Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 22 August 2017

Senai ku datang....

Salam Selasa....

Jumaat hari tu pergi Senai. Pak Jilap ambik half day! Jek abang ipar le tu hihi.... Nak meraikan abang yang nak pergi Haji katanya. Ikutkan jadual, flightnya Sabtu tengahari so kalau mak dari KL pagi Sabtu tu takut terkocoh kacahlah pulak.

Bila sampai Senai ni teringat Kanda Zakie dengan Kak Saniah. Kalau ikutkan hati, teringin jugak nak jumpa mereka....

Pak Jilap siap siap booking Hotel Perth, betul betul berhadapan dengan Terminal Airport Senai. Sama tempat stay abang dan keluarganya.

Singgah solat  Asar kat R n R Machap! Banyaknya lalat!!


Ohhh.... mungkin sebab musim Haji kot!  Orang tua tua cakap kalau musim haji memang banyak lalat! Jangan tanya mak kenapa? Sebab mak belum berapa tua! Haha.....

Setakat lalat ni, mak ok je.... tak delah acah acah geli pun!! Apalah sangat benda terbang terbang cenggitu !! Kalau ulat, jangan ek!!!!...... Meremang bulu roma ai hokey!

Nah..... layan muka orang yang perasan tak berapa nak tua! Crop kasi sorok perut haha....


Puteri Bongsulah orang paling happy sejak kakak dia belajar, sebab dia boleh tidur sebilik dengan Nenek Kebayan! Huh.....

 
Oleh sebab Hotel Perth ni dekat dengan JPO, Pak Jilap, si kaki ronda tu, ajak mak pergi merendek ke sana lepas maghrib. Dia dapat jam, mak jugak yang  dapat melopong! Cis..... tak aci betul ah!


Balik JPO, join abang dengan family dia ngeteh pulak!


Esoknya, mak ada kenduri kawen makcik Pak Jilap kat Batu Pahat... Tak dapat nak tunggu abang sampai masuk dalam.


Doa dari kejauhan....
Selamat bermusafir abang dan isteri, moga dipermudahkan urusan ibadat disana, mendapat haji yang mabrur dan terus istiqomah sekembalinya.....

Acah acah sayang haha....

Thursday, 17 August 2017

Apa apa pun boleh

Salam Khamis.....

Tadi baca blog Ann Ishak. Dia ceritalah yang hujung minggu hari tu dia bekfes Kuih Raya, esoknya bekfes Kerepek pulak, yelah.... misi nak menghabiskan saki baki kuih Raya Puasa sebelum Raya Haji katanya.

Samalah kita Ann..... 2 x 5 sepuluh haha..... Mak pun kekadang bekfes kerepek jugak..... Yelah, manalah nak habisnya korang, kalau mak sorang yang tukang makan. Orang dalam rumah ni semuanya tak mandang weyh kuih kuih Raya, kerepek kerepek ni. Nak bekfes spesis macam ni, lagilah tidak. 


Kekadang bekfes Kuih Tart jugak haha..... 
Bekas kuih Raya pun ada lagi atas meja tu ha..... Nenek Kebayan katanya. Sawan nak mengibas tongkat sakti belum sampai. Sekali dah rajin mengibas kang..... dengan orang orang sekali mak libas! Eh.......

Separuh orang, bab bab makan ni kena proper, kena betul betul bekfeslah kata orang. Kena duduk atas meja, kena ada mee goreng ke, kena ada nasi lemak ke,  roti bakar ke....

Tapi untuk mak, apa apa yang ada pun boleh jadi hidangan bekfes. Ayam panggang lebih lauk malam tadi pun jalan haha...

Korang macamana pulak?


Wednesday, 16 August 2017

Hikayat Nenek Kebayan dan Tuan Puteri

Salam Rabu korang....

Satu hari, di hari bekerja beberapa minggu yang lepas, Tuan Puteri Bongsu ajak makan pizza. Teringin katanya. Dia ni kan memang memanjang teringin tau!

Maka untuk tidak menghampakan sang Tuan Puteri, Nenek Kebayan pun pergilah ke kedai Pizza. Orderlah set untuk 2 orang.... 1 regular Pizza, 2 mangkuk sup cendawan, garlic bread dan 2 gelas air.


Tak cukup dengan itu,  Tuan Puteri teringin pulak nak makan cinnamon bread. Katanya Cinnamon Pizza Hut lagi sedap kalau nak dibandingkan dengan Domino. Kata dialah.....entah ye entah tidak! 


Dah katanya perangai tu sama naikkan, Nenek kebayan pulak terliur tengok BBQ chicken. Entah bilalah nak masak sendiri ikut resepi Ayam BBQ Phong Hong. Tahun lepas lagi dah beli sos BBQ nya hihi.... Sampai sudah belum mencuba!

