Apa-apa pun OK jerrr............ Menulis sekadar suka-suka, hanya perkongsian perjalanan kehidupan dengan sahabat alamaya.............
Thursday, 25 June 2015
Begitu begini Ramadhan
Thursday, 18 June 2015
Korang sahur apa?
Weyh .......... udah ngantuk pulak mata ni! Mentang mentang ler bangun pagi! Bangun pukul berapa korang pag tadi? Korang sahur apa? Mak, kunci jam pukul 4, bangunnya pukul 4.30 hihi......
Nasiblah tak de anak kecik lagi yang nak kena kejut sahur. Kalau tak menguji kesabaran jugak tu pepagi hihi.....
Pak Jilap cakap, Ramadhan kali ni dia nak makan ala kadar jer sambil nak kecikkan perut. Nak perli mak ke apa ni hihi...... Mak, of course ler lagi suka kan. Mak cadangnya nak makan oat jer. Mak bukannya suka pun masak pepagi subuh sapie tu, kang siapa yang susah kalau mak berselera makan tak hengat dunia pagi pagi tu? Nasiblah jugak dapat anak, dapat laki yang jenis tak demanding, nak lauk baru. Syukur di situ.....
So, untuk hari pertama ni mak masak Nasi Goreng lebih nasi semalam jer. Si TLBD, macam puasa puasa sebelum ni jugak, makan cereal 'Milo' jer. Pas tu goreng sikit keropok leko, sudahnya mak yang habiskan...... huh.....
Teringat zaman mak kecik dulu, sahur mak cuma roti sapu margerin dengan gula. Margerin tu bukan jenis soft margerin macam sekarang ni, margerin dalam tin kot, tak pun margerin timbang kati hihi..... Tu pun dah sedap sangat dah tu. Yang bestnya abah dukung sampai meja makan tau. Sekarang ni tak de sapa yang hingin nak dukung mak sampai meja makan haha..... jalan sendiri!
Okaylah ....mak nak blogwalking, lama dah tak menyinggah rumah korang.....

Wednesday, 17 June 2015
Ramadhan Kareem
Tuesday, 16 June 2015
Alahai anak......
Friday, 12 June 2015
Fancy Catchy
Thursday, 11 June 2015
Keladi Goreng
Wednesday, 10 June 2015
Segala Nikmat....
Tuesday, 9 June 2015
Singgah Melaka ...
Thursday, 4 June 2015
Ambik mood bercuti....
Salam Khamis.....
Pergh!! Orang tu pergi bercuti nampak..... Ha ... kalau makan kopok leko Seberang Takir tu agak agaklah yek, jangan pulak lupa mak kat sini...... Semalam dahlah pekena Patin tempoyak ngan seafood goreng tepung Tanjung Lumpur! Ceh....
Tak per, mak pun nak ambik mood bercuti sambil tidur hotel jugak...... Gambar 3 minggu sudah masa hantar SA. Selalunya duk homestay jer, jimat...... tapi time tu homestay penuh, ada konvokesyen UITM.
D' Hotel, satu satunya hotel yang ada swimming pool kat Seri Iskandar ni. Kalau nak cuci mata, tak payah susah hati, sebelah hotel ada The Store.
Wednesday, 3 June 2015
Yok, balik dulu jemur baju...
Salam Rabu......
Mak bersiaran dari surau ni..... Malam tadi mimpi katanya hihi.........
Tuesday, 2 June 2015
Kenduri Kawen anak Jiran
Salam Selasa.....
Makan kenduri rumah jiran setaman hari Sabtu baru ni. Nasi hujan panas.....
Monday, 1 June 2015
D.U.I.T
Salam Isnin......
Selamat bercuti kepada cikgu cikgu yang bercuti, yang bukan cikgu, kerjalah dengan hati yang ikhlas. Banyakkan sabau ye hihi...
Malam Sabtu hari tu mak pergi sekolah Angry Bird. Ada kem motivasi apa ke namanya entah..... lupa pulak mak hihi....Kemnya tu dari pagi Sabtu lagi. Cuma, majlis penutup belah malam tu ibu bapa digalakkan hadir. So apa lagi, layan kuliah maghrib finalis Pencetus Ummah, PU Sufian ler mak malam tu...... Tajuk Anak anak dan Ibu bapa cemerlang! Best jugak PU Sufian ni, walaupun bukan juara!
Dapat ambik gambar dia dari jauh jer, malu pulak mak nak beriya....... Tapi itu tak penting, yang penting dapat ambik gambo belakang boypren mak hihi....