Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 29 November 2018

Meehoon Sup Meatball

Salam Khamis .....

Pi mana korang cuti sekolah ni? Dah booking mana mana ke?  Tak sabar lew tu nak menunggu hari berjalan. Lagi lagi kalau tempat tu tempat yang tak pernah pergi. Sure excited dia lain macam ek! Tak payahlah tanya mak, mak bercuti kat mana, mak bercuti kat rumah ajelah nampaknya hihi.....Jimat belanja wei.

Asyik tengok Phong Hong hirup sup aje, lama lama kita pun jadi teringin ! Layankan pulak dengan meehoon. Memang wallah lah...... Kalau ikutkan, sup daging paling bestkan, tapi kat rumah ni memang jarang sangat beli daging. So, kita buat guna meatball ajelah. Ala ala bakso gitu ..... Meatball kita suruh ajelah kilang Ramly buatkan hahaha......Nak tunggu mak buat meatball sendiri, tahun depan belum tentu dapat makan Meehoon Sup Meatball hihi.....

Ngences ke tidak? hihi.....

Meehoon Sup Meatball

Tak payah pening pening kepala nak google resepi sup bagai la haih! Guna aje Perencah Sup Siam Adabi! Dahlah sedap, sebijik rasa sup yang macam kat kedai Tom Yam tu. 


Monday, 19 November 2018

Katanya Anniversary kan

Salam Isnin .....

Dapat surprise daripada anakku yang berada di Lendu...... OK, mak jadi sebak sambil lap air mata tau!.... Mau tak, first time dapat surprise dihari Anniversary gituuu....Nak harap Pak King buat surprise, huh hari pun malam hihihi...


Terima kasih dik!
Sebelum ni memang dah pernah order dengan Fiza Delight ni , brownies dia memang sedap.... puas hatilah. Yelah dah katanya tokey brownies kan, hari hari buat brownies..... nak harap mak buat brownies sedap, huh.... jangan kan sedap, kedut pun belum tentu hahahaha.....




Katanya Anniversary kan......
Begitulah Cinta, hanya sebuah kata tanpa benda, tidak pernah terlihat, hanya terasa.... 
Dapatlah mak seketul jam tangan sebagai tanda cinta selama 23 tahun katanya hihihi.... Terima kasih Pak King! Buat susah susah aje hihihi..... Tak payah nak ustajah sangat kalau bab hadiah hihi....Orang nak bagi, baik ambik, tak ambik rugi hahhaha...

Add capt

Di hari Anniversary, tak kan nak masak kan.... haruslah cuti masak hihi..... Tak kisahlah makan kat mana, makan apa pun, yang penting bride otai tak nak masak hihi.....Makan bertiga tapi order macam nak kenduri. Puyuh blackpapper tu memang tak mampu kitaorang nak habiskan. Terpaksa kena tapau, hari ni tak payah masak lagi dah ada lauk puyuh. Brilliant tak mak hihi....






Permintaan anak dara sudahnya mak dara yang kena settle....


Sekianlah kisah Bride Otai dihari Anniversarynya hihihi....
Sehingga ketemu lagi korang!....



Friday, 16 November 2018

November datang lagi

Salam Jumaat......

November datang lagi......

Sekejap je dah hujung tahun kan..... Perasan tak sekarang ni ? Cepat betul bumi berputar. Baru hari tu rasanya bulan Januari, tup tup hari ni dah November. Apa? Sama aja! Eh kalau cenggitu, maklah yang lok lak ni hahaha.... Azam mak nak turun 1 kg tahun ni pun belum tercapai, dah nak tukar tahun lagi, acane ni???..... aduhaiiii...
Ada apa dengan November? 
November ni  bulan road tax kereta habis.... so, Pak King kena keluar duit, kena renew roadtaxlah. Lagi? Lagi... November ni bulan Anniversary maklah. Bukan bulan mak nak buat giveaways ye.... Itu tahun 2016! Tahun ni tak de bajet hahahaha......

