Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 12 September 2019

Diari Haji 2019 Part 6 - Pergi yang telah kembali

Salam Khamis korang....

Alhamdulillah... mak dah selamat pun mendarat di bumi Malaysia pada pukul 11.40 pagi, hari Sabtu pada  31/8/2019. Hari yang sama kita semua menyambut Awal Muharam dan hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 62.

Setelah 42 hari bermastautin di bumi Ambiyak sebagai tetamuNya, Allah telah mengembalikan mak semula di bumi Malaysia dalam keadaan yang sihat, cuma batuk dan selsema sikit, adatlah kan..... orang kata batuk dan selsema tu adalah ole ole dari Mekah. Alhamdulillah.....


Serious..... 42 hari terasa sangat sekejap, terasa baru semalam mak meninggalkan rumah.....Sebak wei masa ni!

Mau tak.....pergi bukan sebagai pelancong tapi pergiku sebagai Duyufurrahman dan kembaliku insyaallah membawa kemabruran.

Movenpick -  pada hari keberangkatan menunaikan Fardhu Haji 2019/1440H (Ahad, 21/7/2019) sekitar pukul 9.00 am. Pakej Muasasah
Check in beg dulu.... Anak dara baju merah kotak kotak tu sedih nak kena tinggallah tu.....hihi


Terima kasih kepada adik beradik, anak sedara yang mengiringi sampai ke Movenpick. Terasa sangat istimewa bila menjadi bakal tetamu Allah ni kan....  

Mereka sanggup datang dari Muar semata mata nak mengiringi adik bongsu. Sebak hokey!....  



Baru semalam juga terasa diiringi polis trafik terus ke balai perlepasan KLIA, Sepang...




Tapi harini mak dah kembali semula ke tanah air....macam mimpi! Dah tak payah nak bermimpi sangatlah mak haih hehehe.....

Semoga kembalinya kami bagai bayi yang baru lahir. Suci, bersih.....


 Haji King hihi.....


Syukur, mak balik disambut meriah ...... Terima kasih kakak dan kakak iparku yang bersusah payah masak.Moga mereka beroleh keberkatan kerana meraikan kami dari kami pergi sehinggalah kami kembali semula......

Rinndu rumah!






Friday, 5 July 2019

Diari Haji 2019 Part 5 ~ Kursus Perdana Haji

Salam Jumaat korang

Dan Syawal pun melabuhkan tirainya gitu........

Itulah tu, walaupun Syawal dah habis tapi jiran mak ada je buat open house esok! Tapi malangnya mak tak dapat pergi sebab balik kampung, sebab ada kenduri aqiqah, sambil sambil kenduri aqiqah tu, mak sedara Pak King meraikan lah sekali abang dia iaitu pakcik Pak King dan kami yang nak gi Haji ni. Ha gituuuu.......kita yang nak gi haji, mak sedara Pak King pulak yang buat kenduri doa selamatnya hahahha.... .. 

Diam tak diam, lagi beberapa minggu je mak nak pergi meninggalkan bumi Malaysia. Macam macam perasaan dah mak ni wei. Suka ada, sebak ada.... Yang pasti sekarang ni kita kena luruskan niat apa tujuan kita nak pi haji ni, untuk menghambakan diri dan mencari keredhoaan Allah, sepatah kata pembimbing Bakal Haji, Tuan Haji Shapawi dalam Youtube tu. 

Kursus Perdana Haji untuk seluruh Malaysia dah pun berlangsung pada 22 dan 23 Jun 2019. Macam mak yang menetap kat kawasan Selangor ni, Kursus Perdana Haji buat kat Masjid Shah Alam. Untuk negeri Selangor, bakal jemaah yang datang kursus hampir 6000 orang. Jadi korang bayangkan ajelah situasinya macamana tu.... Kalau kena negeri yang jemaaahnya tak ramai, tak delah bersesak sesak kot.  Tapi mak OK jer, redho ajelah wei. Memang dah set kat kepala ni, pergi Haji ni tak de yang mudah. Kalau dapat mudah, senang tu memang bonus dari Allah. 
 
