Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 16 October 2017

Me timelah sangat

Salam Selasa.....

Kalau zaman dulu payah nak jumpa mak mak keluar mengeteh kan! Tapi zaman sekarang, tidak lagi tau..... 

Sessi mengeteh dengan jiran jiran gojes mak Khamis lepas.


Zaman kan dah berubah korang, mak mak pun nak jugak ada ' me time ' gitu.  Tak bestlah weyh mengeteh kat rumah sorang sorang, bukan ke mengeteh berjemaah itu lebih afdhollll hihi...... 

Nak ber me me time sangat tu, jangan lupa pulak mintak 'ijin' dengan king kong of the house, kang ada pulak yang kena tido luar ! hihi....

Gossiping itu tak semestinya mengumpat ah!


Roti goyang untuk orang yang terlajak berat. Hanyut diet mak hari tu! Geram je tengok Nasi Goreng Belacan kawan mak tu, kalau ikut rasa macam nak order je. 

Aduh!! Sakitnya menahan selera....

Thursday, 12 October 2017

Terlajak berat

Salam Khamis

Minggu depan cuti sekolah seminggu. Apa plan korang? Dah booking mana mana ke? Bolehlah release tension lepas lepas PT3 n kan. 

Dah beberapa hari jugaklah Pak Jilap tak makan malam. Nak diet. Perut dah macam Teddy Bear katanya hihi..... Kalau dah dia cakap macam tu, mak pun yahoolah apa lagi kan, sebabnya mak tak payah nak masak beriya. TLBD tu satu lauk pun dah cukup. Bila lauk tak banyak, mak pun bolehlah diet jugak. 

Memang terasa berat je badan ni sejak lepas Raya hari tu. Tambahlah pulak selera memanjang. Hari tu timbang, kusss semangat, memang terkejut hunte makcik dengan berat badan sendiri! Susah hati jugaklah.... takut penyakit bukan apa! Umur pun bukan semakin muda kan....

Jadinya sejak sejak dah mula sedar diri yang badan dah terlajak berat ni, barulah nak berjinak jinak  bersarapan dengan Salad ko!!! Kebetulan ada blackpepper sos lebih hari tu. Maka terhasillah Salad dengan Daging berger ye. Lantaklah ko daging berger tu ada lemak tepu ke hape janji mak dapat makan daging haha.... Mak ni belumlah setegar suami Mia  yang makan Salad dengan kacang aje ...


Nasi pun masak cukup cukup untuk TLBD makan tengahari dengan malam. Konon diet tak makan nasi, tapi ratah ayam habis satu ekor hihi.... Kira oklah tu daripada tak diet langsung. Tak gitu! hihi...

Harapnya mak terus istiqomahlah. Mak ni selalunya tak kuat semangat. Angan angan Mat Jenin je lebih. Rasanya niat nak diet ni dari dulu lagi duk cerita dalam blog, nak pakai baju Raya saiz S lah, hapelah...... tapi kurusnya tak jugak...

Alahai siksa rupanya nak kurus ek......

Wednesday, 11 October 2017

Cicit sulung

Salam Rabu....

Sebelum dating di bawah Pokok Pinang hari tu, mak pergi kenduri akikah Muhammad Mikhael kat Rawang. Muhammad Mikhael ni ialah cucu pertama kepada Tokey Biskut Raya. Siapa pulak Tokey Biskut Raya ni? Tokey Biskut Raya ni pulak, anak no 2, kepada kakak mak yang sulung. Senang cerita, anak sedara maklah......

Dah macam lagu rakyat 'Bangau oh Bangau' pulak jadinya hihi.....

Dah katanya nenek dia Tokey Biskut Rayakan..... hihi
Ni yang mak malas ni, belum belum lagi mak dah jadi 'buyut' tau! huhu........  Tak nak ah panggil buyut, nak panggil lain!

Kalau korang panggil apa ye ? Buyut? Oyang? Oneng? hihi..... kelako kelako pulak gelarannya ek.....


Nenek TLBD kena paksa pegang cucu  haha......

Tuesday, 10 October 2017

Satu petang di bawah pokok Pinang

Salam Selasa.....

