Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 19 November 2018

Katanya Anniversary kan

Salam Isnin .....

Dapat surprise daripada anakku yang berada di Lendu...... OK, mak jadi sebak sambil lap air mata tau!.... Mau tak, first time dapat surprise dihari Anniversary gituuu....Nak harap Pak King buat surprise, huh hari pun malam hihihi...


Terima kasih dik!
Sebelum ni memang dah pernah order dengan Fiza Delight ni , brownies dia memang sedap.... puas hatilah. Yelah dah katanya tokey brownies kan, hari hari buat brownies..... nak harap mak buat brownies sedap, huh.... jangan kan sedap, kedut pun belum tentu hahahaha.....




Katanya Anniversary kan......
Begitulah Cinta, hanya sebuah kata tanpa benda, tidak pernah terlihat, hanya terasa.... 
Dapatlah mak seketul jam tangan sebagai tanda cinta selama 23 tahun katanya hihihi.... Terima kasih Pak King! Buat susah susah aje hihihi..... Tak payah nak ustajah sangat kalau bab hadiah hihi....Orang nak bagi, baik ambik, tak ambik rugi hahhaha...

Add capt

Di hari Anniversary, tak kan nak masak kan.... haruslah cuti masak hihi..... Tak kisahlah makan kat mana, makan apa pun, yang penting bride otai tak nak masak hihi.....Makan bertiga tapi order macam nak kenduri. Puyuh blackpapper tu memang tak mampu kitaorang nak habiskan. Terpaksa kena tapau, hari ni tak payah masak lagi dah ada lauk puyuh. Brilliant tak mak hihi....






Permintaan anak dara sudahnya mak dara yang kena settle....


Sekianlah kisah Bride Otai dihari Anniversarynya hihihi....
Sehingga ketemu lagi korang!....



Friday, 16 November 2018

November datang lagi

Salam Jumaat......

November datang lagi......

Sekejap je dah hujung tahun kan..... Perasan tak sekarang ni ? Cepat betul bumi berputar. Baru hari tu rasanya bulan Januari, tup tup hari ni dah November. Apa? Sama aja! Eh kalau cenggitu, maklah yang lok lak ni hahaha.... Azam mak nak turun 1 kg tahun ni pun belum tercapai, dah nak tukar tahun lagi, acane ni???..... aduhaiiii...
Ada apa dengan November? 
November ni  bulan road tax kereta habis.... so, Pak King kena keluar duit, kena renew roadtaxlah. Lagi? Lagi... November ni bulan Anniversary maklah. Bukan bulan mak nak buat giveaways ye.... Itu tahun 2016! Tahun ni tak de bajet hahahaha......

Anniversarry mak hari Ahad, 18.11.18..... tapi oleh kerana hari Ahad mak nak tiup belon, pakai costume Cinderella bagai, makanya mak bizi sikitlah ek hihihi...... Acah acah celebrate macam retis wei hahahaha, padahalnya celebrate paling dasat pun makan kek kat Resepi Rahsia tu je pun hihi.... 
Eh cantik pulak tarikh anniversary mak tahun ni ek! 


Bersempena Anniversary ni, kasi chancelah mak mengimbau kenangan silam zaman menghitung bintang dulu dulu ek hihi.......

Dengan izinNyalah kita dipertemukan ketika itu.....
Dari kawan biasa pada mulanya menjadi pasangan sejoli....
Kemudian ijab dan kabul menyatukan kita, bersaksikan sanak saudara dan sahabat handai......
Paling membahagiakan apabila ikatan cinta ini direstui emak dan abah......

Maka Bermulalah naskah cinta kita...... 
Air yang tenang, bukan sentiasanya tenang..... 
Ada masanya beralun deras.....
Ada kalanya dilitupi penuh dengan kiambang..... 
Ada masanya disimbahi dengan kerlipan bintang.....
Ada waktunya diselimuti dengan mendung yang samar....

Tapi kita tetap mengayuh, dan terus mengayuh, 
Walaupun kadang kadang cuma bertemankan bulan yang malap........ 

Hadirnya buah cinta kita, cukup membuatkan dunia kita hampir sempurna..... 
Tanpa sedar, kita telah mengayuh sejauh ini......
Moga Allah masih memberi kesempatan untuk kita terus menyulam rindu.....
Menyimpulkan rindu menjadi sebuah cinta yang terus subur....
Meski pun kita semakin ke pengujung usia.... 

