Brownies si Gadis

Salam Selasa....

Pada suatu hari seorang perempuan sederhana tua ( perempuan sederhana tua ye, bukan perempuan tua hahahaaa.... ) telah menerima sebijik Brownies dari seorang gadis . Mula mula perempuan separuh tua itu makan sepotong Brownies itu, dikunyah perlahan lahan, sedikit demi sedikit Brownies itu masuk ke kerongkongnya. Selepas itu sepotong Brownies lagi masuk ke mulutnya..... kemudian masuk lagi sepotong Brownies. Sedap banget ini Brownies! Bisik hati perempuan separuh tua itu. Barulah dia sedar, yang memang sekian lama jugaklah dia tak menjamah Brownies....tambah lagi benda sikit, makan berebut anak beranak, memanglah sedapnya lain macam.


Oleh kerana belum puas makan Brownies, maka perempuan separuh tua itu pun mulalah menggoogle resepi Brownies, google punya google, maka terhasillah sebijik Brownies yang hitam legam ini.  Dah mendapat dua biji Brownies, barulah terasa puas perempuan separuh tua itu hihi....
 


Tapi persoalannya????? 
Antara Brownies si Gadis dengan Brownies perempuan separuh tua, mana lebih sedap? 
Dah tentulah jawabnya Brownies si Gadis sebab dahlah free, tak payah penat penat baking, terus masuk mulut hihi.... 

Moral of the story, benda free memang selalu sedap hihi...... 

Sejak kebelakangan ni perempuan separuh tua tu, asyik buat benda yang berwarna coklat coklat je ....

Kek batik ni untuk laki perempuan separuh tua tu bawak gi ofis




Comments

  1. LAMANYA TAK MAKAN BRONIES...TERKENANG KENANG PULAK CHEWY CHEWYNYA TU...AISHHH

    ReplyDelete
  2. Siapa di gafis itu?
    Tulah jangan mula makan nanti terus tidak boleh berhenti kunyah.

    ReplyDelete
  3. haha, penceritaan ala novel... i like brownies also, takut nk makan sb manis tp kalau dh makan tak reti makan sikit2......

    ReplyDelete
  4. Nasib baik wak yang dah memang tua ni tak minat cekolat

    ReplyDelete
  5. brownies antara faveret saya, tapi suka yg guna dark choc dan chewy..sedap tu brownies akk..:)

    ReplyDelete
  6. haha..kemain cerita akak..macam cerita zaman dlu..nak cerita pasal dapat dan buat bronis jer..:)

    ReplyDelete
  7. Apa pulak perempuan sederhana tua? Still young mah! Kalau Hainom sederhana tua, LL ni apa? Nenek kebayan? hah..hah... Rajin pulak buat brownies dan kek batik. Actually jalan cerita Hainom pada permulaan tu, LL teringat pulak certita zaman dulu2 - Batu Belah Batu Bertangkup. Ish seram! hah..hah,,,

    ReplyDelete
  8. Kami ni plan nak buat brownies dah bertahun-tahun. Tapi takde buat pun lagi. sudahnya kami beli je berpuluh kali. kami memang minat sangat dengan brownies

    ReplyDelete
  9. sedapnya brownies...rietta xpernah buat brownies...

    ReplyDelete
  10. sila buka order, nak rasa jugak kek batik kak nom dengan brownies tu... nampak sedap bebeno tuh

    ReplyDelete
  11. Alahai tengok pun sedap, betapa hebat penangan brownies perempuan separuh tua itu Kak Hajah.. :)

    ReplyDelete
  12. Saya pun dah lama tak buat brownies. last buat bulan lepas sebab orang order. Lepas tu tak buat dah. Tunggu anak2 minta baru buat. Kalau tidak rugi je buat. Penat diaorang tak makan,

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengna rakan-rakan blogger semud
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
  14. Lama tak singgah blog akak.. dah bertukar wajah.. Ohsem.. Memang tengah suka yang warnanya coklat-coklat ye.. hehehe..
    Sedap brownies tu..

    ReplyDelete
  15. Setuju tu kalau orang punya mesti sedap, kalau sendiri punya so - so ajelah

    ReplyDelete
  16. Nmpk sedap brownies tu. Terliur pulak.. Hihi.. Kek batik pun sedap..

    ReplyDelete
  17. Rasanya den maklum dah siapa perempuan separuh itu, yang suka brownies free tu, hehe.. Benda free kot, memanglah sedap weyh, nak buat sendiri plak kang tak berapa menjadi..kalau dpt yg free mmg tak tolak.
    Tapi kek batik tu cantik weyh kejadiannya, dah lama juga tak membatik ni. Anak2 den suko mende ni.

    ReplyDelete
  18. ahahah yang free memang sedap gi tapi yang buat sendiri terasa kepuasannya..

    ReplyDelete
  19. Rajin hang berbrownies ye nom..
    Den Ada lah beli masa Raya Aidilfitri itu Hari.. boleh tahan harganya Kan.. tak dpt pulak yg free hahahaha

    ReplyDelete

Post a comment

Popular Posts