Anniversarry mak hari Ahad, 18.11.18..... tapi oleh kerana hari Ahad mak nak tiup belon, pakai costume Cinderella bagai, makanya mak bizi sikitlah ek hihihi...... Acah acah celebrate macam retis wei hahahaha, padahalnya celebrate paling dasat pun makan kek kat Resepi Rahsia tu je pun hihi.... 
Eh cantik pulak tarikh anniversary mak tahun ni ek! 


Bersempena Anniversary ni, kasi chancelah mak mengimbau kenangan silam zaman menghitung bintang dulu dulu ek hihi.......

Dengan izinNyalah kita dipertemukan ketika itu.....
Dari kawan biasa pada mulanya menjadi pasangan sejoli....
Kemudian ijab dan kabul menyatukan kita, bersaksikan sanak saudara dan sahabat handai......
Paling membahagiakan apabila ikatan cinta ini direstui emak dan abah......

Maka Bermulalah naskah cinta kita...... 
Air yang tenang, bukan sentiasanya tenang..... 
Ada masanya beralun deras.....
Ada kalanya dilitupi penuh dengan kiambang..... 
Ada masanya disimbahi dengan kerlipan bintang.....
Ada waktunya diselimuti dengan mendung yang samar....

Tapi kita tetap mengayuh, dan terus mengayuh, 
Walaupun kadang kadang cuma bertemankan bulan yang malap........ 

Hadirnya buah cinta kita, cukup membuatkan dunia kita hampir sempurna..... 
Tanpa sedar, kita telah mengayuh sejauh ini......
Moga Allah masih memberi kesempatan untuk kita terus menyulam rindu.....
Menyimpulkan rindu menjadi sebuah cinta yang terus subur....
Meski pun kita semakin ke pengujung usia.... 

Happy 23rd Anniversary Arjuna hambe..... eewahhhhh....

Love u olls

Tuesday, 13 November 2018

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Salam Selasa .....

Sabtu baru ni pergi kenduri kawen kat Kluang, sepupu Pak King kawen. Balik tu terus tido kat  Melaka semalam sebab nak terus hantar kakak balik Lendu esoknya. Pak King malas nak ulang alik. Eh..... mak ok aje, kalau bab jalan jalan, makan makan, tido hotel ni hihi..... 

Bila dah sampai Melaka ni, teringat jugaklah dekat  Cik Bunga dengan Aida. Tapi setakat teringat ajelah hihi.... nak ajak dating, masa tak berapa mengizinkan pulak. Takut majuk Cik Abang ai, asyik nak dating dengan kawan je kerjanya!

Malam tu Pak King teringin nak makan Asam Pedas Melaka. Mak folo aje...... yelah boring jugak asyik makan Asam Pedas masak sendiri je kan. Sesekali nak jugak merasa Asam Pedas orang!hihihi.... Pak King order Asam Pedas Ikan Sembilang, tu memang faveret dia, mak pulak order Asam Pedas yang memang jarang jumpa dan masak kat rumah. Asam Pedas Telur Ikan Mayong. Budak budak order Nasi Goreng Udang.   


Asam Pedas Telur Ikan Mayong


















Memang power wei asam pedas dia!!!..... Telur ikan dia pun kenyal kenyal lembut.... sedapnyaaa...


Curah pulak dengan kicap manis..... Wallah wei!!! Memang terbaeklah.



Mak dah jumpa dah.....salah satu perbezaan Asam Pedas Melaka dengan Asam Pedas mak apa dia!! Inilah benda dia..... ' Daun Limau Purut '! 'Masuk' jugak rupanya rasa daun limau purut ni dalam Asam Pedas ek...... 


Makan ni kadang kadang tak payah banyak lauk, cukup dengan lauk simple macam ni pun dah sedap sangat dah!