Happy 23rd Anniversary Arjuna hambe..... eewahhhhh....

Love u olls

Tuesday, 13 November 2018

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Salam Selasa .....

Sabtu baru ni pergi kenduri kawen kat Kluang, sepupu Pak King kawen. Balik tu terus tido kat  Melaka semalam sebab nak terus hantar kakak balik Lendu esoknya. Pak King malas nak ulang alik. Eh..... mak ok aje, kalau bab jalan jalan, makan makan, tido hotel ni hihi..... 

Bila dah sampai Melaka ni, teringat jugaklah dekat  Cik Bunga dengan Aida. Tapi setakat teringat ajelah hihi.... nak ajak dating, masa tak berapa mengizinkan pulak. Takut majuk Cik Abang ai, asyik nak dating dengan kawan je kerjanya!

Malam tu Pak King teringin nak makan Asam Pedas Melaka. Mak folo aje...... yelah boring jugak asyik makan Asam Pedas masak sendiri je kan. Sesekali nak jugak merasa Asam Pedas orang!hihihi.... Pak King order Asam Pedas Ikan Sembilang, tu memang faveret dia, mak pulak order Asam Pedas yang memang jarang jumpa dan masak kat rumah. Asam Pedas Telur Ikan Mayong. Budak budak order Nasi Goreng Udang.   


Asam Pedas Telur Ikan Mayong


















Memang power wei asam pedas dia!!!..... Telur ikan dia pun kenyal kenyal lembut.... sedapnyaaa...


Curah pulak dengan kicap manis..... Wallah wei!!! Memang terbaeklah.



Mak dah jumpa dah.....salah satu perbezaan Asam Pedas Melaka dengan Asam Pedas mak apa dia!! Inilah benda dia..... ' Daun Limau Purut '! 'Masuk' jugak rupanya rasa daun limau purut ni dalam Asam Pedas ek...... 


Makan ni kadang kadang tak payah banyak lauk, cukup dengan lauk simple macam ni pun dah sedap sangat dah!



Sehingga ketemu lagi korang.......Peace no war!





Thursday, 8 November 2018

Anak Cacing mengidam Keropok Leko

Salam Khamis korang....

Memang dah lama sangat mak teringin nak ke Terengganu sebenarnya. Jeles tau dengan Dana mama Ayyan yang asyik asyik balik Terengganu je. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, akhirnya, Allah aturkan tahun 2018 mak dapat pergi wei! Terima kasih Pak King bawak Mak King ke Teganung.... 

Mak ke Terengganu ni sebenarnya nak makan keropok leko sambil sambil nak cari keropok keping yang super duper sedap. Macamana ghupernya yang sedap sangat tu pun, entahlah !!!  Hahahaha.... Bagi mak keropok keping, yang banyak ikan, keropok keping yang goreng tak berapa kembang, keropok keping yang gelap itulah keropok keping yang sedap!.....

Walaupun melambak je keropok leko kat KL ni, tapi manakan sama makan  keropok leko kat KL ni dengan makan keropok leko kat Terengganukannnn...


Keropok Leko
Akhirnya...... Terubatlah kempunan orang yang mengidam anak cacing hihi..... Sedap wei makan keropok leko panas panas. Cuba jugaklah leko yang ada cheese ni, yang bubuh black papper, yang bubuh garlic mak tak try. Si TLBD sukalah yang bercheese cheese ni, mak suka jugaklah tapi kenalah kawal, kang bercheese cheese pulak darah mak kang hahahahaa...

Bebola Leko cheese
Mula mula makan keropok leko kat Kg Losong.

Keropok  Warisan Losong
Lepas tu makan keropok leko kat BTB Dynar pulak yang katanya femes sangat tu. Orang cakap sampai kena ambik nombor, punyalah ramai. Tapi masa mak pergi tak ramai orang pun. Bukan hari cuti kot....... Kat BTB Dynar ni mak memang borong keropok keping dengan keropok leko. Pak King nak bagi adik beradik dia katanya. Kalau macam tu bang, kena beli lebihlah ek, adik beradik abang sorang satu, orang nak 5 ! hihi....

Keropok leko yang ni sedap jugaklah...... tapi keropok leko yang mak makan kat sana, macam tak berapa best. So so aje rasanya.....

Keropok Leko
Geng gambar ni khas untuk awak ye, hari tu awak tanya kan..... gambar ajelah yang mampu, nak real kena pergi Terengganu hihi...

