Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 5 July 2019

Diari Haji 2019 Part 5 ~ Kursus Perdana Haji

Salam Jumaat korang

Dan Syawal pun melabuhkan tirainya gitu........

Itulah tu, walaupun Syawal dah habis tapi jiran mak ada je buat open house esok! Tapi malangnya mak tak dapat pergi sebab balik kampung, sebab ada kenduri aqiqah, sambil sambil kenduri aqiqah tu, mak sedara Pak King meraikan lah sekali abang dia iaitu pakcik Pak King dan kami yang nak gi Haji ni. Ha gituuuu.......kita yang nak gi haji, mak sedara Pak King pulak yang buat kenduri doa selamatnya hahahha.... .. 

Diam tak diam, lagi beberapa minggu je mak nak pergi meninggalkan bumi Malaysia. Macam macam perasaan dah mak ni wei. Suka ada, sebak ada.... Yang pasti sekarang ni kita kena luruskan niat apa tujuan kita nak pi haji ni, untuk menghambakan diri dan mencari keredhoaan Allah, sepatah kata pembimbing Bakal Haji, Tuan Haji Shapawi dalam Youtube tu. 

Kursus Perdana Haji untuk seluruh Malaysia dah pun berlangsung pada 22 dan 23 Jun 2019. Macam mak yang menetap kat kawasan Selangor ni, Kursus Perdana Haji buat kat Masjid Shah Alam. Untuk negeri Selangor, bakal jemaah yang datang kursus hampir 6000 orang. Jadi korang bayangkan ajelah situasinya macamana tu.... Kalau kena negeri yang jemaaahnya tak ramai, tak delah bersesak sesak kot.  Tapi mak OK jer, redho ajelah wei. Memang dah set kat kepala ni, pergi Haji ni tak de yang mudah. Kalau dapat mudah, senang tu memang bonus dari Allah. 
 
Bukan main semangat oii, beg dah siap awal awal, maklumlah nak kena tido kat masjid ala ala kat Arafah, kat Mina kan...... tapi tido ke? hahahaha... Paling tak sabo  nak rasmikan beg Tabung Haji sponsor ni hihihi....




Sampai masjid awal lagi dalam pukul 10 lebih. Pergi awal tu bukan apa, niatnya nak cop parking. Orang cakap parking penuh selalunya. Kalau ikut agenda, kursus start pukul 2.30 petang, sempat lagilah jalan kaki meronda ronda Plaza Alam Central, 20 minit je pun kalau ikut taman belakang masjid tu.... exerciseeee



Kalau tudung pun dah bertukar labuh, Pak King baju pun dah bertukar putih, kursus dah nak startlah tu namanya....... Apasal mak macam makcik sado je kat gambo ni ek??  Penat wei, exercise kaki dah 6 bulan pun, tetap sado jugak hihihihi..... 



Padanlah muka mak, sapa suruh pakai baju hitam!!! Kan dah kena sound dengan ustaz..... hihihi.... Taunya sunat pakai baju putih, tapi malas nak tuko tuko....... Kalau dah malas memang tak boleh nak cakap apa lagilah kan huh....

Namanya pun Kursus Perdana kan, memang kena buat Rukun dengan Wajib Haji sampai habislah. Masa ni terasa sayu pulak..... Ni baru kat sini kan, kalau dapat tengok Kaabah yang real tak taulah macamana perasaan mak agaknya huhuhu...

Boleh tahan penat jugaklah. Yang sekangkang kera ni pun dah rasa boleh tahan, apatah lagi kat sana kan..... Moga Allah mudahkan segala urusan kami di sana nanti! Doakan mak ye korang ... 

Juadah makan malam mak hari Sabtu tu..... Kari ayam, ikan goreng, sayur kobis. Sedap wei! Memang berselera sangat mak makan petang tu. Sampai kepala ikan pun licin mak kerjakan hahaha.... 


Kalau tak de Kursus Perdana, tak delah merasa makan berdua sambil duduk kat tepi jalan menjelang maghrib macam ni kan....... Itulah hikmahnya ber Kursus Perdana.


Balik dari Kursus Perdana ni mak ada pergi jumpa seorang blogger tau..... Nak tau sapakah orangnya, tungguuuu .......