Balik daripada kenduri akikah kat Rawang hari tu mak terus ke Putrajaya...... Biasalah, kalau namanya Mak Jilap, selagi kaki tu belum cecah mall memang pantang balik rumahlah kan. Kalau balik jugak, kang malam Pak Jilap mengigau ( Pak Jilap ye yang mengigau bukan mak hihi ) '....nak pergi mall.....', '.....nak pergi mall....' sapa nak jawab? Mak jugak yang tak boleh tidur tau haha.....  

Mula tu macam teringin jugak nak pusing pusing mall belah belah Shah Alam tu, manalah tau terserempak dengan Yati Cahaya Hidupku ke, Aryan Azra ke best jugak tapi malas pulak. Sudahnya ke Alamanda ajelah, nak ke Putrajaya IOI Mall pun dah naik boring. Sebelum tu ronda dulu Taman Botani. Pusing pusing je tengok apa yang ada kat situ. Tak masuk pun Taman Botaninya, tengok dari jauh je haha...... 

Astaka Morocco rupanya kat kawasan ni jugak. Tau pasal Astaka Morocco tu pun sebab baca blog orang. Apa dia Astaka Morocco ni? Mak nak explain pun tak berapa tahu, tapi macam pameran ala ala kesenian senibina orang orang Moroccolah kot. Ambik gambar sure cantik tu.... Cuma hari tu malas pulak nak singgah posing posing sebab hujan, dah petang pun ye jugak....

Posing bawah pokok Pinang ajelah hihi.... Pak Jilap kan suka tau buat aksi tunjuk tunjuk gitu..... geram mak nengoknya!


Baru mak tau dalam kawasan Taman Botani ni ada Restoren Seafood ala ala Thai rupanya. Nampak mewah jugaklah restoren dia, kalau siap ada ikan hidup tu kan. Terus seram nak dekat haha......
Ada yang dah pernah try makan kat restoren ni? Sharelah pengalaman korang? 

Mak jalan jalan kat tasik belakang restoren tu je. Ramai rupanya orang piknik dekat sini.


Monday, 9 October 2017

Satay

Salam Isnin....

On the way balik daripada tengok mil semalam, singgah makan Satay Willy kat area Country Home tu. Country Home ke Country Heights entahlah ek..... kawasan yang berhadapan dengan Sg Ramal tu ! Hilang pulak ingatan mak tetiba hihihi....

Lama dah teringin nak makan Satay Willy sejak orang sebok kata Satay Willy, Satay Willy.... Walaupun boleh kata Country Home tu memang laluan mak setiap 2 minggu sekali, tapi macam biasalah, tak tersinggah singgah sampailah semalam.  

Mak order 10 cucuk Satay Ayam, 10 cucuk Satay Daging dan 5 cucuk Satay Perut dan Nasi Himpit. Air mak minum fresh oren, Pak Jilap minum air kelapa.  Air kelapa tu rupanya datang dengan gelas besar. Kalau tau, share je air! 

Kalau tanya Pak Jilap dia kata kuah kacang Satay Haji Samuri lagi sedap. Kalau tanya Tuan Puteri Bongsu yang tak makan kuah tu, dia lagi suka Satay Muo. Kalau tanya mak! Entahlah ..... dan dan pulak tak tau nak bagi pendapat haha....... 

Kalau dari segi rasa, rasanya mak lagi suka Satay Muo. Tapi Satay Muo saiz dia kecik. Kalau beli rugi ah, lambat nak puas makan haha..... Kalau banding dengan Satay Hj Samuri, rasanya mak lagi suka Satay Willylah kot. Satay Willy nampak macam basah basah berkilat gitu hihi..... Tengok pun dah nampak macam sedap je weyh..... 

Bagi mak kesedapan satay ni terletak pada bumbu perapannya. Semakin terasa bumbunya maka semakin sedaplah satay tu. Tak kisahlah Satay Hj Samuri ke, Satay Willy ke, Satay Muo ke, yang pasti mana mana Satay pun, memasing ada resepi rahsianya yang tersendiri. 

Tanya ajalah sama tekak yah ? Mana satu Satay yang kamu mau! Hihi...


Wednesday, 4 October 2017

Sayap Ayam dengan Sos BBQ

Salam Rabu....

