada batu haha...... 


Monday, 20 November 2017

Kisah 18.11.17

Salam Isnin........

Sabtu hari tu (18.11.17) mak punya Anniversary. Anniversary yang ke 22 you. Diam tak diam dah puluhan tahun jugak rupanya jodoh mak!!! Tapi perasaan tu rasa macam baru semalam kawen pulak ah! hihi....   

Macam tahun tahun sebelumnya jugak, hari hari istimewa macam ni, sambut tetap kena sambut, bukan apa, untuk kenang kenangan di hari ganyut, kata orang hihi...... Adalah makan kek sikit, tukar tukar hadiah sikit. Makan kat Resepi Rahsia je. Tak denya tempat tempat special haih!



Tahun ni tak de de belon bagai macam tahun lepas. Seram mak weyh..... kang kena bahan pulak dengan Kak Ton. Dia tu pantang dapat peluang, ada je nak membahan haha.....

Tahun ni kurang meriah sikitlah sebab pari pari anniversary tinggal sorang ! 

    













Happy 22nd Anniversary King! 

Moga Allah panjangkan jodoh kita kekal bahagia hingga ke syurga. 
Moga kita berpeluang mengharungi hari tua bersama sama. Terima kasih atas segalanya......terima kasih kerana menjadikan saya, suri hati awak, terima kasih juga kerana menyayangi saya seikhlas hati awak. Semoga Cinta kita terus subur dan mekar selamanya.... 

"Awak, awak..... awak tau tak .... apa beza awak dengan Aaron Aziz? Aaron Aziz suami orang tapi awak suami saya yang sentiasa di hati chia...chia...chia.... "









Gitulah kisah 18.11.17 yang lepas, kisah cinta saya dan dia! Awww....... Background Sunway Lagoon jadiklah! haha...

 


Thursday, 16 November 2017

Bukan main enjoy dua beranak ni

Salam Khamis ....

Alhamdulillah, semalam mak dah tunaikan hasrat diri sendiri nak makan Mee Tarik Goreng sekali lagi di Mee Tarik Warisan Asli IOI Putrajaya. Tak payah haih nak manja manja tunggu orang tunaikan hasrat kita baru nak merasa! Baik pergi sendiri, makan sendiri, bayo sendiri, puas hati! haha..... Sedap oiii!! Baik korang cuba! Ni pun mak rasa nak makan lagi ni! Entah apa diletaknya.... daun ketum ke hape hihi......

Mee Tarik Goreng
Sekarang ni kan tengah musim SPM, jadinya sekolah tu macam bapak sendiri yang punyalah hahaha... Nak sekolah ke tidak, ikut suka hati.

Mak is jaga kesihatan hokey! No manis manis.... 


Budak ni mana makan pedas! So, mee suplah jadi pilihan dia, sama menu yang Pak Jilap pilih dulu. 

Lepas makan kita pusing pusing tengok barang pulak dik. Jalan sana, jalan sini tak tentu hala ..... 

Petang sikit budak ni ajak makan Korean Snow Ice @ Manggo Bingsu pulak..... Amboiii! Bukan main enjoy lagi dua beranak ni makan makan semalam ek! Mentang mentanglah King Kong tak de, hihi....  


Takkan makan bingsu je, nak jugak kunyah kunyah, buat exercise mulut kan. Yang sorang teringin nak makan shushi, yang sorang teringin nak seaweed rolls tu. Sudahnya order dua dua....

Sebelum balik, budak tu teringin Churros pulak!! Mak tak teringin hokey!! Sampai rumah mak dah kenyang..... apa lagi, keluarlah teori kesihatan..... malam malam tak boleh makan berat bang, orang buat oat ajelah ek, kata nak diet kan hihihi.... 

Wednesday, 15 November 2017

Okonomiyaki beli

Salam Rabu.....

Korang pernah makan Okonomiyaki

Pernah? Tak pernah? Yang pasti Warisan Petani mesti tak pernah makan hihi..... Lainlah tanya pernah makan jantung pisang rebus ke tak! Yang tu confirmed baru lepas jadi santapan Warisan Petani sekeluarga 2-3 hari yang lepas hihi..... cicah pulak dengan sambal belacan cili hijo. Wallah enak lo, wong Jowo ngomong haha!

