Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 27 April 2017

Singgah Butik Online

Salam Khamis.......

Teringin pulak nak buat bubur lambuk. Hari hari Khamis cenggini, kita masak yang ringkas ringkas sudahlah....ye tak? Banyakkan berehat hihi......

Kejadian masa balik Genting Highlands hari tu. Singgahan pertama....... Sebab apa singgahan pertama?Sebab ada singgahan kedua dan ketiga haha.... Sampai malam baru mak jumpa jalan pulang you! haha.....

Singgah butik online dekat dataran Melawati. Apa ke namanya, mak lupa pulak! Misslilyshop ke hape tah...... Budak budak sekarang ni tau ajelah! Skodeng kat Instagram le tu. Lama dah si Angry Bird ni cakap pasal kasut yang dia minat sebenarnya. Tapi mak buat dek je.  Mak bab soping soping online ni memang tak reti weyh! Bukan apa, malas je nak mulakan! Takut kalau dah sawan kang......Pak Jilap pulak yang menangis nanti hihi....

Sekarang memang banyak butik butik online macam ni ek, kat Bangi banyak! Cuma malas je nak pergi, sebab tak de saiz ai haha...... Penat mata tak dapat beli, rugi tau! 

Harga pun tak delah mahal sangat. Dalam Rm 39 henggit sehelai blouse. Kira rate biasalah tukan.....
Si kakak beli kasut, dia pun nak beli jugak huh...... Lastnya beli blouse beropol kat tangan. Sebab dia tengok Vivy Yusof pakai cantik katanya. Vivy tu sapa, adik tu sapa! Haih!.... Macam nak menari samba adalah.....! Dah beli ni, ko jangan tak pakai sudah dik!

Beg beg berbunga dan berbulu cenggini kalau  remaja yang pakai, cantiklah kot. Ini apa hallah pulak makcik kilauan sangkut kat bahu ni! Buang tebiat ke hape haha...... 


Kasut yang diidamkan anak daraku.....

Wednesday, 26 April 2017

Kimchi untuk den

Salam Rabu.....

Tekak ku kepingin Kimchi tetiba! Salahkan aje Kimchi Untuk Awak. Senang cerita! Sebab tak pernah rasa Kimchi sebelum ini, maka mak rasa inilah Kimchi yang paling sedap setakat ni hahaha.....   



Google punya google jumpalah Resepi Kimchi...... Benda benda simple gini mak memang suka. Bahan dahlah tak banyak,  pulak tu cuma perlu gaul gaul aje. Biasalah....... resepi, resepi jugak, tapi bab derhaka pun derhaka jugak.....

Tak ada cili serbuk mak guna cili blend aje. Didihkan dulu atas api bagi masak dan kering air dia. Kobis Cina pulak mak tak peram pun. Resepi tak ada lemon, tapi mak letak...... Derhaka tahap apa pun, entahlah. Lantaklah Mak Jilap, janji bahagia hihi.... 

Kalau bangsa kita, Kimchi ni macam Acarlah kot ek! 

Kimchi ni sedap makan dengan apa ek? 

  


Tuesday, 25 April 2017

Pucuk Labu bikin berpeluh dahi

Salam Selasa....

Hari Ahad mak ke Genting Highlands. Jangan tuduh mak kuat jalan pulak! Tu ha! Pak Jilapah yang mengajak. Dia tu kan pantang duk rumah kalau hari cuti! Kaki gatal aje nak berjalan hihi...... Teringin nak naik Cable Car yang baru katanya. Mak apa lagi, dah katanya sama naik! On ajelah kan! Hihi.....

Pergi balik naik Cable Car. Kasi Pak Jilapah puas dalam Cable Car haha....  Senang jugaklah naik Cable Car ni, sebab tak payah nak seksakan engin kereta ramp sampai puncak genting tu. Kalau ikutkan, persekitaran station Cable Car kat Awana tu masih dalam pembinaan lagi. Tak taulah macamana pulak boleh open untuk public!. 

Tak lama pun kat sana, sebelum zohor dah turun. Balik tu singgah beli aiskrim stroberi dekat stroberi farm tepi jalan yang dah tak berapa nak hidup tu. Terjumpa pulak sayur Pucuk Labu ni.