Bukan main semangat oii, beg dah siap awal awal, maklumlah nak kena tido kat masjid ala ala kat Arafah, kat Mina kan...... tapi tido ke? hahahaha... Paling tak sabo  nak rasmikan beg Tabung Haji sponsor ni hihihi....




Sampai masjid awal lagi dalam pukul 10 lebih. Pergi awal tu bukan apa, niatnya nak cop parking. Orang cakap parking penuh selalunya. Kalau ikut agenda, kursus start pukul 2.30 petang, sempat lagilah jalan kaki meronda ronda Plaza Alam Central, 20 minit je pun kalau ikut taman belakang masjid tu.... exerciseeee



Kalau tudung pun dah bertukar labuh, Pak King baju pun dah bertukar putih, kursus dah nak startlah tu namanya....... Apasal mak macam makcik sado je kat gambo ni ek??  Penat wei, exercise kaki dah 6 bulan pun, tetap sado jugak hihihihi..... 



Padanlah muka mak, sapa suruh pakai baju hitam!!! Kan dah kena sound dengan ustaz..... hihihi.... Taunya sunat pakai baju putih, tapi malas nak tuko tuko....... Kalau dah malas memang tak boleh nak cakap apa lagilah kan huh....

Namanya pun Kursus Perdana kan, memang kena buat Rukun dengan Wajib Haji sampai habislah. Masa ni terasa sayu pulak..... Ni baru kat sini kan, kalau dapat tengok Kaabah yang real tak taulah macamana perasaan mak agaknya huhuhu...

Boleh tahan penat jugaklah. Yang sekangkang kera ni pun dah rasa boleh tahan, apatah lagi kat sana kan..... Moga Allah mudahkan segala urusan kami di sana nanti! Doakan mak ye korang ... 

Juadah makan malam mak hari Sabtu tu..... Kari ayam, ikan goreng, sayur kobis. Sedap wei! Memang berselera sangat mak makan petang tu. Sampai kepala ikan pun licin mak kerjakan hahaha.... 


Kalau tak de Kursus Perdana, tak delah merasa makan berdua sambil duduk kat tepi jalan menjelang maghrib macam ni kan....... Itulah hikmahnya ber Kursus Perdana.


Balik dari Kursus Perdana ni mak ada pergi jumpa seorang blogger tau..... Nak tau sapakah orangnya, tungguuuu .......





Thursday, 13 June 2019

Raya kan sebulan

Salam Syawal.....

Lum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya ........ Raya kan sebulan!! hihi....
Korang balik mana? Kampung korang ke kampung suami? Mak balik Muo..... kampung tempat  tumpah darah tuan tanah maknanya tu hihi.... Raya tahun lepas pun balik Muo jugak. Raya tahun depan pun balik Muo jugak.... eh...eh... seakan akan lawan tokey di situ hihi.... 

Tema mak tahun ni, Mint Green you! Mak tak berapa suka warna warna pastel sebenarnya, tapi dah anaknya suka warna gitu, maknya pun ikut kan ajelah..... Malam sebelum balik kampung tu, kitaorang anak beranak dah pakai baju Raya dulu, kononnya nak dapatkan gambo Raya cantiklah, sudahnya, huh...... ada je makhluk yang buat spoil!!! Tak anaknya, maknya ...... adoiyai..... Eiii.... geram betul!



Tahun ni tak berapa nak seleralah makan di pagi Raya..... sebabnya kena masak sendiri. Sebabnya, kawan yang selalu mak order time Raya tu, beraya dengan laki dia kat Kuala Selangor, laki dia tu polis, dah kena pindah sana pulak huhu..... 

Yelah, kalau dah kena masak sendiri, makan pulak masakan sendiri, apa yang bestnya kan....  Tak pelah, biarlah diri sendiri tak best pun, asalkan anak anak dan suami best makan masakan kita..... Tu diaaaa chia chia chia..... hahaha.....