Sehingga ketemu lagi korang.......Peace no war!





Thursday, 8 November 2018

Anak Cacing mengidam Keropok Leko

Salam Khamis korang....

Memang dah lama sangat mak teringin nak ke Terengganu sebenarnya. Jeles tau dengan Dana mama Ayyan yang asyik asyik balik Terengganu je. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, akhirnya, Allah aturkan tahun 2018 mak dapat pergi wei! Terima kasih Pak King bawak Mak King ke Teganung.... 

Mak ke Terengganu ni sebenarnya nak makan keropok leko sambil sambil nak cari keropok keping yang super duper sedap. Macamana ghupernya yang sedap sangat tu pun, entahlah !!!  Hahahaha.... Bagi mak keropok keping, yang banyak ikan, keropok keping yang goreng tak berapa kembang, keropok keping yang gelap itulah keropok keping yang sedap!.....

Walaupun melambak je keropok leko kat KL ni, tapi manakan sama makan  keropok leko kat KL ni dengan makan keropok leko kat Terengganukannnn...


Keropok Leko
Akhirnya...... Terubatlah kempunan orang yang mengidam anak cacing hihi..... Sedap wei makan keropok leko panas panas. Cuba jugaklah leko yang ada cheese ni, yang bubuh black papper, yang bubuh garlic mak tak try. Si TLBD sukalah yang bercheese cheese ni, mak suka jugaklah tapi kenalah kawal, kang bercheese cheese pulak darah mak kang hahahahaa...

Bebola Leko cheese
Mula mula makan keropok leko kat Kg Losong.

Keropok  Warisan Losong
Lepas tu makan keropok leko kat BTB Dynar pulak yang katanya femes sangat tu. Orang cakap sampai kena ambik nombor, punyalah ramai. Tapi masa mak pergi tak ramai orang pun. Bukan hari cuti kot....... Kat BTB Dynar ni mak memang borong keropok keping dengan keropok leko. Pak King nak bagi adik beradik dia katanya. Kalau macam tu bang, kena beli lebihlah ek, adik beradik abang sorang satu, orang nak 5 ! hihi....

Keropok leko yang ni sedap jugaklah...... tapi keropok leko yang mak makan kat sana, macam tak berapa best. So so aje rasanya.....

Keropok Leko
Geng gambar ni khas untuk awak ye, hari tu awak tanya kan..... gambar ajelah yang mampu, nak real kena pergi Terengganu hihi...

Keropok Leko
Dah sampai Terengganu, dah kenyang makan keropok leko, tak ambik gambar kat depan Masjid Kristal memang tak sahlah kan hihi.... Tapi yang kurang bestnya, kerja kerja repair kat dalam dan luar Masjid Kristal mengganggu pandangan mata orang yang datang.....    

Masjid Kristal, Terengganu

Tuesday, 6 November 2018

Sata

Salam Selasa....

Kemana korang hari ni?  Mak mereput kat rumahlah nampaknya sambil melayan mercun yang berdentum dentam pagi ni. Tak delah berdentum dentam sangat pun hahaha...... Sesekali je.... Malam tadi terfikir fikir jugak ........ apasallah ada bunyi mercun pulak ni? Baru teringat hari ni Deepavali!  Patutlah ada mercun! Hokey...... kasi chance, mereka pun berhak untuk happy happy di hari Raya jugakkan hihihi...... 

Korang dah bekfes? 
Mak belum lagi..... Time time lapo cenggini, dan dan pulak teringat Sata. Sedapnya kalau dapat makan Sata ni.


Sata
Mak beli Sata ni masa dalam perjalanan balik dari Terengganu hari tu. Beli kat area Marang, yang banyak jual kat tepi jalan tu. Tapi yang menyesal teroknya mak cuma beli  RM6 henggit je huhu.....Dahlah murah, Rm6 henggit dapat 10 biji, sedap pulak tu! 

