Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 15 December 2017

Ikan Bakar Bellamy

Salam Jumaat....

Balik daripada KL Tower, mak makan Ikan Bakar Bellamy. Lama sangat tak datang sini! Kata orang dah alang alang dapat peluang berkeliaran kat area KL sesekali ni, marilah kita bodek Pak King makan kat sini hihi.... 

Macam biasalah, kat sini orang dah semestinya ramai. Hujan pulak tu masa mak sampai. Lagilah orang tak berganjak. Padahal 3 - 4 buah kedai jugaklah. Semua  pun penuh. . 

Dahlah nak menunggu meja kosong, orang pulak beratur panjang menunggu ikan, kalau ye tak ye memang malaslah nak makan kat sini. Tapi teringin punya pasal kan. Sangguplah weyh!... Eleh.....mak tau, Pak King pun teringin nak makan ikan bakar jugaklah tu sebenarnya, sebab apa mak cakap cenggitu, sebab dia pun cool je menunggu! Betul tak Pak King!

Alang alang mak yang penat beratur panjang, maka wajiblah borong ikan yang berkenan dek tekak mak hihihi.....Tekak orang lain dilupa jangan. Ikan pari, sotong tu dah tentulah untuk Puteri Bongsu. Satu untuk dia, satu jugak untuk mak hihi.... Pak King biasanya makan aje apa yang bini dia pilih. Sedap untuk tekak bini dia, sedap jugaklah untuk tekak dia.....Pasrah sangat kan laki ai hihi... 



Ikan Talapia wajib ambik weyh.... tu tekak mak punya faveret tu. Ikan Keli tak dok pulak masa tu! 



Lepas makan ikan, mak pekena aiskrim durian pulak. Pandai tokey aiskrim cari port menjual. Walaupun harga RM5 henggit, orang mesti teringin nak beli punyalah..... Sedap oi, terasa rasa durian original dia tu. 

Mak beli jugak cempedak goreng. Tapi mahal bukan main weyh! 3 biji RM5 henggit! Terkojut ai!!




Thursday, 14 December 2017

Semakin Menjauh


Salam Khamis ......

Semakin menjauh.....
Antara kau dan aku, antara aku dan mereka......

Duhai angin, bawaklah awan itu pergi,
Kerana aku ingin melihat sang pelangi.... Duhai pelangi, bisikkanlah rindu ku kepadanya, sebagai penawar sepi.....

Jauh, tak semestinya tak sayang, jauh, tak semestinya tak merindu....
Rasa sayang, rasa rindu masih menjadi peneman mimpi...

Cheewahhh......



Biasalah kawen kalau dah 22 tahun, duduk pun jauh jauh haha.....

Rindu nak baca entry korang weyh!






Thursday, 7 December 2017

My precious

Salam Khamis korang......

Semangat berblog yang semakin tenggelam dan timbul. Ikut musim gamaknya mood ni ye. Musim cuti sekolah katanya kan hihi.....  

Balik dari Penang hari tu, singgah Seri Iskandar tengok anak bujang. Nasiblah anak dara yang kat Perlis tu cuti, kalau tidak mau Pak King lajak ke Perlis gamaknya. Tulah sorang waris Pak King yang ada. Nak tambah lagi, Pak King kena cari bini barulah nampaknya. Sukalah tu Pak King! Orang lelaki ni pantang cakap pasal tambah bini, senyum dia bukan main, lebar sampai ke telinga ek! Dahlah..... Pak King, jangan nak ngengada..... duk diam diam mereput dengan mak, sudah!haha.....

 

Anak anak ni biasalah, masing masing ada perangai dia. Yang ini, begini, yang itu, begitu, yang sinun, beginun. Itu baru 3 orang, kalau 10 orang, banyaklah pulak nun nya hihihi..... 

Yang tak ada anak, nak anak, yang dah ada anak, syukurlah dengan berapa yang ada pun. Ada lelaki, ada perempuan, sempurna sifat..... Apa lagi yang kita impikan? Betul tak? Alhamdulillah......