Biar tak de selera janji dapat duit Raya hahahaa.....Tak sangka oii dah tua tua pun dapat duit Raya..... banyak pulak tu. Terima kasih  anak sedaraku. Sebak wei.... mau tidak kan..... Anak sedara mak ni pernah duduk dengan mak 3 bulan masa praktikal dulu. Agaknya pasal tulah kot. Bik Nom akan selalu doakan Anep moga bertambah rezeki dan sentiasa dalam keberkatan Allah. Kan untung tu buat baik dengan makcik, dan dan terus makcik doakan..... Dasar makcik materialistik ni hahhaha ...
Anak sedara mak ni, boleh kata tiap tiap Raya mesti bagi, tahun lepas Rm100, tahun ni Rm300, tahun depan mana tau dapat seribu pulak wei hahahaha....

Macamana pulak Hari Raya korang? Sure meriah kan..... Tak sabo nak baca cerita korang pulak


Thursday, 16 May 2019

Lala masak Serai Sos balas mangkuk jiran

Salam Rabu......

Mak kenal Lala ni sejak kahwn dengan Pak King. Mak mertualah yang rajin beli Lala ni dulu dulu. Tapi mak tak berapa puas makan Lala sebenarnya, sebab isi dia halus kan. Alahai.... celah gigi ai aje you.  Kalau masak Lala kena ada satu lagi lauk lain, maacam ikan goreng ke telur dadar ke. Barulah betul betul makan namanya. 

Kalaulah isi Lala ni besar macam isi kupang kan best hihi.......

Hari tu memang sengaja beli Lala banyak.  Memang plan nak balas pemberian jiran hari tu. Selagi tak balas, selagi tulah rasa senak je perut teringat ingat macam hutang tak bayo wei hahaha..... Nak masak Ayam Ungkep macam Warisan Petani cadangkan takut tekak orang Kelantan tak boleh terima pulak hihi....Tekak Jawa macam kita memang sedap aje wak.

Masak yang simple simple tapi kita rasa sedap sudahlah kan hihi..... Harapnya kalau tekak kita rasa sedap, tekak orang lain pun rasa sedap jugaklah hihi.....

Lala masak Serai Sos

Lala masak Serai Sos

Bahan bahannya....

1) Lala, Kacang panjang 
2) Minyak untuk menumis
3) Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai -  blend
4) Cili Kering kisar, Sos Tiram, Cili Sos Thai

Sukatan bahan agak agaklah ikut banyak mana Lala ye....

Cara masak

- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai naik bau, masuk kan cili kering kisar, tunggu  
  sehingga naik minyak
- Lepas tu masukkan Sos Tiram, masukkan Cili Sos Thai
- Perasakan dengan garam 
- Masukkan Kacang Panjang dan akhir sekali masukkan Lala
- Kacau dan tutup sampai Lala masak

Lala masak Serai Sos is doneeee....... kan mak dah jadik Eina Azman dah hahaha.....

Dapatlah beberapa bekas untuk diagihkan kepada jiran tetangga yang rapat dengan mak ....


Masak jugak Udang Butter Nestum ......

Udang Butter Nestum
Udah balas, udah hilang senak perut mak wei!......

Tuesday, 14 May 2019

Orang memberi kita kenyang

Salam Selasa, salam 9 Ramadhan......

Cerita beberapa hari lepas..... jiran mak bagi lauk. Terima kasih Mek Na. Kalau gaya lauk gini dah tentulah jiran mak tu sekapal dengan Cik Nor dan Dr Bijen lah kan hihi..... Agak ganjillah kalau mak yang orang Johor ni, buat Solok Lada, buang tebiat ke hape hahaha.....  Mak suruh makan bolehlah .....

Dulu dulu Dr Bijen pun pernah tempek resepi Singgang Daging dalam blog dia.
Makan cenggini sebulan, nampaknya mak boleh pakai kebaya saiz S lah Raya ni, jangan jeles hihi.....