Sebenarnya lama dah teringin nak buat ayam BBQ ni. Asal Phong Hong keluar entri ayam BBQ  je teringat ingat sos BBQ yang dah lama mak beli hampir setahun yang lepas kikiki...... Nasib baik belum expired weyh!

Sayap ayam dengan Sos BBQ
Manusia rajin macam Phong Hong tu haruslah sos BBQ pun dia buat sendiri kan.... Lainlah mak, rajin jugak, tapi rajin makan haha...... Kalau biji bijan tu boleh proses sendiri, mak rasa ada kemungkinan biji bijan tu pun Phong Hong proses sendiri jugak kot!  

Tak nak kalah jugak mak!! Alang alang dah berBBQ tu nak jugaklah tabur biji bijan kan... barulah cantik ropenya ayam BBQ mak nanti......  


Ginilah orang yang selalu derhaka pada resepi sesuka hati.  Orang panggang, dia goreng hihihi...... Biasalah...... orang yang kurang suka masak, memang selalu memilih yang mudah dan cepat aje. Allergik hokey, berlama lamaan di dapur kekdahnya.....

Kepak ayam atau nama Sabahnya sayap ayam (tapi mak bukan orang Sabah bah!) tu mak perapkan dulu dengan lada sulah, cili serbuk, sedikit garam, telur dan tepung KFC. Settle kerja menggoreng sayap ayam, mak curahkan ajelah dengan sos BBQ yang dah lama terperam di dapurku tu hihi.... 

Lepas tu makanlah dengan brokoli, nampaklah sikit macam makan kat kedai gitu haha..... Sedap hoiiii......



Tuesday, 3 October 2017

Ice Bucket

Salam Selasa.....

Ahad lepas Tuan Puteri Bongsu nak jumpa bff dia. Amboiiii!! Mak borek anak rintik nampaknya hihi..... Mak dengan anak sama naik suka keluar dengan kawan! 

Biasalah Wak Jilap, macam Wak Rosli dalam #BisikPadaLangit jugak, kalau permintaan anak, selagi boleh dia nak turutkan.... Mak? Dah tentulah yahoo aje hihi.... nama pun berjalan kan, sapa tak suka!

Si tudung merah tulah yang nak dijumpanya sangat. Kawan masa sekolah rendah. Kawan tu sejak naik tingkatan 1 dah pindah balik ke Padang, Indonesia. Bolehlah kita ke Padang pulak nanti dik! Tunggu duit ayah turun dari langit lah haha.....  

Sementara menunggu anak, mak laki bini datinglah apa lagi. Bukan senang nak dapat dating berdua macam dulu dulu. Sambil sambil exercise kaki, sok sok kalau dapat pergi Mekah kan ke senang hihihi.... 

Bila dah banyak berjalan, betis dah mula cramp, tekak pun hauslah kan apa lagi. Nak makan kenyang lagi, so kita minum minum dululah. Banyak banyak kedai makan, boleh pulak mak laki bini terlepak kat resto Ice Bucket ni. Sambil sambil tu bolehlah mengimbau balik berice-skating anak beranak dulu.

Lepas order, benda ni yang dihantar dulu!

Terkejut mak tengok senduk panjang! Baru terfikir balik Ice Bucket yang mak order tadi. Memang betul apa yang disangka. Datangnya Ice Bucket untuk kenduri satu family weyh! Bab bab macam ni tukang orderlah yang kena bertanggung jawab. Nak makan sampai kembung ke, nak apa ke.....  nyampah tau!

Konon nak healthy healthy...... ambik yang mix fruit gitu! 

Ice Bucket mix fruit Rm29 henggit
Makcik baru tau nak, kekdah nak makan Ice Bucket ni rupanya kena kacau dan gaul semua jadi satu dulu. Itu gunanya senduk panjang tu.   Patutlah masa makan mula mula tu tak rasa hape! Rasa tawar je dengan masam. Budak Ice Bucket tu pun satu, dah separuh jalan baru tolong gaulkan....hish!!.


Paksa budak 2 orang ni tolong makan jugak, sebelum mak jadi mangsa kembung Ice Bucket sorang sorang ah..... 