Semua pun sedap kalau dah katanya orang yang masak ni. Sedap weyh Cinnamon Bread tu, lembut sangat! Buat sendiri pun belum tentu jadikan....

Sudahnya tak habis! Tuan Puteri dan Nenek Kebayan sambung makan kat rumah!

Sekianlah kisah Hikayat Nenek kebayan dan Tuan Puteri makan pizza hihi....

Tuesday, 15 August 2017

Tuan Puteri Bongsu

Salam Selasa....

29 Julai hari tu bezday Tuan Puteri Bongsu. Seboklah dia cakap, sampai hati tak buat entri dia. Tak tau, mak dia tengah kena sawan lemau ni haha......

Kebetulan masa bezday dia hari tu, kitaorang balik kampung, so memang tak de sambut apa pun lah. Makan kek pun tidak, apa tah lagi potong potong kek!....

Namanya pun anak bongsu kan, jadinya perangai tu sama naiklah jugak dengan emaknya hihi....


Sebab dia suka seafood, 2 hari berturut turut mak bagi dia seafood, kasi puas haha..... 
Psst.... sebenarnya mak dengan bapaknya yang lebih, teringin nak bershellout. Orang lain dah lama bershellout, kitaorang baru nak try weyh haha..... Kilauan sungguh ah! ....


Doa ibu dan ayah, moga adik menjadi anak solehah, berjaya dunia dan akhirat.


Nak bagi hadiah piano, tak mampu, mampu bagi gambar adik dengan piano jadiklah haha.....

Monday, 14 August 2017

Lemau

Salam Isnin....

Hujan renyai pagi ni. Terasa lemau pulak badan yang dah sedia lemau ni. Tangan lenguh dari semalam. Bawak tidur pun tak hilang. Masih lenguh lagi pagi ni. Salah handbag mak yang berat tu kah? Rasa tak de benda dalam beg tu, tapi berat mengalahkan ada batu!

Tapi, mak nak bagi tahu ni, dalam pada lemau tu, mak dah siap masak hokey! Daging mak dah siap kari kan, ayam mak dah siap perapkan. Nasi pun mak dah masak. Bangun je Tuan Puteri Bongsu dari beradu nanti, dah bolehlah dia bersantap! Indahnya jadi Puteri Raja kan haha..  

Hujung minggu baru ni, pergi jumpa anak bujang nan sorang tu. Hantar laptop rumah tukar dengan laptop dia yang rosak tu, katanya kena kencing kucing! Alahailah anak. Dugaan menjelang nak pereksa. Redho ajelah.....


Mak pun kena redho jugaklah, berblog guna hp. Nak linkkan blog kengkawan dalam entri pun susah.  Nasiblah mata masih steady lagi, setakat ni belum lagilah jadi macam mata Kak Ton, kena guna kanta  kalau nak membaca hihi...

Weyh Kak Ton, menyoroklah dalam gua tu sampai reput. Nyampah!!




Wednesday, 9 August 2017

Roti Canai Kari Kambing

Salam Rabu....

Bekfes luuuuu...... Roti Canai Kari Kambing, kedai melayu. Kawan jiran belanja. Dia selalu makan kat sini, katanya roti canainya lembut sampat ke malam!  

Oleh kerana kawan jiran yang belanja, mak makan roti canai sekeping je, buat buat cukup haha... Roti canai sedap, kari pun sedap alhamdulillah..... 

Tempat korang, berapa Rm sepiring kari kambing mcm ni? 

Terima kasih kawan jiran bertudung biru! Moga murah rezeki mu....

Tuesday, 8 August 2017

Tofu Black Pepper

Salam Selasa ....

Mak sekarang ni tengah sawan buat entri masakan ...... so harap korang redholah ye hihi.....

Siapa suka makan tofu? Korang masak apa selalunya ? Mesti masak ala ala Chinese style yang ada telur pecah tukan.... Kalau ikutkan, memang jarang beli tofu, tapi tetiba pulak teringin nak beli hari tu, padahal tak de idea pun lagi nak masak apa. Main beli je dulu. Itulah pompuan, suka beli barang yang tak de dalam list haha......  Lama jugaklah tofu ni betapa dalam esbok.  

Bila nampak cendawan shitake, lebih buat mee goreng black pepper hari tu tetiba pulak dapat idea nak masak tofu ni. 

Oleh kerana sejak 2 menjak ni, mak tengah sawan black pepper, maka Tofu ni pun mak black pepper kan jugak haha.....

Tumis bawang putih, isi ayam, black pepper, white pepper, stok ayam kalau suka, sos tiram..... 

Masukkan cendawan shitake, letak air, kicap, sedikit tepung jagung. Last sekali masukkan Tofu. 

Siap..... 
Hitam hitam si tampok manggis, walaupun hitam legam sedap hokey!!! haha....