Singgang Daging
Solok Lada ni, mak laki binilah yang makannya, anak anak zaman sekarang mana reti makan benda gini kecualilah mak paknya orang sana jugak kot. 

Solok Lada
Itulah tu, jenuhlah mak memikir nak masak apalah hai nak membalas ni..... Mana aci jiran mak dapat pahala sorang sorangkan..... Mak pun nak jugak haih!  

Jiran korang dah ada yang memberi?


Monday, 13 May 2019

Berbuka dengan anak dara di Melaka

Salam Isnin, salam 8 Ramdhan ..... 

Sejak Google+ dah terhapus ni, susah betul nak blowalking guna phone. Kalau guna phone setakat   dapat baca entri korang ajelah, nak komen tak boleh. Nak komen kena tunggu balik rumah bukak laptop. Tu yang leceh tu.... Dah try juga log out, log in balik, pun tak jalan. Nak buat macam mana ek? 

Minggu baru ni pergi Melaka, berbuka dengan anak dara.... Plan last minit. Sejak puasa dah masuk 8 hari ni belum lagi berbuka dengan dia. Kesian pulak..... dia hari hari post gambar nasi bungkus dalam whatapps family.  Dia tak tau, maknya pun hari hari bungkus kuih dari Param hahahha..... 


Alang alang baru ambik duit sewa rumah pagi tu, kita paulah Pak King makan besar hihi.... Rumah flat tak delah mahal mana sewanya, tapi penyewa ni suka bayar 3 bulan sekali, jadi nampak banyaklah kan..... 


Laju laju mak google Buffet Ramadhan Melaka 2019 hihi.... Cari punya cari akhirnya Pak King booking kat Mudzaffar Hotel area Ayer Keroh. Selalunya kalau singgah Mydin Air Keroh, nampaklah hotel ni. Tapi selalu dapat tengok ajelah ....

Yang penting ada kambing! 
Mohon maaf ek.... kalau gambar mengganggu emosi.


Sate pun ada.....

Ini pinggan mak, pinggan orang lain mak tak hirau dah hahahaha....


Main course dia, rendang tok daging, telur itik masak lemak dengan pegaga, sotong kicap, asam pedas ikan pari, masak lemak jantung pisang, asam rebus sayur bende dan acar lobak timun rempah, Selebihnya berbelas jugaklah stall dengan pelbagai menu. Kambing golek, ayam berempah, ikan goreng tepung, pelbagai jenis bubur, laicikang, air batu campur, banyak lagilah wei..... Mak segan nak ambik gambo hihi..   


Pelbagai dessert yang cantik, tapi tak mampu nak makan semua huhu.... 


Sementara tunggu waktu berbuka...... posing laki bini luuuuu hahahaha .....




Thursday, 9 May 2019

Kuih Feveret Ramadhan

Salam Khamis.....

Salam 4 Ramadhan korang..... 
Dah petang baru mak berkesempatan memunculkan diri wei, maklumlah puasakannnnn, letih hihi.....

Soklan wajib.....,buka apa semalam? hihi...
Mak buka macam dalam gambar ihsan daripada Pak King tu lah.... Tak clear pulak ek gambarnya.... Masak you hari hari, ingat apa!!

Semalam menu mak Ayam Butter, Ikan Cencaru Bakar, bakar togel je, tak de de sumbat sumbat serunding ke hape, pas tu Sayur Kobis Goreng, Sambal Tumis Ikan Bilis semalam punya pun ada hihihi..... Heiii! Jangan tak tau.....sambal tumis ni semakin diperangat semakin sedap tau......garing garing gitu ikan bilis dia....


Kat rumah ni asal bulan puasa je, mulalah tekak memasing ngengada nak kena ada kuih kuihan sebagai menu sampingan. Padahal kalau hari biasa, cukup je makan nasi tu. Jadi, jawabnya memang kena cari kuih jugaklah kat Param. Nak mengharapkan mak buat kuih, memang tunggu lain tahun ajelah hihi..... ..

