Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 19 June 2017

Poskad Raya kesian

Salam 24 Ramadhan....

Cergas nampak ? Macam baru lepas sahur je? Eh !! Ada kan orang sahur pukul 9. Sahur orang ABC haha....

Weyh.....korang dah dapat Kad Raya ke tahun ni? 
Mak adalah jugak dapat. Itu pun sekeping je. Nasiblah Ira nak bagi, kalau tidak memang nan hado haha...... 

Inilah Poskad Raya kesian daripada Ira @ budakbucuk.blogspot.com haha....


Terima kasih Ira

Cerita pasal Kad Raya ni, teringat pulak zaman mak kapel kapel dulu. Tertunggu tunggu Kad Raya daripada pak we. Pantang dengar motor posmen lalu, terus laju laju jenguk tingkap. Dapat Kad Raya terus masuk bilik baca banyak kali sambil baring atas katil haha.... Kalau dapat Kad Raya yang muzik lagi syok wooo..... 

Tapi itu zaman maklah. Zaman sekarang ni sure lagi advanced ek. Tak payah dah hantar hantar kad pengganti diri. Video Call je terus haha.....    

Kad Raya sekarang ni pun dah semakin advancedlah. Tengoklah.... kena skan bagai pulak. Hakak tak lepas lepas skan lagi ni Ira dari hari tu haha......


Thursday, 15 June 2017

In da making...

Salam 20 Ramadhan.....

Mak ni entah sawan apa yang menepek, kalau bab masak memasak, baking membaking ni agak kurang minat. Tu yang lambat je nak start buat kuih tu.... Sambutan Raya tahun ni pun rasa tak seghairah macam tahun lepas, berkemas pun tidak.... Mak rasa sebab tak de benda yang baru lah haha.... tu yang mood pun lemau je haha......

Akibat keseraman yang melampau, semalam jugak mak beli bahan buat kuih, tau tak korang.... Yelah, minggu ni dah tentu tentulah berbuka lagi rumah mertua, minggu depan dah nak balik kampung, mana sempat dah weyh! Jeleslah ai kat Puan Hazel..... dah siap 2 jenis kuih!

Tadi, lepas sahur mak dah start membiskut tau. Missedlah tido tido ayam atas kerusi depan TV hari ni nampaknya....

In da making ....

Adoiyaiiii.....lambatnya nak penuh balang tu weyh.... Gasaklah ko belang belang pun kejadiannya, janji siap hihi.....

Yang penting lepas untuk Ibu Mertuaku.... Rumah punya kuih, beli jerlah ek bang hihi....

Wednesday, 14 June 2017

Buntil

Salam 19 Ramadhan...

Sekejap je dah 19 hari yek. Moga Allah terimalah ibadah kita yang sedikit tu.

Korang dah buat Biskut Raya ke?  Ke tunjuk jer hihi... Ha a... korang tak payahlah buat, buat penat je. Baik tunjuk je, habis cerita...... cepat dan mudah gitu kekdahnya. Mak ni yelah....kena buat! Sekarang ni kuih sebalang dah RM30 henggit. Takkan beli sebalang kot! Nak bagi mak sana, mak sini lagi. Kesian laki ai haha......

Kita ni, mak mak, benda benda gini kena jugak fikir. Habis tu? Sapa lagi nak settlekan, kalau bukan kita? Mak ni jangankan membiskut, barang pun tak beli lagi weyh!!

Sudahlah cerita pasal biskut Raya, marilah kita membuntil haha.... Sebenarnya mak nak cerita pasal Buntil? Korang sure tak pernah dengar kan. Mak ni, yang Jawa pun cuma pernah dengar nama je, makan memang tak pernahlah. 

Camnilah rupanya Buntil tu...

Buntil

Kalau tengok pada rupa dia, terjumpa kat Param pun belum tentu nak pandang apatah lagi beli..... Tapi tulah, jangan dipandang pada rupa, pandanglah pada rasanya hihi......Sedap! Camne nak explain ek? Senang cerita macam makan pucuk ubi masak lemak tulah weyh. Gitulah lebih kurang. Sedapkan? Nak explain lebih lebih pun mak tak tahu, korang kena rasalah sendiri. Kiranya satu kelainanlah ..... asyik makan sayur goreng je kan....

Yang merah itu tali, yang hijau itu daun ye.....

Buntil ni rupanya makanan tradisi Jawa. Ada orang guna daun ubi, ada orang guna daun keladi, ada orang guna daun betik. Ikut mana mana yang jumpa kot haha..... Tapi yang pasti jangan suruh mak buat! Suruh makan, bolehlah hihihi......

