Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 18 January 2019

Pusing taman

Salam Jumaat korang....

Moga Allah memberkati dan mudahkan urusan korang semua hari ini..... amin! Masih bermalware lagi ke blog mak hari ni?

Hobi baru yang dapat dikenal pasti sejak masuk tahun 2019 ni. Pusing taman! Tak percayalah tu kan dengan azam baru mak ni! Kasi bukti sikit sebelah kaki hihi..... Doa doakan lah ye moga istiqomah..... 


Kalau ikutkan malas jugak sebenarnya, tapi apakan daya mengenangkan lemak yang semakin menjadi jadi tak hirau orang ni, terpaksalah paksakan diri ni jugak wei huhu....


Jadiklah...... dari pukul 7.30  sampai pukul 8.15 dapat 7 round.... keluar jugaklah peluh kan. Kalau duk rumah pagi pagi tu, berkemungkinan besar mak dah terbongkang atas sofa hihi....

Jangan jeles ek pagi ni mak dah 6000 steps 😎.





Sambil menghayun kaki, sambil ambik gambo. Manalah tau jadi foto terbaik Asia. Tak pasal pasal mak glemer  hahahhaa.....



Tengok bunga Telang ni teringat blog Kak Nor


Bukan cuma Bunga Telang aje yang tumbuh, tumbuh jugak duit Rm50. Siapalah yang tercicir agaknya tu? 



Monday, 14 January 2019

Buat apa hujungg minggu?

Salam Isnin...

Korang perasan tak?  Sekarang ni panas dia bukan main lagi wei!!! Terasa macam menggigit gigit kulit! Ikut hati nak aje melingko lengko dalam bilik ayaq.....Tapi apakan daya mak hanya manusia biasa bukan ulaq hahahaa....

Kemana korang hujung minggu baru ni ?

Mak tahun ni dah pasang niat tak mau ponteng kursus haji dah! Tahun lepas tak dapat pergi sebab bizi dengan parent in law yang keluar masuk sepital. Tahun sebelumnya pun, kursus macam main main, minggu ni datang, minggu depannya ponteng. Tak serious!  Astaghfirullahal azim.... Dapat panggilan Haji tahun ni baru padan muka mak tau hihi...

Tambahlah bersemangat bila ada jiran yang pi kursus sekali. Adalah jugak geng makan kuih masa break pukul 10 tu. Tak delah makan apam kat tiang masjid sorang sorang hihi.....
Bila selfie dan menjadi sawan! hihi.....

Pi masjid kita capai tudung sarung ajalah, leceh nak melilit.....

Balik kursus haji si bongsu ajak ke IKEA cari frame.... nak framekan lukisan yang dia lukis katanya.... Biasalah ayah dia, asal anak dia ajak, mesti mau punya. Mak apa lagi .... tumpang sekali. Dapat makan meatball dengan ayam goreng IKEA pun jadiklah. Sedap tu wei!!!

Kat gudang IKEA pun jadik hahaha.... 


Ahad tengahari dah pi mengambik anak pulak. Sekejap je dah habis Semester 1. Semester depan dah kena duduk kat luar pulak..... Budak pompuan, barang dia bukan main lagi, pergi 1 bonet kereta, balik kalau boleh nak sewa lori.... adoiyaiii ....

Babai bilik hostel!!!




Friday, 11 January 2019

Sup Seaweed

Salam Jumaat korang.....

Mak muncul lagi hari ni hihi...... 
Terima kasih korang kerana masih lagi sudi berkomen di sini. Masih ingat lagi rupanya korang kat mak ek! Entri ni sebenarnya dah lama dalam draf..... cuma biasalah kan, bila sawan ketum mak dah mai, apa pun jadi huru hara hahahaa....

Ada Malware ? Virus kah itu? Dah 2 orang report benda sama. Alamak apa nak buat ni??Terima kasih Yaya Azura ngan Mrs A.

Korang pernah tak makan sup seaweed ?
Pelik kot seaweed dibuat sup! Kalau seaweed yang dah dikeropokkan tu pernahlah makan. Kisahnya ada satu hari ni, si bongsu sebok mengajak mak cari Dried Seaweed, nak buat sup katanya. Apalah ko ni dik pelik bebeno permintaan. Macam tak de benda lain nak disupkan. Ni mesti adalah Joong Fuk ke Jo Oon ke geng BTS ke makan sup Seaweed dalam drama Koya ni kan...

Jadi mak mak ni, memang tak sampai hati kalau tak tunaikan permintaan anak kan..... Maka, pusinglah mak dua beranak mencari Dried Seaweed kat Tesco.Cenggini je rupanya Dried Seaweed.....
Dried Seaweed
Selalu je mak nampak benda ni, cuma sebelum ni tak pernahlah ambik tau apa ke bendanya kan. 