Murtabak Singapore tu antara faveret kitaorang sejak puasa ni..... Boleh tahan jugak harga dia tu wei. Beli hari hari, mau Pak King potong bajet baju Raya tahun ni!hihi..... Yang faveret semua, yelah murtabak tu, belum lagi kuih yang faveret masing masing, si abang suka Keria Gula Melaka, Buah Melaka, si TLBD pulak suka Puding Sagu, maknya  pun sebok nak jugak kuih faveret dia, Sardin Gulung .... aduhailah emak, sama naik pulak dengan anak anak ....
   
Menu faveret family korang pulak macamana ?


Tuesday, 30 April 2019

Babai UTP

Salam Selasa.....

Hujan renyai pagi ni......

Weekend baru ni mak pergi Seri Iskandar. Ambik barang anak teruna yang dah habis belajar. Akhirnya weiiii...... 5 tahun habis jugak anak mak belajo!hihi....
 
Anak lelaki punya barang 5 tahun memang beza banyak le kalau nak dibandingkan dengan barang anak pompuan yang cuma setahun jagung kat matrikulasi Perlis tu. Pompuan tu memang pompuan jugaklah kan hihihi.... 

Pesen mak ni pulak, tak kisahlah walau nak ambik barang je pun, satu rumah nak ikut jugak hahaha....Barang anak teruna dah tentulah, pulak ditambah dengan beg kitaorang, bertambah tambahlah barangnya hihi..... Nasib bonet masih steady....


Bila dikenang balik, macam terasa baru semalam je kitaorang hantar abang belajar kat sini wei [kisah hari pertama masuk U], tup tup hari ni abang dah hari last meninggalkan U pulak......ohhhh pantasnya masa berlalu!

Wajiblah ambik gambar buat kenangan kan....


Walaupun bukan mak yang belajar kat sini, tapi kesedihan tu mak yang over terasa hokey hahahaa..... Banyak kenangan yang terbina di sini gituuu!! Blok penempatan abang masa tahun 3 dan tahun 4, tahun 5, dah tak dapat blok kat sini dah, dapat hostel kat luar.....


Akan rindulah mak dengan masjid ni lepas ni. Seronok sangat solat kat sini. Suasana dalam masjid ni buat jiwa terasa tenang lain macam wei! Itu baru masjid UTP..... belum Masjidilharam lagi kan... entah macamanalah ketenangannya agaknya huhu....sebak pulak!








Dalam masjid..... dinding depan kat mimbar tu dibuat daripada batu. Cantik sangat..... Agaknya tu yang buat terasa sejuk je duduk dalam masjid ni 


Motor yang banyak berjasa..... Bukan cuma kepada tuan empunya, tapi berjasa jugak kepada kawan kawan yang memerlukan khidmatnya... Terima kasih motor! 

Barulah betul betul peribahasa 'alah membeli menang memakai' kalau cenggini punya gaya tempat duduk hahahaa ....


Alaaaa..... lepas ni tak dapatlah dah nak makan Nasi Kukus depan Hotel Putra. Tak dapatlah nak makan Cendol gula merah tuang suka hati lagi huhu.....Tak dapat dah nak soping tudung murah murah kat Billion.....Tak dapat dah lah nak jalan jalan Lumut. Nasiblah jugak Pak King dah bawak kitaorang pergi Kellie's Castle  dengan Cameron Highlands kalau tidak, memang entah bilalah nak sampai pulak! huhu....

Terima kasih UTP kerana memberi ilmu kepada anak terunaku.... Moga segala ilmu yang ditimba dapat memberi manfaat dunia dan akhirat.  Babai UTP!!!! Moga Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, supaya kita jumpa lagi November ni.

Last sekali posing tepi tasiklah apa lagi hahahaa....