Monday, 2 October 2017

Bisik Pada Langit

Salam Isnin...

Selamat berpuasalah ye kepada kengkawan yang berpuasa sunat Asyura sejak hari Sabtu lagi. Mak ni entah bilalah nak puasanya. Tengok Yati puasa, jeles ko.....Tapi mak ni harap jeles jerlah, puasanya tak jugak hihi...

Sabtu hari tu mak tengok cite Bisik Pada Langit. Naik geram pulak bila trailers dia asyik keluar kat  TV! Yati TV LCD melengkung 100 inci hang dah sampai ke belum hihi? 

Pelakon dia pun best best semuanya. Jalil Hamid, Fadhilah Mansor, Beto Kusyairi, Ummi Nazeera, semuanya pun pelakon yang berpengalaman dan tak payah dipertikaikan lagi  mutu lakonannya. Kiranya tak delah macam tengok batang kayu berlakon, lainlah mak.... kalau diuji bakat dengan Kabir Bhatia  memang sebijik macam batang kayu ! Haha....

Bisik Pada Langit ni berkisahkan kasih sayang seorang ayah, Wak Rosli ( Jalil Hamid ) kepada anak perempuan tunggalnya yang belajar di Australia, Siti Hajar ( Ummi Nazeera). Sayang berlebihan yang ditunjukkan oleh Wak Rosli kepada Siti Hajar ni menimbulkan perasaan cemburu adik bongsunya Ikram ( Naim Daniel ) seorang mekanik kampung. Tambah dendam dia dengan kakaknya bila selalu dibanding bandingkan oleh ayahnya sejak kecil. Manakala sebagai abang sulung Zaidi ( Beto Kusyairi ) yang hanya cuma kerani biasa, nampak lebih matang menangani sikap ayahnya yang ada kalanya ego, garang, kurang menghargai tu. Biasalah....   nama pun ayah, King Kong of the house kan haha ......  

Konflik keluarga bermula bila Siti Hajar eksiden dan koma. Sebagai anak emas dan harapan keluarga dah tentulah tragedi yang menimpa Siti Hajar ni meruntun perasaan setiap yang bernama ibu dan ayah, cuma kekangan kewangan buat hasrat mereka nak menjenguk anak perempuan kesayangan tak kesampaian . 

Nak tau penyudahnya, mohon tengok sendiri haha...... Bagi mak, Bisik Pada Langit memang best

Jalan cerita yang ringan tapi penuh emosi, plot plot cerita yang lancar, skrip yang bagus sangat sesuai ditonton oleh manusia manusia yang berhati rapuh macam mak.  Baru awal awal cerita dah banjir. Tambah pulak bila part scene sedih tu keluar pulak lagu Lygophobia nyanyian Akim dan the Mijestrate. Pergh!!!....memang menusuk sampai ke kalbu ai hokey!


Kenyataan : Ini bukan dalam panggung wayang hokey! haha....
Ini Wak Rosli dalam rumah ni hihi....  Kalau  ajak dia tengok cerita jiwang macam tu dia masih boleh layan, tapi jangan ajak tengok cerita hantu sudah! hihi....

Thursday, 28 September 2017

Perut laki nak kena jaga jugak...

Salam Khamis....

Masa berdating dengan Miakassim hari tu, sampai rumah betul betul tengah maghrib. Perut mak masa tu memang kenyang sangat. Kenyang keklah kot!hihi...... Bila dah kenyang mulalah timbul sawan malas masak .... 

Tapi dalam pada sawan malas nak masak tu, dalam MRT ligat jugak memikir nak masak apa pulak untuk Pak Jilap malam ni. Taulah seronok jumpa kawan, tapi perut laki nak kena isi jugak. Tak gitu korang? Nak menyinggah mana mana kedai malas pulak. Teringat ikan salmon yang dah mak lumurkan dengan garam dan lada sulah semalamnya. Lama dah beli ikan ni sebenarnya, adalah 2-3 minggu yang lepas. Nasiblah rasa dia sedap lagi.

Maka sudahnya mak masak nasi, goreng ikan ni ajelah. Goreng ala ala panggang minyak sikit dalam Pemanggang Ajaib Umialya. Cili potong pun nan hado hihi....  Nak lagi mabeles, tuang ajelah kicap manis cap kipas udang.

