Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 26 May 2017

Salam Ramadhan Kareem

Salam Jumaat, 

Salam Ramadhan Kareem untuk semua. Esok, jangan buat breakfast pulak hihi..... Nak buat breakfast boleh, tapi buat pukul 5 pagi ek hihi.....

Semalam rasa lemau sungguh. 2 - 3 hari ni rasa badan tak berapa sihat. Mula tu si TLBD yang bersin bersin. Maknya membebel..... Ha tulah.... minum ais tak ingat dunia, sekarang dah seme, dahlah time tu tengah pereksa. Sekarang sapa yang susah? Diri sendiri jugak yang susahkan. Esoknya, mak pulak yang bersin bersin. Badan sakit sakit. Nak kata demam, tidak! Adoiyaiiii kena daulat anak pulak dah haha....  Dugaan menjelang Ramadhan nampaknya. Allah nak menghapuskan dosa dosa kecil. Sebaik baiknya adalah redho.....

Semalam bezday si Angry Bird. Kebetulan sama tarikh pulak dengan sahabat blogger jiran depan rumah, Cahaya Hidupku. Happy Bezday Yati! Moga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah. Senyap je hang kat bilik whatapps semalam. Party tak habis lagi ke? Hihi....

Buat anakanda Angry Bird,
Happy Bezday dik....
Moga adik panjang umur, murah rezeki diberikan kesihatan yang baik , menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat.


Mehlah ibu belanja makan kek. 
Nak buat kek sendiri, tak tentu jadi macam kek yang dia nak. Manalah mak reti weyh nak buat kek berlapis lapis macam tu ha? Daripada membazir bahan, eloklah kita beli je hihi.... Dah tentulah sedap!


Tak berapa hari lagi adik akan jauh dengan ibu. Lepas sorang, sorang lagi anak ibu akan pergi.  Tak ada dahlah teman ibu bergaduh nanti, tak ada dahlah tangan yang akan suapkan makanan untuk suruh ibu rasa. Tak adalah orang yang boleh ibu harap untuk tolong ibu masak sayur huhu....... 

Ahhhh...... sure ibu akan rindu adik nanti. 




Wednesday, 24 May 2017

Dia

Salam Rabu....

Mak baru balik dari IPG ni. Korang tau tak apa tu IPG? Institut Pendidikan Gurulah weyh. Alahhhh...... mak gi interview hihi...... Huh! Umur dah maghrib ada hati nak interview guru! Harus siang siang si Maghrib ni dah kena reject kikiki.....

Sebenarnya mak jumpa Dia..... 
Ha'a dia yang mak tak pernah jumpa sebelum ini. Dia yang mak kenal cuma dalam alam maya. Dia yang mak sembang cuma dalam whatapps. Dia yang sangat sangat pemurah orangnya. Dialah yang bagi mak Pemanggang Ajaib satu ketika dulu. Sampai mak kena sawanlah. Sawan panggang ayam hihi.... Dialah jugak yang bagi mak broochDia jugaklah yang bagi mak Jug Raya tahun lepas. Semuanya dari dia.  Aduhhhh..... malu sih!!  Asyik menerima aje, bila mau memberinye....

Pandai posing nampak hihi.....

Dan tadi, mak dapat perfume lagi.......Aduhhhh nikmat apakah yang mak nak dustakan ini?


Pertama kali ni tau jumpa dengan Dia di dalam pertemuan antara yang dirancang dan tidak dirancang. Pemalu orangnya, lembut suaranya, kecik molek dan manis orangnya. Aduhhhh sekali lagi ai is malu hokey!!! Memang jauh panggang betul dengan si makcik sebelah tu kikiki..... Makcik tu dahlah godang, sawan pulak tu haha...

Ajak makan, tak mau..... katanya tak selera sebab anak tengah interview. Emmm.... patutlah awak slim macam model ye geng.

Sudahnya dating dalam kereta ajelah. Adoiyailah umi ni, memang betul betul risau nampaknya memikirkan anak manja nan sorang katanya. 

Tak sangka akhirnya kita dapat jumpa ye geng..... Berjumpa di bulan Syaaban . Apa pun semuanya telah dirancang oleh Allah. Moga ukhwah yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke Jannah. 

Sampaikan salam sayang kita buat anakanda Alya yang comel tu ye.


Thursday, 18 May 2017

Pagi semalam yang bizi

Salam Khamis....

Semalam mak sangatlah bizi sampai tak sempat masak hihi..... Alasan sangat ke idok tu?