Berbalik pada kisah Okonomiyaki tadi, ni salah satu faveret mak jugak. Sedap oii..... Dulu dulu tak ada ikan. Harga baru Rm3.50. 


La ni harga dah naik. Kalau tak silap dah cecah RM5 henggit sebekas. Tambahlah ada ikan Saba seketul atas tu lagilah mahal. Tapi nak buat macam mana, mahal mahal pun sedap weyh...... pejam mata ajelah!


Asal makan je terfikir fikir agaknya Okonomiyaki ni dibuat daripada kentang kot. Senang je buatnya ni. Bila bila boleh buatlah.... Lepas tu tak buat jugak, sampailah makan lagi hihi... 

Kebetulan pulak semalam masa blogwalking blog Nany Fadhly, dia masak Okonomiyaki ni. Siap share resepi lagi. Rupanya ada tepung khas bukan guna kentang. Senang aje rupanya nak buatnya, tapi tu kalau rajinlah, kalau malas susah jugak tu hihi....

Credit pic Nany Fadhly
                        
Baru tau yang macam kertas nipis tu, Bonito flakes. Itu pun ada jual jugak. Selama ni mak panggil sotong je.... Aduh, bajet makcik makcik sangatlah pulak ek hihi...... Okonomiyaki ni kalau tak de Bonito flakes, bukan Okonomiyakilah namanya....

Kalau yang buat daripada kentang, begedil namanya ye makcik Nom haha.... bukan Okonomiyaki! Nak tengok begedil cantik mohon singgah blog Phong Hong, begedil mak menggerutu haha....





Tuesday, 14 November 2017

Tembikar dari China

Salam Selasa korang......

Hujan weyh kat rumah mak sekarang ni. Tarik selimut best ni..... 

Pak Jilap sampai Sabtu malam. Setengah jam cepat daripada jadual yang sepatutnya. Sepatutnya sampai pukul 10. Boleh pulak gitu ek? Tak jem kot traffic udara malam tu. Pilot speed lebih sikit hihi.... Mula plan nak ambik kat airport, boleh jalan jalan, lama tak ronda airport, sesekali best jugak jalan airport ni tengok orang hihihi...... Tapi fikir balik, malas pulak, baiklah mak layan Cerekarama kat rumah...

Tengoklah apa yang my King Kong bawak untuk isteri King Kong tercintanya. Yelah. dah suaminya King Kong haruslah isterinya pun King Kong jugak kan. Takkan lah tetiba isterinya tenuk pulak haha..... Tu tak sekufu namanya you!

Bukan main besar lagi beg kertasnya you. Mak is suspen hokey. Ni kurang kurang beg tangan ni, tak pun sepasang Cheongsam pink haha...... tapi masalahnya ada saiz mak ke? haha..... 


Sekali bukak taraaaaaaaa............... sebiji Tembikar Cina, hancur punahlah harapan mak nak pakai Cheongsam pink di hari Anniversary haha.....


Sebenarnya ni cenderamata kenang kenangan daripada supplier China selain daripada Pak Jilap dapat Chinese Tea.  Supplier tu ingat rumah mak ni ada kabinet kaca ke hape? haha....  Orang dah bagi, sayang kalau cuma disimpan, tapi masalahnya nak pamerkan kat ceruk mana kat rumah mak ni pun mak tak tau! hihi.... almaklum ajelah kan....


Penggemar barang barang antik mesti sukakan benda benda macam ni. Mak suka jugak perhiasan perhiasan ni, tapi tulah masalahnya, tak de kabinet kaca hoho..... 

Friday, 10 November 2017

Kawan sebelum baligh

Salam Jumaat korang....

Hari ni si TLBD dengan 4 orang kawan dia nak celebrate bezday sorang kawan dia ni. Pukul 10 lebih dah mintak mak tolong ambik kawan dia yang 3 orang tu dan hantar ke rumah kawan dia yang sorang ni. Rupanya mak kawan dia yang sorang ni tolong masakkan maggi Ramen. Nak buat Maggi challange kat sekolah katanya sambil celebrate bezday. Nanti daripada rumah kawan dia ni, ayah kawan dia ni pulak akan hantar semuanya ke sekolah. 

Amboi..... bukan main lagi kan korang semua! Nasiblah mak pak zaman moden ni semuanya sporting. Menurut aje bila di remote dengan anak anak.... 