Sayur sayur macam ni memang jarang sangatlah jumpa kat rumah ni. Bukan tak suka, tapi budak budak tak reti nak makan. Tu yang malas nak beli tu. Orang Bangladesh yang jual sayur ni cakap batang yang keriting tu tak boleh makan. Ye ke? Jenuh weyh mak menggoogle 'macamana nak siang pucuk labu!' semalam......   

Petua nak menyiang pucuk labu hasil dari carian google  :
Siang Pucuk Labu macam biasa, macam kita menyiang sayur bayam tu cuma ..... 

1) kata Gee Hut gentel gentel daun labu biar gugur bulu bulu dan daun jadi lembut bila di masak.
2) buang sedikit kulit luar batang pucuk labu sebab katanya bulu bulu tu boleh buatkan batuk
3) jangan makan batang yang keriting, yang ini abang Bangla yang cakap haha..... 

Orang lain masak pucuk labu digandingkan dengan buah labu, mak masak pucuk labu ganding dengan tomato ajelah haha.....

Belasah ajelah weyh.....

Masak lemak putih macam ni kalau di gu kan dengan ikan goreng dengan sambal belacan, memang bikin berpeluh dahi hokey!!!

Friday, 21 April 2017

Hanya kerana suapan sesudu Olive Oil

Salam Jumaat....

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, mak nak merapu kisah ke pangkal jalan sikitlah ye. Nak banyak kenalah terjah blog Yati, Cahaya Hidupku, tak pun terjah blog Mak G. Kat sana banyak kisah kisah teladan mencuci jiwa. Kalau korang terjah blog Kak Ton...... huh lebih kurang  2 x 5 jelah dengan blog mak ni, merapu meraban tak hingat dunia haha...... 

Yelah..... mak ni pun kadang kadang sedar diri jugak, asyik merapu luar landasan je, naik menyampah agaknya korang layan ek....

Hari tu mak suruh Pak Jilapah check gula dengan kolestrol kat farmasi. Yelah sejak sejak diri sendiri dah check hari tu dan keputusannya kurang membimbangkan, berkobar kobarlah suruh orang pulak check. Cuba kalau keputusan diri sendiri hari tu membimbangkan, harus ontok ontok jer haha.....

Lanjutan dari situ, selain daripada mak bagi Pak Jilapah minum Toco Oats, dah seminggu jugaklah mak bagi Pak Jilap minum Minyak Zaitun/Olive Oil. Sesudu pagi dengan sesudu malam. 

Waktu pagi, mak letak atas meja macam ni, Pak Jilap minum sendiri. Pepagi tak kuasa nak bermanja manja haih haha..... 


Waktu malam, sebelum tidur tu, mak yang suapkan. Dia cuma perlu nganga mulut je, Hish....syok betul jadi laki nikan..... Tapi tulah, kekadang tu malas jugaklah nak menyuapkan walaupun kerja senang macam ni, berbisik bisik syaitan dalam hati mak ni suruh Pak Jilap makan sendiri. Biasalah kan.....benda baik, walaupun senang, memang banyak hujahannya. 

Tak perlah..... mungkin benda nilah yang akan buat dia terkenang kenangkan mak bila mak dah tak de nanti huhu..... tetiba pulak sedih! Dan, manalah tahu hanya dengan suapan sesudu Olive Oil untuk suami tercinta katanya, Allah ampunkan dosa dosa mak...... 

Siapa tahukan..... 

Thursday, 20 April 2017

Don't blame blame ha....

Salam Khamis.....

Tengahari semalam semalamnya mak tak masak, beli nasi ayam aje, ayam lebih! Beli 2 bungkus. Satu untuk si bongsu, satu untuk si sulong. Si tengah nak makan maggi katanya, si emak diet, eh......eh..... yang tu memang propa sangat haha.....  Semalam pun mak tak masak, beli 3 bungkus Nasi Lemak, satu bungkus Nasi Kerabu. Nasi Kerabu tu gue yang punya..... 

Aduhhhh macam tiap tiap hari pulak tak masaknya ek, haha..... Bukan tak masak langsung hokey, petang tu mak masaklah, kan abang Jilap nak makan...... 