Teringin nak membuntil, boleh rujuk kat sini Resepi Buntil



Friday, 9 June 2017

Tak sempat nak nangis

Salam 14 Ramadhan....

Mak tak sangka betul! Hairan sungguh kali ni tisu mak tak habis! Haha.... 
Heiiiii...... siapa cakap mak tak sedih! Sedih hokey! Mestilah sedih weyh...... tinggalkan anak. Bukan dekat dekat punya tempat tau, tapi nun jauh dihujung Malaysia nu. Mak suspect mungkin sebab kelam kelibut masa hari pendaftaran tu lah,  yang buat mak tak sempat nak nangis ! Bayangkan ajelah nak bergambar sama sama pun tak sempat.  Nasiblah dah ambik gambar masa hari meriki tempat semalamnya.

Hokey jangan kecam! Baju sedondon haha......
Kalau tidak, memang gambo ni ajelah yang dapat buat kenangan nampaknya haha ..... 
Pagi tu sampai sampai je terus mendaftar kat hostel diaorang. Masa pendaftaran, kereta tak boleh masuk kat kawasan hostel, kena park jauh. Nak tunggu kereta boleh masuk entah bila, so kitaorang decide angkat separuh barang dululah. Korang bayangkan ajelah.....!! Bedak ai cair hokey!!! haha....


Walaupun ada 2 pasang katil double decker, tapi cuma 2 penghuni je dalam cubical ni.

Sebelah cubical, ada ruang study. Bertentangan tu pun ada meja study lagi dan sebelah tu pun ada cubical lagi. So maksudnya dalam satu bilik ada 4 oranglah. Alhamdulillah.... nampak selesalah tempat belajarnya. 

Masa nilah yang jadi kelam kelibutnya tu. Lepas taklimat waris, ibu bapa ada masa 1 jam setengah untuk menghabiskan masa dengan anak, lepas tu jangan nak ngengada jumpa anak lagi. Dan dan tulah pulak si Angry Bird nak mencari cermin besar. Terpaksalah keluar jugak. Balik tu, turn budak budak pulak kena dengar taklimat. Barang ada lagi yang belum berangkat dalam kereta tu. Nak kena mendaki tingkat 4 lagi! Adoiyai...... Cuba cakap dengan mak, masa bila mak nak kena nangis?

Macam nak habis nyawa weyh hari tu!

Yang surprisenya masa tengah mencari cermin nilah mak ditegur oleh seseorang..... 

'Awak ni blogger ke?'

 Aduhhhh...... mana nak menyorok ni? Takkan nak panjat atas rak tu kot haha.....
Tak sangka ada jugak orang baca blog merapu mak tu hihi.....
Terima kasih Adibah kerana sudi menegur. Adik kepada Adibah ni pun rupanya sekali mendaftar kat tempat yang sama katanya. 


Wednesday, 7 June 2017

Pergi berempat, balik bertiga

Salam 12 Ramadhan....

Semalam mak baru sampai rumah youuuu. Mak G hantar anak belajar, hari tu pergi, hari tu jugak balik. Mak Jilap..... hari Sabtu pergi, hari Selasa baru sampai rumah kihkihkih.....

Sampai KL semalam, terus ke rumah mak pak mertua, hantar Harumanis. Dah katanya balik dari Perlis kannnn. Nak tunggu hujung minggu baru hantar, mau bonyok buah tu!  On the way balik rumah, terus singgah Param, beli makanan untuk berbuka. Tak kuasa hokey nak masak baru baru sampai macam tu, walau sebenarnya tak delah penat pun! hihi.....

Hari Sabtu tu mak singgah Alor Setar sebenarnya. Tidur satu malam kat sana. Yelah ..... dah terlanjur ke Utarakan. Dapat jugak merasa pergi Param Alor Setar depan Stadium Alor Setar tu. Cumanya tak dapat merasa beli teh bunga yang kena kerumun lebah tu jerlah. Nak dekat pun seram, apa tah lagi nak beli! Lebah berterbangan sana sini weyh, bukan kecik punya lebah tau. Tapi yang peliknya orang tetap beratur panjang. Pak Jilap awal awal dah ajak jauh. Takut bini kena gigit kot haha......

Bukan orang KL je ada menara hokey!! Orang Kedah pun ada !.......

Menara Alor Setar
Mak stay kat Fuller Hotel. Betul betul sebelah Aman Central. Besaq jugak Aman Central ni. Syokkkk wooo boleh cuci mata! 