Ada ke yang tak pernah rasa Sata ??  Sata ni ada rasa lemak lemak kelapa, ada rasa rasa ikan, ada rasa manis manis bawang, ada rasa pedas pedas cili.... Gabungkan ajelah rasa kesemua benda tu, maka jadilah rasa Sata hahahaa.... Rugi wei kalau korang tak suka!



Jom Pak King kita gi Terengganu lagi cari Sata.....






Thursday, 1 November 2018

Indahnya bersilaturahim

Salam Khamis....

Sorrylah....... mak belum sempat blogwalking betul betul. Entah sawan apa yang menyerang, lepas hp software update, tetiba pulak blog problem. Mak tak boleh nak komen kalau bukak blog pakai hp. Profile dalam kotak komen tu kosong. So kalau komen pun, komen tu akan hilang. Macam akaun G+ tu tak link dengan akaun blog. Jenuh le godeh godeh. Faham faham ajelah kalau orang yang kurang bijak gadjet menggodeh haha...... Sudahnya, mak buang terus apps Easyblog dengan Touch up Pro tu, barulah mau muncul profile blog mak dalam kotak komen tu..... Uh lega wei! 

Sebenarnya lama dah mak teringin nak pergi Terengganu. Asal sebut negeri Terengganu, terbayang bayang celup tepung, terbayang bayang keropok leko, terbayang bayang keropok keping yang banyak ikan, terbayang bayang sata yang sedap. Nasiblah bukan terbayang bayang songket dan batik Terengganu yang cantik lagi boleh tahan harganya tu....... huh.... selamat Pak King tau bini tak mintak yang bukan bukan hahaha!

Terbayang bayang jugak geng alamaya sebenarnya ( yelah sejak jadi blogger tak blogger ni kan hahhaa ). Best jugak kan kalau dapat jumpa dan bertentang mata. Sorry ye Cik Nor, hakak memang tak ingat mu hahaha....

Betullah kata orang bijak pandai, nak jadi orang berjaya, kena ada impian.......

Samalah jugak dengan kes mak ni, nak berjumpa dengan seseorang kena bayang bayangkan dulu....... hahaha....Ha tengok! Kan dah muncul depan mata hahaha.....  

Inilah dia orangnya....  Ada siapa yang kenal? Pertama kali bertentang dengan mek Kelate Nur Bijen dari blog Cerita Danish dan Umi. Orangnya putih melepak, kecik molek, slim melim, aduhaiiiii jeles wei!!!

Nasiblah dia pun dari spesis peramah dan suka gelak jugak hihi.....Faham faham ajelah ye kalau dah dua dua pun suka gelak. Memang kafe tu kami yang punyalah! Tapi Pak King mak suruh dia balik bilik dulu hihihi....


Oleh sebab mak stay kat Hotel Regency Waterfront Terengganu, maka mak dating kat situ ajelah! Breakfast sama sama!


Terima kasih mek sudi datang jumpa ambo! Siap bawak ole ole satu beg lagi tau..... Macam macam ado! Inilah indahnya bersilaturahim kan.....






Tuesday, 23 October 2018

Celup Tepung

Salam Selasa korang.....

Alooooo rindulah dengan ikan kembong fresh celup tepung panas panas! Sedap sangat wei! Tak pernah  jumpa ikan kembong sesedap macam tu kat KL ni! Serious tau......

Pak King cakap belilah ikan kembung pas tu goreng sendiri kat rumah! Haaaaa..... memang confirm tak sedaplah kalau kena goreng sendiri hihi....

Dahlah ikan fresh, gemuk pulak tu....pergh!


Ini semua Bijen dengan Dr Pinky Cat punya pasallah..... Siapa suruh acah acah ajak mak makan Celup Tepung kat Pok Nong! Kan mak dah betul betul sampai Terengganu hahahaha....