Seronok je jadi budak budak zaman sekarang ni. Mak dulu dulu jangankan nak celebrate, nak bergambar pun tak de kamera tau. Dapat sambut sambut bezday ni pun sejak dah kilauan emas nilah rasanya. Ohh .... sedih dik kalau nak cerita! hihi....

Alang alang TLBD dah keluar awal tu, maknya apa lagi! Celebrate jugaklah kan hihi.... 
Buat appointment le nampaknya dengan kawan sebelum baligh dulu! 


Kawan sebelum balighlah namanya kan,  kalau kawan sekolah rendah. Kawan mak ni pandai orangnya. Tak pernah tak dapat no 1. Asal pereksa je, tak kira sekolah kebangsaan ke, sekolah agama ke, mesti no 1. Kalau Hari Penyampaian Hadiah tu, memang muka dia ajelah naik pentas. Mak? Harammmmm haha...... naik tangga pentas pun tak pernah. Harap kawan dengan budak pandai je, sikit tak berjangkit oi.

Masa Penilaian Darjah 5 ( kalau sekarang UPSR lah ), dialah the one and only yg dapat 5A kat sekolah mak tu. Tingkatan 1, dia dapat masuk MRSM ( Kak Ton nak bangga jugaklah tu sebab dia pun masuk boarding school dulu dulu, eleh nyampah!....). Mak pulak, dapat jugak masuk MRSM tapi untuk ujian kelayakan je hihi.... Sejak tu memang tak pernah lagilah berhubung. Lagi pun dulu dulu bukan macam sekarang,  telefon rumah pun tak semua rumah ada, hp, fb jauh sekalilah, susah woo nak contact member! Zaman mak, zaman kayu dik!

Sementelah lagilah bila masuk U, dia UUM, mak UTM itu pun nasib nasib jugaklah mak  dapat masuk U haha.... Lagilah tak pernah berjumpa, ada tak de lepas kawen, mak anak 2 masa tu, dia baru nak mengandung rasanya, adalah berjumpa sekali. Tapi faham faham ajelah bila bersembang  sambil monitor anak, laki pulak monitor kita hihi..... macamana nak sembang macam zaman gadis?

Dan tadi setelah sekian lama, di Kenny Rogers Bangi Gateway. ( Boleh jugak menyambil tengok tengok baju dengan tudung kannn hihi...)

Diet pun tetap sentol.....Acaner tu? Malaslah nak diet......


Memasing bukan setakat dah terlebih baligh, allignment pun dah banyak yang lari haha.... Panjang umur, sihat, moga kita dapat berjumpa lagi nanti ye Zanariah! 

*Sesuatu perasaan yang tak dapat digambarkan bila dapat berjumpa semula dengan kawan kawan  yang dah lama kita tak berjumpa diusia begini*. Bajet Mak aji sangat tak? haha..... 

Menu yang memang sesuai sangatlah untuk warga kilauan haha...

Wednesday, 8 November 2017

Mee Tarik goreng tu sedap oii

Salam Rabu.....

Mana satu pilihan kalbu? Nak Mee Sup Daging ke nak Mee Tarik Goreng?
Ada masa dua dua pun bukan jadi pilihan kita kan..... Tekak nak makan benda lain, dapatnya benda lain. Apa pun bendanya, tetap kena bersyukur sebab itulah rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita pada hari itu..... bajet mak aji sangatkan hihi....

Kisahnya makan Mee Tarik Warisan Asli dekat IOI Putrajaya. Mula tu Pak Jilap nak makan spaghetti, jadinya mak pun dah terbayang bayang menu spaghetti dalam kepala mak ni ha, sekali tengok rupanya Resepi Rahsia tengah buat renovation. Terus terencat nafsu ko haha...... Kebetulan masa sampai IOI tu dah pukul 2 lebih, tapi kedai makan masih penuh dengan manusia..... Sudahnya masuk kedai yang tak berapa sesak. Pak Jilap masuk kedai Mee Tarik. Mee tarik pun mee tariklah....  Masuk ni, kali ke dualah mak makan Mee Tarik. Kali pertama makan kat Bangi 2 tahun sudah. Lama tu.... Sedap ke tidak rasanya mak pun dah tak ingat !

Mee Sup Daging  dan Mee Goreng ( Mee Tarik Warisan Asli )

Mak ambik mee goreng. Pak Jilap ambik mee sup. Si TLBD tak nak makan, kenyang katanya. Padahal tak selera kot sebab ada seekor kucing dia, si Muffin tu mak dah buang hihi.....Dah si Muffin tu membuang meratakan, hati tengok manyak sakit woo.....