Tapi, kadang kadang...... lauk simple simple ginilah jadi lauk paling sodap dalam dunia tau haha.....


Nasiblah dapat laki yang kadang kadang tak banyak kira orangnya. Hidang apa pun, jalan! hihihi.... 


Wednesday, 27 September 2017

Tak sangkakan kita dapat jumpa!

Salam Rabu....

Semalam tak de entri sebab mak bizi dating!!  Eh....eh... taulah memanglah korang tak kisah nak ambik tahu pun, tapi mak saja peramah nak bagi tahu haha....

Ku disini semalam @ KL Sentral.....
Menanti ketibaan seseorang. Dah tentulah Pak Jilap izinkan. Berani nak pergi senyap senyap tanpa pengetahuan King Kong of the house? haha.... Kang mak kena sumpah King, tergolek jatuh eskeletor baru padan muka! haha..... Tau ajelah, dari stesyen bawah tanah Muzium Negara ke KL Sentral tu kan banyak eskeletor. Bukan main tinggi lagi oii eskeletornya. 

Yelah....mak naik MRT je. Tiket Rm7 henggit je pergi balik kalau guna Touch n Go. Drive sendiri kaluuuu..... malam pun tak tentu sampai lagi haha.... 

Budak ni sebok je nak ikut orang dating! Sanggup tu ponteng sekolah..... Alasan, nak teman ibu! Yo yo'o je. Hurmmmm......


Flight delay pulak.... sepatutnya jumpa pukul 2, tapi pukul 4 baru dapat bertentang mata. Berdebar debar jugak weyh sebenarnya nak jumpa orang kali pertama ni. Sama je debarnya masa nak jumpa dengan  Geng Lipis dan Mak G Srikandi beberapa bulan yang lepas. Asal bunyi ERL sampai je debaran pun makin laju hokey. Intai intai dulu balik tianglah hihihi....

Akhirnya.......taraaaaaa!!!! Blogger miakassim.com sudah dapat ku tangkap!Tak payah mak perkenalkan pun sure korang dah kenal. Blogger Sabahan yang femes gitu. Sekarang ni lagi femes bahhh..... blog pun sudah tukar ke dot com dan semakin banyak dapat tugasan mereview. Hebat sangat sudah!  


Nda mau makan makan berat berat, sudah kenyang makan dalam flight katanya.... Kalau begitu kita makan kek ajalah Mia, sambil borak borak, sambil ketawa ketawa, sambil wefie wefie hihi....

Rugi hang Yatiiiiii, tak nak join kitaorang, kalau tidak muka kita bertiga sudah keluar dalam FB semalam haha..... Huh..... tak payahlah nak ajak Mak Ton dia memang suka duduk bawah meja aje.

Nda sangka kan kita dapat jumpa, Mia!


Terima kasih Mia! Kuih Cincin faveretku..... Nak jugak pakai prop weyh! hihi....

Terima kasih sekali lagi kerana sudi jumpa Okje. Rupanya Allah dah takdirkan kita bertemu di KL ye Mia bukan di Sabah . Moga silaturrahim antara kita terus kekal selamanya, insyaallah...

Monday, 25 September 2017

Realitinya...

Salam Isnin...

Cuti 3 hari lepas ni korang ke mana? 

Program mak memang penuh. Antaranya balik kampung. Rasa macam tak cukup rehat weyh. Lotih raso badan den. Patutlah pun kan.... umur pun dah semakin menua. Korang tau tak? Kalau ikut tahun hijrah umur kita sebenarnya 2 tahun lebih tua dari umur sebenar tau. Pak Jilap dah lama cakap tapi mak baru percaya  hihi..... 

Semalam pulak hantar kakak ke KL Sentral. Si kakak ni, rasanya Raya Haji hari tu baru je balik. Tapi dah katanya kawan dia semua balik, tak kan tak kasi balik kot. Nanti Deepavali nak balik lagi. Pergi balik ETS Rm200 you. Kad student pulak belum dapat lagi, emmm hadap ajelah bang Jilap...... 

