Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 11 January 2018

Hantar anak sedara menikah kat Perak

Salam Khamis....

Semalam lagi dah draft entri ni sebenarnya... Eh korang ni, kan mak dah cakap sejak 2 menjak ni mak memang bizi. Semalam mak mop lantai oii, gosok baju lagi, ingatkan mak goyang kaki je ke! 

Past .... Mr A, nanti free free sikit kita email address yang awak nak tu ye!

Marilah trobek cerita tahun lepas. Kisah pengantin! Biasalah kan bulan Disember kan dah terkenal dengan musim kawen....  Tak terkecualilah dengan anak sedara mak ni. Orang sebok kawen, dia pun nak kawen jugak! Hish.... hish....  Dah namanya pun pengantin baru kan, semuanya pun indah indah belaka. Cuba tanya pengantin lama? Indah lagi ke tidak? Huh... kadang kadang indah, banyak yang tidak kikikiki...

Anak sedara mak ni lelaki. So kiranya mak mrnghantar nikahlah ni.

                                     

Seronok bila menghantar pengantin berlainan negeri ni , boleh tengok tempat orang, boleh merasa masakan diaorang. Masalah mak ni, asal makan kat tempat orang je semuanya sedap ah! Teringat ingat sampai sekarang makan berulamkan ayaq asam kerisek oi! 

                                     

Pelik jugak.... macamana kat Felda Trolak boleh ada ayaq asam ek?  Mak punyalah tunggu lauk tempoyak! Ayaq asam pulak yang muncui. Patutlah.... rupanya keluarga pengantin ni asai  keturunan mai dari Kedah nu!

                                     

Jarang tengok pengantin perempuan pakai seluar ala ala Sri Kandi Tun Kudu macam ni kan. Dan dan mak sedara dia rasa nak bersilat pulak hihi... Tak taulah orang lain, tapi mak jarang jumpa, satu kelainan ni. 

Tuesday, 9 January 2018

Petua elak kucing membuang merata rata

Salam Selasa....

Sorilah ek mak belum dapat membalas kunjungan korang. Bizi ah.... Mil dah balik rumah Ahad lepas. Alhamdulillah. Cuma Mil balik dalam keadaan masih sakitlah kan. Dah terlantar.... Minum susu dengan tiub dan buang air kecil pun melalui tiub. Ujian bukan untuk Mil sorang, tapi ujian jugak buat orang yang menjaganya. 

Hari tu pergi tengok rumah kat Bukit Beruntung. Bukan mak yang nak pindah, tapi untuk abang yang akan start praktikal pertengahan bulan ni kat area sana.

Kalau dia sorang boleh aje berulang tapi ni dia dengan kawan dia. Memang kena cari rumah sewalah jawabnya. Dapat elaun praktikal tu pandai pandailah ye bang. Sikit untuk makan, sikit untuk bayo sewa rumah. Ibu, abang belanja shawl Rm15 henggit  jadiklah hihi.... Nak jugak tuuu...



Biasalah sekarang ni, mana ada sewa yang murahkan. Dapatlah harga yang mampu bayar, tuan rumah pun bagus, senang dibawak berbincang. Thank you Mr Vince!

Cuma agak menarik perhatian mak kat sini, botol botol sirap sepanjang dinding luar dan penjuru rumah.

                                     

Rupanya ini petua nak menghalau kucing membuang! Menjadi ke tidak jangan tanya mak sebab mak tak pernah cuba. Tapi mak pernah cuba satu petua ni,  memang GERENTI menjadi punyalah dan kucing pun tak akan membuang  merata rata kat halaman rumah kita lagi! Nak tau apa dia ? Buang Kucing hihi....

Wednesday, 3 January 2018

Kisah sedih pembuka tirai 2018

Salam Tahun Baru 2018 ...

Apa kabo korang ? Moga korang sihat sihat hendaknya di Tahun Baru. Mak ?  Alhamdulillah, masih mampu menulis entri ni maknanya masih oklah kan, cuma sedikit bizi bila mil admit kat sepital.



Sedia maklum, mil mak ni memang pengidap Parkinson sejak 20 tahun lepas. Hanya orang yang menanggungnya ajelah yang tahu macamana sakitnya, kita yang tengok  ni cuma mampu simpati ajelah kan. 2-3 kali jugaklah berganti maid. Semuanya susah nak kekal lama. Biasalah menjaga orang sakit ni..... tak semua orang tahan.

Yang tetap setia dikala susah dan senang, sakit dan sihat, tetaplah suami. Untung mil dikurniakan suami penyayang macam abah mertua tu. Gitulah kasihnya seorang suami ek...

Kesihatan mil semakin merosot sebelum cuti Krismas baru ni. Mak pulak 3-4 hari sebelum cuti Krismas tu dah kat kampung. Balik naik bas dulu. Sambil sambil ambik giliran meneman mak kampung tu, kebetulan anak sedara pun kawen. Sekali harunglah.

Masa Pak King baru sampai kampung hari Jumaat petang tu, dapat pulak call daripada mil. Itulah last mil cakap dengan Pak King rasanya. Tak sedap hati, Pak King balik semula KL subuh hari Sabtu tu dan balik Muar semula petang tu pulak. Letih tak letihlah... 

Mak balik dari Muar hari Ahad tu lepas kenduri kawen. On the way  tu abah call cakap keadaan mak semakin teruk. Masa tu mak memang dah baring dan pejam mata je, badan pulak dah mula mendemam, abah mertua dah mula risau. Mau tak risau, keadaan mil dah tak macam selalu, makan pun tidak. Asal mil tersedar je bergegar seluruh badan, dan tiba tiba hilang gegaran tu bila mil macam terlelap. Tu yang ambik keputusan hantar mil ke sepital esok paginya.

Hampir 10 hari kat sepital, tak banyak jugak perubahannya, mil tetap pejam mata, sesekali ada response bila dipanggil tapi yang ketara, gegaran kuatnya dah hilang.....

Apa pun orang doakan yang terbaik untuk mak. Moga Allah ringankan kesakitan mak ye....