Inilah dia rupa Nasi Ayamnya. Nasi Ayam Penang nama gerai dia. Rm8 henggit ko. Sedap ke tak, mak tak rasa pun. Alah.... kalau dah nama Nasi Ayam apalah yang lain rasanya. Semua sama je kan. 


Bercakap pasal nasi ni, semalam mak baru beli beras. Beras sudah mau habis woooo. Orang tua tua cakap, rumah jangan sampai keputusan beras, nanti rezeki mahal. Ye ke? Dalam pada tak percaya tu, takut jugaklah kalau rezeki mahal. Terus pergi Aeon beli beras haha..... Ambik yang 5 kg dulu, sudahlah! 

Ada separuh orang, memang cerewet bab beras ni. Tak main beras beras biasa ni, kena beras wangi jugak. Tapi memang tak dinafikan weyh.... beras wangi memang sedap! Cuba tanya orang Kelantan! Cik Nor mesti tau!

Mak, semua jenis beras pun bedal haha......Kadang beli Jasmine Super 5, kadang beli beras Cap Rambutan, kadang beli beras Jati. Pukul rata jelah senang cerita haha...... Tak denya kekal dengan satu satu keluaran.  

Korang pulak macamana?  Korang selalu beli beras apa?


Jemu makan beras, hari ni nak makan mee hoon pulak.  Siapa kata mak malas masak? Don't blame blame ha.....

Wednesday, 19 April 2017

Onyeng, Luna dan Daisy

Salam Rabu......

Mak ni bukanlah pencinta kucing sangat pun. Setakat gitu gitu aje bolehlah..... Buat masa ini, hati mak ni belumlah terbuka lagi nak menyelamatkan kucing kucing gelandangan yang sakit tepi jalan lagi. Tak taulah esok lusa, manalah tau tetiba mak jadi pengerusi badan amal NGO kawasan Cheras pulak haha..... Lainlah macam Hayati Ghazali yang berhati mulia, sudi merawat kucing sakit tak mengira bulu, macam Aby atau pun macam Noe Suhaimi

Kat rumah ni, yang Cats lovernya dah tentulah anak anak. Mak, jadi Human lover sudahlah haha..... Kucing kucing yang ada kat rumah ni pun semuanya kucing yang mendatang. Datang depan gatelah, jumpa dalam paritlah, timbul atas tayar keretalah....... Haih!! Macam macamlah kekdah penemuannya.  Sekarang ni Si Onyenglah kakak kawasan dalam rumah ni. Garang weyh dengan adik adik! Tak boleh berjumpa! Nak berhentam aje kerjanya. Stress kot...... dah ada saingan. Mak rasa peranakan dia ni kurang suburlah. Yelah..... setiap kali mengandung mesti gugur. Tak sempat nak jadi anak kucing.


Mak ni memilih bulu jugak kalau nak bela kucing sebenarnya hihi...... Jenuhlah berangan kot kot ada kucing Persian bulu gebu gebas yang tersesat dalam parit depan rumah. Nak jugak bela seekor lagi. Tapi Si Luna Maya pulak yang munculnya. Nasiblah bulu ko cantik Luna weyh!


Si Luna ni mak jumpa dalam parit depan rumah. Mengeow ngeow tak berhenti, mintak tolong. Betina jugak...... Nakal bukan main, tak boleh nak belai langsung. Nak menggigit je kerjanya. Kalau orang ni, masuk kategori tomboy ni haha..... 



Baru baru ni, datang pulak Si Daisy ni. Duduk atas tayar kereta mak, depan rumah jugak. Mula tu tak delah hairan sangat tengok Si Luna bergaduh dekat dengan kereta. Rupanya dia bergaduh dengan anak kucing, dahlah tu jenis bulu gebu gebas macam kucing parsi pulak tu...... Sayang pulak tak ambik! Betina pun betinalah....

Dan dan tu jugak terus cari sangkar. 


Ecehhhh........ style tak kita posing tengok tepi? Haha....




Monday, 17 April 2017

Mengeram

Salam Isnin....

Kemana korang semalam? Mengeram kat rumah ? Mengeram kat shopping mall ?  Atau mengeram kat rumah orang? Haha.....