Tofu Black Pepper

Monday, 7 August 2017

Sarapan Ubi dengan Ikan Kering dan Sambal Lebur

Salam Isnin....

Korang dah sarapan ke? Ke puasa ? Yang berpuasa, teruskanlah puasa tu sampai maghrib, jangan pulak puasa separuh jalan ek ! haha.... Yang tak puasa tu jangan pulak makan sampai tak hingat dunia.  Makan biar berpada pada.... Eceh! Nasihat orang bukan main lagi hihi......

Yang pasti, mak dah kenyang makan ubi! Sarapan orang kampung macam nilah......

Makan pulak dengan sambal lebur, dengan ikan kering! Pergh!!!..... Tidak terkira sedapnya weyh!! Kalah Nasi Lemak Hijau Kak Noor tau.

Kalau makan ubi rebus, mak lebih suka cicah dengan sambal macam ni, banding dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau makan dengan kelongsong gandum pun sesuai jugak ni.... 


Buatnya pun senang main lebur je hihi...... 
Cili padi, cili merah, bawang putih, bawang merah, ikan bilis, belacan, tomato blend sekali. Pas tu leburkan dalam kuali, tumis sampai naik minyak. Perasakan dengan gula, garam, asam. Dah siap.... 

Dah bolehlah mencicah haha..... 

Friday, 4 August 2017

Meraikan bakal bakal Dhuyufurrahman

Salam Jumaat......

Korang dah berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w ? Marilah sama sama kita memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasullulah pada hari ini, kerana salah satu keistimewaannya, Allah akan hantarkan selawat kita kepada baginda..... 

Si anak dara sorang tu malam tadi lagi dah cakap nak makan pizza hari ni. Eleh! Teringinlah tu...... Bagus jugaklah dik, ibu pun macam teringin jugak ni hihi...... 

Kejadian hari Rabu baru baru ni. meraikan bakal Hajjah, kawan satu sekolah. Bakal Hajjah yang tengah tu....
Dasat ko Sher, sejak jadi bakal hajjah ni, tudung pun dah bertukar ek hihi.....


Yang tengah tu pun kawan satu sekolah mak, bakal hajjah jugak tu. Maaf Anis, tak dapat jumpa ko hari tu.

Yang kiri tu pun bakal menjadi tetamu Allah, bekas jiran setaman.


Mak Usu Pak Jilap dan suami pun bakal menjadi Dhuyufurrahman. Rasa puas dapat meraikan mereka. Insyaallah, moga satu hari nanti Allah akan panggil kita semua jadi tetamunya pulak. Yang pasti Cikgu Aisy Nasiha dah janji nak meraikan mak nanti hihi .....


Kepada kalian, Dhuyufurrahman, selamat jalan, semoga Allah permudahkan urusan kalian disana, semoga mendapat haji yang mabrur dan semoga kalian kembali nanti terus istiqomah. 

Thursday, 3 August 2017

Korang pernah tak rasa macam tu?

Salam Khamis....

Korang pernah tak rasa macam ni? Makan sesuatu kat tempat orang, lepas tu macam tak puas makan, maklumlah makan kat rumah orang kan, takkan nak makan sampai sedawa 2, 3 kali hihi ....... lepas tu, balik mulalah cari resepi.... 

Itulah yang terjadi kat den .....

Ada sekali tu makan cucur jagung kat rumah sorang kawan ni. Sedap, lembut cucurnya. Dari sehari ke sehari nak mencucur. Sampailah pagi ni.... ! Tekak mak memang dah tak tertahan lagi. Siap buat sambal tumis lagi sebagai pencicah! Siap je menggoreng, apa lagi!! Mak hadaplah sorang sorang.... Puas hokey! haha.... 

Mee goreng ala ala sizzling black papper ni pun penangan tak puas makan kat rumah kawan masa beraya hari tu. Terasa rasa cendawan shitake dia tu....

Tulah tu, selagi tak masak lagi, memang terbayang bayang mee ajelah kerjanya mak ni. Jadi, kenalah buat jugak. Buat separuh bungkus je. Itu pun mak sorang yang habiskan huhuhumema......

Sedap juga weyh.... sesekali goreng mee style macam ni. Asyik style mamak je kan.....  

Tapi yang pasti, makan kat rumah orang, memang tak de yang tak sedap ek!!!! Setuju tak?

Wednesday, 2 August 2017

Apa cerita?

Salam Rabu...

Lama tak menulis...... 
Sebagai seorang blogger yang tak berapa nak blogger ni, bila lama tak berentri, timbul pulak rasa rindu. Rindu nak merapu, rindu nak mengomen, rindu nak stalk korang haha.....

Apa cerita terbaru korang?

Sebenarnya, ada je cerita yang nak disembangkan...... tapi tulah..... bila dah kena sawan malas ni, memang malas sampai kesudahlah jawabnya......

Cak!!!