Kalau korang rasa nak cari Seaweed ni, ada je kat area rempah rempah cedok tu. Seaweed dah siap pack pack macam ni harga dia Rm7 ringgit dalam 500 g gitu.

Balik Tesco, tak menyabo nyabo anak dara sorang tu masuk dapur.  Mentang mentanglah dia yang teringin. Cuba mak yang teringin? Sah sahlah mak pulak yang tak menyabo nyabo masuk dapur hahaha... Kalau tengok Youtube memang macam macam versilah kan.... ada yang buh mushroom, ada yang buh daun bawang.... tapi mak punya sup ni togel je hihi....




Jadinya mak ikut resepi yang paling mudah ajelah hihi........

Bahan bahannya :
1) Dried Seaweed -
2) Daging
3) Bawang Putih
4) Minyak Bijan
5) Kicap - mak guna kicap manis
6) Garam , gula secukup rasa

Rendamkan seaweed, basuh dan toskan.... Kalau tengok kat Youtube, seaweed yang diaorang guna, warna hijau, nampak macam fresh. Seaweed kita hitam. Huh.... hitam pun hitam lah hihi



Lepas tu potongkan  daging mengikut cita rasa kita, nak cepat masak, potong saiz kecik kecik...



Panaskan minyak bijan tumiskan bawang putih yang telah di racik halus... tunggu bawang putih kekuningan, masukkan daging, kacau daging sampai daging bertukar warna. Masukkan sedikit lada hitam, masukkan kicap. Masukkan air dan rebus daging sehingga empuk. Last sekali masukkan seaweed. Seimbangkan rasa sup dengan garam  dan gula. Siap!

Sup Seaweed

Nak sangatkan makan Sup Seaweed....... habiskan dik hahaha......
Rasa dia sedap ke? Kalau orang suka Seaweed sedaplah kan.... Kalau orang tak suka, tak sedaplah jadinnya. Tekak mak OK aje..... maklumlah tekak bullldozer hahahaa....


Thursday, 10 January 2019

Salam Tahun Baru 2019

Salam Tahun Baru 2019 .....

Pejam celik, pejam celik, dah bertukar tahun  2019 rupanya. Mak masih bermimpi lagi hihi....Lama betul tak menjengah blog. Last entri bulan Disember, itu pun cuma 1 entri. Patutlah terasa lamanya menggua hihi...Ni semua gara gara menjangkit Kak Tonlah ni! Hish....

Apa khabar korang semua? Harapnya korang sentiasa sihat dan ceria di bawah lindungan Allah hendaknya. Mak, macam ginilah..... macam tahun yang lepas lepas jugak hihi.... Semakin membeso dari hari ke sehari. Tak maun pulak turun. Malaslah nak fikir, gasaklah wei!

Korang mesti sebok ngan anak anak masuk sekolah kan? Mesti cuti..... pas tu hantar anak ke sekolah. Kalau mak dulu dulu first day tiap tiap tahun wajib beratur depan kelas anak bayo yuran. Sekarang dah tak de kan.Yang anak baru masuk darjah satu mesti tunggu kat kantin, pas tu kejap kejap mesti intai intai anak  kat cermin kelas. Betul tak?

Sekarang ni mak dah tak de anak kecik yang nak diintai.... intai Pak King  ajelah nampaknya hihi...

Abang dah final semester tahun ni, tengah ready nak buat tesis. kakak sekarang tengah final exam, Ahad ni last test, pas tu dah cuti semester. Semester depan dah kena duduk luar. Nasiblah dah dapat rumah sewa. Si adik pulak dah tingkatan 4. Ambik aliran yang sama macam kakak, Perakaunan. Cita cita adik bukan calang calang wei.... nak belajo kat luar negara! Pak King gitulah.....hari hari  ulang alik cari nafkah nak membesokan bini hihi...

Macamanalah Pak King tak  membeso, makan nasi goreng nak yang Sotong Banjir aje hihi.....Nasi Goreng Sotong Banjir hanya di Ipoh wei! Harga Rm 18.90 kalau tak silap..... Kisahnya makan ni masa pi hantar si abang balik Seri Iskandar minggu lepas, mak tidur semalam kat Ipoh.

Nasi Goreng Sotong Banjir
Mak makan ni aje hahahahaha...... Macam tak percaya je 🤔

Rojak sotong kangkung
Makan kat sini. Apa ke nama tempat makan ni.....entahlah wei. Tanya orang Ipoh mesti tau....