Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 28 February 2018

Ke sini lagi dalam selang masa 36 hari

Salam Rabu korang....

Selepas 2 minggu pemergian arwah mak, abah mula kena asthma. Mengikut cerita Pak King, abah memang ada asthma pun sejak dari Pak King kecik. Cuma sejak kawen dengan Pak King, mak tak pernah nampak abah kena asthma yang teruk. Setakat guna ubat yang sembur kat mulut tu adalah.... 

Sehinggalah Pak King bawak abah ke hospital pada 2 Februari hari tu setelah seminggu menahan asthma kat rumah. Namanya pun orang tua kan..... bukan senang nak diajak ke hospital! Bukan anak anak lain tak mengajak pun....  Kebetulan Pak King ajak tu, mau dia ke hospital, agaknya sebab dah tak mampu nak tahan sakit lagi kot. 

Abah sebelum dikomakan malamnya..... 
Bagi orang biasa macam mak ni, terasa pelik jugaklah bila doktor nak komakan orang yang masih sedar macam abah tu, tapi mengikut kata Mak Uda, adik abah, mantan staff nurse, ada sesetengah kes, pesakit memang dikomakan untuk memudahkan pakar perubatan merawat pesakit katanya.... Bila dikomakan pesakit akan dalam keadaan tenang dan tak struggle. Baru mak tau weyh....   



Sepanjang kat ICU, keadaan abah tak banyak beza. Keadaannya kritikal tetapi stabil. Ada jugaklah sehari dua yang abah betul betul macam sihat. Boleh bercakap macam biasa. Cuma bila sihat tu, tak ada lain yang abah cakap, abah nak balik rumah. Walaupun nampak macam sihat, tapi paru paru  abah masih ada jangkitan walaupun dah diberikan antibiotik. Abah tetap jugak perlukan bantuan oksigen sepanjang masa. Mungkin juga sebab jantung abah dah tak mampu nak berfungsi dengan baik. Apa pun semua itu adalah penyebab aje kan... 

Jam 1 pagi hari Sabtu, hospital call Pak King, doktor nak jumpa, abah dah lain macam katanya. Dari satu sudut. kadang kadang ada bagusnya juga bila admitted kat hospital ni. Anak anak direzekikan untuk meneman hingga ke akhirnya kan.... 

Hospital yang menjadi singgahan adik beradik Pak King sepanjang 2 minggu abah kat ICU. 
.


Kekerapan ke hospital, turut mengganggu semangat dan psikologi TLBD jugak. Jantung berdebar debar, takut dan rasa tak selesa dalam diri. Selera makan pun menurun.  


                       

Dan lebih kurang pukul 4.50 pagi, hari Sabtu17 Februari 2018 bersamaan 1 Jamadilakhir 1439H abah pergi jua akhirnya. Beruntungnya abah...... pergi selepas diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengucap sendiri kalimah syahadah. 



Dan kami ke sini lagi dalam selang masa 36 hari......
Selamat jalan abah..... moga Allah ampunkan dosa dosa abah dan Allah tempatkan roh abah bersama orang orang yang soleh.....






Thursday, 15 February 2018

Sanah Helwah dear Darling

Salam Khamis korang...

Apa khabar korang??  Moga semuanya sihat sihat belaka..... mak tak berapa nak sihat, sedikit selsema. Gatal weyh dalam tekak, dalam telinga ni. Kalaulah tangan ni boleh mencapai sampai dalam tu, dah lama buat, tapi apakan daya, hanya mampu menggaru guna anak tekak je?  Eleh..... macam tak biasa, korang pun pernah buat jugakkan hihi....

Hari ni bezday Pak King. 
Tapi tulah tu..... nampaknya tahun 2018 ni tahun kedukaan bagi Pak Kinglah.... Sambut bezday tanpa insan yang bernama ibu. Abah pulak masih di ICU lagi huhu....

Dah jadi kelaziman di hari hari istimewa mak dan Pak King......



Walau hadiahnya tak besar, kecik pun jadiklah, walau harganya tak mahal, murah pun memadai..... tapi tetap ada sesuatu untuk menggembirakan si dia di hari istimewa sebagai kenang kenangan....  Geli tak mendengonya?  hihi......... . 

                 


Sanah Helwah buat Cinta Hati ambe, Pak King...... moga Allah panjangkan umur abang dengan keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, direzekikan dengan nikmat masa dan kelapangan untuk terus dapat menambah amalan dan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Moga Allah datangkan perkara yang baik baik buat abang, hari ini, esok dan selama lamanya.



Moga Allah terus memberi peluang untuk kita meniti hari tua bersama sama .....

Friday, 2 February 2018

Salam Jumaat

Salam Jumaat.....

Sejak mak mertua meninggal, abah mertua kena semput pulak, (penyakit lama datang balik) padahal sepanjang ni memang tak pernah kena, mak kampung pulak kena gata gatal macam kudis, kakak kat kampung suruh makan antibiotik ikut masa, tak nak..... sebab katanya kalau makan pil antibiotik tu dia tercirit..... 

Orang tua ni biasalah kan, kadang kadang susah jugak nak dengar cakap anak, nak anak je yang kena dengar cakap diaorang.......Aduhailah mak......

Kata ustaz Muhammad, musibah ni apabila datangnya dia menyempitkan dada. Barulah panggil musibah. Dan sabar ditimpa musibah tu pulak ialah apabila dia........... 

Silalah menonton video ni kalau nak tau selanjutnya hihi....  



Mak suka Ustaz Muhammad Amin ni, sentiasa ketawa dan ceria....

Sambil sambil tu meh lah layan, Roti Telur Goyang Sambal Tumis. Sedap oi..... Nak tau kat mana? Buat sendiri, senang je ni tapi kalau dah malas, pergilah makan kat Semangkuk,  masuk Highway Lekas exit Nilai, jumpa traffic light masuk kiri...... jalan sikit, kedai sebelah kanan....




















Thursday, 1 February 2018

Sambal Hitam Sya Juna

Salam Khamis ......

Baru teringat ada Sambal Hitam Sya Juna hamper tak berusik lagi...... Hamper Raya tahun lepas hahaha.... Jenuh belek botol cari expiry date dia. Tak jumpa! Cuba bau...... masih ok, tak de bau fungus, cuba rasa..... pun masih ok!   

                  


Wahhhhh....... dibuat dengan penuh kasih sayang rupanya. Patutlah sedap....Geng awak tak payah sebok nak cari Sambal Hitam Sya Juna ni, awak, kalau teringin, cari je dalam kuali dapur rumah awak hihihihi...... Setakat Sambal Hitam ni, awak, kejam mata pun bole masak kan!

                 


Kalau korang mengidam Sambal Hitam tahap teroks, bolehlah try contact no ni, sekarang ni semuanya mudah, delivery je...... Harapnya masih beroperasi lagilah ek Sya Juna ni! Jangan lupa ye Sya Juna 2 % untuk ai ahaha.....


                 

Makan dengan timun pun sedap, apatah lagi makan dengan nasi! Terasa masam belimbing dia, ikan bilis dia. Senang cakap, sesedap rasa ah!  Tapi tulah yang tak bestnya kat rumah ni, mak sorang yang syok sendiri!