Semalam ETS delay..... Hampir 3 jam jugaklah mak melepak kat KL Sentral tu.

Gambar balik kampung baru ni. Entah apa yang digelakkan agaknya cucu dengan nenek tu..... Bukan main lebo lagi memasing ketawa....

                 

Korang perasan tak ? Realitinya, cucu kalau dengan nenek atau atok sebelah ibu akan sedikit rapat kalau dibandingkan hubungan dengan nenek atau atok sebelah ayah! Faktor apakah agaknya? Faktor genetik? Faktor usia? Ehhhhh..... semua faktor macam tak de kaitan je mak ni haha.....

Ke anak korang sama je?

Sama macam diaorang ni, kalau dengan nenek belah mak, bukan main berani lagi diaorang mengusik nenek. Cuba bagi duduk sebelah mak Pak Jilap, terus sopan santun jadinya hihi..... Pandai berlakon macam mak dia jugak nampaknya haha.....

Thursday, 21 September 2017

Sarapan Oksigen

Salam Khamis.....

Korang sarapan apa pagi ni?
Nasi lemak ayam berempahlah tuuuu......tak pun nasi lemak sambal kerang! Ke cucur bawang cicah rendang daging? ( Pelik ke? Mak tak hairan langsung sebab orang Johor memang biasa buat kerja kerja pelik macam ni, cengkodok pisang pun boleh cicah dengan sambal tumis. Ha korang pernah ke?

Gelihati pulak dengar cerita Geng Lipis sarapan Karipap Oksigen pagi ni. Tokey karipap tu pun satu, kalau ye pun nak jimat inti, janganlah bubuh inti oksigen banyak sangat!  Sian geng mak tak pasal pasal kenyang oksigen!hahaha.....

Pagi ni mak sarapan bubur nasi. Ini semua gara gara tengok entri Ellynadira lah ni...... Siapa suruh dia tayang bubur nasi faveret mak? Kan mak dah kena sawan bubur nasi, tak memasal kena masak bubur semalam! Haish....   


Makan dengan lebihan lauk semalam jugak. Ada sup ayam, ada sambal tumis ikan bilis, ada ikan goreng, ada tofu black pepper. Memang padu ah bubur nasi mak! Tak de ruangan oksigen langsung tau hihi.....

Tengok tu ArzMoha, macam macam hakak masak? Sebut je nak lauk apa! hihi..... Next time, datang komen jangan salah masa. Datang komen time hakak kena sawan rajin tau!

Wednesday, 20 September 2017

Korang yang mana?

Salam Rabu....

Korang yang mana?  Ceritalah sikit.....


Nombor yang mana pun sejarah percintaan korang , itu semua telah ditentukan Allah. Yang penting macamana kita mengemudikan rumahtangga kita untuk menjadi keluarga yang sakinah dan mawaddah....



Tuesday, 19 September 2017

Sementara masih boleh menikmati...

Salam Selasa.....

Hari ni serasanya malas nak masak. Serasa tekak macam nak makan Rice tu Wednesday ( baca : Nasi Kerabu ). Terbayang bayang dah dalam kepala ni. Sedapnya lahai..... makan Nasi Kerabu dengan telur masin, solok lada, daging goreng...

Arghhhhh.......

Macam kat syurga..... baru terlintas je dah terhidang depan mata hihi....


Soping jugak kari Kaki Ayam. Banyak ni Rm2 henggit. Separuh orang mungkin tak reti makan Kaki Ayam..... Haih!!!! Janganlah dibayang bayangkan apa yang ayam buat ketika hidupnya..... mak pun jadi tak selera nanti haha.....   


Sedang mak masih mampu menikmati makanan macam ni, sahabat mak satu U, telah pun pergi mengadap Ilahi..... Terputus sudah nikmat dunia yang belum puas dikecapi. Tinggalkan suami dan anak anak yang dicintai. Terpaksa akur, bahawa akhirat jugak yang kekal abadi. Alfatihah buat sahabat yang baik, Allahyarhamah Fadhilah Hashim.

Friday, 15 September 2017

Mak sebak hokey!

Salam Isnin .....

Screenshot daripada instagram story Angry Bird. Mana dia copy paste, mak pun tak tau ( credit kepada penulis asal ) tapi yang pasti mak suka kata katanya.

