Salam Isnin sahabat......
Baru balik dari mendobi ni! Jenuh nak melipat baju 4 bakul weyh! Kak Tonnnnn tolong lipat! Katanya melipat baju ni faveret Kak Ton kan......
Tulah tu, kalau balik kg jer, balik sini mesti kain baju macam bukit..... Huh! Nyampah tau....
Macam mak pulak yang kawenkan anak baju sampai menggunung yek ......
Mak balik kampung meraikan anak sedara mak nilah. Anak kakak no 4. Rasa macam baru semalam budak ni jadi Flower Girls mengiringi mak! Tak sangka, hari ni, dia pulak yang jadi pantin! Sekejapnya masa berlalukan...
20 tahun yang lalu....... sebelah kanan tulah orangnya, sebelah tu anak sedara jugak, anak abang....
Masa ni, Pengantin mak kat mana..... pengantin mak kat mana? Tak Payah di tanya!! Pengantin masa ni togel hihi....
Dah namanya Mak Sedara pengantin kannnn... of course lew 'over' haha ....... Rasa macam nak sanding balik jer, sewa baju pengantin trend terkini tau hikhik....
Oklah .....mak buh gambau over yang sopan sikit. Maklumlah Jiran sebelah dah sound awal awal. Dia kata mesti mak nak tempek gambau asyik mahsyuk ngan Pak Jilap atas pelamin..... Of course hokay!!! Tapi bukan sekarang, kasi peram dulu hihi....
Buat anak sedaraku Roslinda Hani dan pasangannya, Basri......
Bik Nom ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga ikatan kasih kalian kekal bahagia hingga ke Jannah. Siramilah istana kalian dengan iman. Berkasih sayanglah kalian sebagaimana kasihnya Nabi Muhammad dengan Saidatina Khadijah.
Cintailah pasanganmu kerana Allah, kerana percayalah, Allah telah mengirimkan dia untuk menjadi khalifah dan imammu.
Udah.....udah......cukup cukuplah berucap tu mak hihi.....