Mak mengeram kat rumah orang....... haha......Mengeram kat rumah anak sedara aka Tokey Biskut Raya . Melawat abang ipar sebenarnya. Abang ipar ( bapa Tokey Biskut Raya ) ni, baru masuk bateri jantung dia. Tulah tu, bila dah sakit sakit gini, rasa beruntung pulak kalau kita kerja gomen. Masuk IJN, pasang bateri, tak payah bayar satu sen pun, semua cost perubatan ditanggung sepenuhnya. Abang ipar mak ni pencen cikgu sekolah agama dulu.   

Yang kiri tu kakak sulung. Yang kanan tu dah tentulah Tokey Biskut Rayanya. Perbezaan umur mak dengan kakak sulung mak tu 26 tahun hokey.... Biasalah orang dulu dulu, anak dalam pantang, nenek pun nak dalam pantang jugak haha......   

Balik dari Rawang, sambung pulak mengeram kat shopping mall ni hihi.....  

Thursday, 13 April 2017

Cinta Kolestrol

Salam Khamis....

Mak sebenarnya kalau bab bab jumpa doktor, check tekanan darah, ambik darah, memang takut ye. Bukan takut dengan doktornya tapi sebenarnya takut tang nak dengar resultnya tu. Tapi yelah..... nak tau kita ni sihat ke tak sihat, kenalah check! Kalau tidak macam mana nak tau?

Masa bersembang dengan kakak kat kampung, dia katalah kolestrol dia tinggi, kencing manis ada, darah tinggi pun ada tapi terkawallah sebab dia makan ubat. Sebok dia suruh mak check darah jugak. Hish! Dia tak tahu ke adik di ni pengecut orangnya! Seram hokey nak check! Kang tetiba kolestrol 10, kencing manis 13, ha macamana??? Kang mak tak enjoy makan pulak kang! Baik tak payah tau, tak susah hati huhu.... 

Dia cakaplah sekarang ni dia makan Oat Grain 35. Yelah, oatkan memang terbukti bagus untuk kolestrol. Mak sebenarnya kadang kadang makan jugak oat, tapi Oat 3 in 1lah hihi.....Oat yang bancuh sendiri,  macam tak boleh masuk pulak tekak ni. Berlendir weyh....


Dalam diam diam sebenarnya mak termakan jugaklah nasihat kakak. Takut jugak sebenarnya. Maklumlah umur umur hampir maghrib macam mak ni kan. So, lepas hantar si TLBD ke sekolah semalam, mak terus kona ke AEON. Cari Farmasi. Mak sebenarnya kalau bab nak check darah ni lebih suka pergi sorang sorang. Tenang jiwa tak de sapa yang tahu keputusan darah mak haha.....Pergi sorang pun jantung dah laju, tambah lagi kalau Pak Jilap teman, harus tercabut keluar kang nanti hihi..... 

Nasiblah keputusannya ok, maksudnya masih di bawah 'par' cuma kolestrol ada sedikit terbabas daripada landasan. Nak cari oat yang macam kakak makan tu tak ada pulak . So cuba beli Toco Oats ni. 

Bioley, ambik saya jadi duta pleasee hihi....

Macam kanak kanak yang dapat mainan baru, mak pun tak sabar sabar nak cuba minum hihi.... 
Isi dia cuma separuh tin rupanya.  

Huiii siap sukat betul betul lagi haha.......maklumlah benda baru kan! Dia cakap 2 scope untuk 180 ml air. Penuh cawan ni je rupanya. Rasa dia? Kalau nak banding dengan Oat 3 in 1 memanglah tak terbanding haha.... Tapi OK lah, boleh diterima tekak.... tak ada rasa apa apa pun.   

Starting from now, mohon makan kenyang kenyang kat ofis, ye abang Jilap, dinner mak hidang ayor ni aje haha....... 




Wednesday, 12 April 2017

Aku yang terjebak jugak

Salam Rabu.....

Moga Allah kurniakan limpahan rahmatNya ke atas kita semua, insyaallah.....

Walaupun kerja mengubah suai gambar jadi biru kundanglah, hijaulah, kalerfullah  macam gambar kat bawah ni selalunya kerja anak anak remaja, tapi mak yang hampir mereput ni pun kadang kala terjebak jugak.....