Apa istimewanya Warong Pok Nong ni mohon tanya orang Terengganu. Tanya Bijen ke, tanya   Mak G ke hihi...Tapi malangnya Warong Pok Nong tutup sepanjang 2 hari mak kat Kuala Terengganu. Pok Nong seram kot gergasi datang nak makan hahahha..

Tutuppppp......



So makan ajelah kat Warong Adik Beradik yang tak jauh dari Warong Pok Nong tu. Banyak jugak pilihan celupan tepung dia.....

Kiranya Celup Tepung kat belah Pantai Timur ni macam kudapan untuk minum petanglah ek. Kalau mak, minum petang takat makan pisang goreng cicah sambal kicap aje hihihihi....Itu pun dah kira handal tau! Selalunya tak de minum petang langsung hahahhaa..... Kat Pantai Timur tak mainlah tu semua.... terus lauk pauk jadi kudap kudapan petang, lagi handal!





Sambil makan Celup Tepung tak hingat dunia, sambil menikmati keindahan pantai ciptaan Allah.... Untunglah orang tu boleh hadap pantai cantik hari hari...

Panas panas buta pun sanggup makcik posing sebab jakun tengok buai hahahaha.... Takut nak naik buai oiii, kang makcik terhempap kayu buai, acane?? Tak dapat makan kepok leko hihi....

Subhanallah, cantiknya pantai Kolam ni



Thursday, 13 September 2018

Bila abang belanja makan

Salam Khamis....

Puas bercuti ye kita bulan 9 ni ..... 3 minggu berturut turut dapat cuti tambahan. So, korang plan apa cuti hujung minggu ni?  Makan angin lagikah? Makan angin jangan banyak banyak nanti kembung susah nak kempis hahaha....

Minggu lepas, mak pi menghantar si abang balik Sri Iskandar. 'Abang' ni merujuk kepada anak sulung maklah ye. Yang satu lagi tu abang jugak, tapi abang baby hahahaa.... Abang balik ke sana dengan menyandang gelaran Siswa Tahun Akhir, alhamdulillah..... Akhirnya! Moga dapat grad on time ye bang, insyaallah!

Tapi tulah, dah tahun last ni, tak dapat duduk hostel dalam kawasan U pulak. Kena duduk hostel luar tapi masih dalam kelolaan pihak U lah. Malangnya blok hostel belum siap masa ambik kunci hari tu. So, sudahnya kena duduk hotel dulu sampai akhir bulan ni. Best ke tak best tu?
                           

Memanglah best dah namanya bilik hotel kan, cuma sempit sikitlah...... Jangan tak bangun solat, miss kelas ke, sudah!



Cerita pasal abang ni, beberapa minggu sudah abang ada belanja makan sempena dapat elaun praktikal.

Maknya bila dengar anak nak belanja makan apa lagi kan hahahaa.... Terus guna kuasa 'veto ibu' hihi....Tekak pulak macam teringin nak makan rebus rebus, panggang panggang gitu.... Marilah kita ke Seoul Garden anak anaks......



Nak makan Seoul Garden ni, kena sabar menunggu. Kalau tak kena masa, memang penuh ajelah. Nak menunggu orang sudah makan, tau ajelah kan..... makan buffet macam ni, dahlah tu, nak kena grill lagi, rebus lagi, sementara benda benda tu semua masak, hari pun malam hahahaa. Silap haribulan belum makan dah kenyang menunggu hihi...



Leceh nak ambik sos satu satu, mak jamakkan sos semua jadi satu, senang keje ...... Sedap jugak!



Kalau  kerak dah tebal cenggini,  mau dah 3 jam makan ni. Masih tak kenyang kenyang lagi!.....



Seronok rupanya ye bila anak belanja makan ni kan Kak Saniah . Terima kasih abang belanja ibu, ayah dan adik adik makan, esok dah kerja jangan lupa belanja lagi. Ingat amaran keras ibu ni! Hahahaha...




Tuesday, 28 August 2018

Selesai sudah.....