Si Angry Bird dah decide nak ke Matrikulasi. Okay......mak follow aje! Ko yang nak belajar dik! So semalam pagi, pergi Bank Rakyat nak buat akaun bank. Nasiblah senang nak dapat parking! Ini masalah utama sebenarnya sebab tu kena pergi pagi pagi hihi..... 

Orang bank tu tanya bawak surat beranak tak? Memang taklah.... so memang tak boleh buatlah. Sudahnya balik free free je. Kira macam berjalan jalan ke Kajang di pagi hari jerlah kekdahnya. 
Balik tu singgah pulak BSN buat pembayaran pendaftaran. Yang ni nasib settle. Lepas tu ke Imkeda pulak nak booking test ulangan JPJ. Tarikh terdekat dah penuh, so ambik tarikh masa cuti Matrikulasi bulan 8 tu ha. Hari tu parking tak lepas! Nasib jalan raya lepas. Mahal jugak Test Ulangan JPJ ni, Rm212 henggit hokey. Lain negeri lain jumlah rupanya tau. Macam kat Batu Pahat baru Rm90 henggit. Cenggitu pulak ek.

Harap harap luluslah lepas ni dik oiii....

Balik rumah laju laju mengejarkan si TLBD nak ke sekolah. Nak senang, kita beli ajelah lunch.
Mak makan pecal ni aje dengan ayam golek lebih petang semalamnya. Kenyang juga makan sayur ni rupanya weyh. 


Betullah geng....2, 3 hari ni, duit mengalir memang macam air terjun nampaknya! haha....

Wednesday, 17 May 2017

Cendol di Seri Iskandar

Salam Rabu...

Kalau Jiran Sebelah mak makan Lobster di Hari Ibu, Pak Jilap bagi mak Cendol je weyh di Hari Ibu.... Bang, nak Lobster jugakkkkk.....haha....


Asal datang Seri Iskandar ni, mak memang tak akan lepaskan peluang minum cendol kat Mr Cendol ni. Nak kata sedap sangat tu tak delah.... biasa biasa aje sama je macam cendol yang lain, tapi yang istimewanya cendol kat sini,  gula merah dia buh asing. Ikut suka kita nak letak banyak mana. Nak buh satu botol pun boleh....

Amboih bang.... makan cendol special sorang sorang nampak! Siap ada ice cream lagi! Ni hari Bapa ke Hari Ibu ni???


Mana mana yang datang Seri Iskandar ni bolehlah try ye. Kedai ni dekat Billion Seri Iskandar sebelah D Hotel!


Teruk betul memek muka gadis gadis Cendol ni, bikin spoil makcik Cendol haih!....


Den punyo! Cendol Kacang Merah! 


Tuesday, 16 May 2017

Dilema 4 tahun lepas berulang kembali

Salam Selasa.....

Sabtu baru ni mak hantar abang balik U. Si abang ni dari bulan Januari lagi cutinya..... Mengeram lelama kat rumah bukannya ada hasil pun, elok sangatlah mak hantar balik hihi...... 

Ya Allah ku serahkan anakku dalam jagaanMu......  Peliharalah dia sebaik baiknya, moga kau berkatilah setiap langkahnya. Aminnn.... 


Lepas ni giliran Angry Bird pulak. 
Tawaran UPU, Matriks dah dapat. UPU dapat Diploma - Sistem Maklumat Perakaunan, Matriks pun Perakaunan jugak.  

Cuba cakap dengan mak, kalau korang jadi mak, mana satu nak pilih???? 
Nampaknya dilema 4 tahun lepas berulang kembali! Sekejap rasa nak ambik Matriks sekejap nak ambik UITM. Hish.... pening ah! Malas weyh nak fikir, berserabut kepala mak. Kang mak stress kang, tak boleh nak masak kang..... ha macam mana?? haha..... Alang alang kepala Pak Jilap dah terlanjur berserabut tu, kita serahkan ajelah pada Pak Jilap untuk menganalisa semua ni hihi..... . Tugas mak menyokong dari belakang, cukupppp! Boleh tak gitu?  

Nampaknya mak berbuka puasa bertiga ajelah tahun ni. Jangan sangka mak tak ada selera pulak hokey!!! Bab bab makan ni, makan sorang sorang pun jadik! hihi......


Sunday, 14 May 2017

Selamat Hari Ibu


Salam Isnin...