Thursday, 25 April 2019

Mee Rebus daging berkerumun

Salam Khamis.....

Eiiiii lamanya tak memblog koranggggg..... terasa gatal gatal pulak tangan ni tau! Mak dah faham sangat dah, kalau sawan gatal tu dah mai kat tangan, tu petanda tangan mak ni request didatingkan dengan laptoplah tu hahaha.....  Sangatlah kan hahahaha.....

Korang suka Mee Rebus?
Mee Rebus bukanlah makanan faveret mak. Kalaulah korang suruh mak listkan makanan faveret, mungkin Mee Rebus ni jatuh no 15lah. Tapi dah katanya tekak mak ni sejenis tekak yang cuma tolak batu, kayu, besi, kertas, rumput dan sejenisnya kan, maka apa jua makanan yang lalu depan mata selagi ia halal, memang tak akan menjadi masalah korang sebagai tuan rumahlah untuk menjamu mak makan...... Eh, eh.... jangan tak tahu, itu nak bagi hint kat korang tu, jangan lupa jemput open house Hari Raya nanti ek hahahha.......

My faveret dah tentulah Soto, ayam lebih, bergedil lebih, sambal kicap lebih....pendik kata semua yang lebih lebihlah hihi ..... Soto kat gambar bawah tu mangkuk maklah tu hihi....Yang ni tak de lebih lebih, sebab malu ngan Pak King hihi....
Gambar ni masa sarapan kat Muar. Biasalah orang Muar, menu sarapan pagi dia selain Nasi Lemak benda nilah, Mee Rebus, Soto, Lontong, Sate....


Kenapa eh mak tak berapa suka Mee Rebus yang macam kat bawah ni ?
Mak rasa sebab kuah Mee Rebus tu tak ada isi kot..... Harapkan isi tahu dengan telur! Macam mak yang suka semuanya lebih lebih ni, memang kurang syoklah kan hihi.... Dari segi harga, Mee Rebus yang simple macam ni memang terbaik!! Jimat.....  

Janji kenyang....

Mee Rebus Muar

Jangan pulak tanya macamana rasa Mee Rebus Haji Wahid yang femes kat Johor tu..... Mak sendiri pun tak pernah rasa... Nak tau sedap ke tidak, nampaknya kena tanya Kak Saniah Ibrahim lah

Yang mak tahu, sejak jumpa Mee Rebus yang ini, hati ku sudah jatuh cinta wei !!!! Dahlah ada daging berkerumun kat atas mee tu .....  Kuah dia pulak sedap! Pergh..... Yang pasti, agak agak teringin, nak cari pun senang sebab kedai area rumah mak je kan....

Mee Rebus KL

Tahu kalau tak ada pun tak apa.....mak tak kisah pun ada tahu..... jangan tak ada taugeh, sudah.... Taugeh, i loike hokey!


Telur, ada pun boleh, tak ada pun tak berapa kisah...... yang penting ada daging berkerumun hahahaha....



Friday, 12 April 2019

Diari Haji 2019 - Part 4 - Teruja beli kelengkapan Haji

Salam Jumaat....

Diari Haji 2019 - Part 3 - Alhamdulilah dah lega
Diari Haji 2019 - Part 2 - Saringan Kesihatan
Diari Haji 2019 - Part 1 - Panggilan Istimewa dari Allah

Diam tak diam dah sampai bulan Syaaban dah kita kan...... ( moga Allah panjangkan umur kita semua dengan umur yang berkat supaya berkesempatan untuk menambah amalan yang masih sedikit ini....) lepas ni dah Ramadhan, pas tu dah Syawal pulak, sedo sedo Pak King dah pakai ihram kat KLIA hihi..... 

Nah..... mak copy pastekan, kot kotnya ada yang nak tau Raya Puasa tahun ni bila....