Nak habaq ni..... Mee Tarik Goreng tu sedap oii walaupun nampak macam cincai je masaknya!! Mula sampai atas meja tu, macam rasa malas je nak makan, apa taknya kepala dah terbayang bayang spaghetti tapi dapatnya mee. Sekali rasa, sedap pulak...... Rencah dia cuma daging dengan sayur je.  

Mak perasan kebanyakan menu kat sini semuanya berasaskan daging. Mee sup tu pun, daging jugak rencahnya. Tapi mak apa ada hal, daging ke ayam ke, seafood ke, semua pun bedal hihi....Mee Sup dia tu, mak rasa sesudu je, biasalah Chinese style, ala ala sup kosong gitu. Orang teringin, rasa sedaplah kot! Rasa Mee Tarik tu sendiri memang tak boleh nak sangkallah kan, memang sedap, kenyal tak sama dengan mee yang kita beli tu. 

Pergi IOI nak makan Mee Tarik Goreng lagilah hihi.... 

Monday, 6 November 2017

Gonna miss you bebeh

Salam Isnin.....

Allhamdulillah sangat kan kita ni....... Masih lagi diberi peluang menghirup udara Allah dengan selesa dan tenteram. Masih lagi mampu bernafas sambil santai santai blogwalking, sambil sarapan lontong dan menghirup secangkir teh tarik macam orang tu, ehhh..... termengumpat pulak di pagi pagi hari ni hihihi....

Betullah kan!!! Cuba bayangkan mereka yang sedang ditimpa musibah? Bernafas tu memanglah dapat bernafas, tapi bernafas sambil mengharung banjir, bernafas sambil bertarung dengan SPM, bernafas tapi orang tersayang pergi buat selama lamanya. Tak ke macam pendik nafas tu namanya weyh??? Walau apa pun jua keaadannya, moga mereka diberi ketenangan dan dipermudahkan urusannya. 

Mak pun sesak nafas jugak pagi ni oii.....

Macam orang nak buat penerjunan payung terjun, kan ke penerjun tu sendiri yang bertanggung jawab melipat payung mereka, macam tu jugaklah dengan Pak Jilap, asal dia nak outstation, mak memang tak campur bab bab beg ni, biarlah dia kemas barang sendiri, kang ada yang tertinggal, balik outstation mak pulak yang kena hukum gantung hihi.... lainlah mak ikut sekali kannn!! 

Maggi wajib bawak weyh! Maggi akan jadi makanan terlazat di negara orang nanti....    

Selamat pergi dan selamat kembali my King Kong ku ..... moga Allah permudahkan segala urusan abang di sana! Gonna miss u bebeh......  uwekkkkkkk haha......


Wednesday, 1 November 2017

Bila tiba hari malas...

Salam Rabu...

Bila tiba hari malas..... kedailah jadi sasaran! 
Tapi masalahnya hari hari, hari malas, macamana tu? haha..... 

Nasi kukus tu untuk puteri bongsu. Laksa dan karipap gergasi tu untuk maknya. Bukan main lagi maknya melahap haha......

Maknya kan pantang nampak karipap. Nak ngetest aje. Sedap oii, boleh beli lagi lepas ni nampaknya. Puas hati makan sebab tergigit gigit daging gitu. Tak de istilah oksigen di sini ye hihihi.... Seketul Rm3 henggit. Inti dia kentang blackpapper. Ada 2 pilihan, nak ayam atau daging? Mak dah try dua dua. 

Laksa Penang dia pun sedap, bolehlah jadi ubat kempunan kalau teringin nak makan Laksa Telur Bersarang hihihi..... Kuah pekat tak menghingat you! Dahlah telur sebijik, isi ikan pulak tergolek golek. Pergh!!! 

Pada mak, sedap sedap pun tapi masih tak setanding dengan kesedapan Asam Laksa Midvalley. Sesiapa yang pernah makan mesti tau, kedai dia dulu dalam AEON, lepas tu tukar dekat food court bawah depan AEON. Baru ni mak pergi kedai dah tutup! Tak sangka, sedap sedap pun boleh tutup ek!


Macam teringin nak makan laksa pulak hari ni!