Baca ni mak terus sebak hokey!! Jatuh air mata tanpa ditahan. Cukup menyentuh hati ah! Cuba korang baca! Ke mak sorang je yang 'hover' ni ??

Moga ada perasaan sebegitu dalam diri setiap anak anakku....


Anak anakku, ibu tau belajar tu bukan mudah. Banyak yang perlu dikorbankan. Korban masa tidur, korban masa bersuka ria. Suka atau tidak, korang harus melalui kisah kisah pahit, penat, sedih dan sakit. 


Bersabar dah tabahlah duhai anak anakku.... kerana menuntut ilmu itu memerlukan banyak pengorbanan....

Thursday, 14 September 2017

Antara Jom Bali, Restu Resipi dan Restu Bini

Salam Khamis...

Cerita pasal blouse sudah, cerita pasal MRT sudah, marilah kita kembali ke pangkal jalan semula, cerita pasal makanan haha.... Ini semua gara gara Ana Suhana dengan Puan Hazel lah ni, siapa suruh buat entri tunjuk makanan dan cendol durian? Kan mak dah nak cerita jugak pasal makan!haha......  Alasan sangat kan! Padahal itu ajelah modalnya hari hari....

Siapa pernah makan di Jom Bali? Mak baru menerai makan kat sini beberapa minggu yang sudah. Itu pun sebab Jom Bali ni baru bukak dekat Tescco Kajang. Sebelum ni nganga jerlah bila dengar Mak Ton cerita pasal Jom Bali.... 

Ini Nenek Kebayan yang ampunya!!!haha..... Sedap!


Ini pulak si TLBD punya. Pak Jilap makan Nasi Lemak kalau tak silap. Abang pulak makan Chicken Chop. Gambar yang lain mak dah tak kuasa nak ambik! Mak nak fokus makan Meehoon mak hihi.... 


Lepas makan, tukang bayar tak puas hati..... dia kata, baik makan lagi Nasi Lemak dekat Restu Resepi, ayam seketul, harga pun lagi murah. Mak setuju jugak pasal harga dekat Jom Bali ni, harga dia sedikit mahal.  


Dah dua kali datang ke Kenanga Wholesale, dua kali jugaklah ulang makan Nasi Lemak di Restu Resipi




Yamg ni makan dekat Restu Bini, free of charge haha......
Cenggini punya gaya makannya, memang Nenek Kebayanlah yang punya. Sedap weyh makan nasi dengan sup daging banjir macam ni. Tak caya cuba!! 

Wednesday, 13 September 2017

Blouse faveretku....

Salam Rabu .....

Korang suka tengok tengok baju tak? Mak suka!!..... Tu hobi mak tu tau hihihi.... Dapat elaun hujung bulan, terus kena sawan tengok tengok baju haha.... Si puteri bongsu tu cukup meyampah betul kalau teman nenek kebayan pergi tengok tengok baju....... kata dia nenek kebayan tengok baju lama sangat, belinya belum tentu! Haish!...... Tapi nasiblah abang Jilap tak kisah, sebab dia pun kaki naik turun mall jugak hihi.... tapi hobi dia tengok jam dengan handphone. Hish!! boring sungguh tau hobi dia ni......

Macam korang ni dah tentulah banyak blouse! Tak mungkinlah sehelai kan!  

Dalam banyak banyak blouse yang bergantung dalam almari tu, dah tentulah ada blouse yang paling korang suka pakai? Betul tak? Yelah...... macam mak ni, kalau dah suka kat satu blouse tu, ulang alik, pergi mari duk lenjan blouse tu ajelah hihi...... Blouse yang lain tu bukanlah tak pakai langsung, pakai jugak, cuma kekerapan tu kurang gitu.

Habis tu nak buat macam mana? Dah itu aje yang rasa sedap pakai, yang rasa kena je dengan badan, yang mak rasa nampak kurus je gitu hihi..... 

Satu masa ketika terkandas di Kundasang dengan blouse faveretku gitu ...