Salam Selasa.....

Pejam celik, pejam celik, sorang lagi anak mak dah masuk U. Alahai..... terasa semakin kertu kertas pulak mak paknya weyh.... 

Daftarnya hari Ahad baru ni. Walaupun masa perjalanan dari rumah cuma ambik masa lebih kurang sejam setengah, tapi Pak King nak bermalam jugak kat Alor Gajah tu hihi..... ( kita tuduh Pak King ajelah yang nak tido ye bukan mak, hahahaha) acah acah anak dapat U jauhlah tu kononnya hihi.....

Proses daftarnya sekejapan aje....... sebab mungkin tak ramai kot. Ahamdulillah dapat hostel baru.... Macam kondominium oii! 

                 


Bestlah hostel dia, macam konsep apartment gitu. Dalam satu rumah ada 4 bilik. Tandas, bilik air, tempat jemur baju semua dalam rumah, memang selesa sangatlah...... 


Roomate pun roomate yang sama masa kat Matriks dulu. Memang dah berjanji nak daftar sama sama pun. Tu yang boleh mintak duduk sebilik tu. Lagi pun senang jugak dapat roomate yang dah kenal ni, dah tau hati budi...


Kebetulan pulak boleh terjumpa dengan coursemate mak kat sini. Alahai keciknya dunia! Memang lama sungguhlah tak jumpanya. Last rasanya tahun 1994. Tup tup Allah jumpakan balik kat sini. Allahu Akbar! Rupanya anak kawan mak ni pun matrik kat Arau jugak. Tak pulak kita terserempak  kat sana ye Zie....

                                      


Bye dik! Jaga diri, ibu ayah sentiasa doakan kejayaan adik dunia akhirat...
Mak nak sedih pun tak sempat oii..........sebab hari ni kakak dah boleh balik cuti. Cuti Merdeka! Sessi suai kenal disambung minggu depan gamaknya.

                         





Thursday, 16 August 2018

Hai koranggggg

Salam Khamis korang.....

Lama betul tenggelamnya tuan punya blog kan hihi.....Timbul timbul dah masuk bulan Zulhijjah.  Orang yang dapat panggilan haji pun semua dah sampai Mekah dah hahaha.....Entah apa yang disebokkan agaknya. Emm...... nak senang cite, kita salahkan ajelah hormon yang tak menentu ni ek hahaha..... 

Si sulung mak dah nak habis intern hujung minggu ni. Terasa sekejap pulak 8 bulan. Bulan depan dah start masuk U balik, sampailah bulan Mei tahun depan. Lepas tu, insyaallah .... panjang umur sihat walafiat, tahun depan dapatlah merasa tengok anak konvo macam Kak Saniah. Pak King pun dah bolehlah tarik nafas lega lepas tu hihi...

Sessi presentation dengan lecturer minggu sudah. Hentahlah macamana agaknya anak Pak King tu! 



Si kakak pulak akhir bulan ni masuk Uitm. Alhamdulillah, dapat course yang dia nak, Sarjana Muda Perakaunan. Tempat pun dekat. Cuma mak ajelah sedikit kuciwa sebab tak boleh makan angin jauh jauh hahaha....

Bila anak pompuan yang nak mula sambung belajar balik ni, macam macam benda nak kena beli balik. Baldilah, hangerlah, penyangkut dindinglah...... cermin jangan lupa pulak haha..... Cermin lama dah kena tinggal kat Perlis. Tak ceria hidup kalau tak de cermin oi hahaha.... Baju yang dah ada pun banyak, nak jugak tambah baju lagi, ohhh 🤦🏻‍♀️. Moh le kita cari kat Kenanga Pak King. Lagipun dah lama jugak mak tak ke sana tu hihi..... 

Dah Allah kata hari ni awak berezeki berjumpa dengan dia, maka tengoklah sapa yang mak jumpa kat sana! 

