Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 28 June 2018

Kisah Hari Raya yang dah basi

Salam Rabu, salam Syawal semua!

Lamanya mak tak bersiaran. Yelah, last bersiaran, rasanya awal puasa hari tu. Lepas tu muncul muncul dah nak habis Syawal pulak. Rindunya kat korang !  Sure mak banyak ketinggalan cite cite korangkan. Korang apa khabar? Sihat? Mak alhamdulillah.... sudah terlebih sihat weyh sejak Raya ni hihi..... 

Tahun ni mak beraya kat Muar. Kalau ikut turn, sepatutnya mak beraya kat KL....  Tapi bila mak dan pak mertua dah meninggal awal tahun hari tu, maka Raya Muo lagilah gamaknya.  Kiranya tahun ni first timelah Pak King beraya tanpa orang tua. Sampai baju baru pun tak dipakainya di pagi raya tau! Yelah kan.... sapalah tak sedih. 

Jubah hijau tu pun jubah Pak mertua! 

Weyh korang...... gambo raya mak semua tah pape..... tak de yang memuaskan hati tau! Baru mak nak berposing, rumah dah kena serbu dengan anak menantu, cucu cicit mak huhu...... Jadinya apa yag ada ajelah.. 



Mak dengan anak daras balik kampung 4 hari awal sebelum raya hari tu. Sempatlah berkemas apa yang patut. Pak King dengan abang King pulak menyusul balik hari Khamis sehari sebelum raya, biasalah balik rumah mertua kan hihi..... Jadiknya 2 keretalah balik raya tahun ni weyh...




Tulah tu, balik kampung punyalah awal, tapi pagi Raya mak order je hihi..... Mak tak kira dah pasal anak anak yang merindukan air tangan bonda di pagi raya! Yang mak kirakan mak tak nak bermandi peluh di malam raya! hahahaa...... Jangan nak ngengada sangatlah haih...... time raya pulak rindu nak merasa air tangan bonda, padahal sepanjang bulan Ramadhan tu, hari hari mak masak tau! Kasi chancelah ye dak?

Mak order dengan kawan satu sekolah rendah mak yang memang kerjanya masak masak ni. Nasi himpit, rendang daging, sambal goreng, sambal sotong untuk 10 orang makan. Pagi raya subuh tu mak ajak Pak King ambik kat rumah dia. Harga pun berpatutan... Rm140 siap! Tak payah nak bersusah payah potong daging, potong sayur kan..... Belum kira lagi ada ke tidak periuk belanga kat dapur mak tu. Maka memang sajak sangatlah kita order aje hahaha.....



Si abang pulak pakai songkok haji ajelah. Tak de nak bersongkok hitam bagai. Gasaklah nampak tua sebelum waktunya pun hahaha.... janji umur masih muda kan. Suruh gunting rambut pun tak mau. Nak bela panjang katanya. Suka hati lah bang. Yang penting mak serba baru hahahaha...... Anak lelaki mana kisah sangat bab penjagaan diri ni. Kalau anak dara, ye...... kalau boleh semua nak baru! Fening kepala... 




Itu ajelah kisah Hari Raya mak yang dah basi huhuhu.....