Kalau ikutkan ada 2 blouse yang mak suka pakai, satu blouse hitam ni satu lagi blouse hijau biru gelap. Dua dua pun warna gelap. Maklumlah citarasa kilauan. Dari segi jenis kain, mak suka blouse yang sedikit berat dan jatuh, jadi nampaklah kurus sikit hihi..... 

Mak suka dengan potongan blouse hitam ni, sedikit kembang bahagian bawah. Lama dah mak beli dekat Metro Kajang, tak ingat kedai apa, tapi yang pasti bukan First Lady, bukan Peace, bukan Gene Martino...... terbayang dah lokasi kedai dia dalam kepala ni, tapi tak ingat nama kedai. 

Nak tengok tengok baju lagi lah hihi....



Tuesday, 12 September 2017

Turun Naik MRT

Salam Selasa.....

Hari tu mak naik MRT.  Kebetulan hari yang sama dengan Tun Mahathir dan isteri naik MRT. Cuma tak bertembung je. Kalau tidak, harus mak dah tempek gambar wefie dengan Tun hihi......  Ini kali kedualah kiranya mak naik. Naklah jugak masuk blog buat kenangan. Ingatkan Mak G dengan Kak Ton sorang je yang dah naik?? Mak pun dah ngetest MRT jugak hokey! haha.....

Teringin nak ke KLCC sebenarnya. Saja saja nak melawat kawasan jajahan Jiran Sebelah katanya.... Lama sungguhlah tak ke KLCC. Kurang lebih 12 purnama lamanya haha....  Tapi memang betullah, mak memang jarang berjalan belah belah sana. Balik balik IOI Putrajaya. Naik muak den! 

Masa pergi tu kebetulan dah tengahari, maka cari makan dululah nampaknya. Menyesal nampak kiosk JM Briyani kat foodcourt atas tu. Pak Jilap tu kan mana boleh jumpa Briyani?? Pantang tolak! Huh.....

Dah penat kaki pusing pusing KLCC, sebelum balik, wajiblah beli Garrett Popcorn! Rugi tak beli! Sedap banget ah!

Image google
First time naik MRT dulu, cuba pergi KL Sentral. Turun kat Station bawah tanah, Muzium Negara. Berjalanlah mak tiga beranak turun naik eskeletor. Kagum dengan kemudahan yang disediakan. Tak payah risau nak solat atau ke tandas. Sebab ada je tandas dan surau sepanjang jalan tu.     


Lepas tu ke Bukit Bintang pulak. Hajat di hati nak ke Pavillion, tapi tak berjumpa, sudahnya jalan jalan kat Lot 10 ajelah.


Apa jenis puzzle agaknya ni sampai harga RM19,820.00?? Takut ah! 


Cantik kiosk Tealive kat Lot 10. Ala ala rumah kaca gitu....

Monday, 11 September 2017

Ayam Golek 5 Bintang

Salam Isnin.....

Semalam hantar anak bujang ke KL Sentral.  Kebetulan dah tengahari, terus terfikir nak ajak Pak Jilap makan Ayam Golek 5 Bintang kat Pantai Dalam..

Lama sangatlah tak makan kat sini. Zaman kerja dulu, kerap jugaklah makannya. Kalau ada makan makan kat ofis mesti order Ayam Golek kat sini. Lepas tu makan berebut rebut dengan geng ofis! Memang pergh lah! haha..... 
Masa tu rasanya seekor ayam baru Rm15 henggit. Sekarang, dah naik Rm25 henggit you! Punyalah lama tak datang sini!

Jalan nak ke sini pun mak rasa macam dah lain,  tapi masih lagi sempit macam dulu. Sepanjang jalan, kiri kanan masih wujud lagi gerai gerai makan. Nasiblah sekarang ni ada waze dan google maps. Kalau tidak, bukan ayam je yang tergolek, mak anak beranak pulak yang tergolek sekali tak jumpa kedai hihi....


Rasanya masih lagi sedap macam dulu. Terasalah lagi segala rempah ratus perapan ayam tu.

Cumanya sebelum sampai, mak dah makan jejemput pisang lebihan breakfast pagi tadi dalam kereta. Bila sampai sana dah tak berapa nak lapar. Maka kuranglah rasa 'pergh' Ayam Golek' tu....

Ke tekak mak yang dah semakin tua??.....