                               


Masa tengah menunggu makanan kat Restu Resepi Kenanga tetiba masuk FB messanger ! 

Makan apa tu kat Restu Resepi katanya ?????

Alamak!!!  Si Ana ni mesti ada kat sini jugak ni. Terus toleh kiri kanan mencari cari empunya message. Nasiblah mak selalu je terperasan muka femes Ana Suhana Suhaimi tu lalu kat wall FB promote barang sponsor hihi....... Jadinya tak menjadi hal sangatlah nak cam muka Ana kat luar 
walaupun first time jumpa kan......

Kalau dah 2 blogger bertemu, nak buat apa lagi? Mestilah berwefie je kerjanya kan hihi.... Hadap ajelah muka makcik yang semakin sentol dari sehari ke sehari huhu.....

                               


Terima kasih Ana sebab sudi tegur hakak. Harap harap satu masa nanti kita dipertemukan lagi ye. 



Thursday, 19 July 2018

First time masuk Sushi King

Salam Khamis.......

Kalau tanya mak bab makan, mak kan dah cakap, mak semua pun ON kecuali batu, besi dan kayu hahahaha..... 

Tapi korang, walaupun maknya semua ON, tak tentu tentu tau, anaknya pun ON jugak. Macam sulung mak tu, si abang, mak tengok kadang kadang dia macam pemilih jugak kalau tiba bab makanan ni. Tom Yam putih tak suka, nak kena Tom Yam merahlah...... 

So moral of the story, kalau nak makan Sushi tak payahlah ajak dia, habis cerita hihi..... Pak King masa ni pun tak de, mak dengan anak dara sorang je. Sorang lagi sekolah. Maka enjoylah kami berdua makan kat Sushi King gamaknya..... Kalau sedap kita makan ajak Pak King pulak. Kalau tak sedap, diam diam sudahlah hihihi...

Bila tengok Sushi teringat kat sorang sahabat blogger yang dah lama menyepi, tapi masih berhubungan di FB, Dr Pinky Cat. Sushi ni faveret dia dengan suami.....  

Chinese Tea sudah!!

Mak memang tak pernah masuk resto Sushi sebelum ni. Makan Sushi tu adalah...... Kiranya inilah pertama kali masuk Sushi King. Adalah jugak masa masa teringin nak mencuba makan kat sini, tapi takut tak kenyang pulak weyh! Korang tengok ajelah besar mana aje Sushinya tu, mau 20 ketul Sushi mak bedal bagi kenyang hahaha......

Baru tau, rupanya harga makanan dalam setiap pinggan yang lalu tu berbeza ikut warna pinggan..... Harga ada tulis kat tepi meja tu. Kalau tak silap, paling mahal pinggan fefel - Rm6.00
Rupanya ada makanan lain jugak yang boleh kita order. Baru tau you!!!...... Maklumlah first time kan huhu..... Yang mak order ni set 3 mangkuk harga Rm22.00. Boleh pilih menu yang korang suka. Mangkuk dia, kecik je, lebih kurang 5-6 kali suap kot...... Rasa dia boleh tahan sedap! Confirmed mak memang tak salah masuk kedai makan!.....




Yang ni hasil tangkapan mak kat meja yang bergerak tepi meja tu.... Kulit salmon goreng tepung pun ko teringin mak!! Hahahhaa........ Lemak oii.... Harga Rm5.00 kalau tak silap.

Katanya pergi Restoren Sushi tapi tak makan Sushi hihi.... 



Walaupun cuma kepala sotong dengan timun...... tapi nak rasa jugak weyh hahaha.... Kalau ikutkan semua benda yang lalu tepi meja, nak aje mak sambar tapi apakan daya takut duit tak cukup haha......



Bila lalu benda ni, teringat kat Phong Hong..... Apa rasa dia ek? Kalau ambik dah tentu tentu tak habis....



Jom Pak King kita makan sini!