Sejak kursus Asas Haji dah habis ni, rasa macam lapang sangat pulak. Rasa macam tak de benda nak buat. Selalunya pagi Sabtu tu mak dah siap siap nak gi kursus dah. Sebenarnya boleh je nak isi masa terluang tu kan, cuma rajin dengan malas je, pokok pangkalnya diri sendiri, boleh je buat ulangkaji ke, hafal doa doa ke, ini tidak, goyang kaki je banyak hahahahaha.... 

Untuk kawasan mak, mak tengah tunggu tarikh untuk kursus Intensif Haji sebenarnya. Tarikhnya dah tau, cuma belum tau nama kita letaknya kat tarikh yang mana. Kalau ikut itinery dia, peserta kena lengkap berpakaian ihram masa tu. Kita pompuan ni tak delah kisah sangat, asal tutup aurat sudah, lelakilah, kena ada kain ihram jugak... Nak jugak belajo cara cara pakainya... kang cara tak betul, jadi seksi pulak...

Mak, bab bab soping ni memang sukalah hihi..... Tak kiralah soping apa, janji boleh tengok tengok barang. Sebahagian barang mak beli kat Warta Bangi, sebahagian barang beli kat Kenanga Wholesale. Kat Kenanga rasanya harga dia sedikit murahlah banding kedai kat Bangi tu. Tapi tu harga botol wudhuk lah hihi..... 

 
Konon beli awal botol wudhuk tu nak try prktislah, sampai ke sudah wei hahahahaa.... 

Jangan main soping je, kenalah jugak dengar pengalaman orang yang dah pernah pergi, ye tak....benda patut dan tak patut beli. Kadang benda remeh kat sini tapi jadi sangat perlu bila kat sana. Kalau korang ada tips tips mohon kongsi eh. Nak jugaklah tempek blog yang berkaitan, mudah sikit mak nak refer nanti Blog Fitrah al Hajj.


I beli baju putih you, nak ambik pahala sunat katanya. Tapi tulah..... baju putih ni leceh sikit ek, sebab ada sedikit jarangkan jadinya kenalah pulak cari anak baju, anak seluar dan macam macam anak lagilah hihi..... Kat situ je dah dah macam banyak je barang mak nak kena beli hahahaha. Yelah..... takkan nak pakai tshirt dalam kaler kaler pulak. Dah baju tu putih, tshirt dalam kenalah putih jugak.... Banyak cekadak betul pompuan ni hahaha !!! Baju putih dua dua tu mak beli kat Kenanga, sampai terserempak sekali lagilah dengan blogger Ana Suhana Suhaimi. Asal pergi Kenanga je jumpa si Ana ni..... hadoiiiilah .... hahhaha

Semuanya dah siap mak alter. Maklumlah orangnya tak berapa nak lampaikan hahahhaa.... jadinya kenalah alter sana sini sikit!  



Dah ada baju kenalah ada tudungkan. Katanya nak naik haji hihi..... Tudung mak ambik yang saiz  2XL hokey! Mak bab tudung ni kadang kadang ada cerewet sikit, yelah kadang kadang kat part muka tu tak cantik...... Yang tudung putih mak beli ni pun muka dia tak berapa best, tapi beli ajelah, takut kang ada pulak yang kena marah kang hahahaa.... Dahlah tunggu punyalah lama nak pilih tudung je pun, lepas tu tak beli......berani ka??

Dalam gambar bawah ni, banyaknya barang mak je...... nampak sangat !!! hihi.... barang Pak King cuma kain Ihram, sehelai jubah putih dengan seluar putih nipis untuk pakai dengan jubah je.... Best betul tau ketuk ketuk duit laki hihi..... Pahala bang hihi.....


Mengalahkan budak budak nak naik sekolah atau pun nak sambut Raya...... benda baru, wajiblah try banyak kali wei..... Laki bini sama naik hahahaha




Ya Allah panjangkanlah umur kami, berikanlah kami kesihatan yang baik, sihatkanlah tubuh badan kami supaya kami dapat menyahut panggilan menjadi tetamuMu untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun ini Ya Allah.... aminnn