Selamat Hari Ibu 
untuk semua insan yang bergelar mak, ibu, mommy, umi dan apa apa ajelah panggilan pun. Den panggil mak je...

Penuh ucapan Hari Ibu dalam whatapps group mak semalam weyh.  Maklumlah group whatapps mak mak katanya...... Walaupun, ustaz cakap, hari hari adalah Hari Ibu, bukan cuma hari ini aje, tapi tak kiralah weyh, mak nak jugak memeriahkan suasana hihi ......

Omak den tak mau senyum, tak po haih!.... Janji den sonyum. 


Terima kasih mak kerana menumpangkan rahimmu untuk kami duduki selama 9 bulan 10 hari. Mak bawa kami
 ke hulu ke hilir tanpa pernah mengeluh. Bertarung nyawa melahirkan dengan penuh harapan agar kami menjadi anak yang baik. Berhabis dalam membesarkan kami. Mendidik kami dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu.

Mertuo den.....


Setiap karenah kami mak layan dengan penuh sabar. Biarpun ada kalanya kedegilan kami cukup menguji, tetapi mak tak pernah membenci.

Kami tahu mak, kasih kami ini tidak akan pernah setanding dengan kasih mak. Kasih mak hingga ke syurga.... moga kasih kami kepada mak juga sama.

Selamat Hari Ibu untuk diriku sendiri jugak....


Doa ibu sentiasa mengiringi anak anak ibu.... I love you, anak anak ...



Tuesday, 9 May 2017

Makcik Karipap

Salam Selasa......

Sarapan apa pagi ni korang?  Ada orang tu sarapan Nasi Lemak Hijau hokey!! Mak sarapan karipap je. Karipap beli dengan geng sekolah pakai tudung hijau tu. Bukan dia yang buat, jiran dia jual. Belinya tu sebab viral dalam group Whatapps kitaorang, katanya karipap jiran geng sekolah ni sedap. Si hantu karipap ni pun apa lagi, pantang dengar karipap sedap, nak jugaklah merasa. Beli tak mau sikit sikit  weyh, beli terus 10 bungkus! Nampak sangat halobanya di situ haha.....  Takkanlah nak beli 2 bungkus pulakkan. Kesian tau kawan mak, Dahlah tolong hantar.....

Gambar karipap, tak ada! Gambar makcik dan kengkawan adalah haha.... 
Sakan posing, mentang mentanglah  Pak Jilap kerja hihi......


Haibat sungguh kuasa viral ni ek! 

1 bungkus ada 10 biji. 1 bungkus pulak cuma Rm5 henggit. Awak dah tak payah nak mengopek kentang, tak payah dah nak mencanai tepung. Cuma perlu nganga mulut, lepas tu ngap!Tu pun nak banyak komplen ke??

Mak nak tido jap hihi.....



Tokey karipapnya sorang, yang jadi pengiring punyalah ramai. Rumah mak dah jadi macam Karipap Centre pulak haha..... 


Makcik Karipap haha.....

Monday, 8 May 2017

Trending

Salam Isnin korang....

Lama betul ai tak memblog..... Ada yang rindu tak? Apa? Tak ada langsung? Hish..... nyampah ah kalau cenggini!!!....

Tinggal tak berapa hari lagi dah nak Ramadhan ek. Ada yang dah soping baju Raya ke? Ke masih lagi confuse nak pilih warna tema Raya tahun ni?  Tak payahlah tanya mak, sebab mak memang tak prepare satu hape pun.  Lainlah  Kak G. Semalam Kak G dah soping baju Raya hokey.   Kak G oh Kak GGGGGG......mana baju Raya? Nak tumpang tengokkkkkk.....

Tahun ni pesen apa yang trending ek? Kebarung ke? Mehlah share.....  korang yang bekerja mesti lebih tau, yelah...... banding dengan mak yang terperap kat rumah ni.  Mak ni nak kata ikut pesen, tak delah ikut pesen pun. Dah kilauan ...... duduk ajelah diam diam hihi.....  

Yang ni jugaklah tetap trending kalau balik Muo.... Apam Bulat inti Kacang Merah!

Susah nak dapat kat tempat lain ni tau, waima kat Batu Pahat pun. Kat KL, kalau ada pun, inti jem nenas..... Kurang power ah! Sedap weyh makan panas panas. Dahlah apam dia gebu gebas, pas tu lembut pulak tu..... aduhh terliur pulak tekak den!


Ada orang tak suka kacang merah ek. Tapi nak buat macam mana,  mak suka hihi......