Menjadi mak bapak, nampak mudah..... tapi sebenarnya sangat berat. Bukan setakat membesarkan dan mendidik, tapi lebih daripada itu. Biasalah.... dalam dunia yang semakin mahal ni, mana ada benda yang mudah? Semuanya ada cabaran. Tugas kita, membesarkan mereka dengan agama dan  kasih sayang kerana Allah



Ada kalanya lelah melayan kerenah mereka yang macam macam, tapi sebagai mak bapak, simpan ajelah dalam dalam di sudut hati. Memaafkan adalah yang terbaik. Doakan yang baik baik, moga mereka menjadi orang yang baik baik dunia dan akhirat dan dapat memberi manfaat kepada semua.   

Monday, 4 December 2017

Mai Penang lagi setelah 4 tahun

Salam Isnin korang...

Ke mana weyh korang cuti 3 hari baru ni? Mak tengok anak jantan nan sorang tu. Kebetulan makcik Pak King , anak dia nikah dapat orang Guar Perahu, Bukit Mertajam.  Dah terlanjur memang nak menghala belah belah utara tu, marilah kita memeriahkan pernikahan sepupu hihi...... Seronok jugak pergi menghantar ni, selain dapat tengok tempat orang, dapat jugak merasa masakan orang Penang weyh. Mai Bukit Mertajam teringat kat Puan Kutu. Toleh jugak kiri kanan kot kot terserempak  tengah jalan kelibat mereka anak beranak hihi...

Mas kawen orang Penang rupanya Rm150 henggit noh. Hantaran, mak tak tanyalah pulak, tak kan nak bizi body sangat kot haha.....



Dah alang alang sampai ke Penang, haruslah masuk pulau kan. Takkan nak duk pusing pusing Bukit Mertajam aja, apa ada? Uiks..... marah orang Penang ni kalau dengaq! hihihi......

Tu dia, mai Penang aja, slang pun start bertukaq! Mak pernah jugak pi Penang ni sebenarnya, tapi 4 tahun lepaslah....


Anak daraslah ni sebok mengajak ke Penang Street nak tangkap gambo katanya. Dah sampai sananya maghrib, nak tangkap gambar apanya, kang gambar lain pulak yang muncul hihi.... Alang alang dah jumpa masjid Kapitan Keling yang berusia 216 tahun ( 1801 - 2017 ) ni, marilah kita ambik berkat solat kat sini weyh.  

Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
                   
Lepas solat, dah tentulah sessi makan makan. Kali ni makan kat Padang Kota Renong, bukan tempat yang ada Mee Goreng Sambal Sotong tu, tapi dekat dekat kawasan situ jugaklah. Rasanya kat sini lebih banyak lagi pilihan kedai banding tempat yang mak pergi makan Mee Goreng Sotong 4 tahun lepas tu.   



Walaupun perut masih kenyang lagi angkara makan banyak kat rumah pengantin ( sedap weyh masakan orang Penang ni rupanya ), tapi teringin jugak nak rasa Char Kuey Teow air tangan orang Penang hihi! 

Penang Char Kuey Teow

Char Kuew Teow dia biasa biasa aje, tapi Sotong Kangkung dia sedap! Teringin sebenarnya nak try Passemboq, tapi tak mampu nak makan dah..... kenyang banget dong!

Sotong Kangkung 
Oleh kerana hajat anak dara nak ke Penang Street malam tu tak kesampaian, esoknya sebelum balik mak mai lagi masuk pulau weyh. Nak photoshoot punya pasal kan haha......Ulang alik atas jambatan Pulau Pinang lah gamaknya mak anak beranak hari tu hihi.....

Haaa..... barulah boleh meninggalkan Penang dengan hati yang puas macam ni haha......



Tak taulah sapa yang hover sebenarnya ni, anak daras ke mak daranya haha.......




Baru tau gini rupanya Penang Street. Cari jugak yang ada payung kalerful tu tapi tak berjumpa! Pak King, Pak King..... next time boleh tak kita datang sini lagi? hihi.....