Korang bayangkan ajelah mak ni, sambil mereput sambil try and error haha...... Berpeluh hokey nak buatnya!!! Kali yang ke seratus tujuh belas tau baru jadi macam ni haha..... Tapi yelah, practice make perfect gitu....


Berminat nak cuba, boleh skodeng tutorial  Unni Anje


Tuesday, 11 April 2017

Lampu bilik bawah

Salam Selasa.....

Ahad baru ni mak pergi IKEA Cheras. Tak plan sebenarnya. Pagi tu, mula pergi sarapan dengan Pak Jilap, biasalahkan...... hari hari minggu macam ni, dapur pun pandai apply cuti jugak weyh haha...... Sarapan untuk anak anak, Pak Jilap balik dari surau, dah siap belikan nasi lemak ayam. Tu kira merangkap makan tengahari diaorang sekalilah tu. Tau ajelah memasing kalau hujung minggu macam ni. sepanjang hari tu seakan malam, hish ...... tak suka betullah! Baiklah mak laki bini memanjangkan langkah, ada jugak faedahnya....

Nak mencari lampu sebenarnya. Apa orang panggil ? Floor Lamp rupanya. Ingatnya Stand Lamp hihi....Inilah dia lampunya. Rm39.90 tak termasuk mentol. Mentol Rm19.00. 
Nasiblah tak nampak sangat keserabutan bilik bawah mak ni hihi.....  

Sebenarnya bilik bawah ni penuh dengan baju. Baju lama ke, baju baru, mak lambakkan je kat sini. Bukanlah lambak longgok tu ye hihi.... ada yang gantung, ada yang lipat. Naik sendat dah bilik ni jadinya. Tulah.... dari sehari ke sehari nak asingkan baju lama...... tapi belum sampai pulak sawan mengemas baju haha......

Kaitan dengan lampu tadi, kisahnya,  lampu bilik bawah ni dah lama arwah. Bukan Pak Jilap tak betulkan. Dah banyak kali ganti mentol, ganti starter, benda putih tu apa ke nama entah, pun pernah ganti tapi tak mau dia bertahan lama. Kadang kadang lepas ganti mentol tu, adalah menyala 2 minggu, lepas tu dah terbakar balik. Hish! Sakit hati mak tau. Korang rasa? Yelah ...... asal cari baju je meraba raba dalam kesamaran. Masa mula mula pindah dulu, eksyen..... ( maklah tu haha.....) tak mau pakai lampu kalimantang yang panjang tu, nak gak yang bulat macam ni. Sekarang rasa menyesal pulak tak pakai lampu kalimantang yang panjang tu!!  


Bukan senang nak dapat pergi IKEA weyh! Alang alang dah sampai IKEA kita sambarlah benda ni hihi.... Harga mampu milik, cuma Rm39 henggit jer. 

Monday, 10 April 2017

Momen momen makan dalam

Salam Isnin.....

Semoga hanya aura aura positif yang mendampingi kita semua hendaknya....

Sekarang ni, setiap kali ternampak kapal terbang nun tinggi di awan biru, setiap kali tu jugaklah mak akan terkenang kenang pengalaman pertama kali naik kapal terbang. Momen momen makan dalam yang tak akan dilupakan seumur hidup. Pada orang lain, mungkin dah lali, tapi tidak pada mak dan anak anak. Walaupun teruja, tetapi jauh di lubuk hati sebenarnya mak seram tau! Harap badan aje besar hihi.... 

Paling tak dapat lupa bila sepanjang flight ke Kota Kinabalu mak anak beranak rasa tak selesa sebab panas! Ingatnya aircond rosak ke hape haha....  Rupanya sebab mak tak bukak punat aircond kat bahagian atas kepala tu...... Huh....ingatkan boleh harap  Pak Jilap, sebab dia dah pernah naik kapal terbang tapi rupanya 2 x 5 je haha...... Rugi tau! Bayar tambang mahal mahal tapi panas sepanjang jalan aduhhhh.....  


Siapa yang berani mendustakan betapa hebatnya hamparan kapas ciptaan Allah macam ini? Subhanallah....

Kalau korang tanya saat mana paling seronok naik kapal terbang ni ? Mak suka momen momen masa nak terbang tu. Momen bila engin kapal terbang menjadi semakin kuat dan laju untuk membuat tujahan ke udara. Best tau momen tu. Momen yang sukar digambarkan dengan kata kata. Walaupun mak ni sentimental orangnya, tapi sesekali terkena jugaklah tempias Fizik hihi....    