Esoknya baru bertolak ke Arau. Berhenti tepi jalan sat, ambik gambaq dengan lembu haha..... Mak tak jumpa kerbaulah kat sini walau kanan kiri jalan sawah padi!! Spesis kerbau dah hampir pupus ka kat sini? Habaq mai.....


Sampai Arau terus check in kat Brillian Inn. Mak kalau berjalan memang senang banyak ye korang, sebab bab bab booking hotel, bab bab mana tempat nak pergi, tu semua faveret Pak Jilap. Tugas mak bawak badan je kahkahkah........  

Hotel ni memang dekat dengan Kolej Matrikulasi, lebih kurang 8 minit gitu..... so memang cantek sangatlah kekdahnya. Lepas riki tempat, mak terus ke Kuala Perlis. Pusing pusing..... Kasi chance mak dating tepi kuala sat nohhhh.....

Terus berbuka kat sini.....


Friday, 2 June 2017

Sebelum Permusafiran

Salam 7 Ramadhan....

Hari ni nak masak apa ek? Aduh lahai..... habis idea dah weyh rasanya walau baru 7 hari puasa...

Semalam mak masak kari daging, sayur kacang buncis goreng dengan telur, ikan goreng, sambal tumis lebih semalam. Sahur, kami tak makan nasi. Tema sahur mak, makan apa yang ada haha.... TLBD memang nak makan koko crunch sepanjang sahur.  Jadinya memang senang banyaklah keje mak pagi pagi, buat air panas aje hihi......

Sama macam adik Dana, anak Mak G, anak Kanda Zakie, Isnin depan Angry Bird akan daftar matrikulasi. So insyaallah pagi esok sesudah subuh, mak anak beranak akan memulakan perjalanan ke satu destinasi. Maklumlah tempat jauh, beratus batu, haruslah masa perjalanan pun panjang, ambik masa 2 hari 2 malam you haha....

2 minggu lepas lagi dah cari baju kurung basahan untuk pakai pergi kelas. Cari kat Kenanga, dapatlah sepasang Rm50 henggit. Kain pun cantik, licin, kira ok sangatlah tu. Rasa macam nak round Kenanga lagilah pulak hehehe....macam tak puas pulak pergi hari tu.

Yang kuning tu baju mami aka nenek. Nenek suruh pilih baju baju lama nenek. Ambiklah jugak 2 pasang. Buat tampung tampung pakai hari yang tak sempat basuh baju tu. Nasiblah sesaiz dengan nenek. Sebenarnya baju kurung lama mak ada je tu, tapi malangnya anak beranak tak sesaiz. Kalau mak nak alter, boleh, tapi dah macam buat baju pulak kekdahnya. Nak kena kecikkan badan, potong bawah, potong lengan...... haih!! Tak kuasa ah mak puasa puasa ni, haus! haha......
  
Beg 4 roda yang baru beli hari tu, abang dah karo pulak. So pakai ajelah beg lama dik. Nak cari beg baru boleh tahan mahal jugak weyh! Rata rata dalam Rm150 seketul, itu pun yang saiz sedang. Tetiba pulak sawan bakhil mak sampai haha.......   Tu pun ada benda yang belum masuk lagi tu. Nampaknya kena tambah satu lagi beg ah. Tau ajelah budak perempuan, macam macam yang nak dibawaknya...

Thursday, 1 June 2017

Kisah Satu Ramadhan

Salam 6 Ramadhan korang...

Apa khabar korang? Puasa ke tidak hari ni? Hihi....cenggini punya soklan memang macam nak mintak kena pelempang korang ni gamaknya haha.... Dah katanya bulan Ramadhan, dah tentu tentulah puasa ye dak? Haha..... 

Berapa kali dah korang pergi Pasar Ramadhan tahun ni? Mak baru sekali masa first day puasa hari tu. Pergi Pasar Ramadhan Putrajaya. Seronok weyh..... macam macam ada! Sampai bingung nak beli apa. Banyak no gerainya!



Mak pergi cari ayam golek nak bawak berbuka dengan kaum kerabat Pak Jilap. Buat tambah tambah. Masak, masak jugak. Mak buat botok botok dengan sayur. Agak agaklah kalau pemalas masak sekali pun, takkan nak beli semua hihi......  Ayam Golek dah Rm20 henggit seekor you! Tahun lepas rasanya masih Rm18 henggit ....rasanyalah.....


Dah....dah..... jom bang pergi rumah mak. Orang dah tak sabar nak jumpa mak abang ni hihi.....