Keropok Leko
Dah sampai Terengganu, dah kenyang makan keropok leko, tak ambik gambar kat depan Masjid Kristal memang tak sahlah kan hihi.... Tapi yang kurang bestnya, kerja kerja repair kat dalam dan luar Masjid Kristal mengganggu pandangan mata orang yang datang.....    

Masjid Kristal, Terengganu

Tuesday, 6 November 2018

Sata

Salam Selasa....

Kemana korang hari ni?  Mak mereput kat rumahlah nampaknya sambil melayan mercun yang berdentum dentam pagi ni. Tak delah berdentum dentam sangat pun hahaha...... Sesekali je.... Malam tadi terfikir fikir jugak ........ apasallah ada bunyi mercun pulak ni? Baru teringat hari ni Deepavali!  Patutlah ada mercun! Hokey...... kasi chance, mereka pun berhak untuk happy happy di hari Raya jugakkan hihihi...... 

Korang dah bekfes? 
Mak belum lagi..... Time time lapo cenggini, dan dan pulak teringat Sata. Sedapnya kalau dapat makan Sata ni.


Sata
Mak beli Sata ni masa dalam perjalanan balik dari Terengganu hari tu. Beli kat area Marang, yang banyak jual kat tepi jalan tu. Tapi yang menyesal teroknya mak cuma beli  RM6 henggit je huhu.....Dahlah murah, Rm6 henggit dapat 10 biji, sedap pulak tu! 

Ada ke yang tak pernah rasa Sata ??  Sata ni ada rasa lemak lemak kelapa, ada rasa rasa ikan, ada rasa manis manis bawang, ada rasa pedas pedas cili.... Gabungkan ajelah rasa kesemua benda tu, maka jadilah rasa Sata hahahaa.... Rugi wei kalau korang tak suka!



Jom Pak King kita gi Terengganu lagi cari Sata.....






Thursday, 1 November 2018

Indahnya bersilaturahim

Salam Khamis....

Sorrylah....... mak belum sempat blogwalking betul betul. Entah sawan apa yang menyerang, lepas hp software update, tetiba pulak blog problem. Mak tak boleh nak komen kalau bukak blog pakai hp. Profile dalam kotak komen tu kosong. So kalau komen pun, komen tu akan hilang. Macam akaun G+ tu tak link dengan akaun blog. Jenuh le godeh godeh. Faham faham ajelah kalau orang yang kurang bijak gadjet menggodeh haha...... Sudahnya, mak buang terus apps Easyblog dengan Touch up Pro tu, barulah mau muncul profile blog mak dalam kotak komen tu..... Uh lega wei! 

Sebenarnya lama dah mak teringin nak pergi Terengganu. Asal sebut negeri Terengganu, terbayang bayang celup tepung, terbayang bayang keropok leko, terbayang bayang keropok keping yang banyak ikan, terbayang bayang sata yang sedap. Nasiblah bukan terbayang bayang songket dan batik Terengganu yang cantik lagi boleh tahan harganya tu....... huh.... selamat Pak King tau bini tak mintak yang bukan bukan hahaha!

Terbayang bayang jugak geng alamaya sebenarnya ( yelah sejak jadi blogger tak blogger ni kan hahhaa ). Best jugak kan kalau dapat jumpa dan bertentang mata. Sorry ye Cik Nor, hakak memang tak ingat mu hahaha....

Betullah kata orang bijak pandai, nak jadi orang berjaya, kena ada impian.......

Samalah jugak dengan kes mak ni, nak berjumpa dengan seseorang kena bayang bayangkan dulu....... hahaha....Ha tengok! Kan dah muncul depan mata hahaha.....  

Inilah dia orangnya....  Ada siapa yang kenal? Pertama kali bertentang dengan mek Kelate Nur Bijen dari blog Cerita Danish dan Umi. Orangnya putih melepak, kecik molek, slim melim, aduhaiiiii jeles wei!!!

Nasiblah dia pun dari spesis peramah dan suka gelak jugak hihi.....Faham faham ajelah ye kalau dah dua dua pun suka gelak. Memang kafe tu kami yang punyalah! Tapi Pak King mak suruh dia balik bilik dulu hihihi....


Oleh sebab mak stay kat Hotel Regency Waterfront Terengganu, maka mak dating kat situ ajelah! Breakfast sama sama!


Terima kasih mek sudi datang jumpa ambo! Siap bawak ole ole satu beg lagi tau..... Macam macam ado! Inilah indahnya bersilaturahim kan.....