Pada mak saat yang paling mencemaskan pulak, dah tentulah masa kapal terbang melanggar awan. Aduhhh..... seriau sangat hokey. Paling ngeri masa dalam flight balik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur hari tu. Flight pukul 8 malam. Kebetulan masa tu hujan kat Kota Kinabalu. Bayangkan ajelah dengan petir dan kilat. Bergegar kapal terbang dibuatnya. Bukan sekali dua aje tau. Mulalah terfikir yang bukan bukan. Rasa macam tak mau dah naik kapal terbang lagi kalau cenggitu punya gegar. 

Satu lagi masa part nak landing kat Kota Kinabalu. Mungkin pilot baru dapat lesen kot haha...... Terasalah macam kapal terbang tu terhentak kat Runaway. Nak kata memang macam tu style landing tak jugak, sebab masa landing balik KL hari tu, pilot landing cantik sangat dan smooth aje.  

Masa ni dah nak landing kat Kota Kinabalu....

Inilah yang dinamakan pengalaman kan. Betullah, pengalaman itu mahal harganya. Pengalaman itu tak boleh diganti dengan wang ringgit. Pengalaman itu cuma boleh dikongsi dan dimanfaatkan. Setiap orang punya pengalaman yang berbeza......  

Airport Kota Kinabalu. Dapat jugak  merasa memanjat tangga nak naik kapal terbang macam dulu dulu.
Berebut ko haha.....

Muka orang orang terlebih excited dapat naik kapal terbang haha.......





Friday, 7 April 2017

Korang suka Bubur Nasi?



Salam Jumaat...

Kejadian masa Pak Jilap sakit gigi hari tu. Satu rumah mak buburkan sekali haha.... Tapi biasalah, budak budak mana suka bubur! Terpaksa jugak masak nasi.

Korang suka Bubur Nasi? Ni memang faveret mak ni. Lagi lagi kalau makan dengan lauk berkepul kepul haha......

Teringat masa zaman anak dara dulu, selalu makan bubur kat Kota Raya JB ( entah ada lagi entah tidak mall ni ). Macam macam lauk ada. Selain daripada telur masin, ada kangkung goreng, lobak masin, ikan bilis, kacang goreng. Huh.... sedapnya! 

Tapi gambar ni kisah esok paginya. 
Macam biasalah, kalau bukan orang ni yang menghabiskan segala benda makanan yang ada, siapa lagi? Bersarapan dengan bubur lebih semalam. Sedap weyh !!! Walaupun cuma berlaukkan sambal tumis ikan bilis dan telur masin yang jugak lebih semalam.....

Bubur Nasi












p, 
Sedap ke tak sedap sesuatu makanan tu kan atas kita! Kalau kita rasa sedap, sedaplah jadiknya, kalau kita rasa tak sedap, tak sedaplah jadinya. Tak gitu korang?

Tapi, ada jugaklah memang tak sedap sungguh! Haha.....





Thursday, 6 April 2017

Gigi punya pasal

Salam Khamis....

Korang pernah sakit gigi atau sakit gusi?
Mak tak pernah. Kalau rasa ngilu, ngilu tu, kadang kadang adalah jugak. Biasalah...... gigi pun seiring dengan usia tuannya hihi...... Orang cakap kalau kita sakit gigi, dengar orang tumbuk sambal, rasa macam nak tumbuk je orang tu? Betul ke? Haha.....

Malam Selasa baru ni, Pak Jilap balik kerja dia kata gigi geraham dia berdenyut.   Sebelum sebelum ni memang selalu jugaklah dia mengadu sakit gigi. Tapi sakit yang kejap baik, kejap datang balik macam tulah. So macam selalu, kalau dia mengadu sakit, mak bukan boleh buat apa pun. Lainlah mak ni doktor gigi, harus mak kerjakan gigi Pak Jilap tu haha.... 

Nak dijadikan cerita, tengah malam Rabu tu, tengah mak syok syok mimpi tetiba mak dengar Pak Jilap menggigil sejuk. Rasa leher dia, memang panas sungguh, patutlah menggigilnya bukan main lagi. Huii.... sapa tak seram weyh tengok laki demam menggigil macam tu. Macam macam dah fikir dalam kepala tau. Maklumlah zaman sekarang ni......

Sapa tak sayang laki hoiii.....   
Pagi tu demam dah baik, gigi pun dah tak sakit, tapi pergi jugak jumpa doktor gigi. Doktor cakap gusi bengkak. Doktor cuma bagi antibiotik dengan pain killer. Nak buat treatment kalooo, datang lain time, hari ni klinik dah penuh appointment haha..... Lecehlah Klinik Gigi ni ek!!!   Tak boleh cabut rupanya kalau gusi tengah bengkak ek, sebab ubat bius susah nak masuk, doktor gigi tu cakaplah..... mak mana tau!

Cerita pasal gigi ni, teringat masa budak budak dulu, kalau malas gosok gigi, sapu ubat gigi pakai jari aje haha.... janji bau pudina, sudah!! Apa kira gigi bersih ke tidak! Bukan ada pakwe nak tengok pun masa tu haha...... Korang pun mesti pernah buat jugak kan dulu dulu! Eleh, macam mak tak tau....

Jangan main main kalau gusi bengkak ye, sebab hakak mak kat kampung pernah kena, gigi dia sakit, gusi dia bengkak sampai menanah bawah rahang tau macam bisul. Siap masuk ICU lagi. So jangan ambik enteng kot!!!  

Dah....dah..... lepas ni abang jangan makan Snow Ice lagi! Manis! Biar mak makan sorang haha..... 


Benda benda keras macam ni abang pun dah tak payah makan, biar orang je makan sorang, abang punya tugas, keluar duit je bayo! Hihi......  

Weyhhhh...... sedap ko benda alah ni. Vege Dumpling dengan Seaweed Rolls. Mak makan masa dating hari tu kat Hanbing, IOI Putrajaya. Ambik peluang sebab anak anak tak ada hihi.... Kalau diaorang ada, mana cukup weyh small portion macam ni!



Tuesday, 4 April 2017

Suatu hari di Hari Jadi

Salam Selasa.....

Yuhuuuuuu...... seharian mak bizi semalam hokey! Maklumlah bezday gurl ehem....ehem.......
Eh..... ingat apa? Ingatnya dah nak menapouse, tak boleh nak celebrate bezday ke? Pleaseee hokey!!! I is nak jugak makan kek tau! Eleh....hahaha

Terima kasihlah yang wish dan mendoakan mak semalam, tak kiralah kat Facebook, kat Whatapss group, kat blog jugak. Orang sebelah mak tu wish salah tempat, Boleh pulak dia wish kat entri Bye bye Sabah. Mana aci!! Tak kira! Wish balik kat entri ni ye abang !!! 

Seronok rupanya tau jadi bezday gegurl ni. Dahlah dapat cuti masak, dapat makan kek lagi, tak gitu Kak Saniah Ibrahim hihi.... Walaupun hari biasa pun kadang makan kek, tapi makan kek di hari lahir, rasa lain rupanya weyh! Tak caya, cubalah! Haha ......

Malam, mak makan dengan anak anak kat Resepi Rahsia je semalam. Grab Monday Promotion for Dinner. Makan atau minum 1 , dapat FREE 1 ( menu diaorang dah ditetapkan ). Takkan nak lepaskan peluang kan.... 


Kebetulan Pak Jilap ambik cuti sempena bezday bini semalam ewahhhh!!...... ( Padahalnya penat, sebab jem lew tu!. Betul korang, sekarang ni asal hari Ahad, mak balik kampung je sepanjang Alor Gajah ke Seremban tu mesti jem. Banyak kalilah mak dah terkena. Sampai rumah dah tengah malam. Esok bezday bini lagi, haruslah pakcik Jilap ambik cuti haha. 

Pagi tu pulak beli lauk basah kat Tesco. Penat tau bezday gegurl!!! Gediks haha..... 

Baru perasan lesen mati. Tarikh mati lesen kenderaan kan ikut tarih lahir kita. Baik korang check korang punya lesen! Mak ni, nasiblah ada menantu kepala sekolah, Khairul Bariah ingatkan dalam Whatapss. Kalau tak, harus jugak mak bawak kereta tak de lesen hari ni haha.... Terima kasih Rul.... 

Kebetulan ada Pejabat Pos kat Tesco, terus ambik no. Tunggu punya tunggu ( 1 jam jugaklah ), sampai giliran mak tetiba kaunter tu cakap sistem tak boleh baca IC, tak de rekod katanya, Aduhhhhh...... duh....duh... Dia suruh pergi JPJ register. Dahlah makcik nak berdating dating, makan suap suap lepas ni, dia suruh pergi JPJ pulak! Kak Ton sila jeles bab berdating dan bersuap tu ye! haha..... ( Uiks..... diam diam, orang tu dah tukar header dengan kulit bloglah)   

Sudahnya lepas hantar si TLBD sekolah terpaksa jugak cari JPJ. Daripada pergi JPJ Bangi baiklah pergi JPJ Putrajaya, dekat sikit dengan IOI haha..... Nasiblah tak ambik masa lama nak renew lesen. Dalam 1 jam dah siap. Orang pun tak berapa ramai, Cuma yang tak berapa bagusnya, kat sini tak boleh buat lesen baru!  

Kes mak ni, sebabnya mak masih guna no IC lama masa renew lesen 3 tahun lepas. Sebab tulah Pejabat Pos tak de rekod, Lepas ni tidak lagi.....Yahooo dah dapat lesen keras!

Sudah settle semuanya, jom Bang Jilap kita dating........hikhikhik.....

Saturday, 1 April 2017

Kota Kinabalu - Bye bye Sabah

Salam......

Plannya hari terakhir kat Sabah iaitu hari Sabtu, mak nak pergi ke Pulau Manukan. Dari pembacaan pengalaman orang, macam menarik je kat sana. Pulau cantik, air pun jernih, boleh snorkeling bagai. Katanya Pulau Manukan ni tak delah jauh sangat pun daripada Jesselton Point Kota Kinabalu tu. Lebih kurang 1/2 jam perjalanan je. Tambah berkobar kobarlah hati makcik nak perginya sebab rasa tak delah ambik masa sangat kot. Sempat lagi rasanya, flight pun pukul 8 malam kan, lama lagi.....
            
Jadinya, sebelum ke Filipino Market semalam, Pak Jilap dah siap riki Jesselton Point tu kat mana. Cuma tulah...... jalan ke sana memang jem sungguh petang Jumaat tu. Tak taulah memang selalu jem macam tu ke atau jem sebab hujan. Sudahnya Pak Jilap cancel plan nak ke Pulau Manukan takut jem keras macam semalam, nanti tergesa gesa pulak ke airport katanya.

Remuk redam hokey hati mak tak dapat pergi! Ranaplah impian nak snorkling! huhu....

Sebagai gantinya, balik aje dari Rumah Terbalik,  Pak Jilap terus bawak datang sini, Tanjung Aru.  Kalau pasir Tanjong Aru pun dah cantik, bersih, halus, apa tah lagilah pasir di Pulau Manukan kan hukhukhuk.....

         
Huhu.....cuma dapat snorkling atas pasir je.....



Kat Tanjung Aru ni ada jugak kedai makan yang menjual seafood. Cuma taklah sebanyak kat Waterfront. Kalau dari segi keselesaan rasanya kat sini jauh lebih selesa dan nyaman.  

Nak pujuk binilah tu..... beli Sayap Ayam Madu lagi! Eleh, sebenarnya dia yang teringin, sebab hari tu dia tak dapat makan!


Dari Tanjung Aru, mak terus ke Airport. Pusing pusinglah jugak sampai ke bandar Putatan sebab nak habiskan minyak kereta punya pasal. Dapat kosong, haruslah pulangkan pun kosong haha...... Tapi, minyak tak habis jugak, ada lagi tinggal satu senggat, tak tau nak ke mana dah, boring weyh duduk dalam kereta. Nak rilex kat airport pulak.

Maka berakhirlah sudah kisah percutian yang tak terancang Sang Mak Jilap anak beranak ke Kota Kinabalu, Sabah. Legalah korangkan dah tak payah layan cerita Sabah mak lagi. Eleh.... macam mak tak tau....

Bye bye Sabah, sehingga kita ketemu lagi....